9 Rabiul Akhir 1442H
25 November 2020H
Sanah Helwah buat anak sulong Abi, An-nur Insyirah.. Selamat ulangtahun yang ke10 masihi (18 Dzulhijjah 1431). Walaupun usia HIJRAH telah menjangkau 11 tahun. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah.. dikurniakan masa untuk bersama, membesar di depan mata. Bermain bersama. Cahaya mata yang pertama, melihat dunia pada pagi Khamis disaat waktu Dhuha, dia hadir memberi kegembiraan buat Ummi & Abi nya.
Abi doakan moga K.Long menjadi hamba yang bertaqwa. Menjaga solat, mengikut acuan ISLAM. Sentiasa bahagia & berjaya dunia & lebih-lebih lagi di akhirat. Ingatlah, kita di dunia ini hanya sementara. Dunia adalah tempat utk kita mencari bekalan & menyemai benih agar kita mendapat hasilnya di akhirat kelak.
Jaga Allah, kelak Allah akan jaga kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan