Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan

Selasa, 9 Jun 2026

HIJRAH...

23 Zulhijjah 1447H
9 Jun 2026M


Angin malam Seberang Perai bertiup perlahan, membawa damai ke serambi Masjid Jamek Tasek Gelugor. Amer merenung tatu lambang skinhead yang separuh memudar di lengan kanannya, kemudian memandang tasbih kayu di jari Ustaz Hamid. Pemuda itu mengeluh kecil, meluahkan sarat yang terbuku di dada.

"Ustaz... betul ke hijrah saya ni diterima?" tanya Amer, memecah sunyi. "Dulu saya cari ketenangan dalam muzik keras, rempit, gaduh. Sekarang bila duduk dalam masjid, saya rasa kosong. Ramai suruh saya banyakkan selawat sebab boleh tenangkan hati. Tapi kenapa jiwa saya masih rasa tak ada enjin yang boleh gerakkan diri saya?"

Ustaz Hamid tersenyum tenang. Beliau membetulkan kedudukan kain pelekatnya sebelum menepuk lembut bahu Amer. Beliau faham benar dengan laras bahasa anak muda seperti Amer yang lama hidup di jalanan.

"Amer, ramai orang silap faham pasai selawat ni," kata Ustaz Hamid dengan nada ayah-ayah, bersulam loghat utara yang pekat. "Depa pakat ingat selawat ni sekadar zikir penenang hati ja. Macam kita telan ubat bila pening kepala. Tapi hakikatnya, selawat ni la enjin utama yang boleh ubah hidup dengan perangai kita sampai pi celah akar umbi!"

Amer berpaling, matanya mengecil. "Maksud ustaz? Macam mana selawat boleh ubah hidup saya?"

"Hang cuba tengok rantaian ni satu satu," Ustaz Hamid mengangkat jari telunjuknya yang berkedut. "Pertama, bila kita selalu selawat, rohani kita automatik akan jadi makin dekat, makin mesra dengan Rasulullah SAW. Hubungan kita dengan Nabi bukan lagi sekadar cerita dalam buku sejarah yang kita baca, tapi rasa dekat sangat dalam jiwa."

Ustaz Hamid mengangkat jari kedua. "Kedua, bila dah rasa dekat, rasa cinta kepada Nabi akan melonjak naik jadi nombor satu dalam hati hang. Potong habih segala cinta pada dunia, awek, ataupun moto yang hang dok gila-gilakan dulu."

"Bila dah cinta, apa jadinya ustaz?" celat Amer, mula tertarik.

"Haa, itu yang ketiga," Ustaz Hamid tersenyum lagi, menampakkan garis-garis kedut di hujung matanya. "Bila kita dah betoi-betoi sayang dekat seseorang, apa saja yang dia suka, automatik kita pun akan pakat suka sekali, betoi tak? Kita tak payah dok paksa-paksa diri lagi dah. Macam hang dulu la, sanggup berhabih duit beli jaket kulit sebab minat skinhead, ada sapa paksa hang? Tak dak, kan?"

Amer terdiam seketika. Dia merenung lantai serambi papan masjid itu. "Ustaz... apa sebenarnya yang paling Nabi SAW sayang dan risaukan?"

Suara Ustaz Hamid bertukar rentak, menjadi lebih dalam dan sebak. "Nabi paling risaukan keselamatan kita, Amer. Nabi mahu setiap umat Baginda—termasuk hang yang pernah liaq dulu, termasuk aku yang dah tua ni—selamat daripada api neraka dan masuk syurga. Atas dasar rasa belas kasihan yang amat sangat ni la, Nabi sanggup berdakwah sampai kena baling batu, berdarah-darah, dengan menangis, dengan ayaq mata."

Ustaz Hamid memandang tepat ke dalam anak mata Amer yang mula berkaca.

"Hang tahu tak, Amer? Sampaikan masa Nabi dah nak wafat, bila tengok anak Baginda, Saidatina Fatimah dok menangis kesedihan, Nabi pujuk dia dengan kata: 'Tidak ada penderitaan atau kesusahan lagi atas bapamu setelah hari ini!' Bayangkan Amer, betapa beratnya beban yang Nabi pikul demi dok fikir nasib umat macam kita, sampai mati itu jadi satu kerehatan buat Baginda daripada penat lelah berdakwah."

Titis-titjs  air mata Amer akhirnya tumpah, membasahi pipinya yang dulu kasar. Dia membayangkan pengorbanan seorang insan mulia yang tidak pernah ditemuinya, tetapi sangat menyintainya melebihi sesiapa pun di dunia.

"Jadi Amer, apa kesan akhir selawat ni pada hang yang baru nak betoi-betoi ubah hidup?" tanya Ustaz Hamid lembut.

Amer menggeleng perlahan, lidahnya kelu.

"Orang Islam yang betoi-betoi sayangkan Nabi melalui selawat, dia takkan dok saja," tegas Ustaz Hamid. Beliau kemudian membetulkan duduknya, bersandar pada tiang masjid seraya menyambung, "Dalam Surah Yusuf ayat 108, Allah ada sebut tentang jalan Nabi. Maksudnya, orang yang mengaku ikut Nabi, dia wajib sambung kerja dakwah ni. Dia takkan jadi orang yang pentingkan diri, yang asyik dok fikir pasai pahala dia sorang-sorang dalam masjid."

Ustaz Hamid menatap wajah Amer sedalam-dalamnya. Beliau memegang kedua-dua belah bahu pemuda itu.

"Awat hang nak pi jumpa balik kawan-kawan skinhead hang tu, Amer? Sebab depa teruk? Sebab depa sesat? Sebab hang dah hijrah, jadi hang rasa hang lebih baik?" Ustaz Hamid menggeleng perlahan. "Dak, Amer... bukan sebab tu."

Nafas Ustaz Hamid ditarik dalam, penuh syahdu. "Tapi hang nak jumpa depa balik sebab dalam diri depa tu... ada kalimah Laa ilaaha illalLah! Nabi SAW bagitahu, satu orang yang ada kalimah ni dalam dada dia, kedudukan dia lebih mulia daripada Kaabah! Kita nak pi jumpa depa bukan sebab nak tunjuk pandai, tapi untuk muliakan depa. Untuk bagitahu kat depa... Nabi SAW sangat-sangat sayangkan depa."

Air mata Amer semakin deras. Kata-kata Ustaz Hamid merentap ego lamanya.

"Tidak ada satu perkara pun yang lebih bergelora dalam hati Nabi SAW," sambung Ustaz Hamid, suaranya mula bergetar menahan sebak. "Melebihi keinginan Baginda untuk tengok setiap kita ni—termasuk kawan-kawan hang kat lorong gelap tu—selamat daripada tangkapan neraka, dan dimasukkan dalam syurga. Itulah kejayaan yang Nabi nak sangat kita dapat, Amer. Itulah penyejuk hati Rasulullah."

Amer menggenggam erat jari-jemarinya. Mindanya terus terbayang wajah Bob, Mail, dan Lan—kawan-kawan sekepala yang masih hanyut dengan arak murah di lorong belakang pekan Tasek Gelugor. Rasa kosong di dadanya tadi kini diganti dengan satu semangat yang membara. Rasa bongkak kerana sudah 'berhijrah' kini lebur, diganti dengan rasa belas kasihan yang diwarisi daripada selawatnya.

"Betoi kata ustaz," kata Amer, suaranya bergetar dengan tekad baharu. "Esok malam saya nekad nak pi lepak balik dekat port depa. Saya tak mau sembang kencang pasai agama, saya cuma nak bawa kasih sayang Nabi kat depa. Saya nak depa tahu, jalan keluar daripada dunia gelap tu sentiasa ada."

Ustaz Hamid tersenyum lebar, tersentuh dengan keberanian jiwa muda di hadapannya. "Alhamdulillah, Amer. Pi cari depa dengan penuh kasih sayang. Ingat, itu kerja Nabi."

Hijrah Amer bukan lagi sekadar pelarian daripada masa silam yang gelap, tetapi sebuah permulaan untuk menjadi 'enjin' pembawa cinta Nabi kepada kawan-kawannya yang lain.

"Sollu ‘Alan Nabi, Amer..." bisik Ustaz Hamid.

"Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad..." sahut Amer. Malam itu, di serambi masjid di Seberang Perai, seorang bekas anak muda yang liar telah menemui 'enjin' sebenar untuk mengubah seluruh jalan hidupnya.


Gunawan Aziz
Zulhijjah 1447
Putrajaya



Rabu, 13 April 2022

11 PUASA

11 RAMADHAN 1443H
13 April 2022M

"Mengenang hari wafatnya Ummul mukminin Sayyidah Khadijah binti Khuwailid isteri RASULULLAH saw..

Sayyidah Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadhan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum RASULULLAH hijrah ke Madinah. Sayyidah Khadijah wafat dalam usia 65 tahun.

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada RASULULLAH saw,
"Aku memohon maaf kepadamu, Ya RASULULLAH, kalau aku sebagai isterimu belum berbakti kepadamu."

"Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah meyokong dakwah Islam sepenuhnya", jawab RASULULLAH

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

"Fatimah puteriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang ku takutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku."

Mendengar itu RASULULLAH berkata:
"Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga".

Ummul mukminin,

Rabu, 13 Oktober 2021

HIJRAH!!!

7 RABIUL AWWAL 1443H
13 Oktober 2021M

Tarikh itu kembali.. dan tanggal ini ada kisahnya. Kisah BESAR di TAHUN YANG AWAL.. Tahun PERTAMA HIJRAH! Malah, kerana kisah ini adanya KALENDAR ISLAM. Ia adalah kisah HIJRAH RASULULLAH s.a.w. dari MEKAH KE MADINAH yang berlangsung selama 14 HARI.

SETELAH 3 HARI BERSEMBUNYI DI GUA YANG SEMPIT...
baginda Rasulullah s.a.w. KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN dan meneruskan perjalanan HIJRAH ke MADINAH.

Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah MULA reda SERTA rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, maka RASULULLAH dan ABU BAKR bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah.

Abdullah bin Uraiqat, seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir diupah Abu Bakr sebagai PENUNJUK JALAN. Beliau, miskipun beragama Quraisy, namun RASULULLAH mempercayainya dalam hal ini.

Sebelumnya, Abu Bakr telah menyerah unta tunggangan mereka kepada Abdullah, dan BERJANJI untuk bertemu semula di pintu gua Tsur selepas tiga malam. Maka, di malam Isnin 1hb Rabiul Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 13 September 622 Masihi (Kalender Julian) itu, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua.

Berkata Abu Bakr kepada Rasulullah,

"Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah seekor tunggangan ini".

Abu Bakr pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu.

Jawab Rasulullah,

"Ku ambil dengan HARGA".

KEMBARA itu BERMULA...

Rasulullah bersama-sama Abu Bakar bergerak perlahan MAHU menuju destinasi (Madinah) yang berada di ARAH UTARA. Pembantu Abu Bakr, Amir bin Fahiirah bersama dalam kembara itu. Mereka melalui JALAN ASING, iaitu melalui jalan pinggir pantai atas panduan Abdullah bin Uraiqat.

Arah PERTAMA ialah ke arah SELATAN negeri Yaman.

Kemudian baru BERALIH arah menuju persisiran pantai - MELALUI JALAN YANG TIDAK PERNAH DILALUI ORANG LAIN.

Kemudiannya mereka bergerak ke utara menghampiri pantai laut merah - KALI INI MELALUI JALAN YANG JARANG DIPILH ORANG kerana KESUKARANNYA.

Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui Rasulullah di dalam perjalanan mulia ini.

Katanya:

"Sebaik sahaja penunjuk jalan (Abdullah) membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lama kemudian beliau membawa mereka menyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah Asapan, kemudian baru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki al-Kharar, terus pergi ke Thaniya al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke al-Jadajid, lepas itu ke al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A’ada memasuki Ta’hn berlepas ke al-Ababid melintasi al-Fajah turun al-A’rj mengarah ke Thaniyah al-A’air di sebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn Ra’im akhirnya sampai ke Quba’."

ia PETA HIJRAH bagi KEMBARA HIJRAH Rasulullah.

ia 'PETA' LUAR BIASA... PADANYA TERSIMPAN "KISAH HIJRAH" untuk jadi SUNNAH bagi diteladani ummah.

HARUS DIINGAT.. kala itu..

tiada KERETA BERODA + PENGHAWA DINGIN.
tiada JALAN BERTAR yang selesa..
tiada 'EXPRESS HIGHWAY'..
tiada R&R untuk singgah berehat..
tiada HOTEL walau 1 BINTANG untuk bermalam..
tiada GPS penunjuk arah..
tiada MAKANAN & MINUMAN yang cukup..
dan berbagai lagi yang tiada...segalanya DALAM KEKURANGAN..

MALAH..

mereka sedang DIBURU!!

kisah ini kisah SUNYI..
sesunyi kembara itu kala itu.
sedikit sekali yang 'tahu' akannya..
sedikit sekali yang 'mengiktibarinya'.
Untuk buat KOMPAS.. buat PETA..
untuk JADI LEBIH BAIK dan MULIA,
mencontohi jejak insan SUPER LUAR-BIASA
demi menagih LIMPAH RAHMAT dariNYA...

#rabiulawal #rabiulawwal #hijrahrasul #rasulullah #muhammadsaw #hd #hijrahdiri #jomhijrah #kisahhijrah #kuasahijrah

Jumaat, 8 Oktober 2021

Saat Wafat nya RASULULLAH saw

1 RABIUL AWWAL 1443H
8 Oktober 2021M

BAHKAN, TEMAN SEJATI DI SYURGA…
(KISAH WAFAT RASUL)

[Watak "Muhammad" dalam kisah ini merujuki Baginda Rasulullah. Selawat dan Salam buat Nabi junjungan]

Pada suatu malam, Muhammad memanggil salah seorang maula (hamba yang telah dibebaskan) beliau; Abu Muwaihibah.

“Wahai Muwaihibah, aku mahu keluar ke Baqi’, kawasan perkuburan orang Madinah.”

Lalu, mereka pun ke tempat yang dimaksudkan. Adapun tujuan Muhammad adalah untuk meminta ampun untuk ahli kubur Baqi’ yang terdiri dari orang Islam. Abu Muwaihibah setia menemani tatkala Muhammad berdoa di perkuburan. Seketika kemudian Muhammad berkata;

“Wahai Abu Muwaihibah, fitnah sudah mula datang.”

Kemudian beliau berpaling pada arah kuburan lalu berkata;

“Bergembiralah kalian dengan keadaan kamu sekarang, bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang. Fitnah sudah mula berdatangan, fitnah demi fitnah!”

Kembali Muhammad berpaling kepada Abu Muwaihibah dan berkata:

“Wahai Abu Muwaihibah, aku diberi pilihan antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ATAUPUN aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga.”

Abu Muwaihibah berkata,

“Wahai Muhammad, pilihlah kami…”

Muhammad berkata,

“TIDAK, wahai Abu Muwaihibah. Aku pilih untuk bertemu Tuhanku dan syurga.”

Kecintaan kepada ALLAH sahaja yang memenuhi hati Muhammad dan BAGINDA RASULULLAH MEMILIH BERTEMU ALLAH.

Peristiwa ini berlaku selepas Rasul pulang dari Haji Wada’. Sesudah turunnya ayat 3 surah al-Maidah yang bermaksud; “Pada hari ini, aku sempurnakan kepada kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmatku kepada kamu dan aku reda kepada kamu Islam sebagai agama.”

Muhammad Memilih Untuk Bertemu Allah

Dengan pilihan Muhammad ini, bermulalah sakit beliau. Sakit pertama yang menimpanya adalah SAKIT KEPALA yang amat sangat. Siti Aisyah ada bertanya kepada Muhammad adakah sakit baginda itu sama sepertinya yang turut sedang sakit kepala. Jawap Muhammad,

“Kami para nabi. Kami sakit seperti kesakitan dua orang biasa.”

Muhammad juga demam panas. Muhammad pengsan kerana terlalu kuat demamnya. Seraya sedar dari pengsan, Muhammad meminta 7 bekas air dari perigi-perigi di sekitar Madinah untuk baginda mandi bagi meringgankan demamnya. Namun, kerana terlalu kuat demamnya, Muhammad tak terdaya menghabiskan semua air. Pun begitu ikhtiar tersebut menggurangkan sedikit panasnya.

Hari Jumaat itu, di bulan Rabiul Awwal tahun ke 11 Hijrah; Muhammad menyampaikan khutbah Jumaat. Selepas Asar pada petangnya, Muhammad berucap kepada sahabat-sahabatnya.

“Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan antara diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya dan kekal di dunia kemudian masuk syurga ATAUPUN dia bertemu dengan Tuhannya dan kemudian dia masuk syurga. Hamba itu memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga.”

Abu Bakar mula menangis teresak-esak. Abu Bakar sudah dapat memahami hamba yang disebut Muhammad itu adalah diri baginda sendiri. Katanya kepada Muhammad;

“Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, wahai Muhammad.”

Berkata Muhammad;

“Bertenanglah wahai Abu Bakar.”

“Sesungguhnya aku tidak mengetahui ada orang yang lebih baik persahabatannya dengan aku daripada Abu Bakar. Kalau aku boleh mengambil seseorang sebagai kekasih, nescaya aku ambil Abu Bakar sebagai kekasih. Tetapi aku adalah kekasih Allah. Hati aku dipenuhi dengan cinta Allah."

Lewat petang itu, Muhammad semakin tenat. Maghrib itu, Muhammad mengarahkan Abu Bakar dipanggil menjadi Imam menggantikannya. Namun Abu Bakar telah pergi menziarah isterinya di hujung Madinah. Umar menggantikan Abu Bakar untuk solat Maghrib itu dan itulah kali pertama orang lain mengimamkan sembahyang.

Keadaan sakit Muhammad berlarutan selama 3 hari. Muhammad tidak mampu keluar dari rumah. Abu Bakarlah yang mengimamkan sembahyang selama 3 hari tersebut. Muhammad tidak dapat bangun dan kadang-kadang pengsan.

Pada subuh Isnin di bulan Rabiul Awal itu, Muhammad rasa sakitnya semakin kuat. Digagahnya juga untuk ke masjid yang bersambung pintunya dengan rumah baginda. Para sahabat sedang bersembahyang diimamkan Abu Bakar. Muhammad terhibur melihat Abu Bakar memimpin sahabat-sahabat bersembahyang. Sahabat yang bersembahyang berhampiran pintu memandang Muhammad yang sedang tersenyum. Muhammad mengisyaratkan supaya mereka meneruskan sembahyang kerana ada yang hamper berhenti kerana terlalu gembira melihat Muhammad yang telah 3 hari tidak keluar rumah kerana sakit.

Muhammad maju kehadapan, sahabat-sahabat membukakan laluan dan akhirnya Muhammad sembahyang duduk di sebelah kiri Abu Bakar. Sedar kehadiran Muhammad, Abu Bakar bergerak ke belakang menjadi makmum kepada Muhammad. Muhammad mengimamkan sembahyang pada subuh Isnin itu.

Selesai sembahyang, Muhammad naik ke mimbar menyampaikan khutbah Wada’ iaitu khutbah akhir dalam keadaan duduk. Muhammad bersuara kuat hingga orang yang berada diluar masjid juga boleh mendengar. Semua menjangka Muhammad semakin sembuh serta kuat kembali.

Semua umat Islam Madinah gembira dengan khabaran kesihatan Muhammad itu. Kerisauan mereka kini tiada lagi.

MASUK WAKTU PAGI hari Isnin itu, sakit Muhammad datang semula. Muhammad bersandar pada Siti Aisyah. Muhammad minta mahu bersugi. Menurut Siti Aisyah, katanya;

“Aku melihat Muhammad bersugi dalam keadaan yang sangat berat. Tidak pernah sepanjang hidup ku lihat begitu.”

Sesudah itu, sakit Muhammad semakin hebat kuatnya. PELUH KELUAR MENCURAH-CURAH dari kepala Muhammad. Siti Aisyah menyapu muka baginda dengan air bagi meringankannya. Muhammad berkata ;

“Wahai Aisyah, sesungguhnya mati itu mempunyai kesakitannya.”

Muhammad melentokkan kepalanya ke bahu Aisyah.

Muhammad mengulang-ulang SATU KATA-KATA yang seakan-akan baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir. Kata-kata tersebut;

“BAHKAN TEMAN SEJATI DI SYURGA… bahkan teman sejati di syurga.."

Siti Aisyah berkata;
Ketika baginda mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku dan pandanganya mendongak ke langit. ROH MUHAMMAD SUDAH KELUAR DARIPADA JASADNYA UNTUK BERTEMU ALLAH. Aku meletakkan kepala Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari sehingga keluar rumah.”
Berita kewafatan Muhammad tersebar. Seluruh Madinah mula menangis, kesedihan yang teramat sangat.

Umar tiba dan masuk menziarah. Umar berkata;

“Pesuruh Allah belum wafat, dia tidak sedar diri, sama seperti mana Nabi Musa tidak sedar apabila allah memperlihatkan diriNya kepada Nabi Musa. Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah sudah Wafat!”

Adasahabat-sahabat yang menyokong kerana tidak percaya apa yang sedang dilalui. Ujian besar sedang menimpa mereka.

Abu Bakar tiba. Dia menghampiri jasad Muhammad yang telah diselimuti. Abu Bakar menguncup dahi Muhammad sambil berkata;

“Kesejahteraan untuk kamu ketika hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Kesejahteraan untuk kamu ketika hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sedah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas itu.”

Dikucupnya dahi Muhammad sekali lagi dan ditutup kembali jasad Muhammad. Abu Bakar ke mimbar Masjid di mana Umar sedang berucap, kata abu Bakar;

“Bertenanglah, wahai Umar.”

Tidak Umar endahkan kerana emosinya dan sukarnya dia menerima hakikat. Abu Bakar naik ke Mimbar lalu mula memberi ucapan kepada yang hadir;

“Barang siapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Barang siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati.”

Kemudian, dia membaca ayat 144 dalam surah Ali Imran yang bermaksud;

“Dan Muhammad itu tidak lain hanya seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa rasul yang mati ataupun terbunuh. Jika demikian, kalau ia pula mati ataupun terbunuh, patutkah kamu berbalik berpaling tadah menjadi kafir? Dan ingatlah, sesiapa yang berbalik menjadi kafir maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu.”

UMAR JATUH TERDUDUK!!

“adakah ayat itu di dalam al-Quran?”

Umar yang menghafal seluruh kandungan al-Quran hilang pertimbangannya kerana kejutan dan ujian besar ini. Kemudian Umar berpaling kepada sahabat-sahabat, katanya;

“Wahai sahabat-sahabatku, Muhammad sudah meninggal dunia”

Kesedihan menguasai semua. Sahabat-sahabat mula mencari tempat untuk menangis sekuat hati kerana beratnya menanggung ujian kematian Muhammad.

Sejak hari itu.. Bilai tidak mengumandangkan AZAN lagi..

Muhammad MEMILIH BERTEMU ALLAH.

BAHKAN, TEMAN SEJATI DI SYURGA!!!

RABIULAWAL itu suram...

RABIULAWAL kita kini..
KISAH INI SURAM!

#rabiulawal #rabiulawwal #wafatrasul #rasulullah #muhammadsaw #hd #hijrahdiri #jomhijrah

Isnin, 30 Ogos 2021

MERDEKA !!!

21 MUHARAM 1443H
30 Ogos 2021M

MALAM INI, DETIK 12 TENGAH MALAM..  Hari Ulangtahun KEMERDEKAAN NEGARA.

SETIAP KALI TIBA HARI INI .. Kita LAUNGKAN MERDEKA!

Ia kata-kata KERAMAT! 

Dulu, saat PERTAMA ia dilaungkan, kalam ini keluar dari MULUT PERDANA MENTERI PERTAMA MALAYSIA pada 31hb OGOS 1957 di Dataran MERDEKA tanda rasminya Malaysia ini MERDEKA.

"MERDEKA!
MERDEKA!!
MERDEKA...!!!"

ia laungan KERAMAT hari KEMERDEKAAN itu.

------------------------------------------

KALAM KERAMAT KITA HARI-HARI adalah ... ALLAHUAKBAR!

ALLAHUAKBAR - ALLAH MAHA BESAR

Kalam ALLAHUAKBAR mengawali LAFAZ AZAN.
Setiap kali masuknya WAKTU SOLAT, AZAN akan dilaungkan MENYERU MUSLIM UNTUK SOLAT.

Kalam ALLAHUAKBAR juga mengawali LAFAZ IQAMAT, yakni lafaz qamat sebelum kita mulakan SOLAT.

Jika DIHITUNG..

dalam AZAN, kalam ALLAHUAKBAR disebut 6 KALI
manakala dalam IQAMAT, kalam ALLAHUAKBAR disebut 4 KALI..

LALU.. kalam ALLAHUAKBAR dalam AZAN + IQAMAT adalah :

6 + 4 = 10 @ 1 + 0 = 1

NILAI 1 !!!

SATU = WAHID = ESA !!

Kalam Allahuakbar terbina (dalam huruf arab) dari 8 huruf iaitu;

Alif + Lam + Lam + Ha + Alif + Kaf + Ba + Ra.

DALAM Kaedah MUFRAD HIJAIYAH MASYRIQ, iaitu susunan HURUF ARAB dari Alif hingga Ya, pada kalam ALLAHUAKBAR, nilai hurufnya adalah:

Alif - huruf no 1
Lam - huruf ke 23
Ha - huruf ke 27
Kaf - huruf ke 22
Ba - huruf ke 2
Ra - huruf ke 10

lalu.. jika dinyahkod huruf kepada angka (ikut susunan huruf):

1 + 23 + 23 + 27 + 1 + 22 + 2 + 10 = 109

dikecilkan (mufrat @ Gt)

109 @ 1+ 0 + 9 = 10 atau 1

Nilai 1 !!!

SATU = WAHID = ESA !!

DALAM KAEDAH LAIN:

DALAM KAEDAH ILMU HURUF @ ABJAD pula, nilai berangka yang ditugaskan kepada huruf-huruf, nilai kalam ALLAHUAKBAR adalah:

nilai huruf Alif - adalah 1,
nilai huruf Lam adalah 30,
nilai huruf Ha adalah 5,
nilai huruf Kaf adalah 20,
nilai huruf Ba adalah 2
nilai huruf Ra adalah 200.

Lalu, Nilai keseluruhan (dicampurkan kesemua nilai yang ditugaskan kepada huruf-huruf yang terbina pada kalam Allahuakbar) adalah:

1 + 30 + 30 + 5 + 1 + 20 + 2 + 200 = 289.

Seterusnya nilai 289 ini dikecilkan; 2+8+9 = 19.
Seterusnya jika dikecilkan lagi; 1+9 = 1.

SEKALI LAGI..

NILAI 1 !!!!!

KEBETULAN??

TIDAK! Ia INDAHNYA susunan!
[dan ALLAH sahaja yang MAHA tahu..]

Kalam ALLAHUAKBAR adalah kalam TAKBIR. Kita memulakan solat dengan TAKBIRATUL IHRAM.

Diriwayatkan daripada ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Kunci solat adalah bersuci, dimana solat itu diawali dengan TAKBIRATULIHRAM dan diakhiri dengan salam.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai’e dan Abu Daud)

IA PERKARA "PERTAMA" yang dibuat menandakan kita sudah MULA SOLAT!!

Sebelum MULA SOLAT, kita sebut ALLAHUAKBAR (Takbiratul Ihram) - 1
Sebelum RUKU, kita sebut ALLAHUAKBAR - 1
Sebelum SUJUD, kita sebut ALLAHUAKBAR - 1
Sebelum duduk antara dua sujud, kita sebut ALLAHUAKBAR - 1
Sebelum SUJUD ke 2, kita sebut ALLAHUAKBAR - 1

dan SEBELUM DUDUK TAHAYAT AWAL atau AKHIR, kita sebut ALLAHUAKBAR - 1

Apabila kita halusi secara RAKAAT-RAKAAT SOLAT:

Ada 5 x sebutan ALLAHUAKBAR dalam SATU RAKAAT yang tiada tahayat.

Manakala

Ada 6 x sebutan ALLAHUAKBAR dalam SATU RAKAAT yang memiliki tahayat awal atau akhir.

5 & 6!!

Rakkat ke 1 = 5 X ALLAHUAKBAR!
Rakaat ke 2 = 6 X ALLAHUAKBAR!

ayuh kita perhatikan (kira) jumlah KALAM ALLAHUAKBAR bila kita SOLAT:

SOLAT FARDHU

Seharian kita SOLAT FARDHU 5 KALI SEHARI SEMALAM. Ia terbina dengan 17 RAKAAT. Maka, bacaan takbir ALLAHUAKBAR secara keseluruhannya adalah:

SUBUH >> 2 rakaat (ada 1 tahayat) >> 5 + 6 = 11
ZUHUR >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22
ASAR >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22
MAGHRIB >> 3 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 6 = 17
ISYA' >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22

JUMLAH BESAR >>> 11 + 22 + 22 + 17 + 22 = 94

Tatkala MENYELAK AL-QURAN - SURAH KE 94 adalah Surah ALAM NASYRAH (INSYIRAH) - "YANG MELAPANGKAN"

dalam AYAT 1 SURAH 94 ini, Allah berkata dalam BERTANYA:

"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu??"

[dirimu - dalam ayat ini adalah Muhammad. Dalam tafsir menulis ; 'wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk?']

SEOLAH..

HIKMAH SOLAT 5 kali sehari dengan 17 raakaat yang ada 94 KALAM ALLAHUAKBAR di dalamnya itu AKAN BUAT KITA LAPANG DADA!!!

seperkara lagi..

PADA SURAH INSYIRAH ini..

AYAT 5 & 6 (macam jumlah RAKAAT tadi.. kebetulan??) Pada surah ini ALLAH "ULANG" PENYATAAN YANG SAMA 2 kali..

ayat 5 surah 94 :

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

ayat 6 surah 94 :
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Allah ULANG..

TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN!!!

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR!!

SYAWAL!
AWAL SYAWAL yang lalu.. saat sebelum SOLAT EIDUL FITRI itu..
kita menyeru syahdu..

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR!!
LAA ILLAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM!

malah..

saat SOLAT EIDUL FITRI..
TAKBIR ALLAHUAKBAR di ulang-ulang di awal RAKAAT-RAKAATnya..

malah..

saat KHATIB berkhutbah..
TAKBIR ALLAHUAKBAR di ulang-ulang KALAMNYA!

ia kalam BESAR
ia kalam KEMENANGAN!

kurang sebulan lagi dari hari ini.. kita akan rai EIDUL ADHA. Sekali lagi.. kalam KERAMAT ini akan diserukan kepada semua..

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR!!
LAA ILLAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM!

Wallahua'lam

DMHAR

#merdeka #sehatisejiwa #allahuakbar #kalamallahuakbar #jomhijrah #dmhar #hd #hijrahdiri #maalhijrah #malaysiamerdeka #merdeka59 #rahsiametamatika #ilmunombor #metamatikaislam

Ahad, 11 Julai 2021

1 HAJI

1 Dzulhijjah 1442H
11 Julai 2021M

Haji orang dulu.. penuh mujahadah;

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:- 


• Kos menunaikan haji sekitar 500  hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah. 
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam. 

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.  

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Wallahua'lam

Jumaat, 11 Jun 2021

SIRI PARA ANBIYA'

1 DZULQAEDAH 1442H
11 Jun 2021M

NABI JEHU.    

Nabi Jehu atau disebut Yehu merupakan salah seorg Nabi dari kalangan Kaum Bani Israil yg berasal dari suku Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim. 

Nama penuh beliau ialah Jehu bin Hanani bin Yunathan bin Shamaiah bin Mattaniah bin Mikhaiah bin Zakkur bin Asaph (Asif) bin Joel (Yu'il) bin Nabi Samuil bin Elkanah bin Jeroham bin Tohu (Toah) bin Elial bin Zuph bin Elkanah bin Mahath bin Amasai bin Elkanah bin Joel bin Azariah bin Zephaniah bin Tahath bin Assir bin Abiasaph bin Korah (Qarun) bin Izhar (Yishar) bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Beliau dikatakan lahir pada pertengahan zaman pemerintahan Raja Yerobeam dan diutus menjadi Nabi pada zaman pemerintahan Raja Baasha dan Raja Jehoshapat. 

Semenjak dari pemerintahan Raja Yerobeam, raja Kerajaan Israil, Kaum Bani Israil banyak melakukan perkara2 yg mungkar dan keji sehingga Allah Taala menurunkan bala dan seksa ke atas mereka. Selepas kemangkatan Raja Yerobeam akibat dibunuh oleh Baasha, Baasha pun mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah Kerajaan Israil. 

Sepanjang baginda memerintah, baginda banyak melakukan dosa2 besar seperti yg dilakukan oleh Raja Yerobeam sehingga Allah Taala murka ke atasnya. Raja Baasha merupakan seorg raja yg sangat zalim dan kejam dan barang siapa yg tidak mengikuti kemahuannya akan dibunuh. 

Sepanjang pemerintahannya, Kaum Bani Israil hidup dalam kesengsaraan dan terpaksa mengikut apa yg diperintahkan oleh baginda. Oleh yg demikian, Allah Taala pun mengutus seorg Nabi dari suku Lawi bagi memperingati Raja Baasha berserta kaumnya. 

Allah Taala pun menyampaikan wahyu kepada beliau melalui Malaikat Jibril. 

Firman Allah Taala: "Wahai Jehu! Sampaikanlah kepada Baasha pesan-Ku ini. Dahulu engkau bukan apa2, tetapi engkau sudah Kuangkat  menjadi pemimpin atas umat-Ku Israil. Sekarang engkau melakukan dosa seperti Yerobeam dan menyebabkan umat-Ku Israil berdosa sehingga membangkitkan kemarahan-Ku. Kerana itu, Aku akan melenyapkan engkau dan keluarga engkau sama seperti yg telah terjadi kepada Yerobeam". 

Setelah menerima wahyu tersebut, Nabi Jehu pun bertemu dengan Raja Baasha dan menyampaikan
segala wahyu yg diterimanya. Setelah mendengar ucapan Nabi Jehu, Raja Baasha pun murka lalu memerintahkan  para pengawalnya menangkap dan memenjarakan Nabi Jehu. 

Janji oleh Allah Taala tidak pernah silap. Akhirnya Raja Baasha mati dan digantikan oleh anaknya yg bernama Elah. Sementara itu, Nabi Jehu diseksa dan dipenjarakan seumur hidup hingga beliau wafat di dalam penjara. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan di Beit Shemesh, Israil.

Jumaat, 14 Mei 2021

RAYA 2

2 SYAWAL 1442H
14 Mei 2021M

Mulla Ali Maksumi Hamadani, adalah seorg wali Allah yg terkenal di kota Hamadan. Beliau bercerita, "ada seorg lelaki tua yg rajin hadir di majlis pengajian kami.  Apabila ia hadir pasti aroma semerbaknya membuat yg hadir terasa damai sekali". 

Suatu hari setelah pengajian usai, Mulla Hamadani memanggil org tua ini dan bertanya jenis parfum apa yg dia pakai. "Aku tidak pakai parfum sama sekali". Jawabnya. Mulla tersenyum. "Aku sdh duga kau tidak memakai parfum dunia ini. Ceritakan apa yg kau amalkan dan alami sehingga menebarkan keharuman yg indah ini." Pinta Mulla.

"Aku tidak punya amalan banyak", jawab org tua ini. "Aku hanya bersalawat kepada Rasulullah saw terus menerus. Setiap saat dan dimanapun aku berada."

Suatu  malam aku bermimpi melihat kekasihku Muhammad saw. Saat itu aku berada di majlisnya bersama banyak org. Baginda Nabi kemudian berkata kpd yg hadir, siapa yg paling banyak di antara kalian yg bersalawat kepadaku berdirilah dan peluk aku.

Aku tidak berani berdiri karena aku pikir pasti ada org lain yg lebih banyak salawatnya ketimbang aku. 

Dalam keheningan sejenak itu Nabi kemudian mengatakan hal yg sama untuk kedua kalinya. "Siapa yg paling banyak salawatnya kepadaku segera  berdiri dan memeluk aku". 

Aku tetap tidak berani berdiri dan memeluk Nabi karena aku pikir pasti ada org lain yg lebih banyak salawatnya ketimbang aku. 

Terdengar suara yg mengusulkan kpd Nabi agar beliau yg berdiri dan memeluk org yg paling banyak salawatnya. 

Nabi kemudian berdiri dan menghampiriku. Beliau peluk aku erat2 dan mencium wajahku. Tak lama. Aku merasa sejenak sekali. Tiba2 aku bangun dari tidurku. Aku mencium aroma wangi Rasulullah melekat dlm tubuhku. Aroma wangi ini adalah aroma pelukan Rasulullah saw."

Mulla terharu sekali. Beliau peluk org tua yg saleh ini. "Aku sdh menduga itu", kata Mulla sambil tersenyum. 

Nabi saw memang punya aroma yg sangat khas. Tidak semua org mukmin mencium aroma semerbak itu. Sebagian hamba2 Allah yg mukmin yg cinta tulus kepadanya mendapatkan keberkahan itu di dunia ini. Apalagi di akherat.

Lantunkan shalawat sebanyak2nya kepada baginda Rasulullah saw. Tebarkan  dan ajak org lain juga berahalawat. Nabi saw bersabda: "Angkatlah suaramu dalam bershalawat kepadaku karena ia akan menghilangkan noda2 kemunafikan yg ada di hati" 

Rabu, 12 Mei 2021

Bulan ke-10

30 RAMADHAN 1442H
12 Mei 2021M

1,2,3,4,5,6,7,8,9...SEPULUH!! 

Kisah HARI ke 10
Jika 10 itu HARI, maka ada 2 'HARI KE SEPULUH' - satu di AKHIR TAHUN dan 1 di AWAL. 

Hari ke 10 di AKHIR TAHUN (bulan terakhir yakni Dzulhijjah) adalah EIDILADHA - RAYA HAJI@QURBAN!! 

Sekali lagi CERITA RAYA untuk muslim sesudah EIDULFITRI!! jarak antara EIDULFITR ke EIDULADHA sekitar 7X10 hari.

HARI KE 10 di AWAL TAHUN adalah 10 MUHARRAM yang dikenali sebagai HARI "ASYURA".. dan kata 'asyura' itu bermaksud 10. 

10 AWAL... 10 AKHIR...

KISAH MINGGU ke 10...
Jika 10 itu MINGGU, maka ianya adalah MINGGU ULANGTAHUN KELAHIRAN RASULULLAH & ULANGTAHUN RASUL TIBA KE MADINAH dalam KISAH HIJRAH!! 

Minggu ke 10 - ULANGTAHUN RASUL?? HIJRAH RASUL??

jika seminggu ada 7 HARI, maka 10 minggu: 7X10 = 70 hari. Dari 01 Muharram.. hari ke 70 adalah 12 RABIUL AWAL!! 

kebetulannn...???

KISAH BULAN ke 10...
Jika 10 itu BULAN, maka ianya BULAN SYAWAL..

Syawal itu bulan RAYA, bulan KEMBALI ke FITRAH, bulan balik KAMPUNG (fitrah@asal diri), bulan BONUS RAYA, DUIT RAYA, CUTI RAYA, BAJU RAYA, PROMOSI RAYA dan pelbagai RAYA YANG LAIN. Lalu, ia SEPULUH yang MERIAH!!

BULAN 10 - bulan KEMENANGAN!!

KISAH TAHUN ke 10...
Jika 10 itu TAHUN, maka ianya 1 DEKAD.. 

setelah 10 tahun HIJRAH ke Madinah, RASUL pulang ke MEKAH untuk LAKUKAN HAJI - lalu, 10 DZULHIJJAH 10H itu ISTIMEWA - ia HAJI WADA' . 

Ia HAJI AKHIR @ PERPISAHAN!! Perpisahan kerana Rasul WAFAT pada tahun sesudahnya.

------

SEPULUH...
Jika 10 itu JARI-JEMARI di tangan sendiri.. DEMInya aku terus bersyukur, lalu ku angkat semuanya MENADAH TANGAN BERDOA - agar '10' INI TERUS BERGUNA - BERKHIDMAT dan BERIBADAH untukNYA. 

Juga BERDOA, agar bulan KE 10 ini terus BERMAKNA dan JADI PENANDA (ukuran) dari satu 'SYAWAL' ke satu 'SYAWAL' yang seterusnya...

monolog:
Ini BULAN SEPULUH - SYAWAL... 

Begitu pantas peredaran masa, kini sudahpun BULAN KE SEPULUH. Sedari 01 01(Muharram) 1437H hingga 01 10 (Syawal) 1437H.. sudah 266 HARI BERLALU. 

Ia TEMPOH YANG DIPERLUKAN untuk menunggu SEBUAH KELAHIRAN. Sesudah 9 BULAN dalam kandungan IBU.. bulan ke 10 adalah bulan KEMUNCULAN KE ALAM.SYAWAL bulan KEMENANGAN.

Syawal singgah lagi mengisi kerinduan perpisahan yang panjang. Sang perindu bakal menempiaskan dendam rindunya. Lagunya penuh kesyukuran kerana terus diberi peluang MENGHAYATI MAKNA SEBUAH KEMENANGAN dan erti 'KELAHIRAN' SEMULA.

Melodinya penuh keasyikan.. rentaknya penuh kecanduan spiritual! 

“Wahai jiwa-jiwa yang tenang, bergumbiralah…” 

tempik dan ronta jiwa sang perindu bulan SEPULUH ini. Ini TIKANYA yang dirindu PULANG ke pangkuan.

Jelas.. GEMA rindu SYAWAL ini MERIAH dengan ACARA. BULAN SEPULUH SIBUK dengan ACARA RAYA-MERAYAKAN!! RAI-MERAIKAN!!

Semoga KEMENANGAN YANG SEBENAR milik kita!!

amin.

SALAM EIDUL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Rabu, 5 Mei 2021

Memperingati HARI AN-NAKSAH (5-10 Jun 1967)

24 SYAWAL 1442H
5 JUN 2020M

Bagi umat Islam, khususnya tarikh 5 hingga 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling rendah dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis kembali terjajah setelah ia dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira 1,000 tahun yang silam.


Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah, rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau 'hari kekalahan'.


Peristiwa an-Naksah merujuk kepada Perang Enam Hari pada tarikh di atas di antara negara-negara Arab dan Israel. Dalam tempoh sesingkat enam hari itu, tiga negara Arab iaitu Mesir, Syria dan Jordan kehilangan wilayah dan mengalami kemusnahan yang besar dari sudut ketenteraan.


Bahkan, dalam tempoh tersebutlah Masjid al-Aqsa ditawan oleh tentera Israel dan terus terjajah sehingga hari ini.


Pada 8 Jun, Mesir kehilangan seluruh Semenanjung Sinai yang merupakan satu kekalahan yang besar dan memberi kelebihan strategik kepada Israel untuk terus menguasai Selat Tiran yang mengawal laluan ke Laut Merah.


Jalur Gaza yang dikuasai oleh Mesir sejak tahun 1948 juga jatuh ke tangan musuh. Tentera Israel juga memasuki Kota lama Baitul Maqdis dan menduduki Masjid al-Aqsa pada 7 Jun, seterusnya mara ke Sungai Jordan dan menguasai seluruh Tebing Barat yang ditadbir oleh Jordan.


Apabila Mesir dan Jordan bersetuju dengan gencatan senjata yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 8 Jun, seluruh Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat sudah diduduki oleh tentera Israel.


Syria juga memilih untuk patuh dengan gencatan senjata pada 9 Jun, namun Israel terus menceroboh wilayah Syria dan menduduki Tanah Tinggi Golan sehingga kini.


Menjelang 10 Jun, Israel menguasai wilayah yang keluasannya ialah dua kali ganda dari negara haram Israel yang didirikan ke atas wilayah Palestin pada tahun 1948. Wilayah tersebut meliputi; Baitul Maqdis timur, Tebing Barat, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.


Bagi umat Islam, 7 Jun adalah tarikh yang amat memilukan kerana pada tarikh tersebutlah Masjid al-Aqsa kembali terjajah. Tentera Israel memasuki Masjid al-Aqsa yang mulia dan mencemarinya dengan pelbagai perbuatan biadap.


Mereka bersorak menghina umat Islam dengan melaungkan Khaibar! Khaibar! Mereka menganggap pada hari tersebut penghinaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh umat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW ditebus dengan jatuhnya Masjid al-Aqsa ditangan Yahudi.


Mereka menghina Rasulullah SAW dengan melaungkan "Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita"; merujuk kepada negara-negara Arab yang mengalami kekalahan teruk dalam perang enam hari tersebut.


Mereka turut memusnahkan laluan (pintu) Maghriba dan merobohkan semua rumah-rumah rakyat Palestin yang mengadap Tembok Buraq (Western Wall) dan menukarnya menjadi satu perkarangan lapang bagi upacara keagamaan Yahudi.


Tembok Buraq mereka kuasai dan menamakannya sebagai Kottel atau Wailing Wall, satu tindakan yang jelas merampas hak umat Islam yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa sebagai warisan Islam.


Israel seterusnya mengisytiharkan penggabungan Baitul Maqdis barat (bahagian Baitul Maqdis yang ditawan pada tahun 1948) dan Baitul Maqdis timur (yang mereka tawan dalam Perang Enam Hari) dan menamakan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara abadi Israel yang tidak boleh dirunding buat selama-lamanya pada 26 Jun 1967.


PBB bertindak meluluskan Resolusi 242 pada bulan 2 November 1967 yang memutuskan Israel perlu berundur semula ke sempadan sebelum 1967 dan mengembalikan 'sebahagian dari wilayah yang ditawannya'.


Namun Israel telah menggunakan wilayah yang didudukinya sebagai bahan tawar-menawar (bargaining chip) untuk menciptakan perdamaian palsu melalui apa yang disebut sebagai pertukaran wilayah

Rabu, 28 April 2021

16 PUASA

16 RAMADHAN 1442H
28 April 2021M

Sejarah Pondok Di Kedah Yang Kini Sudah Mencapai Usia 214 Tahun

Oleh : Tengku Yusuff

Di Kedah, Islam menjadi agama rasmi dalam tahun 531 Hijrah bersamaan tahun 1136 Masihi setelah Syeikh Abdullah al-Qumairi mengajarkan dua kalimah syahadah kepada Raja Kedah, Phra Ong Maha Wangsa atau Maharaja Durbar dan menukarkan nama baginda menjadi Sultan Muzaffar Syah. Bermula dari saat itu, pendidikan Islam mula berkembang sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1821, Negeri Kedah telah diserang oleh Siam dan mereka berjaya menjajah negeri ini sehingga tahun 1842. Apabila Kedah dibebaskan semula dari belenggu Siam, sebahagian dari wilayahnya telah dipecahkan untuk membentuk beberapa buah negeri kecil dan di antaranya ialah negeri Kubang Pasu.

Raja Siam menabalkan Tunku Anum menjadi Raja di Kubang Pasu sejak 1839 dan Tunku Anum berusaha memperolehi seorang mufti membantunya memerintah Kubang Pasu tersebut. Tunku Anum mendapati ada sebuah pusat pengajian agama secara pondok masih bernafas di sebuah kampung di Kubang Pasu iaitu di Kampung Malau dan meminta tuan gurunya yang bernama Tuan Guru Haji Wan Ishak bin Wan Muhammad Hashim bin Wan Abdul Baqi menjadi mufti Kubang Pasu Darul Qiam.

Setakat yang diketahui dengan pasti pondok atau pusat pengajian Tuan Guru Haji Wan Ishak di Kampung Malau ialah pusat pengajian Islam sistem pondok yang paling tua di negeri Kedah. Pondok itu dibukanya dalam tahun 1806 namun terpaksa dihentikan selepas 33 tahun berlangsung apabila beliau dilantik menjadi mufti di Kubang Pasu. Bagaimanapun, atas perbincangan beliau bersama Tunku Anum, mereka mengambil keputusan untuk membuka kembali pondok pengajian tetapi kali ini memilih ibu negeri Kubang Pasu iaitu Pulau Pisang sebagai lokasinya pada tahun 1845. Pondok di Pulau Pisang pernah menjadi sebuah pusat pengajian Islam yang terulung di negeri Kedah.

Sedikit sejarah mengenai Pondok Pulau Pisang, Jitra.

Tuan Guru Haji Wan Ishak bin Hashim (1771-1871) adalah merupakan anak murid kepada Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Abdul Samad al-Falembani .

Sewaktu Tuan Guru Haji Ishak mengasaskan pondok di Pulau Pisang itu, boleh dianggap pengajian pondok tersebut satu satunya yang sangat terkenal dalam kerajaan Kedah. Walau bagaimanapun setelah Tuan Guru Haji Ishak meninggal dunia pada 1871, suasana pengajian di pondok itu dalam kelesuan. 

Pondok Pulau Pisang kembali memancarkan nur ilmu pengetahuan dan menjulang kecemerlangan kewibawaan setelah cucunya Tuan Guru Haji Muhammad Saleh pulang dari Mekah dan memimpin pondok tersebut pada tahun 1894.

Tuan Guru Muhammad Haji Saleh (1864-1944 ) merupakan cucu kepada Tuan Guru Haji Ishak dari susur galur ibunya Fatimah. Diriwayatkan bahawa Pondok Pulau Pisang dalam masa pimpinannya pernah mencapai 2,000 orang pelajar. Pada zaman itu, jumlah pelajar pondok yang capai ribuan orang di Semenanjung Melayu merupakan satu jumlah yang besar dan luar biasa serta tidak terjangkau oleh pengajian pondok lainnya kecuali pada zaman yang sama di Patani dan Jawa ada yang lebih ramai daripadanya.

Pondok Pulau Pisang telah melahirkan ramai ulama, cerdik pintar, cendekiawan, pemimpin dan lain-lain, bukan hanya di Malaysia saja, tetapi juga Indonesia, Patani, Myanmar, Kemboja, dan Brunei Darussalam. Antaranya ialah :

1. Tuan Guru Haji Muhammad Saleh - Cucu Tuan Guru Haji Ishaq
2. Tok Keramat Tuan Guru Haji Muhammad Noor bin Abu Bakar - Pondok Tasak, Langgar ( Pondok kedua tertua Kedah )
3. Tok Keramat Syeikh Musa - Anak Tuan Guru Haji Ishaq
4. Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution
5. Syeikh Ismail Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq
6. Syeikh Ramli Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq
7. Syeikh Qasim Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq

Di antara pondok-pondok yang wujud dalam pertengahan abad ke 19 di Kedah ialah pondok-pondok yang didirikan oleh Tuan-tuan Guru seperti :-

1. Tuan Guru Haji Wan Ishak bin Haji Wan Hashim, Pulau Pisang
2. Tuan Guru Haji Muhammad Tamim, Anak Bukit
3.Tuan Guru Haji Muhammad Diah bin Muhammad, Tualang
4. Syeikh Abdul Rashid Pulau Bidan
5. Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Syeikh Abdul Kadir Kadi, Alor Star.

Dipercayai pondok yang ketiga didirikan di Kedah ialah Pondok Tasak yang dibangunkan oleh Tuan Guru Haji Mohammad Noor bin Haji Abu Bakar yang terletak di Langgar, Alor Setar dan seterusnya yang keempat ialah Pondok Surau Makam Langgar yang dianggarkan dibuka pada tahun 1850an oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tua.

Dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) didapati banyak lagi pondok-pondok yang dibuka oleh ulama-ulama di Kedah. Di antara guru-guru pondok yang terbesar dizaman itu ialah :-

1. Syeikh Muhammad Taib al-Mas'ud al-Banjari, Titi Gajah, Mufti Kedah 
2. Syeikh Jusoh Keramat, Gajah Putih, Jeneri
3. Tuan Guru Haji Saleh Penaga, Limbong Kapal, Alor Star
4. Syeikh Munah Wali Keramat, Padang Pusing, Pendang
5. Tuan Guru Haji Muhammad Aji, Pumpong Alor Star
6. Syeikh Wak Sa, Kota Kuala Muda
7. Tuan Guru Haji Muhammada Rejab, Kanchut, Alor Star
8. Tuan Guru Haji Muhammad Salleh bin Ishak, Kelonghoi, Kuala Kedah
9. Tuan Guru Haji Ahmad Tampong bin Haji Osman, Merbok
10. Syeikh Saleh, Pedu
11. Tuan Guru Haji Muhammad Alim, Sungai Nonang, Yan
12. Tuan Guru Haji Muhammad bin Umar, Tok Haji Muhammad Tua, Alor Star, Langgar
13. Tuan Guru Haji Shaari bin Haji Taha, Pondok Tasak, Langgar
14. Tuan Guru Haji Ismail bin Haji Mustaffa Cik Dol, Gajah Mati, Pendang
15. Tok Faqih, Sungai Limau
16. Tuan Guru Haji Ahmad Lalang bin Haji Ali, Yan
17. Tuan Guru Haji Saleh bin Abdul Samad, Pondok Tasak, Langgar
18. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pondok Tasak, Langgar

Sistem persekolahan pondok bukan sahaja menjadi pusat pengajian ilmu tetapi juga menjadi pusat kepada pelbagai aktiviti kehidupan orang-orang Melayu di Kedah. Pondok-pondok di Kedah menerima pelajar-pelajar bukan sahaja dari Kedah sendiri tetapi juga dari luar negeri iaitu dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka, Johor, Perlis, Pahang dan lain-lain tetapi juga dari luar negara seperti dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Mukim Langgar di Alor Setar yang menjadi pusat persawahan yang amat luas menjamin pertumbuhan sembilan buah persekolahan pondok di sekitarnya. Persekolahan pondok yang paling awal di Mukim Langgar ialah Pondok Tasak di bawah Tuan Guru Haji Muhammad Noor bin Abu Bakar (Tuan Mad Nor Keramat), dan disambung pula oleh Tuan Guru Haji Shaari bin Haji Taha. Keduanya ialah Pondok Tuan Guru Haji Ahmad Tua di Alor Setol dan disambung hayatnya oleh Tuan Guru Haji Nawawi bin Haji Saleh. Ketiganya ialah Pondok Tuan Guru Haji Abu di Alor Keladi.
Kemudian terdapat pula Pondok Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yassin (Tok Janggut) di Langgar Satu, Pondok Tuan Guru Haji Husin bin Haji Saleh berhampirannya, Pondok Syeikh Abdullah Masri di Tanjung Inggeris dan Pondok Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Yusof (Haji Abdullah Kechik) berhampirannya, kemudian terdapat pula Pondok Tuan Guru Haji Dahlan di Jalan Makam dan Pondok Tuan Guru Haji Muhammad Marzuki bin Muhammad Amin di persimpangan Jalan Makam itu. Seperti biasa, setengah dari pondok-pondok ini menjadi tempat perlindungan orang tua-tua yang belajar di pondok-pondok ini sehingga mereka meninggal dunia di situ

Keadaan yang sama seperti di Langgar berlaku juga di Mukim Pendang, dua puluh batu dari Alor Star. Di sana terdapat sekurang-kurangnya 18 buah persekolahan pondok juga didirikan hampir sebelah menyebelah. Pondok Syeikh Munah di Padang Pusing, Pendang dikira paling awal yang kemudiannya diikuti pula oleh pondok-pondok lain yang dibukai oleh:

1. Tuan Guru Haji Muhammad di Padang Pusing, Pendang
2. Tuan Guru Haji Awang Chegar dan kemudian disambung oleh Tuan Guru Haji Ahmad Rubat, Kampung Chegar, Pendang
3. Tuan Guru Haji Ismail Che Dol, Gajah Mati, Pendang 
4. Tuan Guru Haji Ibrahim, Paya Sena
5. Tuan Guru Haji Muhammad Ariff bin Ishak, di Ayer Putih, Pendang
6. Syeikh Abdul Qadir, Guar Kepayang
6. Syeikh Wan Ibrahim al-Fathani ( Pak Chu Him Gajah Mati )
7. Tuan Guru Haji Husin, Seberang Pendang, Pendang
8. Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Haji Ibrahim, berhampiran Pekan Pendang
9. Tuan Guru Haji Hamid, Tobiar, Pendang 
10. Tuan Guru Haji Abu Bakar Penyarom, Tobiar, Pendang 
11. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Tanah Merah, Pendang
12. Tuan Guru Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim, Paya Sena, Pendang
13. Tuan Guru Haji Zakaria, Kampung Rambai, Pendang 
14. Tuan Guru Haji Ahmad Kecik, Kampung Kepala Parit, Tokai, Pendang
15. Syeikh Hussin Masri, Kubur Panjang, Pendang
16. Tuan Guru Haji Wan Sulong bin Wan Dali, Pokok Asam, Pendang
17. Tuan Guru Haji Hussin, Seberang Pendang
18. Tuan Guru Haji Hussin Bin Yaakob, Paya Kencut
 
Pondok-pondok di Kedah paling banyak sekali didirikan ialah di zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Di antara yang wujud antara 1900 hingga 1935 ialah :

1. Tuan Hussien Kedah al-Banjari, Bohor 
2. Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Sidiq, Limbong Kapal
3. Syeikh Wan Idris bin Haji Wan Jamal ( Tok Syeikh Jarum ), Derga
4. Tuan Guru Haji Muhammad Ariff bin Haji Ishak, Sungai Nonang & Ayer Puteh
5. Tuan Guru Haji Husain bin Muhammad Hassan, Titi Besi
6. Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Ahmad, Pedu & Batu Menunggul, Pendang
7. Tuan Guru Haji Muhammad Lin, Yan
8. Syeikh Abdul Kadir, Guar Kepayang
9. Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah, Penyarom, Tobiar
10. Tuan Guru Haji Abdul Hamid, Tobiar
11. Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Abdul Rahman, Kemelong, Sik
12. Tuan Guru Haji Umar bin Muhammad Zain, Titi Gajah, Kota Star
13. Tuan Guru Haji Idris, Ayer Hitam, Jitra
14. Tuan Guru Haji Ibrahim, Paya Sena, Pendang
15. Tuan Guru Haji Ismail, Teluk Ara, Jitra
16. Tuan Guru Haji Muhammad Salleh bin Idris, Lubuk Kawah, Jitra
17. Tuan Guru Haji Muhammad Saman, Kubang Siam, Kota Star
18. Tuan Guru Haji Awang Chegar, Pendang
19. Tuan Guru Haji Ismail, Gunung Keriang, Kota Star
20. Tuan Guru Haji Saad, Kubang Bongor, Kota Star
21. Tuan Guru Haji Saleh Masri bin Haji Abdullah, Kuala Kedah
22. Tuan Guru Haji Ahmad Umar, Tanjung Musang, Langgar
23. Syeikh Abdullah Masri, Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah
24. Tuan Guru Haji Yassin, Selarong Lalang, Alor Star
25. Tuan Guru Haji Yassin, Jabi, Kota Star
26. Tuan Guru Haji Yassin, Alor Ibus, Kota Star
27. Tuan Guru Haji Muhammad Saman Keramat Serban Hijau, Yan
29. Tuan Guru Haji Muhammad Arshad, Teluk Bagan, Alor Star
30. Tuan Guru Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Salam, Si Putih, Kubang Pasu
31. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Tualang, Pendang
32. Tuan Guru Haji Ismail bin Che' Abu, Bujang, Merbuk, Kedah
33. Tuan Guru Haji Awang Hamzah, Kubang Siam, Kota Star
34. Tuan Guru Haji Harun bin Muhammad Zain, Alor Merah, Alor Star
35. Tuan Guru Haji Omar, Merbok
36. Tuan Guru Haji Yahya bin Haji Taha, Kupang, Baling
37. Tuan Guru Haji Wan Sulung bin Wan Chik, Jeniang
38. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yassin ( Tok Janggut ), Langgar
39. Tuan Guru Haji Abu, Alor Keladi, Langgar
40. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kubang Rotan, Kota Star
41. Tuan Guru Haji Awang, Sungai Limau, Yan
42. Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Awang, Padang Pusing, Pendang
43. Tuan Guru Haji Abdul Latif, Pulau Kerengga, Kota Star
44. Tuan Guru Haji Harun, Bukit Tinggi, Naga, Sungai Baru, Bukit Pinang
45. Tuan Guru Haji Ahmad, Paya Nedam, Sik
46. Tuan Guru Haji Muhammad Zain, Kubang Siam, Kota Star
47. Tuan Guru Haji Endut, Titi Besi, Kubang Pasu
48. Tuan Guru Dato' Haji Abdul Rahman bin Abdullah, Merbok
49. Tuan Guru Haji Abdul Ghani bin Haji Awang, Tandop, Alor Setar
50. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Latif, Jitra
51. Tuan Guru Haji Ahmad, Kupang, Baling
52. Tuan Guru Haji Abdul Mutalib bin Abdul Rahman, Simpang Empat, Kota Star
53. Tuan Guru Haji Muhammad Nuh, Kulim
54. Tuan Guru Haji Hussain bin Haji Saleh, Langgar
55. Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad bin Wan Nik, Pokok Sena
56. Syeikh Wan Ibrahim bin Wan Abdul Kadir ( Pak Chu Him), Gajah Mati, Pendang
57. Tuan Guru Haji Othman, Alor Gonchar, Gunung, Kota Star
58. Tuan Guru Haji Itam, Tanjung Bedil, Kota Star
59. Tuan Haji Abdullah bin Haji Awang, Chegar, Anak Bukit Kota Star
60. Tuan Guru Haji Hassan al-Fatani, Bukit Besar, Yan
61. Tuan Guru Haji Abdul Majid, Guar Cempedak
62. Tuan Guru Haji Hussain bin Che' Dol, Guar Cempedak
63. Tuan Guru Haji Hamzah, Mergong, Alor Star
64. Tuan Guru Haji Ismail bin Sulaiman, Merbok
65. Tuan Guru Haji Ahmad Kota bin Lebai Ibrahim, Kota Rentang, Bukit Pinang
66. Tuan Guru Haji Zawawi bin Abdul Rahman, Alor Ibus dan Yan
67. Syeikh Mahmud bin Abdullah, Bukit Besar, Yan
68. Tuan Guru Haji Kassim bin Haji Saleh, Pulau Pisang, Jitra
69. Tuan Guru Haji Othman Melaka, Sanglang, Kodiang, Kubang Pasu
70. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Sungai Baru Ilir, Kota Star
71. Tuan Guru Haji Ahmad 'Sekor', Junjung, Kulim
72. Syeikh Idris bin Abdul Rahman al-Jarumi, Alor Mengkudu, Alor Star
73. Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin, Ayer Hitam, Jitra
74. Tuan Guru Haji Hamzah, Seberang Chegar, Anak Bukit
75. Tuan Guru Haji Ahmad Lala bin Abbas, Jeneri, Sik
76. Tuan Guru Haji Dahlan, Langgar
77. Tuan Guru Haji Muhammad Marzuki bin Muhammad Amin, Langgar
78. Tuan Guru Haji Ismail bin Ibrahim, Seberang Nyonya, Kuala Kedah
79. Tuan Guru Haji Umar bin Haji Saleh, Kubang Lembu Jitra
80. Tuan Guru Haji Rashidi, Kampung Gelugur, Baling
81. Tuan Guru Haji Wan Sulung bin Wan Dali, Pokok Asam, Pendang
82. Tuan Guru Haji Saleh Wara', Sik
83. Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Haji Ibrahim, Pendang
84. Tuan Guru Haji Hussein, Pendang
85. Tuan Guru Haji Muhammad Saad bin Awang, Merogoi, Bukit Payung, Pendang
86. Tuan Guru Haji Husin bin Haji Abdul Rahman, Telok Kechai, Kota Star
87. Tuan Guru Haji Musa bin Salleh, Pekan Sik

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Hamid, muncul beberapa pondok pengajian yang bertebaran di bumi Kedah umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dizaman ini rakyat di Kedah amat cenderung ke arah pendidikan pondok bagi mendidik anak bangsa. Ianya masih wujud hingga kini namun dalam bilangan yang semakin sedikit dari hari ke hari. Diantara Tuan-tuan guru yang membuka pondok dizaman ini ialah : 

1. Tuan Guru Haji Yahya Junaid, Batu 16, Padang Lumat, Yan
2. Tuan Haji Omar Zuhdi bin Muhammad Saleh, Banggol Berangan, Parit Panjang, Baling
3. Tuan Guru Haji Othman bin Haji Yunus, Batu Sebelas, Bukit Besar, Yan
4. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Othman, Bukit Keplu, Kodiang, Kubang Pasu
5. Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution, Tanjung Pauh, Jitra
6. Tuan Lebai Isa, Keplu, Kodiang
7. Tuan Guru Haji Fauzi bin Haji Mustaffa, Yan
8. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Saleh, Jitra, Kubang Pasu.
9. Tuan Guru Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim, Pendang.
10. Tuan Guru Haji Abdullah Kechik bin Haji Muhamad Yusof, Langgar
11. Syeikh Tajuddin bin Haji Abdul Rahman al-Jarumi (Dato' Mursyid di Raja), Malele, Kubang Pasu
12. Tuan Guru Haji Abdullah bin Hassan, Kuala Janing, Padang Terap
13. Syeikh Daud, Malau, Kulim
14. Tuan Guru Haji Yahya, Kampung Teluk, Bukit Pinang, Kota Star
15. Tuan Guru Haji Ahmad Nahu, Jeneri, Sik
16. Tuan Guru Haji Muhammad Ali bin Haji Ismail, Kebun 500, Jabi, Kota Star
17. Tuan Guru Haji Ibrahim Senggora, Tok Keling, Kota Star
18. Tuan Guru Haji Wan Muhammad Saleh, Tong Pelu, Padang Terap dan Alor Changleh, Kubang Pasu.
19. Tuan Guru Haji Mustaffa, Tambak Bunga, Kota Star.
20. Tuan Guru Haji Husin bin Haji Abdul Rahman al-Jarumi, Selarung Lalang, Kota Star
21. Tuan Guru Haji Umar bin Haji Ahmad, Langgar
22. Tuan Guru Haji Senawi bin Muhammad Saleh, Alor Setol, Langgar
23. Tuan Guru Haji Abdullah bin Lebai Besar, Kupang
24. Tuan Guru Haji Bukhari bin Hassan, Bukit Besar, Yan dan Batu Menunggol, Pendang
24. Tuan Guru Haji Wa Man, Lepai, Kota Star.
25. Tuan Guru Haji Man, Pida Tiga, Tunjang, Kubang Pasu
26. Syeikh Husin Masri, Kubur Panjang
27. Tuan Guru Haji Awang, Ayer Hitam, Kubang Pasu
28. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Awang Kechik, Permatang Jeram, Kubang Pasu
29. Tuan Guru Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Hamid, Sungai Jagung Dalam, Pendang
30. Tuan Guru Haji Shafie, Kampung Tebing, Jitra
31. Tuan Guru Haji Azizan bin Mustaffa, Kangkung, Kota Star
32. Tuan Guru Haji Ismail bin Haji Ahmad, Bukit Pinang, Kota Star
33. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Yahaya, Kupang, Baling
34. Syeikh Mahmud Nasri Osmani, Kampung Lanai, Baling
35. Tuan Guru Haji Ahmad, Bukit Pinang, Kota Star
36. Tuan Guru Haji Salleh bin Haji Musa, Sik
37. Tuan Guru Haji Abdullah bin Lebai Samah, Bukit Lada, Kota Star
38. Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Hassan ( Awang Lanai ), Baling
39. Tuan Guru Haji Ahmad, Padang Nyior, Kuala Nerang
40. Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Saad, Tok Keling, Alor Setar

Di atara pondok-pondok di atas, ada yang masih bertahan menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran yang timbul mengikut arus pembangunan dan pemodenan. Persekolahan pondok ini terpaksa menandingi sekolah-sekolah agama yang didirikan oleh Kerajaan dengan sistem yang jauh progresif. Walaubagaimanapun di sebalik kesukaran tersebut, diharapkan agar sinar kegemilangan pendidikan pondok dapat kembali menyerlah dan menjadi benteng kepada situasi di akhir zaman ini.

Selasa, 27 April 2021

15 PUASA

15 RAMADHAN 1442H
27 April 2021M

Pengajaran! Bila kita difitnah....

Saya terbaca kisah seorang yang memfitnah.. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan orang tersebut dan ingin memohon maaf..

Lalu orang itu berkata, "Dengan syarat..Nanti bila kamu datang ke pada ku ini bawalah penyapu bulu ayam. Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis.."

Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu.. Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf.

Lalu dia melakukannya.. Hingga sampai.. 
Dia berjumpa dengan orang tersebut..
"Wahai sahabat..Aku telah buat seperti yang engkau suruh..Hanya tinggal rotan saja..Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke sini tadi..Apakah engkau telah memaafkan ku..?"

orang itu berkata.. "Nanti bila kamu balik..kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok.."

Orang itu bertambah pelik..
Tadi suruh buang, Ini suruh ambil kembali..
Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya..

Keesokan hari.. 
Dia berjumpa dengan sahabat itu..
"sahabat .. Aku hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku buang..Semua telah di terbang angin entah ke mana....."

Lalu orang itu berkata..
"BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku..
orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana..
Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya..ia tersebar... Terus tersebar..."

"Aku maafkan kamu..
Bertaubatlah..
Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan...." 

Nah.. itulah dosa yang jaariah..
Dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar.... 
Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa.."

Pada si pelaku... 
Usahalah..
Temui orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.... 
Berhati²lah....

Peringatan buat diriku jua......

Selasa, 30 Mac 2021

SEGENGGAM GARAM.....

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.

Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.

"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.

Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda
itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"
"Segar." sahut tamunya.

"Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi.
"Tidak," jawab si anak muda.

Pak Tua menepuk bahu anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

Isnin, 29 Mac 2021

DAUNAN KeHIJAUan

15 SYA'BAN 1442H
29 Mac 2021M

Jadi antara adat ahli tarim ketika menjelang 14 sya'ban,
Mereka akan memakai baju yg berwarna HIJAU , ataupun apa apa sahaja pakaian mereka yg mempunyai warna hijau💚

Kerana
Ketika malam 15sya'ban..
ulama tarim mengatakan

🍃Pada malam itu , akan kering dan gugurlah dedaun nama insan di langit yg akan meninggal dunia pada tahun itu🍂 

Jadi kita memakai pakaian hijau itu , tafaaul ,mudah mudahan Allah memanjang umur kita pada tahun itu 
(seperti daun hijau yang segar) ..🌿🍀 

Dan di petang asar pada hari itu
mereka akan membaca 

🍀 " يا مُخْضِّر وُرَيْقَاتِ النَّاس خَضِّر وُرَيْقَاتي ويَا خَالِقِي يَا رَازِقِي , اللهم طوِّلْ عُمْرِي يا خالقي يا رازقي اللهم كثِّرْ مَا مَعِي "🍀
( 7x ) 

"Wahai yg menghijaukan dedaun manusia , hijaukanlah daunku ..
Wahai yg menciptakan ku
wahai yg maha memberi rezeki ...
Ya Allah panjangkanlah umurku .. 
wahai yg yg menciptakan ku ..
wahai yg maha memberi rezeki .. 
Ya Allah perbanyakkanlah orang² yg sentiasa bersamaku" 

🍀semoga Bermanfaat 💚

Selasa, 23 Mac 2021

DOA Maqbul...

9 SYA'BAN 1442H
23 Mac 2021

Hari ini saya membawakan kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.

Seorang Syeikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.

Oleh kerana pemuda itu seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah, doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.

Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.

Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.

Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang Syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.

Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan Syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.

Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, Syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, Ya Allah Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari Syeikh itu mendoakan untuk kamu."

Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa Syeikh tadi.

Kisah ini sangat terkesan pada setiap jiwa yang membacanya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain.

Anak-anak bahagia kerana doa ibu bapanya yang tidak pernah putus.

Suami dan isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang ikhlas.

Ibu bapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.

Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.

Sahabat dan kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.

Dan, kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulama' dan para wali di dunia ini.

Siapalah kita untuk mendabik dada, lalu berkata akulah segalanya?
#renung2kan fikir2kan#

Jumaat, 19 Mac 2021

JANGAN MENGHUKUM....

5 SYA'BAN 1442H
19 Mac 2021M

Teringat saya pada satu kisah.

Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.

Keesokan hari, seorang 'ustaz' datang menziarahinya. "Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.

Apa yang si 'ustaz' tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah. Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya. 

Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya. 

Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si 'ustaz' pulang ke rumah dengan perasaan 'tenang' kerana sudah menjalankan 'tanggungjawabnya untuk berdakwah' dan 'menyampaikan'. 

Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat. 

Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.

"Syukurlah kamu sudah insaf," kata si 'ustaz' kepada si kaya. 

"Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku," kata si kaya sambil tersenyum.

"Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk 'berdakwah'," jawab si 'ustaz'.

Malam itu, rumah si 'ustaz' terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.

Si 'ustaz' merintih. "Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?"

Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.

"Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu," kata si kaya. "Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu."

"Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?" kata si 'ustaz', jengkel.

"Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung," kata si kaya. 

Si 'ustaz' terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.

Pada masa yang sama, seorang 'alim' yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.

Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si 'alim' berkata, "Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Si 'ustaz' yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.

Si 'ustaz' menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si 'ustaz' perlu meminta-minta.

"Ya Allah, aku mohon ampun... Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan 'menghukum'nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga." 

Kawan-kawan.

Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.

Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.

Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.

Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan 'memberikan' ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.

Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan 'mengejutkan' hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.

Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.

Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung. 

Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan 'itu balasan untuk kamu', sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?

Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.

Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.

Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.

Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.

Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.

'Dakwah' itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.