1 DZULQAEDAH 1442H
11 Jun 2021M
NABI JEHU.
Nabi Jehu atau disebut Yehu merupakan salah seorg Nabi dari kalangan Kaum Bani Israil yg berasal dari suku Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.
Nama penuh beliau ialah Jehu bin Hanani bin Yunathan bin Shamaiah bin Mattaniah bin Mikhaiah bin Zakkur bin Asaph (Asif) bin Joel (Yu'il) bin Nabi Samuil bin Elkanah bin Jeroham bin Tohu (Toah) bin Elial bin Zuph bin Elkanah bin Mahath bin Amasai bin Elkanah bin Joel bin Azariah bin Zephaniah bin Tahath bin Assir bin Abiasaph bin Korah (Qarun) bin Izhar (Yishar) bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.
Beliau dikatakan lahir pada pertengahan zaman pemerintahan Raja Yerobeam dan diutus menjadi Nabi pada zaman pemerintahan Raja Baasha dan Raja Jehoshapat.
Semenjak dari pemerintahan Raja Yerobeam, raja Kerajaan Israil, Kaum Bani Israil banyak melakukan perkara2 yg mungkar dan keji sehingga Allah Taala menurunkan bala dan seksa ke atas mereka. Selepas kemangkatan Raja Yerobeam akibat dibunuh oleh Baasha, Baasha pun mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah Kerajaan Israil.
Sepanjang baginda memerintah, baginda banyak melakukan dosa2 besar seperti yg dilakukan oleh Raja Yerobeam sehingga Allah Taala murka ke atasnya. Raja Baasha merupakan seorg raja yg sangat zalim dan kejam dan barang siapa yg tidak mengikuti kemahuannya akan dibunuh.
Sepanjang pemerintahannya, Kaum Bani Israil hidup dalam kesengsaraan dan terpaksa mengikut apa yg diperintahkan oleh baginda. Oleh yg demikian, Allah Taala pun mengutus seorg Nabi dari suku Lawi bagi memperingati Raja Baasha berserta kaumnya.
Allah Taala pun menyampaikan wahyu kepada beliau melalui Malaikat Jibril.
Firman Allah Taala: "Wahai Jehu! Sampaikanlah kepada Baasha pesan-Ku ini. Dahulu engkau bukan apa2, tetapi engkau sudah Kuangkat menjadi pemimpin atas umat-Ku Israil. Sekarang engkau melakukan dosa seperti Yerobeam dan menyebabkan umat-Ku Israil berdosa sehingga membangkitkan kemarahan-Ku. Kerana itu, Aku akan melenyapkan engkau dan keluarga engkau sama seperti yg telah terjadi kepada Yerobeam".
Setelah menerima wahyu tersebut, Nabi Jehu pun bertemu dengan Raja Baasha dan menyampaikan
segala wahyu yg diterimanya. Setelah mendengar ucapan Nabi Jehu, Raja Baasha pun murka lalu memerintahkan para pengawalnya menangkap dan memenjarakan Nabi Jehu.
segala wahyu yg diterimanya. Setelah mendengar ucapan Nabi Jehu, Raja Baasha pun murka lalu memerintahkan para pengawalnya menangkap dan memenjarakan Nabi Jehu.
Janji oleh Allah Taala tidak pernah silap. Akhirnya Raja Baasha mati dan digantikan oleh anaknya yg bernama Elah. Sementara itu, Nabi Jehu diseksa dan dipenjarakan seumur hidup hingga beliau wafat di dalam penjara. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan di Beit Shemesh, Israil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan