Pageviews

Jumaat, 27 November 2020

Kehidupan Dlm Pembelajaran

11 Rabiul Akhir 1442H
27 November 2020M

Belajar Selama 33 Tahun

Suatu hari, Imam Syaqiq Al Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama 
Hatim Al Asham :

"Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu dariku?"

"Sudah 33 tahun", jawab Hatim.

"Apa yang telah kau pelajari, selama 33 th ini?", tanya Imam Syaqiq.

"Hanya 8 hal", jawab Hatim.

" Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..!
Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu, namun kau hanya mempelajari 8 hal dariku?", Ucap Imam Syaqiq heran.

"Benar Yaa Syeikh, aku hanya mempelajari 8 hal saja,
aku tidak mau berbohong kepada antum", jawab Hatim.

"Coba sebutkan 8 hal yang telah kau pelajari itu !" pinta Imam Syaqiq.

Hatim Al Asham pun berkata :

Pertama :

"Kulihat setiap manusia memiliki seorang kekasih.
Ketika dia mati, kekasihnya ikut mengantarkannya hingga ke kuburan, lalu meninggalkannya sendirian di sana.

Maka, aku lebih memilih amal kebajikan sebagai kekasihku.
Sehingga ketika nanti aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku".

Kedua :

"Aku merenungkan firman Allah SWT :
"Dan Adapun orang-orang  yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka surga lah yang akan menjadi tempat tinggalnya".
(QS. An Naazi'aat,79:40-41).

Aku sadar, bahwa Firman Allah pastilah benar.
Maka aku pun berjuang untuk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kepada Allah SWT ".

Ketiga :

"Aku perhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yang mereka miliki, 
lalu kupelajari Firman Allah swt :
"Apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah akan kekal".
(QS. An Nahl,16:96).

Maka setiap kali aku memperoleh sesuatu yg berharga,
aku pun menyedekahkannya dijalan Allah swt, agar hartaku selalu tetap terjaga di sisi-Nya".

Keempat :

"Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, jabatan, kehormatan dan kemuliaan nasab.
Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tidak ada apa-apanya, saat Aku membaca firman Allah swt :
"Sesungguhnya, orang yg paling mulia disisi Allah, adalah orang yg paling bertaqwa (kepada Allah) di antara kalian".
(QS. Al Hujuraat,49:13).

Karena itulah, aku pun beramal utk mewujudkan Taqwa, agar aku memperoleh kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT."

Kelima :

"Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan sumber semua itu adalah hasad (kedengkian).
Lalu aku mempelajari firman  Allah SWT :
"Kami telah membagikan untuk penghidupan mereka di alam dunia".
(QS. Az Zukhruf,43:32).

Akupun sadar, bahwa semuanya telah dibagi oleh Allah swt.
Maka aku tinggalkan sifat Hasad (dengki), kujauhi manusia yang suka mencela, dan aku tidak bermusuhan dengan seorang pun".

Keenam :

"Kulihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal Allah SWT berfirman :
"Sesungguhnya syeitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh(mu)".
(QS. Al Fathir,35:6).
)
Oleh sebab itu, kutinggalkan permusuhan dengan manusia dan kujadikan Syeitan sebagai satu-satunya musuhku.
Aku selalu mewaspadainya dengan sekuat tenaga, sebab Allah swt sendiri yg telah menjadikan Syeitan sebagai musuhku".

Ketujuh :

"Aku melihat setiap orang hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dengan melakukan hal2 yang diharamkan oleh Allah swt.
Lalu kuperhatikan firman Allah SWT :
"Dan tiada satupun binatang melata dibumi, melainkan Allah telah menanggung rezekinya".
(QS. Hud,11:6).

Aku sadar, bahwa diriku adalah salah satu dari yang melata itu, dan Allah swt telah menjamin Rezeki ku.
Oleh karena itu, kusibukkan diriku untuk menunaikan kewajiban yang telah diberikan oleh Allah swt dan aku tidak pernah merisaukan sesuatu yang telah dijamin oleh Allah swt untukku".

Kedelapan :

"Aku melihat semua orang bergantung kepada makhluk Allah swt.
Ada yang bergantung kepada ladangnya,
Ada yang bergantung kepada perniagaannya,
Ada yang bergantung kepada pekerjaannya, dan
Ada yang bergantung kepada kesehatan jasmaninya.
Akupun kembali kepada Firman Allah :
"Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya".
(QS. Ath-Thalaaq,65:3).

Oleh karena itulah, aku pun bertawakkal (bergantung) kepada Allah swt yang Maha Perkasa dan Maha Agung, dan Allah swt pun mencukupi semua kebutuhanku".

Mendengar jawaban dari Hatim Al Asham, 
Imam Syaqiq Al Balkhi berkata : 
"Wahai Hatim, semoga Allah memberimu Taufiq.
Aku telah mempelajari Zabur, Taurat, Injil dan Al Qur'an.
Dan kutemukan bahwa semua jenis kebaikan dan ajaran Agama, berkisar pada 8 hal yang tadi telah kau sampaikan.
Barang siapa mengamalkan 8 hal tersebut, maka berarti, dia telah mengamalkan isi dari empat kitab suci".

**
Berapa lama kita menuntut ilmu? 

Apa yang kita dapatkan? 

Adakah pelajaran penting yang meresap kedalam hati kita dan selalu kita amalkan?

Atau semua itu hanya sekedar penghibur telinga dan fikiran kita saja?

Semoga Allah SWT, memberi kita Taufiq dan Hidayah,
sehingga kita dapat mengamalkan ilmu yang sudah kita dengar, kita lihat dan kita baca...

Aamiin yaa mujiibus-saailiin...

Khamis, 26 November 2020

Teknik untuk mendidik anak-anak

10 Rabiul Akhir 1442H
26 November 2020H

Ni 5 teknik mudah untuk bagi nasihat kita masuk ke dalam hati anak kita :

1. Rendahkan ego kita

2. Gunakan intonasi suara yang rendah

3. Nasihat dalam keadaan kita duduk

4. Nasihat sambil pegang lengan atau bahu anak kita

5. Gunakan formula 5:1 untuk kritik anak kita. 5 kali puji barulah 1 kali komen dan kritik


Sekurang kurangnya lakukan perkara ini untuk isi tangki emosi anak kita yang semakin kering itu 👇

👉 Tolong buat Personal Hangout dengan anak kita

✅ Keluar berdua dengan anak
✅ Off segala jenis gajet
✅ Buatkan anak rasa special
✅ Fokus pada sorang anak pada satu masa

" Ibubapa adalah tukang isi terbaik tangki emosi anak anaknya sendiri "

Rabu, 25 November 2020

Permata Hati

9 Rabiul Akhir 1442H
25 November 2020H


Sanah Helwah buat anak sulong Abi, An-nur Insyirah.. Selamat ulangtahun yang ke10 masihi (18 Dzulhijjah 1431). Walaupun usia HIJRAH telah menjangkau 11 tahun. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah.. dikurniakan masa untuk bersama, membesar di depan mata. Bermain bersama. Cahaya mata yang pertama, melihat dunia pada pagi Khamis disaat waktu Dhuha, dia hadir memberi kegembiraan buat Ummi & Abi nya.

Abi doakan moga K.Long menjadi hamba yang bertaqwa. Menjaga solat, mengikut acuan ISLAM. Sentiasa bahagia & berjaya dunia & lebih-lebih lagi di akhirat. Ingatlah, kita di dunia ini hanya sementara. Dunia adalah tempat utk kita mencari bekalan & menyemai benih agar kita mendapat hasilnya di akhirat kelak.

Jaga Allah, kelak Allah akan jaga kita.


Selasa, 24 November 2020

Belanja lah...

8 Rabiul Akhir 1442H
24 November 2020H

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : " الصدقة عَلَى الأهل صدقة

"Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Isnin, 23 November 2020

TAQWIM HIJRAH....

7 Rabiul Akhir 1442H
23 November 2020M

Anda tahu tarikh lahir anda dlm HIJRAH?
Anda tahu tarikh lahir isteri, anak-anak anda dalam HIJRAH?
Anda tahu tarikh lahir ibu ayah anda dalam HIJRAH?
Anda tahu tarikh lahir Rasulullah saw dalam HIJRAH?

Boleh jawab 1 jer kan... hehehehe.
Jadi ayuh kita ubah mindset kita.. Agar kita tidak dipesong jauh oleh dunia. Kembali pada trek kita. Kenali diri kita untuk apa kita dilahirkan di dunia ini.. Kini dah masuk bulan ke4 dalam HIJRAH...

Kita masih di takuk lama... Ayuh kita...

JOM HIJRAH!!!
    
    Demi FITRAH....
    Demi SUNNAH.....
    Demi AMANAH....



Ahad, 22 November 2020

Adab berSendawa

6 Rabiul Akhir 1442H
22 November 2020M
  
1. Dari segi adab, Rasulullah mendidik kita agar tidak memperdengarkan sendawa kita di hadapan orang lain. Rasulullah pernah menegur seorang lelaki yang bersendawa di hadapan sahabat lain. Sabda Rasulullah:

كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ القِيَامَةِ

“Tahanlah sendawamu di hadapan kami. Kerana orang yang paling kenyang di dunia, (dibimbangi) paling lama laparnya di hari kiamat.” (HR al-Tirmizi)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Mubarakfuri menyebutkan bahawa larangan tersebut membawa maksud galakan agar menahan diri daripada melakukan sedemikian.  (Tuhfah al-Ahwazi). Ia bukanlah sesuatu yang haram, namun ia kelihatan tidak elok di sisi adab. 

3. Al-Imam Zakaria al-Ansari pula menukilkan pandangan mengenai adab menutup mulut ketika bersendawa. Perkara ini diutarakan oleh al-Imam al-Azra’i. (Asna al-Matalib). Ia adalah panduan dari aspek adab seorang muslim.

4. Begitu juga al-Imam Ahmad yang menghuraikan perkara ini dari aspek adab. Orang yang bersendawa berupaya mengeluarkan angin kesan makanan yang dimakan. Bayangkan dalam satu kumpulan manusia, duduk dalam bilik kedap, salah seorang mereka bersendawa dengan bau durian atau petai. Perkara ini mungkin boleh mengguris jiwa dan perasaan mereka yang menghidunya. 😉

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit :
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Sabtu, 21 November 2020

Warkah buat IBU

5 Rabiul Akhir 1442H
21 November 2020M


SENTAP - PERMINTAAN TERAKHIR DARI SEORANG BANDUAN
Seorang ‘banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.

Surat itu berbunyi…

IBU...,
Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.
INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.

IBU…
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).

TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….
Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA dan juga AYAHNYA!!!.

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.

Dari anakmu, 
(Seorang Banduan Hukuman Mati)

Jadilah kita seorang ibubapa yang dapat membimbing anak-anak ke jalan yang BENAR. Biarpun pahit, biarpun pedih, walaupun penat dalam mendidik anak-anak... Mereka adalah amanah dari Allah. Kelak bila kita telah tiada, merekalah yang akan mendoakan kita.....
Terus KUAT... Mg Allah terus mengurniakan kita kekuatan... 


Jumaat, 20 November 2020

Ciptaan Yg MAHA MENCIPTA

4 Rabiul Akhir 1442H
20 November 2020

Berikut fakta mengagumkan dari DARAH kita....

1). Apabila Gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah kerana darah tercampur rata tanpa diaduk. 

● Kesimpulan:
Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

2). Gelas diisi air garam, dititiskan darah segar, dicampur. Tetap tidak tercampur dengan baik/rata, terlihat darah menggumpal kecil-kecil dan kental.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepamnya.
Boleh mengakibatkan darah tinggi dan stroke.

3). Gelas diisi minyak, dititiskan darah. Tidak mau bercampur dan menggumpal besar.

● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolesterol menyumbat pembuluh darah yang mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang berisiko dgn  kematian tiba-tiba, kerana darah tersumbat untuk mengalir ke jantung.

4). Gelas diisi alkohol, dititiskan darah. Langsung bercampur, tapi lama-lama darah berubah warna menjadi coklat, bererti darah menjadi rosak.

Khamis, 19 November 2020

R.I.P

3 Rabiul Akhir 1442H
19 November 2020M


Buat renungan kita....
 
Alkisah, ada sepasang suami isteri. Keduanya amat saling mencintai. Hanya saja sifat keduanya sangat bertolak ansur. Suami berjiwa sangat tenang, dalam keadaan yang sangat sulit sekalipun. Sedangkan si isteri sangat understanding, senang melupakan emosi karena sebab-sebab yang remeh temeh.

Pada suatu hari mereka berdua melakukan perjalanan laut dengan sebuah kapal. Beberapa hari mereka berada di atas lautan. Tiba-tiba terjadi angin taufan, kapal besar tersebut terhoyong hayang disebabkan  digoncangkan oleh ombak yang menggulung-gulung tinggi.

Sang isteri tidak mampu lagi menahan dirinya. Dia menjerit-jerit tanpa tahu apa yang mesti dilakukannya. Dia segera menemui suaminya dengan harapan akan menemukan jalan & cara untuk bagaimana menyelamatkan diri dari kematian yang sedang mengintai.

Seluruh penumpang kapal tidak berbeza kondisinya dari sang isteri. Semuanya dalam keadaan panik, ada yang berdoa, ada yang menjerit-jerit, ada yang menangis tak putus-putus. Masing-masing berpelukan sesama sendiri. Tapi sang isteri amat terkejut apabila dia mendapati suaminya hanya duduk tenang seperti kebiasaannya. Sang isteri bertambah marah dan menuduh suaminya tidak punya perasaan dan kepedulian terhadap apa yang sedang berlaku.

Sang suami memandang isterinya. Dan dengan wajah yang tegas dan pandangan marah suami menghunuskan pisau ke dada isterinya. Lalu bertanya dengan suara tegas dan serius :
“Apakah kamu tidak takut dengan pisau ini?”
Dengan penuh kehairanan sang isteri menjawab : 
“Tentu saja tidak.”
Suami bertanya lagi : 
“Kenapa?”
Isteri menjawab : 
” Karena pisau itu dipegang oleh orang yang ku percayai dan aku cintai “.

Seketika itu sang suami tersenyum dan berkata pada isterinya : 
“Begitu juga aku. Ombak-ombak yang sedang mengamuk ini berada di tangan Dzat yang aku percayai dan yang ku cintai. Jadi kenapa aku harus takut? Bukankah Dia berkuasa atas segalanya?”


Saudaraku, teman-temanku, sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah...

Tika ombak kehidupan menyerangmu,
Angin kencang dunia cuba menjatuhkanmu,
Gempa bumi terus mengegarkan dirimu,

Janganlah kamu risau,
Janganlah kamu khuatir,
Janganlah kamu takut......

Kerana semuanya yang ada di dunia ini berada dalam genggaman tanganNya
Dia mengetahui dirimu melebihi pengetahuanmu tentang dirimu sendiri.
Dia mengetahui segala yang terbuka dan tersembunyi.

Jika kamu benar-benar mencintai dan percaya kepada Nya
Maka tidak perlu ada rasa takut dan penuh kerisauan....
Karena dia tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.
Maka sibukkan dirimu dengan memupuk cinta dan kepercayaan kepadaNya.
Berjuanglah untuk selalu berada di jalanNya.

Dan di saat itu, segala gelombang dan angin taufan yang melanda dalam kehidupanmu tidak akan membuatmu risau apalagi dalam ketakutan.

Karena yang perlu kau lakukan hanya bersujud padaNya dan berdo'a :
Allaahumma mudabbirul amri bainas samaa-i wal ardhi, dabbir amrii fa innii laa uhsinut tadbiir.
"اللهم مدبرالامر بين السماء والارض دبرامري فاني لااحسن التدبير "
"Wahai Dzat yang maha mengurusi segala urusan di bumi dan langit, uruslah urusanku, karena sesungguhnya aku tidak mampu mengurusinya."

Wallahu’alam.
😄😄😄😄😩

Khamis, 12 November 2020

Al-Fatihah itu... Kuasanya...

26 Rabiul Awwal 1442H
12 November 2020M

InshaAllah.. Alhamdulillah selalu mengamalkannya... Tp yg dok buat hadiah 1 persatu.. Panjang skit lah... 
Sekadar perkongsian... Mohon doa dari semua agar dapat istiqomah hgga hujung nyawa...
 
1) Hadiah buat Rasulullah saw
2) Buat Ahli Keluarga Rasulullah saw
3) Buat Sahabat2 Rasulullah saw
4) Buat Pengumpul2 kaifiat Al-Fatihah
5) Buat Pengamal2 surah Al-Fatihah
6) Buat Mak
7) Buat arwah Abah
8) Buat Mak Mertua (MIL)
9) Buat Abah Mertua (FIL)
10) Buat Guru2, Ust2 yg memberikan ilmu & mendidik diri, mak abah, MIL, FIL, isteri & anak2 yg hidup @ yg telah pergi
11) Buat Ulama2, Tok2 Guru, Guru2 & Ustaz2 yg membawa & berjuang berdakwah dengan ISLAM yg hidup @ yg telah pergi
12) Buat Diri sendiri
13) Buat Isteri
14) Buat Anak Sulong (K.Long)
15) Buat Anak Kedua (K.Ngah)
16) Buat Anak Ketiga (Abg Muhammad Al-Fatih)
17) Buat Anak Sesusuan Per1 (Husna bt Mohd Fadzli)
18) Buat Anak Sesusuan Per2 (Madihah Qaireen bt Mohd Fadhli) 
19) Buat Adik Beradik
20) Buat Ipar Duai
21) Buat Sepupu Sepapat yg hidup @ yg telah pergi
22) Buat Muslimin & Muslimat yg hidup @ yg telah pergi


 

Rabu, 11 November 2020

TEKNIK Rawatan RESQ56

16 RABIUL AWWAL 1442H
2 November 2020M

Teknik RESQ56

                        Part 1






                        Part 2


 
                Part 3




Tatacara RESQ56

25 RABIUL AWWAL 1442H
11 November 2020M

Tatacara Melakukan / Aplikasi Teknik R’ESQ 56:

KAEDAH R’ESQ56 terdiri dari 2 bahagian iaitu:

Afirmasi 5 PRINSIP KEMAKMURANAplikasi 6 LANGKAH KECEMERLANGANBahagian 1 : 5 PRINSIP KEMAKMURAN

Prinsip adalah TIANG. Kekuatan sesebuah FALSAFAH dilihat pada TIANGnya. Prinsip juga adalah IMAN (simpulan kepercayaan yang erat lagi kuat di dalam jiwa dan sistem kepercayaan seseorang). Kecantikan AMAL (perilaku/keperibadian) dilihat dari KECANTIKAN IMANnya. Kemakmuran itu MATLAMAT KEHIDUPAN dan menujunya memerlukan kekuatan TIANG FALSAFAH & berIMAN dengannya.

Secara asas Prinsip RESQ56 ini saya ambil dari Gagasan AMALAN Pengamal Reiki. Ia digunakan oleh Pengamal REIKI sejak diasas sekitar 90 tahun yang lalu. Ia juga diguna oleh Pengshuhada SUFI, Pengamal TAO dan oleh ramai lagi yang TAHU AKAN PRINSIP ESQ. Hidup pada SAAT INI & HARI INI.. penuh kepasrahan & penyerahan pada YANG MAHA KAYA dan RETREAT & RECHARGE dirinya untuk isu MAZMUMAH & MASMUDAH.

Berikut adalah 5 PRINSIP KEMAKMURAN :

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … padamkan KEMARAHANKU

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … padamkan KERISAUANKU

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … AKU TERUS BERSYUKUR

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … AKU TERUS JUJUR

Untuk HARI ini, DEMIMU TUHAN … AKU TERUS BERAMAL BAIK

LAKUKAN AFIRMASI 5 PRINSIP KEMAKMURAN ini 5 X setiap sehari. Sebaiknya sebelum/selepas solat 5 waktu atau waktu-waktu ini:

Ketika bangun pagi (sebelum gosok gigi/ mandi)Ketika mula kerja @ sekitar 9 – 10 pagi (waktu dhuha)Sebelum/ selepas makan t/hariSelepas makan malamSebelum tidur

Untuk mendapat keputusan yang HEBAT, afirmasi perlu dilakukan 5X setiap hari SELAMA 21 hari berturut tanpa tertingal. Lakukan dengan KYUSHU’, IKHLAS dan PASRAH.

Ini adalah kaedah KUASA MINDA, NLP (reframing, anchoring & breaking the pattern), affirmasi dan mind programming. Ia haruslah di HAFAL, FAHAMI & HAYATI. Kelak, minda akan menghantar isyarah neuro ke seluruh sistem BIO-ENEREGI untuk bekerja kearahnya. Setiap getar arus dalam jisim anggota tubuh akan menggetarkan GEMA KEMAKMURAN ini seterusnya membentuk medan ELEKTROMAGNATIK @ AURA yang MENARIK GEMA KEMAKMURAN dari ALAM.

6LANGKAH KECEMERLANGAN

Saya hasilkan 6 langkah mudah penjanaan gerakerja /aplikasi R’ESQ56 ini iaitu:

RILEX – Langkah PERTAMA, dikenali juga sebagai SET-UP (dalam kaedah EFT) atau Kuasa Niat (dalam REIKI, SUFI Healing, Hypnotherapy, meditasi dll). Ia merupakan langkah awal memasuki mood pernafasan terarah & asas meditasi.

RECHECK – Langkah KEDUA – dikenali juga sebagai TUNE-IN (dalam kaedah EFT) atau ‘Scanning’ (dalam kaedah REIKI, SUFI dll). Ia adalah proses membawakan minda TERHUBUNG dengan ISU / MASALAH / GANGGUAN ALIRAN ENERGI. Kaedah visualisasi minda yang mengembara menjangkaui hukum masa, tempat & keadaan – MENCARI TITIK MASALAH / PENYAKIT. Dalam mood meditasi (tafakur) yang kusyuk (focus) sambil tangan MENEKAN DADA pada bahagian SORE POINT (TITIK NGILU).

REDHA – Langkah KETIGA – masih dalam proses TUNE-IN (dalam EFT) sambil HATI & MULUT mengatakan / mengesahkan ISU :

“MESKIPUN SAYA ____________, SAYA REDHA, SAYA IKHLAS & SAYA PASRAH SEPENUHNYA”.

Proses ini merupakan gerakerja PENGESAHAN MINDA terhadap ISU, berserah & tawakal. Ia merupakan sebahagian proses ESQ (kerendahan hati, keikhlasan & penyerahan jiwa mohon penyembuhan) sambil menerapkan aplikasi NLP.

RETREAT – Langkah KEEMPAT – dikenali juga sebagai TAPPING dalam EFT dimana PROSES ‘RETREAT THE ENERGY’ dimulakan (di dalam REIKI ia adalah proses ‘cleansing’ atau ‘psychic surgery’, dalam teknik Qi KUNG ia adalah proses ‘BREAKING THE KARMA ISUES’). Kaedah Tapping adalah proses mengetuk ringan dengan 2 hujung jari (telunjuk & tengah) pada titik-titik tertentu pada tubuh SAMBIL MENERUSKAN mood REDHA (tune-in). Titik-titik ini adalah TITIK KUNCI yang terdiri dari 7 CHAKRA UTAMA TUBUH dan 8 JALUR MERIAN UTAMA pada tangan. Apabila diketuk (tapping) berulang kali akan meneutralasikan gangguan aliran (energy blockage) dalam bentuk emosi & penyakit fizikal yang ditanggung oleh tubuh. Hasilnya ALIRAN TENAGA AKAN KEMBALI NORMAL dan SEIMBANG. Caranya adalah ketuk ringan (tapping) pada 7 titik lokasi CHAKRA (Mulai dari Chakra Mahkota, Ajna, Throat, Heart, Solar Plexus, Sacral dan Base)

DIIKUTI dengan 8 TITIK MERIDIAN pada tangan iaitu di ‘Inside Hand’, ‘Outside Hand’, ‘Thumb’, ‘Index Finger’, ‘Middle Finger’, ‘Ring Finger’, ‘Baby Finger’ dan ‘Karate Chop’. (rujuk gambarajah lokasi titik & namanya) SAMBIL mulut & hati terus ucapkan “Saya Redha, Saya Ikhlas dan Saya Pasrah”.

pastu

RELIEF – Langkah KELIMA – melakukan ketuk ringan (tapping) pada TITIK GAMUT (gamut spot / TITIK JULAT) iaitu dibahagian antara perpanjangan tulang jari manis dan tulang jari kelingking.

SEMASA melakukan tapping pada titik ini, LAKUKAN 6 PROSES GAMUT iaitu:

PEJAM & CELIK MATAGERAK ANAK MATA KE KANAN BAWAH & KE KIRI BAWAHPUTAR ANAK MATA IKUT ARAH JAM & ARAH LAWAN JAMBERGUMAM SAMBIL MEMBUNYIKAN HHMMMM…MEMBUAT KIRAAN (MINDA & MULUT) 1,2,3,4,5,6,7,8,9BERGUMAM SEKALI LAGI.

Langkah ini juga dikenali sebagai “Eye Movement Desensitizaation Repatterning @ EMDR”. Setiap pergerakan akan menghantar isyarat neurotransmitter kepada bahagian-bahagian tertentu di dalam OTAK.

RECHARGE – Langkah KEENAM (akhir) – Melakukan semula tapping pada 7 titik chakra dan 8 titik pada tangan SAMBIL MASUKKAN AFIRMASI ‘RECHARGE’ (PENAWAR) :

“Saya semakin SEMBUH, Saya SIHAT, Saya TENANG, Saya BERJAYA, Saya memilki KEKAYAAN, Saya memiliki KEMAKMURAN dll”.

Selepas tapping di titik akhir (karate chop), AKHIRI SESI R’ESQ56 dengan ucapanALHAMDULILLAH….. 3X.

Untuk lebih berkesan (teknik tambahan apabila sudah mahir) masukkan 7 afirmasi ‘S’ ketika ‘tapping’ pada 7 titik chakra iaitu:

Ketika tapping Chkara Crown – Hebat SPIRITUAL

Ketika tapping Chakra Ajna – Hebat SENSUAL

Ketika tapping Chakra Throat – Terus SEGAR

Ketika tapping Chakra Heart – Terus STABIL

Ketika tapping Chakra Solar Plexus – Semakin SUKSES

Ketika tapping Chakra Sacral – Semakin SENSASI

Ketika tapping Chakra Base – Semakin SEMANGAT

Langkah ini adalah juga kaedah NLP – ‘Reframing’, ‘Achoring’ dan ‘Breaking the Pattern’. Ia merupakan teknik ‘energizing’ atau ‘reprogramming’ melalui kaedah REIKI. Boleh sertakan (tambahan sebelum akhiri sesi) afirmasi 5 prinsip REIKI & melakukan meditasi Chakra. (bagi mereka yang belum belajar reiki, boleh lakukan meditasi / teknik bayangan minda / afirmasi positif.

Kaedah RESQ56

25 RABIUL AWWAL 1442H
11 November 2020M

Apa itu KAEDAH R’ESQ56

Berikut ini adalah gabungan ILMU yang mendokong KEMANTAPAN yang terdapat di dalam R’ESQ56:

Energy Psychology – sejarahnya menjangkaui 5000 tahun. Diperkatakan DI DALAM kaedah ENERGY HEALING dalam perubatan kuno di timur dan Egypt. Pada 1980-an dibangunkan dengan PESAT oleh ahli filosofi & perubatan moden, antaranya: Dr. George Goodheart melalui kaedah Applied Kinesiology / Muscle Test, Dr. John Diamond – penulis falsafah Sistem Energi Tubuh & gangguan Psikologi (Energy Psychology) dan Dr. Roger Callahan melalui kaedah TFT (Tought Field Therapy).

Accupunture & Accupressure– rawatan purba sekitar 5500 tahun lalu di China. Kaedah yang memetakan TITIK TENAGA di sepanjang tubuh manusia.

Touch For Health – oleh Dr. John F. Thie, kesinambungan usaha oleh Dr George Goodheart melalui kaedah AK. TFH merupakan sistem dignosis dan terapi sistem otot yang padanya terdapat saluran/aliran energi.

Ilmu REIKI – Sebuah SENI PENYEMBUHAN AGUNG yang dihasilkan oleh Dr Mikao Usui di Jepun sekitar tahun 1930an. Seni terapi alami yang bersifat ZEN (suci) dan kelembutan. Membicarakan konsep CHI (energi) secara meluas beserta teori-teori purba dalam ilmu rawatan China & India / yoga & I-Ching iaitu CHAKRA, KUNDALINI, NADIS/MERIDIAN dan AURA.

Sistem Bio-Energi Manusia – gabungan filosofi ilmiah & sains terhadap sistem aliran tenga listrik dalam tubuh manusia. Dari sistem neurotransmitter, sinaps, electron, proton, neuron, DNA, RNA, kelenjar tubuh, hormone, saraf hinggalah kepada sistem elektromagnetik tubuh. Ia juga umpama jambatan yang menghubungkan teori energi purba (memperjelaskan ilmu chakra hingga aura) dengan sains fizik moden.

Kaedah NLP : reframing, anchoring dan breaking the pattern

Kaedah Self Hypnotherapy – sugesti diri atau aformasi

Kaedah KUASA MINDA – teori sains neuro (transmisi minda) yang memicarkan tentang kuadran minda sedar & separa sedar, gelombang minda (beta, alfa, thelta dan delta), bahasa minda, kaedah PERNAFASAN, VISUALISASI dan MEDITASI.

Kaedah Psychology – Behavioral Therapy

Kaedah EFT (Emotional Freedom Technique) – diformulasikan oleh Gary Craig pada awal 1991.

Kaedah SUFI HEALING – rawatan kerohanian dan kejiwaan

Kaedah Numerologi & astronomi – pendekatan numberik (angka) 5&6 sebagai Perkara dan langkah R’ESQ. Simbol atau angka merupakan BAHASA NEURO @ MINDA.

Gabungan pelbagai kaedah dan teori (filosofi) inilah yang meLAHIRkan R’ESQ56. Secara umumnya merupakan SOLUSI atau REMEDI atau ‘TOOLS’ yang MUDAH, RINGKAS & BERKESAN untuk menanggani ISU KETIDAK-STABILAN ENERGI MINDA, EMOSI & TUBUH. Ia amat praktikal & mudah untuk dikuasai oleh sesiapa sahaja UNTUK apa jua isunya.

RESQ56

25 RABIUL AWWAL 1442H
11 November 2020M

Mengapa perlu R’ESQ 56 :

Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negatif adalah kerana terganggunya sistem energi tubuh.”

Sistem arus tenaga listrik manusia

Secara umnya, sistem bio-tenaga manusia yang terdiri dari titik-titik chakra sebagai TRANSFORMER atau bateri hayat tenaga yang terhubung melalui JALUR TENAGA utama yang dikenali sebagai KUNDALINI seterusnya terhubung dengan organ-organ badan melalui JALUR TENAGA yang lebih KECIL dikenali sebagai MERIDIAN atau NADIS. Anatomi semua sistem ini bolehlah kita bayangkan umpama SISTEM KELENJAR (chakra) yang terhubung pada SARAF TUNJANG (kundalini) yang seterusnya berhubung dengan SARAF-SARAF kecil (meridian).

MINDA manusia pula merupakan KONDUKTOR yang bertanggungjawap ke atas setiap operasi atau aktiviti di dalam sistem badan. MINDA akan menjaga produktiviti, kualiti dan kapasiti penggunaan tenaga tubuh.

Melalui pengalaman hidup, persekitaran, cara hidup (dan pemikiran), media-media informasi, faktor pemakanan, kualiti udara, kualiti gelombang persekitaran dan sebagainya : sistem bio-energi manusia akan TERPENGARUH sifat & kualitinya. Sekiranya terlalu banyak gelombang yang bersifat negatif dicerap oleh sistem tubuh, ia kelak akan menjadi RACUN kepada sistem tersebut. Umpama toksid pada sistem darah & saraf, ia akan terkumpul dan membiak dengan cepat JIKA tidak diDITOKSIFIKASIkan atau dikeluarkan dari sistem badan. Fenomena ini juga dikenali sebagai ‘ENERGY BLOCKAGE’ (aliran energi yang TERSUMBAT). SAINS telah membuktikan tekanan EMOSI dan MINDA dari pelbagai aspek akan mengakibatkan berlakunya keadaan ‘energy blockage’ ini. Cara minda menguruskan EMOSI dan MINDA (termasuk tekanan & cara mengatasinya) juga boleh mengakibatkan keadaan ini berlaku. Jika aliran energi ini terganggu kerana dipicu oleh kenangan masa lalu, trauma yang tersimpan dalam minda bawah sedar, emosi yang tak menentu, pemikiran yang keliru, hilang tumpuan, ‘bad mood’, malas, depresi, fobia dan sebagainya: SISTEM ALIRAN ini telah TERCEMAR.

Begitulah sistem BIO-TENAGA manusia, sejumlah ENERGI NEGATIF akan menjadi ‘blockage’ yang akan menyebabkan pengaliran ARUS energi menjadi PERLAHAN atau TERHENTI malah akan MENCEMARKAN keseluruhan kualiti arus energi tersebut. Ini termasuklah menyebabkan kondisi HYPER atau HYPPO (tinggi atau rendah), kesan RADIASI, KEROSAKKAN salur energi, FIUS TERBAKAR dan sebagainya.

HUKUM FIZIK menyebut, energi tidak akan HILANG – ia akan BERUBAH BENTUK. Dalam maksud lain, penghasilan energi POSITIF akan berubah BENTUK menjadi NEGATIF apabila adanya ‘energy blockage’ dalam sistem jalur tenaga kundalini atau meridian. Ini lama kelamaan menyebabkan arus asal yang sepatutnya menanakan aktiviti azali tubuh terganggu pengalirannya yang seterusnya menyebabkan ORGAN tidak mendapat bekalan ARUS yang cukup untuk bekerja. Lama kelamaan, ORGAN juga turut TERCEMAR dan rosak lalu PENYAKIT akan termenifestasi.

Jika untuk tubuh FIZIKAL, proses DITOKSIFIKASI boleh dilakukan melalui senaman, urutan, pengambilan nutrisi atau suplement yang mampu menolak racun-racun keluar dari tubuh. Dalam kontek BIO-ENERGI pula, ‘energy blockage’ (tersumbat dan akan mengumpul racun) ini tidak boleh hanya ditolak KELUAR semudah toksin, IA HARUSLAH DINEUTRALKAN atau ditukar bentuk kembali kepada SIFAT ASALnya. Persoalannya, bagaimana proses ini mahu dilakukan???

Solusi Bio-energi

Kehebatan penciptaan manusia oleh YANG MAHA BERKUASA telah dilengkapi dengan pelbagai sistem kehidupan. Ia lengkap dengan sistem sekuriti (keselamatan), daya tahan, daya melawan arus (penebat), daya cetusan arus (spark) dan sebagainya. Secara auto, kehebatan minda akan menghasilkan gerak-kerja penawar untuk memperbaiki kerosakan pada tubuh. Namun begitu ia terhad kepada kerosakkan minor. Jika berlaku kerosakkan MAJOR , ia memerlukan ALAT BANTUAN KECEMASAN dari luaran tubuh secara teknikal (seperti R’ESQ56) untuk mendiscajkan, meneutralkan dan menjanakan semula pengaliran energi tubuh tersebut.

Aliran energi yang tersumbat di beberapa titik kunci pada tubuh HARUS DIBEBASKAN, hingga mengalirkan semula energi secara LANCAR. Dan cara membebaskannya adalah dengan mengetuk ringan (tapping) dengan 2 hujung jari di bahagian tertentu pada tubuh (titik meridian, jalur KUNDALINI & titik chakra). Ketukan ini umpama memecahkan ‘energy blockage’ tersebut atau meneutralkannya. Ketukan yang berterusan akan seterusnya MENJANAKAN pengaliran energi kembali LANCAR.

Ianya hanya TEKNIK Rawatan

25 RABIUL AWWAL 1442H
11 November 2020M

Resq56 adalah ijtihad saya dalam berkongsi beberapa gabungan ILMU ENERGI PSYCHOLOGY agar menjadikannya lebih mudah dan praktikal untuk lebih ramai orang umum mendapatkan benefitnya. Selain itu ia adalah sebuah usaha saya dalam menggabungkan ilmu REIKI & EFT bagi meransang ESQ.

Secara ringkas maksud R’ESQ 56 adalah:

R – Reiki

E – Energy

S – 7 ‘S’ area (7Chakra) : Stamina, Seksual, Sukses, Stabil, Segar, Sensual & Spiritual

Q – Quest

5 – Prinsip KESEJAHTERAAN

6 – Langkah KEGEMILANGAN (6 ‘R’)

Secara istilah : R’ESQ 56 merupakan SEBUAH PERCARIAN TERHADAP KECERDASAN TENAGA dalam 7 Warna / aspek KEHIDUPAN melalui 5 prinsip Kesejahteraan & 6 langkah untuk Kejayaan.

Secara bahasa : kata R’ESQ yang disebut RESCUE menggambarkan MENYELAMAT / DISELAMATKAN. Memberi impak pada gambaran minda kepada isu KESELAMATAN, rasa SELAMAT dan SALAM.

Reiki amat lembut & halus. Lebih menggambarkan bentuk ENERGI alami yang berada bersama-sama kita. Secara teknikal, minda logic zaman ini sering mempertikaikannya jika tidak ‘nampak’ teori disebalik kehalusan tekniknya. Namun REIKI mempunyai KUASA HEBAT untuk meransang kecerdasan IQ, EQ dan SQ jika terus di dalami intipatinya.

Kaedah Emotion Freedom Technique @ EFT bersifat lebih TEKNIKAL dari REIKI dengan kehadiran seni ‘tapping’ nya. Namun rahsia disebalik point-point tersebut kembali ke jaluran energi (meridian) yang turut dibicarakan dalam REIKI (malah REIKI mendalami ke sistem chakra – pusat tenaga tersebut, HARA & kundalini). Secara luaran, kaedah tapping EFT mudah difahami dan lebih ringan untuk menjelaskannya. Secara neuro-sains, gerakan tapping ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak untuk seluruh tubuh.

Maka, gabungannya akan menjadikan REIki EFT for ESQ = R’ESQ !! Reiki hadir dgn 5 prinsip ZEN nya yang akan menjadi penjana ESQ bila dihayati dengan betul dan mendalam.

Kredit : DMHAR / Dr. Hazil Azran Ramli

Selasa, 10 November 2020

Mengatasi Sifat Mazmumah....

24 RABIUL AWWAL 1442H
10 November 2020M

Ibadah sebanyak mana pun, tidak ada nilai di sisi Allah Taala, kalau mazmumah masih bersarang di dalam hati. Sedikit ibadah pun tidak mengapa, asalkan yang fardhu tidak ditinggalkan, tapi mazmumah dapat disembuhkan. 

Mazmumah itulah yang memudharatkan diri dan orang kerana nafsu yang belum terdidik. Nafsu yang belum terdidik, mazmumahlah yang menguasai diri seseorang. Apalah erti ibadah kalau mazmumah masih bermaharajalela merosakkan orang. Ibadah banyak, masih lagi pemarah, hasad, demdam, tamak, sombong, riyak, ujub, cinta dunia, ingin nama, glamor.  


Tujuan ibadah adalah untuk mengubat penyakit batin yang memusnah. Ibadah yang di hayati, boleh mendidik nafsu yang liar yang menjadi bala bencana kepada dunia. Ibarat penyakit makan berbagai-bagai jenis ubat tapi tidak menghilangkan penyakit. 

Tujuan makan ubat untuk menghilangkan penyakit badan. Begitulah ibadah yang berbagai-bagai jenis untuk mengubat mazmumah nafsu yang ganas. Ibadah dibuat nafsu masih berpenyakit, ibadah tidak ada nilai di sisi Allah. Itulah lumrah berlaku di zaman ini. 

Di dalam mengerjakan ibadah, mazmumah masih mengganas. Kerana itulah kita tidak hairan, adakalanya, di masjid itulah sumber kejahatan. Kerana orang yang bersembahyang, masih membawa penyakit batin, yang memecah-belahkan perpaduan. Orang yang bersembahyang merenggangkan persaudaraan Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati orang. 

Walaupun ilmu tinggi seorang ulama boleh maki hamun, sumpah seranah dan membuat tuduhan fitnah dan merosakkan ukuwah di kalangan umat islam.

Mujahadatunnafsi (mujahadah melawan nafsu)  terhadap mazmumah kita kepada manusia seperti hasad, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, gila pangkat, tamak, bakhil, sombong dan lain-lain boleh dilakukan dengan cara menentang sifat-sifat itu.

Di sini huraikan cara-cara mujahadah terhadap penyakit hasad, dengki, pemarah dan gila dunia serta terhadap sifat-sifat mazmumah.

Dalam usaha melawan nafsu itu kita dikehendaki menempuh tiga peringkat:

1. Takhalli – Mengosongkan atau membuangkan atau mensunyikan.

2. Tahalli – Mengisi atau menghiasi.

3. Tajalli – Terasa kebesaran dan kehebatan Allah

TAKHALLI

Diperingkat takhalli kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah SWT. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh daripada diri kita, maka nafsu itu akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita. Sabda Rasulullah SAW: Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau. (Hadis Riwayat Al Baihaqi)

Kerana kejahatannya itu telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk, ber-tuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya yg bermaksud : "Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan lalu dia disesatkan Allah". (Surah Al Jaathiah ayat 23)

Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tidak ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah Tuhan yang sebenar- benarnya tetapi menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dianggap ringan. Ia adalah salah satu jihad yang besar.

Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula kita pegang, jadi senanglah kita picit dan membunuh- nya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalatkan semahu-mahunya. Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah. Untuk lebih jelas biar saya senaraikan akan peringkat-peringkat nafsu manusia sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat.

Di sini disenaraikan dari peringkat yang serendah-rendahnya iaitu nafsu amarah, nafsu lauwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah. Kita yang beriman ilmu ini baru berada di taraf nafsu yang kedua yakni nafsu lauwamah. 

Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga dia mahu tunduk sepenuhnya kepada perintah Allah supaya mencapai paling minima nafsu mulhamah dan nafsu mutmainnah, yakni yang ada pada diri seseorang yang memiliki iman ayan. Di ‘peringkat iman inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada siksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya: Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.(Surah Al Fajr ayat 27-30)

Nafsu jahat dapat dikenali melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah.Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum’ah, riyak, ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak cakap, banyak makan, dan mengumpat. 

Sifat-sifat ini melekat pada hati sepertilah daki melekat di badan. Kalau kita malas menggosok akan tambah menebal dan kuatlah ia bertapak. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa.

Bagaimanapun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah sesenang membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan daripada guru yang bertakwa.

Nasib kita hari ini umpama nasib anak-anak ayam yang kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri.

2. TAHALLI

Tahalli bererti menghiasi yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosong- kan hati daripada sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Untuk mudah difahami cuba kita gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah. Setelah kita mujahadah maka sifat itu keluar meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah.Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah, taubat, bersangka baik, takutkan Allah, pemaaf, pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar, rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, kasihsayang sesama mukmin, selalu ingatkan mati dan tawakal. Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudahkita perlu sekali mujahadah.

Ditegaskan sekali lagi bahawa dalam peringkat mujahadah kita masih terasa berat dan susah. Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang sebenarnya. Insya Allah kalau kita sungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati dengan hati akan terasalah lazatnya. Cara-cara mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk takhalli. Misalnya kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita terutama yang kita suka dan sayang untuk diberikan kepada yang memerlukan.

Mulanya tentu terasa berat dan payah tetapi janganlah menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapat pahala sedekah. Sayidatina Aishah r.a di waktu tiada apa-apa untuk dimakan, beliau cuba untuk mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu inginnya mereka pada pahala dan rindunya kepada Syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT: Siapakah yang mahu meminjam- kan kepada Allah pinjaman yang baik nanti Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.(Surah Al Hadid ayat 11)

Setiap kali kita rasa sayang pada harta kita setiap kali itu pula kita keluarkannya. Insya Allah lama ke- lamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk, pemaaf, zuhud dan semua sifat-sifat mahmudah yang lain perlulah kita miliki dan untuk itu kenalah mujahadah. Jika tidak iman juga turut tiada sebab iman berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.

3. TAJALLI

Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperolehi tajalli iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.Agak sukar untuk ditulis apa itu tajalli sebenarnya sebab ia hanyalah sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasai sendiri gula itu.

Tajalli secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kehebatan Allah.Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Harapan dan pergantungan tiada pada yang lain lagi selain daripada Allah. Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan baha- gia. Tiada apa pun kesusahan dalam hidupnya sebab semua itu dirasakan pemberian daripada kekasihnya, Allah SWT.Kalau begitu, bagi orang-orang yang beriman dunia ini sudah terasa sebagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati. Hasad dengki menjadikan jiwanya menderita, kecewa dan sakit jiwa. Hatinya tidak selamat di dunia maka tidak mungkin dia boleh selamat di Akhiat.

Firman Allah: Hari khiamat iaitu hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera.(Surah Asy Syuara’ ayat 88-89)

Isnin, 9 November 2020

DOA....

23 RABIUL AWWAL 1442H
9 November 2020M

Maksud hadith:-

Drpd Abu Sa’id al-Khudri رضي الله عنه berkata, ‘Suatu hari Rasulullah ﷺ masuk masjid, tiba-tiba Baginda ﷺ bertanya, ”Mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu solat?” 

Abu Umamah رضي الله عنه menjawab, “Kerana kekusutan yang melanda hatiku dan hutang-hutangku, wahai Rasulullah.” 

Rasulullah ﷺ bersabda, ”Bukankah aku telah mengajarimu beberapa bacaan, bila kau baca nescaya اَللّهُ سبحنه وتعالى akan menghilangkan rasa kusut pada dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?” Abu Umamah berkata, “Betul, wahai Rasulullah.” 

Rasulullah ﷺ bersabda, ”Ketika pagi dan petang ucapkanlah – Allahumma Inni A'uzubika minal Hammi wal Hazan, Wa A'uzubika minal A'jzi wal Kasal, Wa A'uzubika minal Jubni wal Bukhli, Wa A'uzubika min Ghalabatiddaini wa Qahrir Rijaal.” (Al-Mathurat)

Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka اَللّهُ سبحنه وتعالى  menghilangkan rasa kusut pada diriku.’ 
[HR Abu Daud]

Ahad, 8 November 2020

Bertemu dengan ALLAH...

22 RABIUL AWWAL 1442H
8 November 2020


SOLAT lah... 

Apabila kita anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kita akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kita mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kita nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kita bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kita mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kita dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kita lebih dekat denganNya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kita mengangkat "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika kita "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kita tak terjatuh, hingga kita merasakan damai dalam sentuhanNya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kita pula "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hambaKu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kita "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kita memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kita jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.


#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yang sering terleka dek urusan dunia yang sentiasa menghambat kita...😭😭😭

Sabtu, 7 November 2020

REZEKI....

21 RABIUL AWWAL 1442H
7 November 2020M

Rezeki tu bukan bermakna kita dapat apa kau nak. Tapi bila kita terima apa yang Tuhan beri. Rezeki bukan hanya harta benda... banyak yang boleh kita discribe dengan rezeki ni...

Kita belajar tentang sirah. Kita tahu Saidatina Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia. 

Kita tengok pula sirah Saidatina Aishah. Kahwin dengan Rasulullah tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia. 

ALLAH swt hantar Nabi Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah hantar Nabi Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah Baginda. 

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya... 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kita dapat apa kita nak, tak semestinya kita boleh terus bergembira. Kita tak dapat apa kita nak, tak semestinya kita tak boleh bahagia.

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kita titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang dapat menghanyutkan kita ke syurga. 

Jadi ingat lah........ 

"Rezeki tu bukan bermakna kita dapat apa yang kta nak. Tapi bila kita terima apa yang Tuhan beri."

Kita hanya akan bahagia kalau kita terima. Terima dengan Redha.... Ikhlas.... Pasrah.... RIP!!! 

Percaya dan terima lah. Di samping kita berusaha, bertawakal. Redha lah apa yang ada.

Apa yang kita dapat, apa yang kita nikmat hari ini, bersyukurlah agar kita orang yang terhindar dari sifat angkuh dan sombong.

Moga kita terhindar dari orang-orang yang rugi dan ditipu lalai.

امين يا رب العالمين

Jumaat, 6 November 2020

PEWARIS....

20 RABIUL AWWAL 1442H
6 November 2020M

Mereka ialah ulama' - ulama' yang membawa ISLAM di muka bumi ini. Moga setiap apa yang mereka sampaikan menjadi pegangan kpd kita semua. InshaAllah. Ulama' ialah PEWARIS Nabi... 




Khamis, 5 November 2020

PUASA HAKIKI

19 RABIUL AWWAL 1442H
5 November 2020M

Puasa yang terbaik ialah puasa secara sufi iaitu puasa haqiqi yang mencegah hati dari mempersekutukan Allah. Caranya ialah dengan membutakan pandangan matahati dari segala yang ada di dalam dan di luar duniawi ini. Sehingga yang tinggal hanyalah cinta kepada Allah semata-mata.

Meskipun Allah yang menciptakan segala sesuatu untuk manusia, sebenarnya DIA menciptakan manusia itu untuk DiriNya. Firman Allah, “Manusia adalah hakikatKU dan AKU adalah Hakikatnya.”

Hakikat itu ialah Cahaya dari Allah. Ianya tersembunyi di matahati yang di dalamnya ada lagi matahati. Puasa hakikat itu akan batal jika ada cinta selain Allah walau pun sebesar zarrah. Demi itu Allah berfirman, “Puasa adalah untukKU dan AKUlah yang akan membalasnya.”

Kesimpulan puasa itu dalam beberapa kategori :

• Puasa Syariat : Menahan jasadnya tidak makan dan minum serta menjaga alat kelamin daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan air mani dengan sengaja.

• Puasa Tarekat : Menahan segala tempat pancaindera jasadnya seperti mata, telinga dan mulut supaya tidak melakukan maksiat. Mulutnya hendaklah diam dan tidak berkata-kata kecuali yang perlu sahaja. Matanya tidak memandang sesuatu yang boleh mendatangkan nafsu syahwat atau semua pandangan yang melalaikan dari ingat kepada Allah seperti menonton hiburan di tv, melihat wanita dengan pandangan bernafsu dan sebagainya.

• Puasa Hakikat: Menjaga hati dan fikirannya daripada segala buruksangka atau lintasan-lintasan khayalan yang negatif. Hati dan fikirannya hendaklah sentiasa syuhud (pandangan matahati) kepada Allah dan tanpa mengalih sejenak pun kepada hal-hal keduniaan serta menghilangkan perasaan wujud dirinya kecuali tertumpu kepada Wujud Allah semata-mata.

• Puasa Makrifat: Berserah diri kepada Allah (hauqalah - pengakuan keterbatasan manusia pd kekuasaan Allah sepenuhnya) bahwa yang berpuasa itu sebenarnya adalah Allah kerana puasa itu sebenarnya adalah milik Allah dan bukan milik hamba. Tetapi puasa Allah itu meliputi diri hambaNya.

Moga puasa yang kita lakukan Allah terima dengan sepenuhnya.. InshaAllah..

Rabu, 4 November 2020

Amalan buat diri....

18 Rabiul Awwal 1442H
4 November 2020M

Kita ni hidup di bumi Allah ni berkongsi dengan makhluk2 yang lain.. Termasuklah makhluk halus ni.. Jadi sedikit perkongsian jika ada sahabat2 yg geng2 hiking, masuk hutan keluar hutan, turun laut naik darat... hehehehe. Moga sedikit ilmu ni dapat mengelakkan kita dari 'tersesat' dipandu arah dari makhluk halus ni.

Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir. Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini : 

"Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau"    

Jangan! Syirik hukumnya.

Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali

Setiap langkah di baca doa ini :

"Salamun a'la sulaiman fil a'lamin" 

-Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman

Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.

Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya 
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad) 

Marilah sama sama kita mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.

***Doa Tambahan untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa 

"Salamun a'la nuhin fil a'lamin"
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT tak kira dimana kita berada. Aminnn

ber AMAL lah... agar bertambah IMAN kita...

18 RABIUL AWWAL 1442H
4 November 2020M

Allah lebih menyukai amalan kita walaupun sedikit tapi kita tetap ISTIQOMAH membuatnya. Mg dengan sedikit amalan kita lakukan ini dapat membawa kita ke Syurga Allah & sentiasa dalam maghfirah serta rahmat Allah...
Ya Allah... Terimalah sedikit amalku ini walaupun diriku sentiasa lalai & alpa... 

Xdpt buat semua, buatlah mana yang mampu...

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg  utama.

9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir  & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ 

Selasa, 3 November 2020

Gangguan Diri

17 RABIUL: AWWAL 1442H
3 November 2020M

1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke 
(perdarahan/penyumbatan pembuluh darah ) 

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu. 

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur). 

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah. 

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal. 

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia 
(penyakit sulit mencerna ). 

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa " Sombong"  (menolak kebenaran dan meremehkan orang lain) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis 
(berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia 
(kanser darah putih) 

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.

Ahad, 1 November 2020

TIPS HD

15 RABIUL AWWAL 1442H
1 November 2020M

19 Tips HD 

1. Lakukan 10-30 minit afirmasi “TERIMA KASIH” sambil berjalan santai (ketika berjalan ke tempat kerja, pergi sarapan / makan, pergi ke bank, window shopping dll).  Lakukan dengan penuh keceriaan dan kesyukuran. Ia adalah penawar unggul untuk ‘tekanan perasaan’ (anti-depressant).

2. Duduk rehat (senyap) kira-kira 10 minit setiap hari. (guna rantai & mangga kunci, jika perlu… hahaha).

3. Hasilkan tidur malam yang sempurna & cukup. Bersiap untuk tidur, baring sempurna, belai diri dengan kaedah TERAPI BIOENERGI (self healing technique), baca Al-Fatihah & doa sebelum tidur. 

Ucapkan.. Saya pasrah & saya bersyukur berulang-ulang kali. Lakukan bayangan minda untuk KEKAYAAN yang anda ingin kecapi.

4. Sebaik jaga dari tidur, ucap syukur dan terima kasih pada Illahi. Ucap sambil bernafas dengan tenang. Nyatakan hasrat anda hari ini: “Hasrat saya hari ini adalah untuk ______ . Saya pasrah & bersyukur!” Senyum.

5. Setiap kali mandi, niatkan “Pembersihan Rohaniah & Jasmaniah”. Ratakan air ke seluruh permukaan tubuh. Belai diri anda dengan penuh kasih sayang, rasa kagum, empati, bersemangat dan bertenaga. (3 E’s = Energy, Enthusiasm, Empathy)

6. Adakan masa untuk bermeditasi, yoga, tai chi atau lain-lain. Sekurangnya hayati proses berwuduk & ketika solat. Inilah ‘PETROL’ kehidupan.

8. Lakukan “perkara” yang anda selalu ingin benar-benar lakukan.

9. Banyakkan visualisasi (berangan-angan) tatkala dalam jaga (bukan hanya bermimpi di waktu tidur).

10. Banyak makan makanan yang bersumberkan tumbuhan semulajadi. Kurangkan makanan yang diproses semula.

11. Bermentorkan seseorang dan menjadi ‘Mentor’ kepada seseorang.

12. Libatkan diri sekerapnya kepada kerja kebaikkan (amal makruf).

13. Bersihkan atau buang benda-benda yang tak perlu di rumah, dalam kereta, meja, tempat kerja, bilik dll. Kebersihan adalah sebahagian dari iman. Energi positif akan berada dalam persekitaran yang terurus dan bersih.

14. Jangan buang masa untuk bergosip, mengumpat, baca status fb yang tak manfaat, menonton cerita HANTU kat tv,  mengenang peristiwa pahit silam, berperasaan takut & malas, suka menangguhkan urusan dan suka merajuk & marah-marah. 

Sebaliknya FOKUS untuk lebih bersyukur, jujur, berbuat baik dan menyerap lebih banyak KEBAIKKAN ke dalam hidup anda. hayati kehidupan KINI untuk HARI INI..

15. Sedar akan hakikat; hidup ini sebuah perjalanan (kembara) untuk BELAJAR. Masalah adalah sebahagian dari KO-KORIKULUM yang harus ditempuh untuk BERJAYA dalam pelajaran. Ia datang dan pergi, namun pengalaman KEKAL menjadi GURU peribadi.

16. Bersarapan umpama Raja, makan tengahari macam Permaisuri dan makan malam macam kanak-kanak.

17. Senyum dan riang selalu. Ia menghasilkan hormon keriangan pada minda dan itulah VITAMIN untuk jasad. Malah SENYUM dapat menghalau energi SEDIH disekeliling anda.

18. Kerap ucapkan ‘Saya bersyukur & berterima kasih untuk ____’ setiap kali mendapat kebaikan. Ucapkan ‘Saya ikhlas & pasrah untuk ______’ setiap kali menerima bencana atau cabaran.

19. INGAT anda sememangnya telahpun terlalu KAYA dan jauh dari ‘miskin’. Kaya Nyawa, kaya umur, kaya masa, kaya nafas, kaya cahaya, kaya minda, kaya makan, kaya pakai dan pelbagai lagi kekayaan. Jadi mengapa pilih untuk STRES??!!

HIDUP TERUS HIDUP!!! KAYA TERUS KAYA!!! Hayati tiap detik..BERSYUKUR & enjoy!!

Kredit : Guruku / Master G / DMHAR / Dr. Hazil Azran Ramli