23 RABIUL AWWAL 1442H
9 November 2020M
Maksud hadith:-
Drpd Abu Sa’id al-Khudri رضي الله عنه berkata, ‘Suatu hari Rasulullah ﷺ masuk masjid, tiba-tiba Baginda ﷺ bertanya, ”Mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu solat?”
Abu Umamah رضي الله عنه menjawab, “Kerana kekusutan yang melanda hatiku dan hutang-hutangku, wahai Rasulullah.”
Rasulullah ﷺ bersabda, ”Bukankah aku telah mengajarimu beberapa bacaan, bila kau baca nescaya اَللّهُ سبحنه وتعالى akan menghilangkan rasa kusut pada dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?” Abu Umamah berkata, “Betul, wahai Rasulullah.”
Rasulullah ﷺ bersabda, ”Ketika pagi dan petang ucapkanlah – Allahumma Inni A'uzubika minal Hammi wal Hazan, Wa A'uzubika minal A'jzi wal Kasal, Wa A'uzubika minal Jubni wal Bukhli, Wa A'uzubika min Ghalabatiddaini wa Qahrir Rijaal.” (Al-Mathurat)
Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka اَللّهُ سبحنه وتعالى menghilangkan rasa kusut pada diriku.’
[HR Abu Daud]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan