Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2022

SOLLU 'ALAN NABI

29 REJAB 1443H
3 Mac 2022M

RAHSIA BERSELAWAT DIBULAN SYA’AN DAN BANYAK MENJADI WALI ALLAH
===================================

Menurut Abah Guru Sekumpul, bulan Sya’ban adalah bulannya Kekasih hati Rasulullah Saw. Di bulan Sya’ban ini, ALLAH SWT banyak mengangkat derajat hambanya menjadi kekasih (Auliyah) ALLAH. Itu disebabkan orang itu banyak membaca shalawat.

Berapa banyak di dunia ini yang sudah menjadi Auliya ALLAH SWT kebanyakannya disebabkan ia banyak membaca Shalawat dan itu di bulan Sya’ban. Salah satu contohnya, bahwasanya Syeikh Fudhail bin Iyadh dulu beliau seorang perampok akan tetapi beliau Mendapat Hidayah sehingga Bertaubat dan di bulan Sya’ban beliau diangkat ALLAH SWT menjadi Kekasihnya Auliya ALLAH.”

Penjelasan ini disampaikan Abah Guru Sekumpul dalam suatu pengajian beliau di tahun 2003.

Al-Faqir (penulis) juga mendapatkan penjelasan dari seorang Guru di Pondok Pesantren Darussalam Martapura yang berpesan kepada murid-muridnya, khususnya Alfaqir sendiri, bahwa di bulan Sya’ban ini perbanyaklah shalawat 2× lipat dari shalawat yang diamalkan di bulan Lain.

Maksudnya, jika kita bershalawat di bulan lain 100× sehari, maka di bulan Sya’ban ini lipatkan jadi 2× lipat menjadi 200× sehari. Taubatlah dari segala dosa, minimal ingat akan dosa dan merasa paling banyak dosa dan paling hina di muka bumi ini.

Dengan itu semua, pasti Rasulullah akan memberikan syafa’atnya kepada kita. Syafa’at Rasulullah yaitu surga. Dan juga beliau berpesan untuk memperbanyak shadaqoh di bulan Sya’ban, terutama bershadaqoh kepada anak yatim, Shadaqoh kepada anak yatim adalah salah satu amalan Rasulullah Saw dan fadhilahnya adalah do’a cepat qobul.

Mudah-mudahan berkat Rasulullah, berkat Datu Kalampayan, berkat Guru Sekumpul, para wali dan orang-orang sholeh, diampuni segala dosa dzohir bathin seumur hidup, qobul segala hajat, selamat dunia akhirat, husnul khatimah dan masuk surga bighoiri hisaab. Aamiin…!!!

Penulis: Muhammad Zainuddin bin H.AbdurRahman, santri Abah Guru Sekumpul.

Insya ALLAH awal Bulan Nisfu Sya'ban jatuh pada tanggal 18-03-2022M. Jadi mulai nantik malam kita perbanyak membaca Shalawat, bertaubat dan menambah ibadah" lainnya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ، وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Khamis, 29 April 2021

17 PUASA

17 RAMADHAN 1442H
29 April 2021M

DEGIL2 RUMPUT SAMBAU PUN BANYAK MANFAATNYA TAU ...
free ja xpyah beli

Assalamualaikum sahabat syurga ...
Saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang pandang pokok ni sebelah mata sahaja sebab nak buat apa pokok ni? 

Lagi pun tumbuhan ni jika dibuang akan tumbuh lagi, dan tumbuh lagi, dan lagi ... Kan kan kan ?

Siapa pernah tengok pokok rumput ni ? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil ... 

Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj ... Pendek kata semua tempat dia tumbuh. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu  tumbuh balik.

Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT ciptakan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah betul tak ? 

Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam pulak ya hehe ... Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

👉 AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing2.
.
- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.
.
- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah ...
.
- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum ...
.
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yg suka hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3x2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai ...
.
- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela ... Insyaallah.

🥬🥬🥬🥬🥬
👉 DAUN ...

- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya.

 Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe ...

- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la ...
.
👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya ...

- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda. 
.
- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap2 masuk tandas, kejap2 rasa air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, In sha Allah dengan izinnya akan mujarab.
.
- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya In sha Allah ... 

- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tinggi kan ? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa ... Panas baran ni ubat dia pelempang hehe ...

- Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan 
air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang ? Bukan air pasang tau.
.
- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stnby dengan segelas air rebusan rumput sambau ya ... Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya ...
.
- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut. In sha Allah ...
.
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal. 

- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. In sha Allah dengan berkat amalan akan sembuh.
.
Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat agak susah nak berubat melainkan ... Haa hampa tambah la sendiri hai hai hai ...
.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahua'alam ...
.
#herba #rumputsambau 
#penawarherba
#kongsipetua✍️

Rabu, 24 Mac 2021

TINGKATKAN Imunisasi Dgn Sayuran

10 SYA'BAN 1442H
24 Mac 2021

Marilah kita sama2 meningkat imunisasi badan dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan nutrisi vitamin dan mineral untuk mengelakkan risiko terdedah kepada jangkitan kuman atau keradangan.

6 SAYURAN YANG BOLEH TINGKATKAN IMUNISASI BADAN
1. BAYAM
Amalkan makan sayur bayam ini kerana..
a) Kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin E, flavonoid dan carotenoid.
b) Mengandungi sumber zat besi yang tinggi.
c) Ia berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh badan, mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, membantu fungsi otak agar berjalan normal dan meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit.

2. BROKOLI
Sayur brokoli mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita antaranya 
a) Kaya dengan antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, polifenol, karotenoid dan juga flavanoid.
b) Ia menyokong kesihatan sistem imun dalam badan dan membantu menurunkan berat badan.
c) Dapat mengurangi risiko beberapa jenis penyakit kanser iaitu kanser payudara, kanser usus dan kanser paru-paru.

3. BAWANG PUTIH
Khasiat bawang putih memang diketahui dan bagus untuk kesihatan manusia kerana 
a) Kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin B6, thiamine, kalsium dan fosforus.
b) Mempunyai khasiat sebagai antibiotik semulajadi.
c) Membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.

4. HALIA
Halia ini bukan sahaja untuk membuang angin di dalam badan. Malah banyak khasiat dan manfaat lain iaitu..
a) Mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, fosforus dan kalsium.
b) Dapat merawat pelbagai penyakit seperti cirit-birit, sakit tekak, sakit kepala dan sistem pencernaan bermasalah.
c) Bersifat antibakteria dan sangat sesuai untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita.

5. UBI KELEDEK OREN
Ubi keledek oren banyak khasiat dan manfaat selain rasanya manis dan lembut. Antara khasiatnya adalah..
a) Mengandungi vitamin C, vitamin B6, magnesium dan anti-oksidan.
b) Dapat merawat pelbagai penyakit seperti selsema, virus influenza, sakit buah pinggang dan sakit jantung.

6. KUNYIT
Kunyit juga mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita..
a) Terdapat komposisi nutrien iaitu tenaga, protein, karbohidrat, dan serat.
b) Mengandungi vitamin A, vitamin D, vitamin C, anti-oksidan dan magnesium.
c) Berkesan untuk melawan keradangan, mengempiskan perut kembung dan menurunkan berat badan.
d) Dapat merawat selsema atau mengurangkan rasa muntah seperti mual dan loya.

Sabtu, 19 Disember 2020

Daun Kesum - Antara kelebihannya


4 Jamadil Awal 1442H
19 Disember 2020M

Antara ciptaan Allah di muka bumi ini. Sejenis ulam-ulaman yang selalu kita campurkan sekali dalam masakan2 yang tertentu. Selalunya dalam kuah laksa lah..

Daun kesum yang berlebihan boleh dituai dan dijemur dan digunakan dalam masakan atau dibuat minuman herba. Kesum adalah herba yang banyak khasiat dan vitamin.

Antara kebaikan daun kesum ini termasuklah :
1. Menguatkan daya penglihatan.

2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman.

3. Mengharumkan tubuh.

4. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan.

5. Baik untuk wanita lepas bersalin.

6. Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

7.Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.

8. Mengharumkan tubuh.

9. Bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam.

10. Tonik hati, buah pinggang dan darah.

11. Mengeluarkan angin dari perut dan usus.

12. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,

13. Membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai vitamin serta merangsang haid.

14. Ubat Gout / radang sendu.

15. Merawat radang sendi.

16. Melegakan batu karang.

17. Masalah kelemumur – Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur & dapat menghitamkan rambut.

19. Ubat kudis.

Kalau kesum katakan kesum,
Kesum tidak menjadi kantan;
Kalau senyum teruslah senyum,
Senyum tuan peneman kesepian.

Setiap yang Allah jadikan itu ada kebaikan & keistimewaannya tersendiri. Tidaklah Allah menjadi sesuatu itu hanya sia2.

Sabtu, 12 Disember 2020

Pisanggg.....

26 Rabiul Akhir 1442H
12 Disember 2020M 

Surah Al Waqi'ah
 Di-tengah ayat ke 29 cukup hairan. .. artinya luar biasa

قال الله تعالى : وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ
 ( سورة الواقعة - 29 )
Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):

Ayat 29 - Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),

Ternyata pisang itu buah syurga..... 
Saya hairan knp Allah menyatakan Pohon Pisang ... lalu saya cari Web, kenapa pohon pisang....kan biasanya Kurma.

Ternyata MASYAA ALLAH manfaat buah pisang, menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Dan ini telah ada yang meneliti :

INFO SIHAT

"MANFAAT BUAH PISANG"🍌🍌🍌

Ini Menarik. 
Setelah membaca ini, Anda tidak akan pernah melihat Pisang dengan cara yang sama lagi. Pisang mengandung tiga jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Sebiji Pisang memberikan dorongan instan pada pecernaan secara berkelanjutan dan energi substansial. Penelitian telah membuktikan bahawa dengan hanya dua biji Pisang* akan memberikan energi yang cukup untuk sebuah latihan berat selama 90 minit. 

Tidak hairan mengapa Pisang adalah buah bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Supply energi bukan satu-satunya yang didapati dari Pisang tetapi Pisang dapat membantu kita agar tetap fit. 

Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang fit, sehingga Pisang merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian. 

🍌. *Depresi 😗
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit penderita Depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan Pisang. Hal ini terjadi kerana Pisang mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.

🍌. Bagi Penderita Diabetes 😗 Makanlah *Pisang setiap hari. Karena Vitamin B6 terkandung dalam Pisang akan mengawal tingkat glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati Anda. 

🍌. Bagi Penderita Anemia : Pisang mengandung Zat Besi Tinggi, Pisang juga dapat merangsang produksi hemoglobin dalam darah dan membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah). 

🍌. *Bagi Penderita Tekanan Darah Tinggi 😗
Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga _US Food and Drug Administration (Departmen ) baru saja mengizinkan perkebunan Pisang untuk melakukan ujian rasmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan stroke. 

🍌. *Menambah Kemampuan Otak 😗
200 siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) sangat terbantu dalam ujian mereka tahun ini kerana memakan Pisang pada saat sarapan, saat istirehat dan saat makan tgahari dalam upaya untuk meningkatkan kekuatan otak mereka. 
Penelitian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka utk berfikir. 

🍌. *Sembelit 😗
Pisang mengandung Zat Fiber dalam kadar yang tinggi, Pisang dapat juga membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda, Pisang akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus kembali ke ubat yang jelas BAB anda akan jadi semakin lancar . 

🍌. *Ubat Mabuk 😗
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk (Darat , Laut dan Udara) adalah dengan meminum milkshake Pisang ditambah dengan madu sebagai pemanis . Milkshake Pisang akan berkesan menenangkan perut anda dan dengan bantuan madu akan mengontrol kadar gula darah anda untuk menjadi normal kembali, sementara susu akan menenangkan perut  dan sistem pencernaan anda. 

🍌. *Mulas Dan Sakit Perut 😗
Pisang memiliki efek antasid pada tubuh, jadi jika Anda menderita mulas dan perut terasa senak maka cubalah makan Pisang untuk mengurangi sakitnya. 

🍌. *Mual di Pagi Hari (Morning Sickness) 😗
Ambil Pisang antara waktu makan membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual dipagi hari. 

🍌. *Gigitan Nyamuk 😗
Sebelum anda meraih krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok daerah yang terkena gigitan nyamuk dengan bagian dalam kulit Pisang. Banyak orang yang sudah merasakan hebatnya Kulit Pisang krn akan mengurangi pembengkakan dan gatal pada kulit . 

🍌. *Saraf 😗
 Pisang mengandung Vitamin B dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf. 
  
🍌. Bagi Penderita Obesitas Yang Bekerja ?: 
Kajian  Institut Psikologi di Austria menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan  seperti, snack, coklat dan kerepek. Setelah meneliti 5.000 pesakit di rumah sakit, para peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang yg menderita kegemukan lebih sering berada  dalam tekanan kerja yang tinggi.
Banyak Laporan yang menyimpulkan bahwa untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan nafsu yang tinggi untuk memakan makanan apapun, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.

🍌. *Usus 😗
Pisang bisa digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi penderita luka usus, Pisang akan mencegah gangguan pencernaan hal ini disebabkan texturnya yang sangat lembut dan halus. Pisang adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes penyakit yang parah. Dan Pisang juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam usus
  
🍌. *Kontrol Suhu 😗
 Banyak budaya lain melihat Pisang sebagai buah "Pendingin" yang dapat menurunkan suhu baik fisik dan emosional, para ibu hamil Di Thailand misalnya, mereka akan makan Pisang sebelum melahirkan dengan keyakinan bahwa si bayi akan lahir dengan suhu dingin. 

🍌. *Bagi Para Perokok 😗 
Buah Pisang dapat membantu orang yang mencuba untuk berhenti merokok. Vitamin B 6, B 12 yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari efek penghentian nikotin. 

🍌. *Stress 😗
Kandungan Kalium dalam Pisang adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan detak jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangi kadar Kalium. Ini dapat dineutralkan (rebalanced) dengan bantuan snack Pisang yang tinggi Kalium. 

🍌. *Stroke 😗
Menurut penelitian di The New England Journal of Medicine, makan Pisang sebagai bagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana stroke sebanyak 40% ! 

🍌. *Kutil 😗
Mereka yang suka pada pengubatan tradisional sudah banyak yang tahu bahawa Pisang bisa Menghilangkan atau Mengecilkan Kutil, jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong Pisang dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar , tampal  itu dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tghari, setelah beberapa hari lalu lihatlah !!! 

Jadi ingatlah, Pisang  adalah ubat alami untuk berbagai penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal misalnya, maka Pisang mengandung ; Protein empat kali ganda Karbohidrat dua kali , Zat Fosfor tiga kali Vitamin A dan zat besi lima kali dan ada pula dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral lainnya. Pisang juga kaya kalium dan merupakan salah satu makanan dengan nilai terbaik, Jadi mungkin sekaranglah saatnya untuk mengubah pandangan kita terhadap Pisang dan makanlah Pisang setiap hari. 

🍌. NB: Pisang jugalah yang menjadi alasan monyet untuk begitu berbahagia setiap saat dan selalu sihat² saja dalam jangka panjang !Saya akan menambahkan satu manfaat lagi disini; Apakah anda ingin sepatu anda bersinar dan  berkilat dalam waktu singkat ? Ambil Dalam kulit Pisang, lalu gosok langsung pada kulit sepatu ... lalu lap lah dengan kain kering seperti orang mengilap sepatu ... lihatlah hasilnya ... !!!

Sungguh² Buah yang Menakjubkan !

🍌. *Warning 😗 
Jangan simpan Pisang anda di fridge kerana struktur buah Pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan itu akan menghilangkan banyak sekali manfaat buah Pisang !!!

Sampaikan pesan ini kepada semua rakan² atau kerabat anda agar mereka juga bisa merasakan hebatnya Buah Pisang ini !!!.

Semoga manfaat bagi anda semua.

Ahad, 22 November 2020

Adab berSendawa

6 Rabiul Akhir 1442H
22 November 2020M
  
1. Dari segi adab, Rasulullah mendidik kita agar tidak memperdengarkan sendawa kita di hadapan orang lain. Rasulullah pernah menegur seorang lelaki yang bersendawa di hadapan sahabat lain. Sabda Rasulullah:

كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ القِيَامَةِ

“Tahanlah sendawamu di hadapan kami. Kerana orang yang paling kenyang di dunia, (dibimbangi) paling lama laparnya di hari kiamat.” (HR al-Tirmizi)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Mubarakfuri menyebutkan bahawa larangan tersebut membawa maksud galakan agar menahan diri daripada melakukan sedemikian.  (Tuhfah al-Ahwazi). Ia bukanlah sesuatu yang haram, namun ia kelihatan tidak elok di sisi adab. 

3. Al-Imam Zakaria al-Ansari pula menukilkan pandangan mengenai adab menutup mulut ketika bersendawa. Perkara ini diutarakan oleh al-Imam al-Azra’i. (Asna al-Matalib). Ia adalah panduan dari aspek adab seorang muslim.

4. Begitu juga al-Imam Ahmad yang menghuraikan perkara ini dari aspek adab. Orang yang bersendawa berupaya mengeluarkan angin kesan makanan yang dimakan. Bayangkan dalam satu kumpulan manusia, duduk dalam bilik kedap, salah seorang mereka bersendawa dengan bau durian atau petai. Perkara ini mungkin boleh mengguris jiwa dan perasaan mereka yang menghidunya. 😉

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit :
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Jumaat, 20 November 2020

Ciptaan Yg MAHA MENCIPTA

4 Rabiul Akhir 1442H
20 November 2020

Berikut fakta mengagumkan dari DARAH kita....

1). Apabila Gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah kerana darah tercampur rata tanpa diaduk. 

● Kesimpulan:
Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

2). Gelas diisi air garam, dititiskan darah segar, dicampur. Tetap tidak tercampur dengan baik/rata, terlihat darah menggumpal kecil-kecil dan kental.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepamnya.
Boleh mengakibatkan darah tinggi dan stroke.

3). Gelas diisi minyak, dititiskan darah. Tidak mau bercampur dan menggumpal besar.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolesterol menyumbat pembuluh darah yang mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang berisiko dgn  kematian tiba-tiba, kerana darah tersumbat untuk mengalir ke jantung.

4). Gelas diisi alkohol, dititiskan darah. Langsung bercampur, tapi lama-lama darah berubah warna menjadi coklat, bererti darah menjadi rosak.

Rabu, 11 November 2020

TEKNIK Rawatan RESQ56

16 RABIUL AWWAL 1442H
2 November 2020M

Teknik RESQ56

                        Part 1






                        Part 2


 
                Part 3




Tatacara RESQ56

25 RABIUL AWWAL 1442H
11 November 2020M

Tatacara Melakukan / Aplikasi Teknik R’ESQ 56:

KAEDAH R’ESQ56 terdiri dari 2 bahagian iaitu:

Afirmasi 5 PRINSIP KEMAKMURANAplikasi 6 LANGKAH KECEMERLANGANBahagian 1 : 5 PRINSIP KEMAKMURAN

Prinsip adalah TIANG. Kekuatan sesebuah FALSAFAH dilihat pada TIANGnya. Prinsip juga adalah IMAN (simpulan kepercayaan yang erat lagi kuat di dalam jiwa dan sistem kepercayaan seseorang). Kecantikan AMAL (perilaku/keperibadian) dilihat dari KECANTIKAN IMANnya. Kemakmuran itu MATLAMAT KEHIDUPAN dan menujunya memerlukan kekuatan TIANG FALSAFAH & berIMAN dengannya.

Secara asas Prinsip RESQ56 ini saya ambil dari Gagasan AMALAN Pengamal Reiki. Ia digunakan oleh Pengamal REIKI sejak diasas sekitar 90 tahun yang lalu. Ia juga diguna oleh Pengshuhada SUFI, Pengamal TAO dan oleh ramai lagi yang TAHU AKAN PRINSIP ESQ. Hidup pada SAAT INI & HARI INI.. penuh kepasrahan & penyerahan pada YANG MAHA KAYA dan RETREAT & RECHARGE dirinya untuk isu MAZMUMAH & MASMUDAH.

Berikut adalah 5 PRINSIP KEMAKMURAN :

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … padamkan KEMARAHANKU

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … padamkan KERISAUANKU

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … AKU TERUS BERSYUKUR

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … AKU TERUS JUJUR

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … AKU TERUS BERAMAL BAIK

LAKUKAN AFIRMASI 5 PRINSIP KEMAKMURAN ini 5 X setiap sehari. Sebaiknya sebelum/selepas solat 5 waktu atau waktu-waktu ini:

Ketika bangun pagi (sebelum gosok gigi/ mandi)Ketika mula kerja @ sekitar 9 – 10 pagi (waktu dhuha)Sebelum/ selepas makan t/hariSelepas makan malamSebelum tidur

Untuk mendapat keputusan yang HEBAT, afirmasi perlu dilakukan 5X setiap hari SELAMA 21 hari berturut tanpa tertingal. Lakukan dengan KYUSHU’, IKHLAS dan PASRAH.

Ini adalah kaedah KUASA MINDA, NLP (reframing, anchoring & breaking the pattern), affirmasi dan mind programming. Ia haruslah di HAFAL, FAHAMI & HAYATI. Kelak, minda akan menghantar isyarah neuro ke seluruh sistem BIO-ENEREGI untuk bekerja kearahnya. Setiap getar arus dalam jisim anggota tubuh akan menggetarkan GEMA KEMAKMURAN ini seterusnya membentuk medan ELEKTROMAGNATIK @ AURA yang MENARIK GEMA KEMAKMURAN dari ALAM.

6LANGKAH KECEMERLANGAN

Saya hasilkan 6 langkah mudah penjanaan gerakerja /aplikasi R’ESQ56 ini iaitu:

RILEX – Langkah PERTAMA, dikenali juga sebagai SET-UP (dalam kaedah EFT) atau Kuasa Niat (dalam REIKI, SUFI Healing, Hypnotherapy, meditasi dll). Ia merupakan langkah awal memasuki mood pernafasan terarah & asas meditasi.

RECHECK – Langkah KEDUA – dikenali juga sebagai TUNE-IN (dalam kaedah EFT) atau ‘Scanning’ (dalam kaedah REIKI, SUFI dll). Ia adalah proses membawakan minda TERHUBUNG dengan ISU / MASALAH / GANGGUAN ALIRAN ENERGI. Kaedah visualisasi minda yang mengembara menjangkaui hukum masa, tempat & keadaan – MENCARI TITIK MASALAH / PENYAKIT. Dalam mood meditasi (tafakur) yang kusyuk (focus) sambil tangan MENEKAN DADA pada bahagian SORE POINT (TITIK NGILU).

REDHA – Langkah KETIGA – masih dalam proses TUNE-IN (dalam EFT) sambil HATI & MULUT mengatakan / mengesahkan ISU :

“MESKIPUN SAYA ____________, SAYA REDHA, SAYA IKHLAS & SAYA PASRAH SEPENUHNYA”.

Proses ini merupakan gerakerja PENGESAHAN MINDA terhadap ISU, berserah & tawakal. Ia merupakan sebahagian proses ESQ (kerendahan hati, keikhlasan & penyerahan jiwa mohon penyembuhan) sambil menerapkan aplikasi NLP.

RETREAT – Langkah KEEMPAT – dikenali juga sebagai TAPPING dalam EFT dimana PROSES ‘RETREAT THE ENERGY’ dimulakan (di dalam REIKI ia adalah proses ‘cleansing’ atau ‘psychic surgery’, dalam teknik Qi KUNG ia adalah proses ‘BREAKING THE KARMA ISUES’). Kaedah Tapping adalah proses mengetuk ringan dengan 2 hujung jari (telunjuk & tengah) pada titik-titik tertentu pada tubuh SAMBIL MENERUSKAN mood REDHA (tune-in). Titik-titik ini adalah TITIK KUNCI yang terdiri dari 7 CHAKRA UTAMA TUBUH dan 8 JALUR MERIAN UTAMA pada tangan. Apabila diketuk (tapping) berulang kali akan meneutralasikan gangguan aliran (energy blockage) dalam bentuk emosi & penyakit fizikal yang ditanggung oleh tubuh. Hasilnya ALIRAN TENAGA AKAN KEMBALI NORMAL dan SEIMBANG. Caranya adalah ketuk ringan (tapping) pada 7 titik lokasi CHAKRA (Mulai dari Chakra Mahkota, Ajna, Throat, Heart, Solar Plexus, Sacral dan Base)

DIIKUTI dengan 8 TITIK MERIDIAN pada tangan iaitu di ‘Inside Hand’, ‘Outside Hand’, ‘Thumb’, ‘Index Finger’, ‘Middle Finger’, ‘Ring Finger’, ‘Baby Finger’ dan ‘Karate Chop’. (rujuk gambarajah lokasi titik & namanya) SAMBIL mulut & hati terus ucapkan “Saya Redha, Saya Ikhlas dan Saya Pasrah”.

pastu

RELIEF – Langkah KELIMA – melakukan ketuk ringan (tapping) pada TITIK GAMUT (gamut spot / TITIK JULAT) iaitu dibahagian antara perpanjangan tulang jari manis dan tulang jari kelingking.

SEMASA melakukan tapping pada titik ini, LAKUKAN 6 PROSES GAMUT iaitu:

PEJAM & CELIK MATAGERAK ANAK MATA KE KANAN BAWAH & KE KIRI BAWAHPUTAR ANAK MATA IKUT ARAH JAM & ARAH LAWAN JAMBERGUMAM SAMBIL MEMBUNYIKAN HHMMMM…MEMBUAT KIRAAN (MINDA & MULUT) 1,2,3,4,5,6,7,8,9BERGUMAM SEKALI LAGI.

Langkah ini juga dikenali sebagai “Eye Movement Desensitizaation Repatterning @ EMDR”. Setiap pergerakan akan menghantar isyarat neurotransmitter kepada bahagian-bahagian tertentu di dalam OTAK.

RECHARGE – Langkah KEENAM (akhir) – Melakukan semula tapping pada 7 titik chakra dan 8 titik pada tangan SAMBIL MASUKKAN AFIRMASI ‘RECHARGE’ (PENAWAR) :

“Saya semakin SEMBUH, Saya SIHAT, Saya TENANG, Saya BERJAYA, Saya memilki KEKAYAAN, Saya memiliki KEMAKMURAN dll”.

Selepas tapping di titik akhir (karate chop), AKHIRI SESI R’ESQ56 dengan ucapanALHAMDULILLAH….. 3X.

Untuk lebih berkesan (teknik tambahan apabila sudah mahir) masukkan 7 afirmasi ‘S’ ketika ‘tapping’ pada 7 titik chakra iaitu:

Ketika tapping Chkara Crown – Hebat SPIRITUAL

Ketika tapping Chakra Ajna – Hebat SENSUAL

Ketika tapping Chakra Throat – Terus SEGAR

Ketika tapping Chakra Heart – Terus STABIL

Ketika tapping Chakra Solar Plexus – Semakin SUKSES

Ketika tapping Chakra Sacral – Semakin SENSASI

Ketika tapping Chakra Base – Semakin SEMANGAT

Langkah ini adalah juga kaedah NLP – ‘Reframing’, ‘Achoring’ dan ‘Breaking the Pattern’. Ia merupakan teknik ‘energizing’ atau ‘reprogramming’ melalui kaedah REIKI. Boleh sertakan (tambahan sebelum akhiri sesi) afirmasi 5 prinsip REIKI & melakukan meditasi Chakra. (bagi mereka yang belum belajar reiki, boleh lakukan meditasi / teknik bayangan minda / afirmasi positif.

Kaedah RESQ56

25 RABIUL AWWAL 1442H
11 November 2020M

Apa itu KAEDAH R’ESQ56

Berikut ini adalah gabungan ILMU yang mendokong KEMANTAPAN yang terdapat di dalam R’ESQ56:

Energy Psychology – sejarahnya menjangkaui 5000 tahun. Diperkatakan DI DALAM kaedah ENERGY HEALING dalam perubatan kuno di timur dan Egypt. Pada 1980-an dibangunkan dengan PESAT oleh ahli filosofi & perubatan moden, antaranya: Dr. George Goodheart melalui kaedah Applied Kinesiology / Muscle Test, Dr. John Diamond – penulis falsafah Sistem Energi Tubuh & gangguan Psikologi (Energy Psychology) dan Dr. Roger Callahan melalui kaedah TFT (Tought Field Therapy).

Accupunture & Accupressure– rawatan purba sekitar 5500 tahun lalu di China. Kaedah yang memetakan TITIK TENAGA di sepanjang tubuh manusia.

Touch For Health – oleh Dr. John F. Thie, kesinambungan usaha oleh Dr George Goodheart melalui kaedah AK. TFH merupakan sistem dignosis dan terapi sistem otot yang padanya terdapat saluran/aliran energi.

Ilmu REIKI – Sebuah SENI PENYEMBUHAN AGUNG yang dihasilkan oleh Dr Mikao Usui di Jepun sekitar tahun 1930an. Seni terapi alami yang bersifat ZEN (suci) dan kelembutan. Membicarakan konsep CHI (energi) secara meluas beserta teori-teori purba dalam ilmu rawatan China & India / yoga & I-Ching iaitu CHAKRA, KUNDALINI, NADIS/MERIDIAN dan AURA.

Sistem Bio-Energi Manusia – gabungan filosofi ilmiah & sains terhadap sistem aliran tenga listrik dalam tubuh manusia. Dari sistem neurotransmitter, sinaps, electron, proton, neuron, DNA, RNA, kelenjar tubuh, hormone, saraf hinggalah kepada sistem elektromagnetik tubuh. Ia juga umpama jambatan yang menghubungkan teori energi purba (memperjelaskan ilmu chakra hingga aura) dengan sains fizik moden.

Kaedah NLP : reframing, anchoring dan breaking the pattern

Kaedah Self Hypnotherapy – sugesti diri atau aformasi

Kaedah KUASA MINDA – teori sains neuro (transmisi minda) yang memicarkan tentang kuadran minda sedar & separa sedar, gelombang minda (beta, alfa, thelta dan delta), bahasa minda, kaedah PERNAFASAN, VISUALISASI dan MEDITASI.

Kaedah Psychology – Behavioral Therapy

Kaedah EFT (Emotional Freedom Technique) – diformulasikan oleh Gary Craig pada awal 1991.

Kaedah SUFI HEALING – rawatan kerohanian dan kejiwaan

Kaedah Numerologi & astronomi – pendekatan numberik (angka) 5&6 sebagai Perkara dan langkah R’ESQ. Simbol atau angka merupakan BAHASA NEURO @ MINDA.

Gabungan pelbagai kaedah dan teori (filosofi) inilah yang meLAHIRkan R’ESQ56. Secara umumnya merupakan SOLUSI atau REMEDI atau ‘TOOLS’ yang MUDAH, RINGKAS & BERKESAN untuk menanggani ISU KETIDAK-STABILAN ENERGI MINDA, EMOSI & TUBUH. Ia amat praktikal & mudah untuk dikuasai oleh sesiapa sahaja UNTUK apa jua isunya.

RESQ56

25 RABIUL AWWAL 1442H
11 November 2020M

Mengapa perlu R’ESQ 56 :

Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negatif adalah kerana terganggunya sistem energi tubuh.”

Sistem arus tenaga listrik manusia

Secara umnya, sistem bio-tenaga manusia yang terdiri dari titik-titik chakra sebagai TRANSFORMER atau bateri hayat tenaga yang terhubung melalui JALUR TENAGA utama yang dikenali sebagai KUNDALINI seterusnya terhubung dengan organ-organ badan melalui JALUR TENAGA yang lebih KECIL dikenali sebagai MERIDIAN atau NADIS. Anatomi semua sistem ini bolehlah kita bayangkan umpama SISTEM KELENJAR (chakra) yang terhubung pada SARAF TUNJANG (kundalini) yang seterusnya berhubung dengan SARAF-SARAF kecil (meridian).

MINDA manusia pula merupakan KONDUKTOR yang bertanggungjawap ke atas setiap operasi atau aktiviti di dalam sistem badan. MINDA akan menjaga produktiviti, kualiti dan kapasiti penggunaan tenaga tubuh.

Melalui pengalaman hidup, persekitaran, cara hidup (dan pemikiran), media-media informasi, faktor pemakanan, kualiti udara, kualiti gelombang persekitaran dan sebagainya : sistem bio-energi manusia akan TERPENGARUH sifat & kualitinya. Sekiranya terlalu banyak gelombang yang bersifat negatif dicerap oleh sistem tubuh, ia kelak akan menjadi RACUN kepada sistem tersebut. Umpama toksid pada sistem darah & saraf, ia akan terkumpul dan membiak dengan cepat JIKA tidak diDITOKSIFIKASIkan atau dikeluarkan dari sistem badan. Fenomena ini juga dikenali sebagai ‘ENERGY BLOCKAGE’ (aliran energi yang TERSUMBAT). SAINS telah membuktikan tekanan EMOSI dan MINDA dari pelbagai aspek akan mengakibatkan berlakunya keadaan ‘energy blockage’ ini. Cara minda menguruskan EMOSI dan MINDA (termasuk tekanan & cara mengatasinya) juga boleh mengakibatkan keadaan ini berlaku. Jika aliran energi ini terganggu kerana dipicu oleh kenangan masa lalu, trauma yang tersimpan dalam minda bawah sedar, emosi yang tak menentu, pemikiran yang keliru, hilang tumpuan, ‘bad mood’, malas, depresi, fobia dan sebagainya: SISTEM ALIRAN ini telah TERCEMAR.

Begitulah sistem BIO-TENAGA manusia, sejumlah ENERGI NEGATIF akan menjadi ‘blockage’ yang akan menyebabkan pengaliran ARUS energi menjadi PERLAHAN atau TERHENTI malah akan MENCEMARKAN keseluruhan kualiti arus energi tersebut. Ini termasuklah menyebabkan kondisi HYPER atau HYPPO (tinggi atau rendah), kesan RADIASI, KEROSAKKAN salur energi, FIUS TERBAKAR dan sebagainya.

HUKUM FIZIK menyebut, energi tidak akan HILANG – ia akan BERUBAH BENTUK. Dalam maksud lain, penghasilan energi POSITIF akan berubah BENTUK menjadi NEGATIF apabila adanya ‘energy blockage’ dalam sistem jalur tenaga kundalini atau meridian. Ini lama kelamaan menyebabkan arus asal yang sepatutnya menanakan aktiviti azali tubuh terganggu pengalirannya yang seterusnya menyebabkan ORGAN tidak mendapat bekalan ARUS yang cukup untuk bekerja. Lama kelamaan, ORGAN juga turut TERCEMAR dan rosak lalu PENYAKIT akan termenifestasi.

Jika untuk tubuh FIZIKAL, proses DITOKSIFIKASI boleh dilakukan melalui senaman, urutan, pengambilan nutrisi atau suplement yang mampu menolak racun-racun keluar dari tubuh. Dalam kontek BIO-ENERGI pula, ‘energy blockage’ (tersumbat dan akan mengumpul racun) ini tidak boleh hanya ditolak KELUAR semudah toksin, IA HARUSLAH DINEUTRALKAN atau ditukar bentuk kembali kepada SIFAT ASALnya. Persoalannya, bagaimana proses ini mahu dilakukan???

Solusi Bio-energi

Kehebatan penciptaan manusia oleh YANG MAHA BERKUASA telah dilengkapi dengan pelbagai sistem kehidupan. Ia lengkap dengan sistem sekuriti (keselamatan), daya tahan, daya melawan arus (penebat), daya cetusan arus (spark) dan sebagainya. Secara auto, kehebatan minda akan menghasilkan gerak-kerja penawar untuk memperbaiki kerosakan pada tubuh. Namun begitu ia terhad kepada kerosakkan minor. Jika berlaku kerosakkan MAJOR , ia memerlukan ALAT BANTUAN KECEMASAN dari luaran tubuh secara teknikal (seperti R’ESQ56) untuk mendiscajkan, meneutralkan dan menjanakan semula pengaliran energi tubuh tersebut.

Aliran energi yang tersumbat di beberapa titik kunci pada tubuh HARUS DIBEBASKAN, hingga mengalirkan semula energi secara LANCAR. Dan cara membebaskannya adalah dengan mengetuk ringan (tapping) dengan 2 hujung jari di bahagian tertentu pada tubuh (titik meridian, jalur KUNDALINI & titik chakra). Ketukan ini umpama memecahkan ‘energy blockage’ tersebut atau meneutralkannya. Ketukan yang berterusan akan seterusnya MENJANAKAN pengaliran energi kembali LANCAR.

Ianya hanya TEKNIK Rawatan

25 RABIUL AWWAL 1442H
11 November 2020M

Resq56 adalah ijtihad saya dalam berkongsi beberapa gabungan ILMU ENERGI PSYCHOLOGY agar menjadikannya lebih mudah dan praktikal untuk lebih ramai orang umum mendapatkan benefitnya. Selain itu ia adalah sebuah usaha saya dalam menggabungkan ilmu REIKI & EFT bagi meransang ESQ.

Secara ringkas maksud R’ESQ 56 adalah:

R – Reiki

E – Energy

S – 7 ‘S’ area (7Chakra) : Stamina, Seksual, Sukses, Stabil, Segar, Sensual & Spiritual

Q – Quest

5 – Prinsip KESEJAHTERAAN

6 – Langkah KEGEMILANGAN (6 ‘R’)

Secara istilah : R’ESQ 56 merupakan SEBUAH PERCARIAN TERHADAP KECERDASAN TENAGA dalam 7 Warna / aspek KEHIDUPAN melalui 5 prinsip Kesejahteraan & 6 langkah untuk Kejayaan.

Secara bahasa : kata R’ESQ yang disebut RESCUE menggambarkan MENYELAMAT / DISELAMATKAN. Memberi impak pada gambaran minda kepada isu KESELAMATAN, rasa SELAMAT dan SALAM.

Reiki amat lembut & halus. Lebih menggambarkan bentuk ENERGI alami yang berada bersama-sama kita. Secara teknikal, minda logic zaman ini sering mempertikaikannya jika tidak ‘nampak’ teori disebalik kehalusan tekniknya. Namun REIKI mempunyai KUASA HEBAT untuk meransang kecerdasan IQ, EQ dan SQ jika terus di dalami intipatinya.

Kaedah Emotion Freedom Technique @ EFT bersifat lebih TEKNIKAL dari REIKI dengan kehadiran seni ‘tapping’ nya. Namun rahsia disebalik point-point tersebut kembali ke jaluran energi (meridian) yang turut dibicarakan dalam REIKI (malah REIKI mendalami ke sistem chakra – pusat tenaga tersebut, HARA & kundalini). Secara luaran, kaedah tapping EFT mudah difahami dan lebih ringan untuk menjelaskannya. Secara neuro-sains, gerakan tapping ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk seluruh tubuh.

Maka, gabungannya akan menjadikan REIki EFT for ESQ = R’ESQ !! Reiki hadir dgn 5 prinsip ZEN nya yang akan menjadi penjana ESQ bila dihayati dengan betul dan mendalam.

Kredit : DMHAR / Dr. Hazil Azran Ramli

Khamis, 5 November 2020

PUASA HAKIKI

19 RABIUL AWWAL 1442H
5 November 2020M

Puasa yang terbaik ialah puasa secara sufi iaitu puasa haqiqi yang mencegah hati dari mempersekutukan Allah. Caranya ialah dengan membutakan pandangan matahati dari segala yang ada di dalam dan di luar duniawi ini. Sehingga yang tinggal hanyalah cinta kepada Allah semata-mata.

Meskipun Allah yang menciptakan segala sesuatu untuk manusia, sebenarnya DIA menciptakan manusia itu untuk DiriNya. Firman Allah, “Manusia adalah hakikatKU dan AKU adalah Hakikatnya.”

Hakikat itu ialah Cahaya dari Allah. Ianya tersembunyi di matahati yang di dalamnya ada lagi matahati. Puasa hakikat itu akan batal jika ada cinta selain Allah walau pun sebesar zarrah. Demi itu Allah berfirman, “Puasa adalah untukKU dan AKUlah yang akan membalasnya.”

Kesimpulan puasa itu dalam beberapa kategori :

• Puasa Syariat : Menahan jasadnya tidak makan dan minum serta menjaga alat kelamin daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan air mani dengan sengaja.

• Puasa Tarekat : Menahan segala tempat pancaindera jasadnya seperti mata, telinga dan mulut supaya tidak melakukan maksiat. Mulutnya hendaklah diam dan tidak berkata-kata kecuali yang perlu sahaja. Matanya tidak memandang sesuatu yang boleh mendatangkan nafsu syahwat atau semua pandangan yang melalaikan dari ingat kepada Allah seperti menonton hiburan di tv, melihat wanita dengan pandangan bernafsu dan sebagainya.

• Puasa Hakikat: Menjaga hati dan fikirannya daripada segala buruksangka atau lintasan-lintasan khayalan yang negatif. Hati dan fikirannya hendaklah sentiasa syuhud (pandangan matahati) kepada Allah dan tanpa mengalih sejenak pun kepada hal-hal keduniaan serta menghilangkan perasaan wujud dirinya kecuali tertumpu kepada Wujud Allah semata-mata.

• Puasa Makrifat: Berserah diri kepada Allah (hauqalah - pengakuan keterbatasan manusia pd kekuasaan Allah sepenuhnya) bahwa yang berpuasa itu sebenarnya adalah Allah kerana puasa itu sebenarnya adalah milik Allah dan bukan milik hamba. Tetapi puasa Allah itu meliputi diri hambaNya.

Moga puasa yang kita lakukan Allah terima dengan sepenuhnya.. InshaAllah..

Rabu, 4 November 2020

ber AMAL lah... agar bertambah IMAN kita...

18 RABIUL AWWAL 1442H
4 November 2020M

Allah lebih menyukai amalan kita walaupun sedikit tapi kita tetap ISTIQOMAH membuatnya. Mg dengan sedikit amalan kita lakukan ini dapat membawa kita ke Syurga Allah & sentiasa dalam maghfirah serta rahmat Allah...
Ya Allah... Terimalah sedikit amalku ini walaupun diriku sentiasa lalai & alpa... 

Xdpt buat semua, buatlah mana yang mampu...

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg  utama.

9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir  & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ 

Selasa, 3 November 2020

Gangguan Diri

17 RABIUL: AWWAL 1442H
3 November 2020M

1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke 
(perdarahan/penyumbatan pembuluh darah ) 

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu. 

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur). 

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah. 

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal. 

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia 
(penyakit sulit mencerna ). 

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa " Sombong"  (menolak kebenaran dan meremehkan orang lain) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis 
(berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia 
(kanser darah putih) 

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.

Ahad, 1 November 2020

TIPS HD

15 RABIUL AWWAL 1442H
1 November 2020M

19 Tips HD 

1. Lakukan 10-30 minit afirmasi “TERIMA KASIH” sambil berjalan santai (ketika berjalan ke tempat kerja, pergi sarapan / makan, pergi ke bank, window shopping dll).  Lakukan dengan penuh keceriaan dan kesyukuran. Ia adalah penawar unggul untuk ‘tekanan perasaan’ (anti-depressant).

2. Duduk rehat (senyap) kira-kira 10 minit setiap hari. (guna rantai & mangga kunci, jika perlu… hahaha).

3. Hasilkan tidur malam yang sempurna & cukup. Bersiap untuk tidur, baring sempurna, belai diri dengan kaedah TERAPI BIOENERGI (self healing technique), baca Al-Fatihah & doa sebelum tidur. 

Ucapkan.. Saya pasrah & saya bersyukur berulang-ulang kali. Lakukan bayangan minda untuk KEKAYAAN yang anda ingin kecapi.

4. Sebaik jaga dari tidur, ucap syukur dan terima kasih pada Illahi. Ucap sambil bernafas dengan tenang. Nyatakan hasrat anda hari ini: “Hasrat saya hari ini adalah untuk ______ . Saya pasrah & bersyukur!” Senyum.

5. Setiap kali mandi, niatkan “Pembersihan Rohaniah & Jasmaniah”. Ratakan air ke seluruh permukaan tubuh. Belai diri anda dengan penuh kasih sayang, rasa kagum, empati, bersemangat dan bertenaga. (3 E’s = Energy, Enthusiasm, Empathy)

6. Adakan masa untuk bermeditasi, yoga, tai chi atau lain-lain. Sekurangnya hayati proses berwuduk & ketika solat. Inilah ‘PETROL’ kehidupan.

8. Lakukan “perkara” yang anda selalu ingin benar-benar lakukan.

9. Banyakkan visualisasi (berangan-angan) tatkala dalam jaga (bukan hanya bermimpi di waktu tidur).

10. Banyak makan makanan yang bersumberkan tumbuhan semulajadi. Kurangkan makanan yang diproses semula.

11. Bermentorkan seseorang dan menjadi ‘Mentor’ kepada seseorang.

12. Libatkan diri sekerapnya kepada kerja kebaikkan (amal makruf).

13. Bersihkan atau buang benda-benda yang tak perlu di rumah, dalam kereta, meja, tempat kerja, bilik dll. Kebersihan adalah sebahagian dari iman. Energi positif akan berada dalam persekitaran yang terurus dan bersih.

14. Jangan buang masa untuk bergosip, mengumpat, baca status fb yang tak manfaat, menonton cerita HANTU kat tv,  mengenang peristiwa pahit silam, berperasaan takut & malas, suka menangguhkan urusan dan suka merajuk & marah-marah. 

Sebaliknya FOKUS untuk lebih bersyukur, jujur, berbuat baik dan menyerap lebih banyak KEBAIKKAN ke dalam hidup anda. hayati kehidupan KINI untuk HARI INI..

15. Sedar akan hakikat; hidup ini sebuah perjalanan (kembara) untuk BELAJAR. Masalah adalah sebahagian dari KO-KORIKULUM yang harus ditempuh untuk BERJAYA dalam pelajaran. Ia datang dan pergi, namun pengalaman KEKAL menjadi GURU peribadi.

16. Bersarapan umpama Raja, makan tengahari macam Permaisuri dan makan malam macam kanak-kanak.

17. Senyum dan riang selalu. Ia menghasilkan hormon keriangan pada minda dan itulah VITAMIN untuk jasad. Malah SENYUM dapat menghalau energi SEDIH disekeliling anda.

18. Kerap ucapkan ‘Saya bersyukur & berterima kasih untuk ____’ setiap kali mendapat kebaikan. Ucapkan ‘Saya ikhlas & pasrah untuk ______’ setiap kali menerima bencana atau cabaran.

19. INGAT anda sememangnya telahpun terlalu KAYA dan jauh dari ‘miskin’. Kaya Nyawa, kaya umur, kaya masa, kaya nafas, kaya cahaya, kaya minda, kaya makan, kaya pakai dan pelbagai lagi kekayaan. Jadi mengapa pilih untuk STRES??!!

HIDUP TERUS HIDUP!!! KAYA TERUS KAYA!!! Hayati tiap detik..BERSYUKUR & enjoy!!

Kredit : Guruku / Master G / DMHAR / Dr. Hazil Azran Ramli

Sabtu, 31 Oktober 2020

RASULULLAH saw - Kaedah menjaga kesihatan diri

14 RABIUL AWWAL 1442H
31 Oktober 2020M

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH.

Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN.

Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI.

Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH.

Nasihat Rasulullah SAW  ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah SAW.

TIDAK PERNAH IRI HATI.

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF.

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah SAW. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Maka dari itu, selain mengikuti beberapa cara pengubatan yang telah Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada kita selaku umatnya, hal yang terpenting sebelum kita sampai kepada tahap pengubatan ialah kita harus mampu menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya agar terbebas dari bermacam-macam jenis penyakit, Inilah cara pengubatan Rasulullah SAW yang harus kita teladani, cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan pun harus kita amalkan dalam keseharian kehidupan kita ini. Mari hidup sihat dengan mengikut amalan sunah Rasulullah SAW.

Jumaat, 30 Oktober 2020

PURNAMA

13 RABIUL AWWAL 1442H
30 Oktober 2020M

Disaat PURNAMA kian tiba.


APA NAK BUAT??
- BUATLAH TERAPI DIRI
- BUATLAH SOLAT HAJAT
- BACALAH DOA & NYATAKAN IMPIAN
- MUHASABAH DIRI & BANYAKNYA TAUBAT
- SEDEKAH

&

LAKUKAN TERAPI MANDIAN

.
.


BILA NAK BUAT??
- Di Saat PURNAMA setiap bulan


Sebaiknya, ptg tersebut petik bunga-bunga utk sesi mandian kelak. 

Tips bio-energi MANDIAN AURA PURNAMA :

[Cadangan semata-mata sebagai ikhtiar penyembuhan diri dan pemuliharaan energi aura tubuh serta meningkatkan aura sukses HD. Garapan ilmu tradisi dan petua para guru untuk meningkatkan energi tubuh.)

a. Sediakan ramuan (diluar bilik air) sebelum masuk mandi dalam berpakaian penuh:

i. baldi sederhana besar + air 3/4 penuh

ii. bunga - beberapa kuntum yang dipetik sendiri pada wktu dhuha. Bersihkan dengan melalukan air supaya bebas dari serangga atau kotoran. Masuk dan rendamkan bunga-bunga ke dalam air pada baldi yang disediakan tadi.

PatiAroma S7 - titiskan 3 hingga 7 titis S7 QAMARA  pada air. (Jika ada - boleh di beli di IQTC, Seksyen 9 Shah Alam) 

Boleh guna bunga sahaja.. atau boleh digabungkan.. bunga dan S7 Qamara.

iii. Basuh tangan atau sebaiknya berwudu'. Duduk bersila di hadapan baldi sambil tangan kanan di tekap pada dinding bahagian luar @ badan baldi.

iv. Mulakan acara programming dengan kalam TA'AWUDZ. Baca BASMALLAH. Pasang NIAT yang jelas tujuan atau hasrat anda.

Contoh: "Bismillahirrahmanirraheem. Dengan izinMU Ya Rahman.. aku programkan air ini untuk tujuan KESIHATAN AURA TUBUH dan AURA REZEKI ku untuk PURNAMA ini Ya,Allah. Bantu dan berkahilah ikhtiarku ini Ya Allah."

v. Serusnya bacalah Surah AlFatihah 1X atau 3X atau 5X atau 7X.

Fokus tangan mengalirkan energi untuk tujuan yang diharapkan. Boleh bayangkan cahaya warna pelangi atau cahaya EMAS.

vi. Akhiri sesi - Istighfar dan selawat.

SIAP. Boleh masuk bilik mandi untuk mandi.

b. Mandi dalam gelap.. tutup lampu. Kalau tak nampak apa-apa langsung.. boleh pasang lilin. Ingat!! LILIN.. bukan torchlight atau guna iphone.

c. Ratakan air biasa ke seluruh tubuh. Mandi macam biasa dahulu. Boleh sabun dan bilas.

d. Kini.. baru gunakan air bunga tadi. Ratakan air perlahan-lahan di bahagian KANAN tubuh dari bahu hingga ke kaki. Seterusnya di bahagian KIRI tubuh dan seterusnya dari KEPALA hingga kaki. Rata dan gosok-gosok sedikit air pada seluruh tubuh terutamanya pada MUKA.

e. Boleh gunakan bilasan air bersih untuk hilangkan bunga yang lekat di badan - jika perlu.

f. BIARKAN SEKETIKA.. baru lap dengan tuala.

g. Berwudu'

Sekian.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk yang berhajat!

.
Wallahualam.

Kredit : Guruku / Master G / DHMAR / Dr. Hazil Azran Ramli

Isnin, 26 Oktober 2020

ISTIGHFAR

9 RABIUL AWWAL 1442H
26 Oktober 2020M

Perkongsian sedikit dalam memberi makna dalam kehidupan..

Sy nak kongsi ilmu pd sahabat.. tentang istigfar ni.. Arwah Tokguru Baba Aziz dr Kelantan semasa masih hidup.. 

Dia kalau dtg Kemaman..sy dn suami selalu jumpa dia.. Dia selalu ckp pd sy dn suami.. 

Kita kena bnykkn istigfar... Hari2 istigfar jgn tinggal.....Tp arwah Baba bgithu sy.. Hanya sebut Astagfirullahal'azim.. Tu je sebutannya.. Arwah suruh baca Hari2 sebnyk 300 kali.. Jgn tinggal..... Lepas je kita istigfar kita angkat tangan berdoa pd Allah mohon keampunan dulu.. Lepas tu barulah kita mohon hajat kita.. In shaa Allah.. 

Allah akan tlg kita dlm segala masaalah..dari kesempitan rezeki..dan segala masaalah kita yg x blh Kita selesaikn.. Allah akn selesaikn.. 

Ada seorang hamba Allah di Kemaman.. Ank dia hisap dadah.. Ayah dia dh puas berubat.. Mcm2,tp anak dia tetap hisap dadah.. Sehinggalh dia jumpa arwah Baba Aziz.. Baba hnya bgithu dia.. Kamu kena baca istigfar sebanyk 300 kali smpai 41hari..jgn tinggalkn biar cukup 41 hari........ kalau tertinggal.. Kena ulang semula smpai 41 kali.. 

Suami isteri kena baca.. Berkat dgn keyakinan tu.. Mak ayah dia baca istigfar.. Alhmdulillah.. Ank dia mnjadi pulih.. Sembuh dari mnghisap dadah.. 

Tokguru kata,
Kadang2 kita x sedar masa zaman muda kita.. Kita Ada buat slh..kita x minta keampuanan pd Allah.. Tu Allah beri pd ank2 kita atau anak cucu kita... Dugaan tu.. Atau sebaliknya..

Sy teringat pesannya.. Kalau ada masalaah apa2..istigfar hari2 sebanyak 300 ratus kali.. Inshaa Allah.. Allah akn permudahkn segala masaalh kita.. Bacaannya pendek je.. 👇 Astagfirullahal'azim tu je sebutannya.. amalkn setiap hari.. In shaa Allah segala masaalh besar atau kecil.. Allah akn tlg.. 

Tokguru kata..ibarat kita nk sesuatu pd Allah.. Tp kita x minta ampun dosa2 kita dgn Allah.. Mcm mana Allah nk kabulkn doa kita..sbb kita dinodai dgn dosa2..x kira dosa kecil atau besar.. 

Kalau kita x minta ampun drinya.. Mana boleh minta terus tanpa kita memohon keampunan pd Allah.. Sy harap perkongsian sy ni dpt diamalkn utk kebaikkan pd diri kita..Bukan utk org lain.. tpi kalau kita  buat ...kita yg dpt Bukan org lain Wasallam..

Jumaat, 23 Oktober 2020