18 Rabiul Awwal 1442H
4 November 2020M
Kita ni hidup di bumi Allah ni berkongsi dengan makhluk2 yang lain.. Termasuklah makhluk halus ni.. Jadi sedikit perkongsian jika ada sahabat2 yg geng2 hiking, masuk hutan keluar hutan, turun laut naik darat... hehehehe. Moga sedikit ilmu ni dapat mengelakkan kita dari 'tersesat' dipandu arah dari makhluk halus ni.
Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir. Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini :
"Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau"
Jangan! Syirik hukumnya.
Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali
Setiap langkah di baca doa ini :
"Salamun a'la sulaiman fil a'lamin"
-Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman
Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.
Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan
بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Marilah sama sama kita mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.
***Doa Tambahan untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa
"Salamun a'la nuhin fil a'lamin"
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT tak kira dimana kita berada. Aminnn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan