Pageviews

Khamis, 5 November 2020

PUASA HAKIKI

19 RABIUL AWWAL 1442H
5 November 2020M

Puasa yang terbaik ialah puasa secara sufi iaitu puasa haqiqi yang mencegah hati dari mempersekutukan Allah. Caranya ialah dengan membutakan pandangan matahati dari segala yang ada di dalam dan di luar duniawi ini. Sehingga yang tinggal hanyalah cinta kepada Allah semata-mata.

Meskipun Allah yang menciptakan segala sesuatu untuk manusia, sebenarnya DIA menciptakan manusia itu untuk DiriNya. Firman Allah, “Manusia adalah hakikatKU dan AKU adalah Hakikatnya.”

Hakikat itu ialah Cahaya dari Allah. Ianya tersembunyi di matahati yang di dalamnya ada lagi matahati. Puasa hakikat itu akan batal jika ada cinta selain Allah walau pun sebesar zarrah. Demi itu Allah berfirman, “Puasa adalah untukKU dan AKUlah yang akan membalasnya.”

Kesimpulan puasa itu dalam beberapa kategori :

• Puasa Syariat : Menahan jasadnya tidak makan dan minum serta menjaga alat kelamin daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan air mani dengan sengaja.

• Puasa Tarekat : Menahan segala tempat pancaindera jasadnya seperti mata, telinga dan mulut supaya tidak melakukan maksiat. Mulutnya hendaklah diam dan tidak berkata-kata kecuali yang perlu sahaja. Matanya tidak memandang sesuatu yang boleh mendatangkan nafsu syahwat atau semua pandangan yang melalaikan dari ingat kepada Allah seperti menonton hiburan di tv, melihat wanita dengan pandangan bernafsu dan sebagainya.

• Puasa Hakikat: Menjaga hati dan fikirannya daripada segala buruksangka atau lintasan-lintasan khayalan yang negatif. Hati dan fikirannya hendaklah sentiasa syuhud (pandangan matahati) kepada Allah dan tanpa mengalih sejenak pun kepada hal-hal keduniaan serta menghilangkan perasaan wujud dirinya kecuali tertumpu kepada Wujud Allah semata-mata.

• Puasa Makrifat: Berserah diri kepada Allah (hauqalah - pengakuan keterbatasan manusia pd kekuasaan Allah sepenuhnya) bahwa yang berpuasa itu sebenarnya adalah Allah kerana puasa itu sebenarnya adalah milik Allah dan bukan milik hamba. Tetapi puasa Allah itu meliputi diri hambaNya.

Moga puasa yang kita lakukan Allah terima dengan sepenuhnya.. InshaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan