15 RABIUL AWWAL 1442H
1 November 2020M
19 Tips HD
1. Lakukan 10-30 minit afirmasi “TERIMA KASIH” sambil berjalan santai (ketika berjalan ke tempat kerja, pergi sarapan / makan, pergi ke bank, window shopping dll). Lakukan dengan penuh keceriaan dan kesyukuran. Ia adalah penawar unggul untuk ‘tekanan perasaan’ (anti-depressant).
2. Duduk rehat (senyap) kira-kira 10 minit setiap hari. (guna rantai & mangga kunci, jika perlu… hahaha).
3. Hasilkan tidur malam yang sempurna & cukup. Bersiap untuk tidur, baring sempurna, belai diri dengan kaedah TERAPI BIOENERGI (self healing technique), baca Al-Fatihah & doa sebelum tidur.
Ucapkan.. Saya pasrah & saya bersyukur berulang-ulang kali. Lakukan bayangan minda untuk KEKAYAAN yang anda ingin kecapi.
4. Sebaik jaga dari tidur, ucap syukur dan terima kasih pada Illahi. Ucap sambil bernafas dengan tenang. Nyatakan hasrat anda hari ini: “Hasrat saya hari ini adalah untuk ______ . Saya pasrah & bersyukur!” Senyum.
5. Setiap kali mandi, niatkan “Pembersihan Rohaniah & Jasmaniah”. Ratakan air ke seluruh permukaan tubuh. Belai diri anda dengan penuh kasih sayang, rasa kagum, empati, bersemangat dan bertenaga. (3 E’s = Energy, Enthusiasm, Empathy)
6. Adakan masa untuk bermeditasi, yoga, tai chi atau lain-lain. Sekurangnya hayati proses berwuduk & ketika solat. Inilah ‘PETROL’ kehidupan.
8. Lakukan “perkara” yang anda selalu ingin benar-benar lakukan.
9. Banyakkan visualisasi (berangan-angan) tatkala dalam jaga (bukan hanya bermimpi di waktu tidur).
10. Banyak makan makanan yang bersumberkan tumbuhan semulajadi. Kurangkan makanan yang diproses semula.
11. Bermentorkan seseorang dan menjadi ‘Mentor’ kepada seseorang.
12. Libatkan diri sekerapnya kepada kerja kebaikkan (amal makruf).
13. Bersihkan atau buang benda-benda yang tak perlu di rumah, dalam kereta, meja, tempat kerja, bilik dll. Kebersihan adalah sebahagian dari iman. Energi positif akan berada dalam persekitaran yang terurus dan bersih.
14. Jangan buang masa untuk bergosip, mengumpat, baca status fb yang tak manfaat, menonton cerita HANTU kat tv, mengenang peristiwa pahit silam, berperasaan takut & malas, suka menangguhkan urusan dan suka merajuk & marah-marah.
Sebaliknya FOKUS untuk lebih bersyukur, jujur, berbuat baik dan menyerap lebih banyak KEBAIKKAN ke dalam hidup anda. hayati kehidupan KINI untuk HARI INI..
15. Sedar akan hakikat; hidup ini sebuah perjalanan (kembara) untuk BELAJAR. Masalah adalah sebahagian dari KO-KORIKULUM yang harus ditempuh untuk BERJAYA dalam pelajaran. Ia datang dan pergi, namun pengalaman KEKAL menjadi GURU peribadi.
16. Bersarapan umpama Raja, makan tengahari macam Permaisuri dan makan malam macam kanak-kanak.
17. Senyum dan riang selalu. Ia menghasilkan hormon keriangan pada minda dan itulah VITAMIN untuk jasad. Malah SENYUM dapat menghalau energi SEDIH disekeliling anda.
18. Kerap ucapkan ‘Saya bersyukur & berterima kasih untuk ____’ setiap kali mendapat kebaikan. Ucapkan ‘Saya ikhlas & pasrah untuk ______’ setiap kali menerima bencana atau cabaran.
19. INGAT anda sememangnya telahpun terlalu KAYA dan jauh dari ‘miskin’. Kaya Nyawa, kaya umur, kaya masa, kaya nafas, kaya cahaya, kaya minda, kaya makan, kaya pakai dan pelbagai lagi kekayaan. Jadi mengapa pilih untuk STRES??!!
HIDUP TERUS HIDUP!!! KAYA TERUS KAYA!!! Hayati tiap detik..BERSYUKUR & enjoy!!
Kredit : Guruku / Master G / DMHAR / Dr. Hazil Azran Ramli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan