Pageviews

Jumaat, 20 Disember 2013

Misi IBLIS...

(kredit FB Mir Hazil Azran Ramli)

17 SAFAR 1435H

Kira-kira 1400 tahun dulu, suatu MALAM di BULAN SAFAR - Si IBLIS turun ke BUMI demi satu MISI:

BUNUH NABI!

Ia kisah BESAR!

namun

Muslim LUPA..
(mungkin IBLIS hantar tenteranya untuk lupakan kita).

hanya kerana.. saat ini - yang kita lebih KESAH adalah KISAH DISEMBER dengan XMAS dan NEW YEAR EVE nya.

SAFAR bukan bulan biasa..
Ia BULAN PENUH CERITA.. kisah MISI MEMBURU NABI untuk DIBUNUH! Demi menghapuskan ISLAM! Demi MENGHAPUSKAN MUSLIM!!

kini.. kisah ini terus SUNYI!
Lalu, kisah ini hanya kisah sia-sia... pengorbanan yang sia-sia.. perjuangan yang sia-sia..

bukan hanya IBRAH kisahnya telah jauh pergi.. malah KISAHNYA kian dilupai..

-----------------------

Saat itu kalendar HIJRAH belum bermula. SAFAR dalam tahun 622 MASIHI itu pihak Quraisy telah mengadakan sidang Parlimen - Darul Nadwah, seluruh perwakilan kabilah-kabilah Quraisy telah menghantar anggota-anggotanya, membuat perbincangan dan merencana satu pelan tindakan yang tegas untuk menghapus secepat mungkin pembawa obor-obor dakwah Islamiah agar dengan itu terputuslah arus cahayanya buat selama-lamanya.

Tokoh-tokoh perwakilan yang menonjol di dalam perjumpaan itu ialah:

1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili qabilah bani Makhzum.

2. Jubair bin Mutaam, Tai’mah bin Adi, dan al-Harith bin Amir mewakili Bani Naufal Ibn Abdul Manaf.

3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan Abu Sufian bin Harb, mewakili bani Abdul Syams bin Abdul Manaf.

4. al-Nadhr bin al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis sembelihan ke atas Rasulullah di Kaabah semasa baginda bersembahyang) mewakili Banu Abd al-Dar?

5. Abu al-Bukhturi bin Hisyam, Zama’h bin al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili banu Asad bin Abd al-Uzza.

6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki al-Hajjaj mewakili bani Sahm.

7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah.


DISKUSI mereka panjang.. tegang.. namun tetap buntu. Tiba-tiba sesi mereka terhenti! Mereka didatangi seorang lelaki tua berpakaian seperti seorang syeikh yang mulia iaitu pakaian ahli zuhud. Lelaki itu berdiri di pintu masuk lalu mereka semua bertanya:

“Siapakah kamu ya tuan syeikh?”

Jawab lelaki misteri:

“Aku seorang syeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan ini dan aku datang untuk mengikuti perbahasan kamu semoga aku boleh menyumbang sesuatu yang tidak merugikan kamu”.

Mereka mempersilakan lelaki itu masuk..

Perbincangan diteruskan.. berbagai cadangan dikeluarkan dan dihalusi.. hinggalah di suatu ketika, berkata kepala samseng dan jenayah Mekah - Abu Jahal bin Hisyam.

Kata Abu Jahal,

"Aku melihat di mana setiap kabilah haruslah dipilih seorang pemuda tangkas dan lincah kemudian kita serahkan kepada setiap mereka sebilah pedang yang tajam, untuk mereka gunakannya, dengan cara mereka menetak Muhammad serentak maka tamatlah riwayat Muhammad dan kita pun boleh berehat, kerana bila mereka lakukan cara ini bererti semua kabilah bertanggungjawab dan bani Abdul Manaf tidak terdaya untuk memerangi kesemua qabilah ini, sebagai gantiannya mereka akan berpuas hati dengan pembayaran diah (pampasan)."

Ulas sang Syeikh al-Najdi - lelaki misteri,

“Pendapat yang sebenar adalah sepertimana yang disebut oleh Abu al-Hakam, dan aku pun berpendapat sedemikian juga”.

Sidang Dar al-Nadwah pun sebulat suara menerima cadangan yang terkutuk itu.

MALAM itu mereka SEPAKAT!!

Mulalah MISI MEMBUNUH NABI!!

Selasa, 3 Disember 2013

PELACUR... Hinakah???


"Sampaikan sedeqahku ini kepada para pelacur..." Seorang ulama' besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya. Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga. 
“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar. Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya. Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami, moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.
Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata: “Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan, adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?” 
“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”. Jawab Murid tersebut dengan bersemangat. “Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?” Seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut. “Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”. Jawab Tuan Guru dengan tenang.
Keadaan menjadi bingit, masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini. “Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini. Kalau begitu tidaklah mengapa. Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.” Tuan Guru menjawab dengan tenang. Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan. Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut. Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.
“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku (Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah Taala”. Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut. Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini. Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan. Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut. Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.
“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu, saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian. Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah Taala”. Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka. Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.
Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut. Keesokkan paginya, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru. Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan. 
Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan. Ini merupakah karamah yang Allah Taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini. Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut. - Tuan Guru yang dimaksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani Rahimahullahu Taala. Beliau wafat pada 1354H. Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka. Mula mengarang kitab ketika umurnya belum pun sampai 20 tahun.

Khamis, 28 November 2013

HambaNYA yang TERPILIH


MUHARRAM..

Ia bulan HARAAM - bulan yang dihormati.

Saat sesetengah kita mengejar kemahsyuran untuk dihormati dan diangkat manusia...

ALLAH mengangkat hambaNYA untuk dimasyurkan (DIHORMATI)!!

Allahyarham AHMAD AMMAR..

Anak muda ini ALLAH pilih untuk tontonkan sebuah KISAH.
Ia kisah tentang KEMULIAAN dan KETINGGIAN...

sungguh, DIA maha TINGGI sepertimana kalamNya :

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha TINGGI (dari segala sifat-sifat kekurangan).

(Al-A'laa 87:1)

lalu, DIA tinggikan hambaNya yang DIA PILIH!
(Kredit : FB Mir Hazil Azran Ramli)

Sungguh mulia perjalanan anak muda ini. Sungguh tinggi perhormatan yang diberikan Allah padanya dimuka bumi ini. Sungguh barakah perjalanannya dalam perjuangan di dunia ini.

Kita... Adakah pengakhiran kita seperti beliau? Adakah penghormatan kita oleh Allah seperti yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau? Kita masih tidak tahu bagaimana pengakhiran kita. Kita masih belum tahu dimanakah pengakhiran kita. Kita masih belum tahu bersediakah kita ketika datangnya pengakhiran kita.

Allahu Rabbi.. Ampunilah kami semua. Ampunilah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan ketika sengaja mahupun tidak. Matikanlah kami dengan sebaik-baik kematian. Moga kita semua ditempatkan bersama di syurga.


Rabu, 13 November 2013

SELAMAT HARI LAHIR buat semua...

(Kredit : FB Mir Hazil Azran Ramli)


SELAMAT HARI LAHIR...

ramai yang kata.. entah ya entah tidak!

Jika YA.. maka, elok kita ucapkan...

SELAMAT HARI LAHIR "En ALAM SEMESTA"

[katanya 10 Muharram - Hari pertama Allah menciptakan alam]

TANPA ALAM.. TIADALAH “PENGHUNI ALAM SEMESTA” ini.
juga...

SELAMAT HARI LAHIR "En RAHMAT"

[katanya 10 Muharram adalah Hari Pertama Allah menurunkan RAHMAT]

TANPA RAHMAT.. TIADALAH “RAHMATAN LIL ALLAMIN”

juga tak lupa..

SELAMAT HARI LAHIR "En HUJAN"

[katanya, 10 Muharram itu Hari pertama Allah menurunkan HUJAN]

TIADA HUJAN.. TIADALAH KITARAN KEHIDUPAN ALAM

 malah, ada yang kata;

10 Muharram - Allah menjadikan ‘Arasy.

lalu, ucapan SELAMAT HARI LAHIR En 'ARASY

TIADA 'ARASY.. TIADALAH LANGIT DUNIA YANG MELINDUNGI

ADA JUGA PENDAPAT;

10 Muharram - Nabi Adam a.s. dicipta.

makanya.. dengan besar JIWA..

"SELAMAT HARI LAHIR AYAHANDA "ADAM"..

TIADA ADAM… TIADALAH “KETURUNAN ADAM”… yakni MANUSIA!!!

Ada juga yang kata, 10 Muharram - Allah menjadikan Luh Mahfuz.

ada juga yang bercerita, 10 Muharram - Allah menjadikan Malaikat Jibril.

.....................................................

HAIBAT!! HAIBAT!!!

Tentu sahaja, semua ini BERTUJUAN untuk menggambarkan HEBATNYA hari ke 10 MUHARRAM ini..

Hingga saja, ada yang mengatakan AYAT 1 & 2 pada SURAH AL-FAJR (89) yang bermaksud:

"DEMI FAJAR, dan malam yang SEPULUH (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)"

juga merujuk kepada 10 MUHARRAM.. (miskipun ada pendapat ianya adalah 10 Dzulhijjah / malam akhir ramadhan)

[KATA"DEMI" adalah KALAM "SUMPAH".. dan ayat di atas adalah antara beberapa ayat-ayat yang ALLAH BERSUMPAH!!]

itulah KEHEBATAN ASYURA..

.........................................................................................

manakala, DALAM BEBERAPA CATATAN perihal KISAH & SEJARAH; katanya: pada hari ASYURA berlaku beberapa PERISTIWA hebat:

>> Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.

>> Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

>> Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

>> Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.

>> Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.

>> Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

>> Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

>> Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

>> Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

>> Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..

>> Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

>> Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

>> Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

((Sumber kitab I’anah at-Thalibin)

Hari ke 10 ini SEMUT berpuasa…
hari ini binatang buas pun berpuasa…

.................................................................

Sejauhmana kesahihan kaitan peristiwa dengan hari ASYURA sukar untuk dipastikan. Pun, yang utama adalah HARI ASYURA sering dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa penting dan hebat!!

SEJARAH MENCERITAKAN KISAH..
manusia menghayati sejarah untuk belajar teladan dan sempadan yang ada. Ketamadunan manusia berkembang dan membina EMPAYAR-EMPAYAR kegemilangan dan kejatuhannya. Padanya ada cerita PAHIT-MANIS untuk dipertontonkan buat BEKAL PENGAJARAN generasi selepasnya.

hari ini KISAH "SEPULUH" itu bakal TIBA LAGI... pun, lagaknya kita si "MUSLIM PERKASA yang kebal dan sudah rasa LEGA" ini; masih sedang alpa dan merasa 'HARI 10' itu SAMA SAHAJA seperti hari-hari di bulan NOVEMBER!!

TERBAEEKK... memang terbaek!!!!

Buat RENUNGAN....

Alkisah kain untuk ustaz.

Bahari sudah seminggu tidak call ustaz Ismail. Jarang Bahari bersikap demikian. Biasanya dalam seminggu sekurang-kurangnya pun ada sms ataupun whatsapp.

Minggu ini sunyi. Ustaz Ismail berasa pelik, tapi terus bersangka baik mungkin Bahari sibuk.

3 minggu berlalu, masih tiada sebarang berita daripada Bahari, anak murid kesayangannya.

Kali terakhir sekali, ustaz Ismail berjumpa dengan Bahari tiga minggu lalu selepas Bahari pulang dari luar negara. Diberinya satu kain yang cantik kepada ustaz Ismail untuk dibuat jubah.

Ustaz Ismail cuba sms Bahari. SMSnya tidak dibalas. Mungkin Bahari betul-betul sibuk.

Selepas itu Ustaz Ismail bergegas ke masjid untuk solat Maghrib. Dijumpanya pakcik Hamdi yang sudah berusia 85 tahun. Pakcik Hamdi memakai jubahnya yang baru, jubah yang dibuat daripada kain yang dihadiahkan Bahari.

“Kalau anak murid saya tahu kain yang dia beri saya sudah menjadi jubah cantik untuk pakcik, mesti dia sangat gembira. Pahalanya sudah dipanjangkan,” kata ustaz Ismail pada pakcik Hamdi.

6 minggu berlalu tanpa sebarang berita dari Bahari. Ustaz Ismail menjadi sangat bimbang kerana jarang Bahari bersikap seperti itu. Ustaz Ismail bergegas memandu kereta seorang diri 10 jam ke arah selatan mencari Bahari di rumahnya.

Bahari terkejut melihat ustaz Ismail berdiri di depan rumah lalu menjemputnya masuk.

“Mengapa lama tak cari pakcik?” tanya ustaz Ismail. “Call dan SMS tak jawab. Anta ditimpa kemalangan ke atau apa? Ke keluarga ada masalah? Ke ada masalah duit?”

Pertanyaan ustaz Ismail menyebabkan Bahari terharu kerana ustaznya cukup mengambil berat pasalnya.

Namun Bahari malu menyatakan hal sebenar. Setelah didesak beberapa kali oleh ustaz Ismail…

“Maaf ustaz. Ana sebenarnya marah melihat ustaz tak sayang benda yang diberi ana. Ana susah payah membeli kain yang baik untuk ustaz dari luar negara, ustaz berikan pada pakcik tua. Ana terluka hati dengan tindakan itu,” jelas Bahari.

“Wahai anakku, mengapa anta fikir begitu? Pakcik cuma tidak mahu kain itu dibazirkan kerana pakcik dah ada banyak jubah. Disebabkan pakcik sangat sayang pada kain itu, pakcik dermakan pada pakcik Hamdi, orang yang pakcik paling hormati di kampung.

Cuba kamu fikir jikalau Bahari datang lain kali, kain itu sudah berdebu tidak digunakan, sudah tentu Bahari rasa lagi terkilan kerana pakcik tak jaga kain itu.

Wahai anakku, ingatlah apabila kamu memberi sesuatu, kamu mesti membuatnya atas dasar mengumpul pahala. Orang yang menerima benda itu, kamu kena terima mereka boleh berbuat apa sahaja.

Jika mereka gunakan untuk kebaikan, pahala itu akan dipanjangkan kepada kamu,” terang ustaz Ismail kepada Bahari.

Mendengar penjelasan ustaz Ismail, Bahari terus memeluk ustaz Ismail dan memohon maaf.

Semenjak hari itu, hubungan mereka bukan sahaja pulih malah bertambah erat.

Senyum cc: Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Selasa, 12 November 2013

Lebih MEGA dari MAHARAJA LAWAK MEGA


08 MUHARRAM 1435H

2 hari lagi - "ASYURA".. 
 ia hari ke 10. 

Begitu pantas peredaran masa, kini 10 Muharram 1435H kian tiba.

Buat yang menunggu kehadiran Asyura.. hadir Asyura penuh makna...

Asyura singgah lagi mengisi kerinduan perpisahan yang panjang. Sang perindu bakal menempiaskan dendam rindunya. Lagunya penuh kesyukuran kerana terus diberi peluang. Melodinya penuh keasyikan.. rentaknya penuh kecanduan spiritual! 

“Wahai jiwa-jiwa yang tenang… bergumbiralah…” 

tempik dan ronta jiwa sang perindu asyura. Hari ini kekasihnya pulang ke pangkuan.

Menjelang MALAM-MALAM menuju TIBANYA 10 MUHARRAM ditahun 1435H - pasrah untuk tahu ANDAI kita ini adalah Sang Perindu itu..? 

Pasrah untuk tahu dan menerima hakikat bahawa apakah kita masih punya rindu itu? 

PASRAH UNTUK TAHU.. apakah kita masih punya PEKA itu..??

KERINDUAN & KEASYIKAN SPIRITUAL yang ROH & JIWA-nya bukan diprovokasikan oleh keinginan zahiriah.. apatah lagi tercetus dari status COPY-PASTE teman di FB yang SHARE perihal ASYURA - lalu, tiba-tiba kita pun jadi 'perindu' asyura.

RINDU ASYURA hadir kerana meniti perjalanan hari demi hari dari satu titik ke satu titik yang tiap satunya punya DESTINASI yang tiba atau berulang tiba.

JUMAAT ke JUMAAT
Ramadhan ke Ramadhan..
Eidfitri ke Eidfitri..
Wukuf ke Wukuf..dan sebagainya..

ia rasa BATINIAH yang mencari DAMAI; mencari TUHAN-NYA. 

Hari ini, pasrah untuk TAHU ANDAI KITA MASIH BERADA PADA KOORDINAT-NYA dan KIBLAT-NYA dan meniti PERJALANAN itu agar kita hayati detik TIBA ke satu TITIK DESTINASI ke satu titik DESTINASI sepanjang kembara tahunan kita ini.

Kata sang GURU di blognya; “jujurlah kepada diri sendiri. Ia bukan untuk Dia, Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kita. Jujurlah kepada diri kita, apakah yang kita kehendaki?”.

 GEMA rindu Asyura ini SUNYI sambutannya... 

10 Muharram @ ASYURA tidak lagi MAKMUR & MABRUR seperti suatu masa dahulu KERANA kita TIDAK LAGI PEKA AKAN “RASA” KEHADIRANNYA.

ROH-nya kian pudar dan hilang.. USAHA menghidupkannya biarpun giat, pun responnya tidak sesubur MAHARAJALAWAK MEGA musim baru yang BAKAL BERMULA saat detik HARI ASYURA tahun ini. 

[tahun lalu pun begitu... saat 01 MUHARRAM (maal hijrah).. dan saat ASYURA - acara mega lawak giler ni 'DITAWARKAN' ke minda]

MUNGKIN BERBETULAN - detik HARI ASYURA kelak dipilih sebagai HARI KEPUTUSAN UPSR dimaklumkan.

Mungkin nak AMBIL BERKAT!!
[bersangka baik]

atau MUNGKIN.. HANTAM SAJALAH... 

sekali lagi..!!

sama macam.. detik MAAL HIJRAH - 04hb NOVEMBER 2013 lalu - buat PILIHANRAYA KECIL Sg Limau..
[hentam sahajalah.. sapa nak marah... sapa nak kesah!!]

hari ini.. yang kita lebih KESAH adalah KISAH SYIAH!

sedangkan hakikatnya.. ramai yang tak fasih hal akidah!

kita makin jauh…

MENANGKAH KITA??

SUKSESKAH KITA???!!!

saat ini MAAL HIJRAH masih membara.. ditambah PERISA dengan MUKJIZAT ASYURA yang penuh HIKMAH... sewajarnya inilah SAATNYA KITA BERPESTA..

MAJLIS ILMU..
MAJLIS IBADAH..
MAJLIS SEDEKAH JARIAH..
MAJLIS WALIMATUL URUS..

dan sebagainya..

kata Abu Qatadah al-Ansari r.a.; Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang puasa 'Asyura` lalu jawab Baginda:

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas"

(Hadis diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi)

Ibnu `Abbas r.a. menyatakan :

"Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa pada suatu hari kerana ingin mengejar keutamaannya selain hari ini (Asyura') dan tidak pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan)."

(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Malah Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Puasa yang paling afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan ALLAH yang diharamkan (Muharram). Solat yang paling afdhal selepas solat fardu ialah solat malam ”.

(Hadis riwayat Muslim)


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

"Telah ditanya Rasulullah s.a.w.. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda s.a.w. bersabda: Solat di jauh malam. Baginda s.a.w ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda s.a.w. bersabda: Puasa di bulan ALLAH yang kamu panggil Muharram".

(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa :

"Ia adalah hari dimana kapal Nuh `alaihis salam mendarat di atas gunung “Judi” lalu Nuh `alaihis salam berpuasa pada hari itu sebagai tanda kesyukuran"

(Hadis ini diriwayatkan Imam Ahmad - [hadis dhaif])

ASYURO..

10..
9
8
7
6
5
4
3
2
1

demi MASA... manusia masih dalam kealpaan..
(kredit : FB Mir Hazil Azran Ramli)

Selasa, 29 Oktober 2013

Semakin hampir..

Saatnya makin hampir.. Sedar atau tidak kita sendiri tidak merasai akan kehadirannya..
Hadirnya tidak digembar-gemburkan seperti SALE dihujung tahun.. Hadirnya tidak di iklankan secara besar-besaran seperti YES di hujung tahun..

Sedangkan kini kita sudah hampir ke penghujung tahun HIJRAH.. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut 1435H dan akan meninggalkan 1434H.. Kita masih lagi dilamun mimpi-mimpi indah.. Kita masih lagi dihanyutkan dengan dunia yang penuh dengan fitnah.. Kita masih lagi ditipu dan ditipu oleh budaya barat yang pasti akan menyesatkan kita..

Selagi kita tidak berubah.. Selagi kita tidak sedar.. selagi itulah kita, umat ISLAM akan ketinggalan kebelakang.. Kita telah melupakan taqwim kita sendiri.. Kita sendiri mengagungkan kalendar MASIHI yang dipropagandakan oleh barat berathun-tahun lamanya.. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri menggunakan taqwim HIJRAH.. Dalam perjalanan hijrah Baginda SAW ada kisahnya.. Setiap bulan HIJRAH ada peristiwanya.. Kita sentiasa lupa.. dan terus LUPA..

Kita sering menyambut akan kelahiran Baginda SAW pada setiap tahun tanggal 12 Rabiul Awal.. Sedangkan kita sendiri tidak tahu akan tarikh kelahiran HIJRAH kita.. Mengapa kita tidak sambut ulangtahun kelahiran Baginda SAW pada 20 April?? Sedangkan kita mengingati & menyambut ulangtahun kelahiran kita pada tanggal MASIHI...

Ayuhlah.. UBAH lah.. Tukarkan software mu kepada jalan, taqwim yang tepat.. Baru diri kita di atas landasan yang betul.. Kita berpegang dengan Al-Quran & Al-Hadis.. Dalam Al-Quran sendiri menyebut akan bulan-bulan HIJRAH.. Tidak pula menceritakan akan bulan-bulan MASIHI..

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36-37 :
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya empat bulan yang haram ( Muharam, Rejab, Dzulkaedah & Dzulhijjah). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam empat bulan itu dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan oleh orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkan pada suatu tahun dan mengharamnya pada tahun yang lain, agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah haramkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah (Syaitan) menjadikan mereka memandang baik akan perbuatan buruk mereka, dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir".

Berubahlah.. HIJRAH lah diri kepada baik kepada lebih baik.. Tukarkanlah mindset kita semua.. Kembalilah kita kepada taqwim HIJRAH sebagai kompas perjalanan kita.. AYUH!!!



Ahad, 6 Oktober 2013

Teknik untuk anak-anak

Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih
efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah
penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1
tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die
orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah
merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and
suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai
Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.


(Kredit: FB Kaklong Mie)

Sabtu, 28 September 2013

Yang Pertama dari YANG PERTAMA

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Jumaat, 27 September 2013

ZAKAT dulu & ZAKAT sekarang

Suatu malam, Khalifah Umar Abdul Aziz berjalan seorang diri di Madinah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Dengan izin Allah, beliau terjumpa sebuah rumah yang masih terang. 

Kelihatan di dalamnya terdapat seorang ibu sedang merebus sesuatu. Manakala ada diantara anak-anaknya sedang menunggu makanan dimasak dan ada diantaranya yang sudah tertidur. Rupanya sang ibu sedang merebus batu untuk mengaburi anak-anaknya yang sedang lapar supaya tertidur kerana mereka telah habis bekalan makanan.


Khalifah Umar bertanya: "Kenapa Ibu tak berjumpa dengan Khalifah Umar akan & memberitahu akan hal ini? Khalifah Umar tidak mengetahui akan keadaan ini. "Sang Ibu menjawab, tanpa mengetahui bahawa pemuda tersebut adalah Khalifah Umar: "Ia sepatutnya tugas Khalifah Umar sebagai khalifah yang dilantik oleh rakyat untuk mencari orang miskin & yang tidak berdaya, bukan kami yang sepatutnya pergi mencari dia. Kamu lebih layak menjadi khalifah memandangkan kamu lebih mengambil berat permasalahan kami."


Khalifah Umar kembali semula ke rumah dan memikul sendiri gandum ke rumah sang ibu itu. Dan memasaknya dengan dapur kayu sehingga terbakar janggutnya. Selepas itu Khalifah Umar meminta sang ibu datang mencari Khalifah Umar esok pagi di masjid. Esoknya, betapa terkejutnya sang ibu apabila berjumpa dengan Khalifah Umar. Rupanya beliau adalah pemuda yang datang ke rumahnya malam tadi melalui pengecaman janggut Umar yang terbakar sedikit.

Tetapi akhirnya, bukanlah si ibu yang meminta maaf kepada Khalifah Umar kerana memakinya. Tetapi Khalifah Umar yang dengan bersungguh-sungguh, meminta maaf dari si ibu tersebut agar tidak membawa kes itu ke muka pengadilan Allah di akhirat kelak.

Begitulah hebatnya jiwa pemimpin yang bertaqwa. TETAPI hari ini, di negara kita yang kaya dengan nikmat Allah berikan, orang miskin diherdik kerana malas berusaha, dalam masa yang sama, bantuan sepatutnya diberi, dipayahkan urusannya dan pemimpin lahap makan duit rakyat tanpa rasa bersalah.
Inilah akibat dari perbuatan kita sendiri yang mengangkat orang yang zalim sebagai pemimpin.

-konan-
(kredit kpd yg sudi berkongsi)

Bagi bakal ibu & ayah...

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

 ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Khamis, 19 September 2013

REIKI?? haram ke???

Kenali TENAGA mu


Assalamualaikum

Salam Aura Kedamaian..

Tiga aspek insan:

1. Fizikal @ Jasmaniah @ Body

2. Minda @ akaliah @ Mind

3. Roh/Jiwa @ Rohaniah @ Soul

{pendapat ini mengatakan bahawa zona roh/jiwa juga meliputi emosi. Ada pandangan lain yang mengatakan insan terbahagi kepada 4 aspek iaitu: Fizikal, Minda, Emosi & Spiritual}

Setiap aspek memerlukan ‘VITAMIN’ atau set cara penjanaan energi yang berbeza-beza. Keperluan kepada set penjanaan ini dilihat sebagai KEPERLUAN PENTING dalam memastikan keharmonian operasi setiap satunya itu. 

Penjanaan energi meliputi beberapa aspek iaitu SENAMAN, MAKANAN (DIET), CARA@GAYA HIDUP (BIO RITMA) & PERSEKIRAN. 

Contohnya, ‘MAKANAN’ @ ‘VITAMIN’ untuk:

1. Fizikal – sumber makanan & minuman (air) dari alam haiwan & tumbuhan. 

Contohnya: bijirin, beras, tepung, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, jus buahan, air semulajadi (air kosong) dan sebagainya. Ada yang perlu dimasak (diproses) dan ada yang diambil secara semulajadi sifatnya. Fizikal juga memerlukan oksigen dan cahaya untuk hidup.

2. Minda – selain oksigen & zat makanan yang membantu pertumbuhan, penjanaan & aktiviti otak (sebagai organ fizikal), makanan minda terdiri dari ILMU yang menjanakan ‘aktiviti berfikir’. Ada ilmu yang bersifat langsung (pembacaan dari sumber kalam/penulisan) & ada ilmu yang bersifat tidak langsung (pemerhatian, pendengaran, dari deria bau, rasa dan sebagainya).

3. Roh/Jiwa – Oleh kerana jiwa bersifat ‘ghaib’ (metafizik) dan sukar dikaitkan dengan mana-mana organ tubuh (jika minda kita sering kaitkan dengan otak), maka makanan & vitaminnya juga bersifat ghaib (metafizik). Ramai berpendapat; ‘RASA’ adalah sifat fitrahnya (contohnya emosi sering dikaitkan dengan ‘perasaan’). Maka, makanan & vitaminnya adalah ‘RASA YANG HARMONI’. Minda banyak memainkan peranan untuk membantu pembentukan jiwa yang harmoni. Contohnya; melalui ‘aktiviti berfikir’ dari sumber ilmu – sebuah pemahaman akan terbentuk. Ini lalu membina ‘rasa’ untuk emosi yang seterusnya akan mencetuskan keharmoniannya.

Oleh kerana semua aspek ini berada di dalam satu tubuh, maka ia amat berhubung-kait. Jika tubuh rosak (sakit @ tidak harmoni) maka minda & jiwa tidak harmoni. Begitu juga sebaliknya. Malah, kebanyakan pakar kini mendapati bahawa banyak isu saikologi (minda & emosi/jiwa)-lah yang mengakibatkan isu keuzuran fizikal.

Oleh kerana ini berhubungkait – penjanaannya juga berkaitan. Jika sumber makanan baik, bersih & halal > ia menjanakan tubuh yang sihat, lalu menjanakan minda yang sihat seterusnya jiwa yang sihat. Begitu juga sebaliknya. Jika makanan jiwa tidak sihat (rasa yang negatif @ emosi yang negatif dll), ia menjanakan minda yang negatif lalu menghasilkan tindakan fizikal yang negatif.

Pada setiap tahap ini (fizikal, minda & roh/jiwa) HADIR ‘TENAGA HIDUP’ yang dikenali sebagai ENERGI. 

Ia juga dikenali sebagai ‘CHI’ oleh masyarakat Cina, ‘PRANA’ oleh masyarakat India, ‘KUDRAT’ oleh Melayu dan berbagai nama lain dalam kontek bahasa dan budaya lain. Banyak kajian tentang ‘TENAGA HIDUP’ ini telah dilakukan sejak ribuan tahun dahulu, hingga kini hanya sebahagiannya sahaja mampu difahami oleh ilmuan moden.

JENIS-JENIS ENERGI (KI)

Jika dikaji dari sudut KAREKTOR atau JENIS energi, ada beberapa jenis atau karektor tenaga yang dibahaskan oleh ilmuan energi ‘CHI’ @ KI klasik di negara Jepun iaitu:

Kekki – ‘Ki Of the blood’
Shioke – ‘Ki of the salt’
Mizuke – ‘Ki of the water’
Kuki – ‘ Ki of the gases’
Denki – Ki of the thunder’
Jiki – ‘Ki of the magnetic power/gathering force’
Reiki – ‘Ki of the soul force’

Aturan kedudukan jenis energi ini, pada pandangan mereka adalah ‘TINGKATAN-TINGKATAN’ energi. Pada kedudukan no 1 tenaganya kasar (berat) dan berkait rapat dengan kondisi fizikal. Bentuk atau karektor energi ini semakin menghalus pada tingkatan yang seterusnya (no 2, 3 hingga 7). Namun, kekuatan energi semakin meningkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan, di mana semakin halus (ringan) energi itu; dayanya semakin besar.

Jenis-jenis energi ini pula dikendalikan oleh SISTEM ORGAN BIO-ENERGI yang berbeza-beza dan adalah tidak lengkap pemahaman tentang jenis energi ini tanpa memahami juga SISTEM ORGAN nya. Antara yang umum dibicarakan perihal sistem organ bio-energi adalah CHAKRA, NADIS (MERIDIAN), KUNDALINI & AURA.
KAEDAH MENJANA ENERGI ‘BODY, MIND & SOUL’ melalui LATIHAN BIO-ENERGI

Secara ringkas, set penjanaan energi memerlukan 2 peringkat, iaitu:

1. PEMBERSIHAN – ‘CLEANSING’

2. PEMURNIAN (PENJERNIHAN) – ‘CHARGING’

Seperti yang telah saya tulis di dalam buku AURA PENYEMBUHAN REIKI, jika melewati dan memahami konsep pembelajaran ilmu tenaga di Jepun, terdapat beberapa kategori dalam membicarakan jenis atau teknik tenaga yang dilatih ataupun dilentur bagi dikuasai oleh pengamalnya. 

Secara umum ada tiga jenis pelatihan yang mengaplikasikan konsep tenaga yang sama tetapi melalui cara yang berbeza iaitu:

1. Kategori Taijutsu: 
pelatihan pengaliran tenaga pada tubuh fizikal. Ia menitikberatkan pelatihan otot-otot badan secara agresif sehingga membentuk kekuatan luar biasa. Ia juga menitikberatkan ketahanan stamina tubuh. Pengamalnya akan memiliki ketangkasan dan kekuatan fizikal. Mempunyai kemampuan untuk ber-tarung pada jangka masa yang lama dengan kekuatan tubuh badan dan staminanya. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah seni silat.

2. Kategori Ninjutsu: 
merupakan seni pelatihan tenaga yang menitikberatkan kekuatan ‘tenaga dalam’ (tumpuan MINDA) Ia melalui proses pelatihan pernafasan yang mantap dan disiplin meditasi yang tinggi. Hasilnya, pengamal Ninjutsu dapat memiliki kehebatan kuasa dalaman yang hebat. Tenaga yang terkumpul ini kelak akan dikeluarkan dari tubuh melalui jurus-jurus khas yang dikenali sebagai ‘rasengan’ atau pusaran tenaga dengan menggunakan tangan ataupun kaki. Ia umpama arus elektrik yang kuat dan menundukkan musuh. Namun begitu, kelemahannya adalah ia tidak mampu dialirkan lama dan berterusan. Ini kerana ia memerlukan sejumlah tenaga stamina yang besar bagi setiap kali penghasilannya. Penggunaan yang berterusan menyebabkan pengamalnya keletihan dan kehabisan stamina. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah Seni Ilmu Batin Tenaga Dalam.

3. Kategori Shinjutsu: 
seni penguasaan tenaga ini biasanya diamalkan oleh para tabib ataupun ilmuwan yang memiliki kerohanian yang tinggi. Ia umpama seni penyembuhan alam yang bersifat ketuhanan. Ia lebih bersifat universal. Ia memerlukan ilmu yang bertahap-tahap, latihan kejiwaan yang tinggi menuju penyucian diri dan jiwa daripada sifat yang merosakkan dan membinasakan. Seumpama pelatihan untuk menjadi sami dalam agama Buddha. Bezanya, pengamal Shinjutsu tidak melakukan ritual agama tetapi menahan nafsu dan dirinya secara fitrah, sufi, zen ataupun tao. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah ilmu laduni, ilmu makrifat ataupun seumpamanya.

{Ilmu Reiki tidak berada di mana-mana kategori di atas kerana ia adalah ilmu rawatan dan bukannya ilmu penguasaan tenaga semata-mata. Namun ia boleh dikatakan hampir kepada ilmu Shinjutsu. Terdapat sedikit elemen Ninjutsu dari sudut kemahiran tenaga minda yang dilatih bagi mengaktifkan pusaran tenaga semasa melakukan rawatan. Bagi memahami konsep ini, penjelasan semasa kuliah Reiki akan lebih mudah anda fahami.}

Dalam aktiviti seharian kita, ada aktiviti yang kita lakukan yang mampu menjanakan energi-energi ini. Malah ada yang menjanakan ketiga-tiganya secara serentak. Saya sering berikan contoh aktiviti SOLAT dalam menerangkan SET PENJANAAN 3 dalam 1 untuk ketiga kategori di atas. Iaitu:

1. PERGERAKAN DALAM SOLAT = Taijutsu

2. BACAAN DALAM SOLAT = Ninjutsu

3. PENGHAYATAN DALAM SOLAT = Shinjutsu

Semoga ada kebaikan.

TENAGA boleh berubah bentuk..

KENALI TENAGAMU..
Bongkar POTENSIMU...!!!

(Kredit - DMHAR)

Penerangan Ilmu REIKI

Jumaat, 6 September 2013

Bagi yang tak tahu...- Para Sang Suami

CARA MENGURUS URI ANAK

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

JOM SHARE UTK MENYEDARKAN ORG RAMAI
DI TAJA OLEH DIARY IBU MENGANDUNG & SI COMEL

*********************************************
JOM DAPATKAN TIP2 MENGANDUNG & BERSALIN, PETUA2 RUMAH TANGGA, TIP2 KEAGAMAAN SERTA PERKONGSIAN PENGETAHUAN BERSAMA MUMMY. SEMOGA MENDAPAT SEDIKIT KEBERKATAN.

JOM LIKE Diary Ibu Mengandung & Si Comel

Amalan orang dolu-dolu

[Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata] In shaa Allah.


Jika kita perasan, orang-orang tua dulu jika dengar azan jer, ada sesuatu yang dibuat olehnya. Amalan ini telah jarang-jarang sangat kita temui.

Di sini saya ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata. Semua orang boleh mengamalkannya terutama bagi yang rabun, saya tengok kawan-kawan saya ramai jugak yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, tiba-tiba saya teringat ilmu yg ustaz saya  ajar ni..

Jadi kawan-kawan, masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)

In shaa Allah, amalkan selalu (istiqomah), anda akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.

In shaa Allah, ini adalah salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.


Selamat beramal.

(Kredit: Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)'s photo.)

Isnin, 2 September 2013

ISLAM akan berSINAR

Nasib Baik? @ Nasib Malang?


Alkisah kehilangan kad kredit

Farid yang baru bekerja kehilangan kad kredit yang baru dipohonnya…

Rakan-rakan sekerja simpati pada nasib malangnya.

Farid hanya mampu tersenyum, “Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!”

Seminggu selepas itu, ada pihak menelefon berkata kad kredit Farid telah digunakan di satu stesen minyak dan kad kredit itu telah dicabut untuk memenangi hadiah bernilai RM2,000.

Semua rakan sekerja Farid berkata dia amat bernasib baik, kad kredit yang hilang pun dapat hadiah.

“Nasib baik? Nasib buruk? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.

Setelah menerima wang RM2,000 tersebut, Farid telah membeli sebuah motor. Tidak lama kemudian, Farid terjatuh motor dan tercedera parah.

Rakan sekerja Farid berasa dia amat bernasib malang kerana motor yang baru rosak bertambah dia terpaksa dirawat di hospital kerana kakinya patah.

“Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.

Di sana, Farid berkenal dengan seorang jururawat yang jelita yang sering merawatnya. Akhirnya, jodoh Farid tiba dan sejurus keluar hospital, Farid mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin…

Wahai anakku,
Janganlah kamu suka mendahului Allah dengan melabel sesuatu situasi dengan perkataan nasib baik atau pun sebaliknya. Terimalah dengan hati terbuka apa yang berlaku, kerana ia berlaku dengan keizinan Allah.

Yang menyedapkan hati, kamu jangan lupa bersyukur, yang kurang menyedapkan hati, pohonlah kemaafan dari Allah.

Ingatlah anak kesayanganku, sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang di luar batas kemampuannnya. Kamu mungkin tidak memahami potensi sebenar kamu, tapi Allah tahu.

Senyum
(Kredit: FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Rabu, 7 Ogos 2013

SYAWAL - Eidulfitri

01 Syawal 1434.

Di malam yang penuh BARAKAH ini, diri ini memohon & menyusun kemaafan kepada semua kenalan, sahabat handai, sanak saudara, teman-teman, terutamanya kepada kedua ibubapa ku, mertua dan isteri tersayang.

Diri ini terlalu banyak dosa, terlalu kesilapan dan kesalahan yang dilakukan samada sedar mahupun tidak. Maafkan diri ini. Bagi yang sentiasa mengikuti blog ini, terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pandangan dan pendapat. Maaf jika sepanjang penulisan di blog ini ada yang mengguris hati dan perasaan semua.

Diri ini masih lagi belajar. Belajar erti sebuah kehidupan. Belajar erti saat kematian. Belajar akan perkara yang masih belum tahu dan sentiasa jahil dalam ilmu. Maafkanlah diri ini....


Salam buat semua

Saat menjelang 1 Syawal.. Buat semua kenalan, sahabat handai & taulan..
Moga tidak dilupa bagi umat Islam diseluruh dunia.. Mereka tidak se'AMAN' kita..


Crite Hari Raya

Selasa, 6 Ogos 2013

Ramadhan akan PERGI...

Ramadhan kini kian berakhir... Adakah diri telah kembali kepada FITRAH?
Adakah diri telah diampunkan dosa oleh Allah?
Adakah diri telah terdidik dengan Ramadhan tahun ini?
Muhasabah diri... Diri ini masih lagi mengharapkan Ramadhan tahun hadapan..
Ya Allah... rahmati kami, berkatilah kami dalam bulan Ramadhan ini...
Sampaikan kami pada Ramadhan tahun depan kerana diri ini masih lagi lalai dan alpa...


Petanda sebelum tibanya KEMATIAN...

Doa moga diri menyedari akan tibanya detik kematian.
Kematian itu PASTI.
Kita semua adalah bakal JENAZAH.
Moga kita mendapat pengampunan di dalam bulan Ramadhan ini.


Maghfirah NYA ku mohon... Syafaat nya ku harapkan

Saat diri akan kembali kepada fitrah...
Saat diri akan dilahirkan semula...
Saat diri mengharapkan maghfirah dari NYA...
Saat diri merindui kekasih NYA...


Rabu, 31 Julai 2013

Tips Ingin Berjaya


Alkisah bersama atuk…

Seorang budak kecil telah pergi berjumpa dengan atuknya dan memberitahu:

“Atuk. Him akan menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa nanti. Boleh atuk bagi tips bagaimana nak ke sana?”

Atuk Nik Aziz memegang tangan cucunya Ibrahim tanpa berkata apa-apa dan membawanya menaiki motor untuk membeli 2 pohon pokok kecil.

Sebaliknya di rumah, atuk mengarahkan cucunya untuk menanamkan satu pokok di dalam pasu dan membawanya ke dalam rumah dan satu pokok di kebun belakang rumah.

“Him jaga pokok dalam pasu ini baik-baik. Siram tiap-tiap hari dan baja tiap-tiap minggu. Yang pokok di luar, siram air sekali sekala dah cukup,” pesan atuk.

Setelah seminggu, atuk Nik Aziz bertanya kepada cucunya:

“Him, rasa pokok mana yang akan lebih berjaya pertumbuhannya di masa depan?” tanya atuk.

Ibrahim berfikir sejenak sebelum menjawab: “Pokok dalam rumah atuk. Sebab Him jaga dengan baik. Ia dilindungi dan selamat. Yang luar itu tak ada orang jaga.”

Atuk Nik Aziz cuma bersenyum.

Kemudian untuk beberapa tahun, Ibrahim kembali ke kampung menjenguk atuknya.

“Atuk, Him nak keluar negara belajar. Atuk sehingga sekarang tak pernah jawab soalan Him bagaimana Him boleh jadi seorang yang berjaya,” tanya cucu.

Atuk Nik Aziz membawa cucunya untuk melihat pokok di dalam rumah dan pokok yang ditanam di belakang kebun ketikanya masih kecil.

“Masih ingat dua pokok ini? Siapa lebih besar?” tanya atuk.

“Yang di luar. Tapi ini tak masuk akal, kerana di luar cabaran lebih mencabar untuk pokok berbanding yang di dalam,” kata cucunya.

“Ya, risiko menghadapi ujian yang direka Allah di dunia ini adalah berbaloi. Akar pokok di luar mempunyai kebebasan untuk mencari air sehingga ke teras bumi manakala daun boleh tumbuh mencapai langit. Him, kena ingat teori ini dalam segala apa yang Him lakukan. Jika Him memilih jalan tanpa risiko dan cabaran, Him tidak akan tumbuh seperti pokok dalam pasu.

Jika Him berani menghadapi cabaran dengan hati tenang dan yakin bahawa Allah bersama Him, Him akan membesar seperti pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui mereka,” terang atuk.

Ibrahim mendengar dengan khusyuk dan mengetahui bahawa apa yang diterangkan atuknya adalah benar.

Wahai anakku,
Janganlah engkau selalu memilih jalan tanpa perlu sebarang perjuangan dan kesusahan, kerana kamu tidak akan dapat mencapai potensi kamu sebenar dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.

Renungkan kembali hidupmu, wahai anakku. Apakah bukan kamu memohon kekuatan daripada Allah tatkala kamu menghadapi kesulitan? Dan akhirnya kamu berjaya melalui kesulitan kerana Allah memberikan kekuatan kepada kamu.

Apakah bukan kamu memohon kesabaran daripada Tuhanmu tatkala kamu menghadapi gelora emosi amarah kamu? Dan akhirnya kamu berjaya mengawal amarah kamu dengan kesabaran yang dikurniakan Allah padamu.

Wahai anakku,
Aku bimbang kamu terjatuh dan ditipu dunia luar. Tapi aku tidak boleh membiarkan kamu menjadi pokok di dalam pasu di bawah pelindungan aku senantiasa. Maka aku terpaksa mengeras diri melihatmu jatuh dan sesekali ditipu dunia luar walaupun ia amat menyakitkan hatiku dan bondamu, kerana aku tahu menjadi pokok di luar taman adalah yang terbaik padamu.

Jadi, apakah kamu? Pokok di luar atau pokok di dalam pasu?

Senyum.
Sumber: FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Selasa, 30 Julai 2013

Cintanya juga KUNCI ke Syurga

Jika Syurga itu dibawah tapak kaki Ibu. Pintu hendak ke Syurga itu adalah Ayah..


Kasihnya hingga ke SYURGA

Saat diri masih mempunyai ibu & ayah. Sentiasa mendoakan mereka, berbakti, menghormati selagi tidak bercanggah dengan syara'.
Jasanya tidak mampu kita balas hingga hujung nyawa kita. Doanya juga penuh BARAKAH..


Ahad, 28 Julai 2013

Terapi buat PELAJAR


TERAPI KHAS untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar 2013.
Ianya satu ikhtiar & usaha.

Buat ibu-bapa yang berhajat mahu mendapatkan terapi KHAS ini..

SMS butiran :

[nama anak] [jenis peperiksaan]

hantar ke: 017-300 2349
Fidyah Terapi JJ : RM66 @ RM70

Ac Maybank Innergy Quest : 512101410391

Sejarah yang telah terMAKTUB..

Photo: Saat itu, Muhammad berhenti di hulu kota Mekah, di hadapan Bukit Hind. Di tempat itu dibangunnya sebuah kubah (kemah lengkung), tidak jauh dari makam Abu Talib dan Khadijah.

Ketika ia ditanya, maukah ia beristirahat di rumahnya, dijawabnya: "Tidak. Tidak ada rumah yang mereka tinggalkan buat saya di Mekah," katanya. Kemudian ia masuk ke dalam kemah lengkung itu, ia beristirahat dengan hati penuh rasa syukur kepada Tuhan, kerana ia telah kembali dengan terhormat, dengan membawa kemenangan ke dalam kota.

Kota ini dulu telah mengganggunya, menyiksanya dan mengusirnya dari keluarga dan kampung halamannya. Ia melepaskan pandangan melewati ke sekitar tempat itu, ke lembah wadi dan gunung-gunung yang ada di sekelilingnya. 

Gunung-gunung, tempat dahulunya dia tinggal di celah-celahnya. Malah ketika tindakan Quraisy sudah begitu memuncak, begitu keras mengasingkan dia - di pegunungan itulah, di gua yakni Gua Hira, tempat ia menjalankan tahannuth dan saat itulah datang kepadanya wahyu: 

'Bacalah! Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan Kalam (pena). Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya..."
(Al-Quran surah 96: ayat 1-5)

Ke sekitar gunung-gunung itu ia melepaskan pandang, ke lembah-lembah, dengan rumah-rumah Mekah yang bertebaran, dan di tengah-tengah adalah Rumah Suci. Begitu rendah hatinya kepada Tuhan, sehingga airmata menitik dari matanya, setitik airmata Islam dan rasa syukur demi Kebenaran Yang Mutlak, yang dalam segala soal kepadaNya jua akan kembali.

Saat itu juga terasa olehnya bahwa tugasnya sebagai komandan sudah selesai. Tidak lama tinggal dalam kemah itu, ia segera keluar lagi. Dinaikinya untanya Al-Qashwa, dan ia pergi meneruskan perjalanan ke Kaabah. Ia bertawaf di Kaabah tujuh kali dan menyentuh sudut (hajar aswad) dengan sebatang tongkat di tangan.

Selesai ia melakukan tawaf, dipanggilnya Uthman b. Talha dan pintu Kaabah dibuka. Sekarang Muhammad berdiri di depan pintu, orang pun mulai berbondong-bondong. Dia berkhutbah di hadapan mereka itu serta membacakan firman Tuhan:

"Wahai manusia. Kami menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Tetapi orang yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah orang yang paling takwa (menjaga diri dari kejahatan). Allah Maha mengetahui dan Maha mengerti." (Al-Qur'an surah 49: ayat 13)

Petikan SEJARAH HIDUP MUHAMMAD
oleh MUHAMMAD HUSAIN HAEKAL
diterjemahkan dari bahasa Arab oleh Ali Audah
Saat itu, Muhammad berhenti di hulu kota Mekah, di hadapan Bukit Hind. Di tempat itu dibangunnya sebuah kubah (khemah lengkung), tidak jauh dari makam Abu Talib dan Khadijah.


Ketika ia ditanya, mahukah ia beristirahat di rumahnya, dijawabnya: "Tidak. Tidak ada rumah yang mereka tinggalkan buat saya di Mekah," katanya. Kemudian ia masuk ke dalam khemah lengkung itu, ia beristirahat dengan hati penuh rasa syukur kepada Tuhan, kerana ia telah kembali dengan terhormat, dengan membawa kemenangan ke dalam kota.

Kota ini dulu telah mengganggunya, menyiksanya dan mengusirnya dari keluarga dan kampung halamannya. Ia melepaskan pandangan melewati ke sekitar tempat itu, ke lembah Wadi dan gunung-gunung yang ada di sekelilingnya. 

Gunung-gunung, tempat dahulunya dia tinggal di celah-celahnya. Malah ketika tindakan Quraisy sudah begitu memuncak, begitu keras mengasingkan dia - di pegunungan itulah, di gua yakni Gua Hira, tempat ia menjalankan tahannuth yakni berkhalwat dan saat itulah datang kepadanya wahyu: 

'Bacalah! Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan Kalam (pena). Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya..."
(Al-Quran surah 96: ayat 1-5)

Ke sekitar gunung-gunung itu ia melepaskan pandang, ke lembah-lembah, dengan rumah-rumah Mekah yang bertebaran, dan di tengah-tengah adalah Rumah Suci. Begitu rendah hatinya kepada Tuhan, sehingga airmata menitik dari matanya, setitik airmata Islam dan rasa syukur demi Kebenaran Yang Mutlak, yang dalam segala soal kepadaNya jua akan kembali.

Saat itu juga terasa olehnya bahwa tugasnya sebagai komandan sudah selesai. Tidak lama tinggal dalam khemah itu, ia segera keluar lagi. Dinaikinya untanya Al-Qashwa, dan ia pergi meneruskan perjalanan ke Kaabah. Ia bertawaf di Kaabah tujuh kali dan menyentuh sudut (hajar aswad) dengan sebatang tongkat di tangan.

Selesai ia melakukan tawaf, dipanggilnya Uthman b. Talha dan pintu Kaabah dibuka. Sekarang Muhammad berdiri di depan pintu, orang pun mulai berbondong-bondong. Dia berkhutbah di hadapan mereka itu serta membacakan firman Tuhan:

"Wahai manusia. Kami menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Tetapi orang yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah orang yang paling taqwa (menjaga diri dari kejahatan). Allah Maha mengetahui dan Maha mengerti." (49:13)

Petikan SEJARAH HIDUP MUHAMMAD
oleh MUHAMMAD HUSAIN HAEKAL
diterjemahkan dari bahasa Arab oleh Ali Audah

(sumber: FB Jom Hijrah)

Fathul Makkah..

18 Ramadhan 8 Hijrah
09 Januari 630masihi

Hari itu.. peristiwa FUTUH MAKKAH...
Hari itu.. KAABAH dibebaskan dari Quraisy Mekah

Hari itu.. KAABAH disucikan dari BAHALA-BAHALA
Hari itu..BILAL melaungkan AZAN PERTAMA di MASJID HARAAM
Hari itu.. PINTU RUMAH milik ALLAH - KAABAH dibuka
Hari itu.. RASUL masuk ke dalam KAABAH dan SOLAT di dalamnya
Hari itu.. RASUL dapat WAHYU di dalam KAABAH..

seusai Rasulullah s.a.w. masuk ke kawasan MASJIDIL HARAAM - Baginda bergegas menuju KAABAH!

Pada masa itu PINTU KAABAH ini terTUTUP RAPAT dan BERKUNCI. Kuncinya dijaga oleh UTHMAN ibni TALHAH. ia AMANAT turun temurun dan saat itu - ia tanggung-jawab UTHMAN ibni TALHAH.

 Uthman ibni Talhah pun dicari.. dan akhirnya mereka bertemu beliau bersembunyi di atas bumbung Kaabah.

Saidina ALI r.a. berkata:

"Wahai Uthman, BERIKAN KAMI KUNCI tersebut - bukankah Rasullullah yang meminta kunci ini?"

Uthman ibni Talhah menjawab..

"Oh Muhammad, jika aku mengaku kau adalah rasul, sudah lama aku bukakan pintu ini untukmu"

Uthman ibni Talhah TIDAK MAHU MEMBUKAKAN KUNCI PINTU rumah Allah ini kerana dia tidak menerima Islam dan kerasulan Muhammad s.a.w.!

Mendengar kedegilan Uthman, Saidina Ali r.a. merentap KUNCI tersebut dari tangan Uthman. Saidina Ali lalu pergi membuka KUNCI PINTU KAABAH.

Baginda Rasulullah s.a.w. memasuki RUMAH ALLAH ini buat PERTAMA KALINYA sesudah HIJRAH! Rasul mendirikan SOLAT 2 RAKAAT di dalamnya.

Ketika itu... JIBRIL TURUN!

JIBRIL HADIR menbawa PESAN dari EMPUNYA RUMAH!!

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),.... "

(An-Nisaa' 4:58)

IA SATU-SATUNYA AYAT YANG TURUN DI DALAM KAABAH!!

dan ianya SAAT PINTU INI DIBUKA dan RASUL masuk MEMBERSIHKAN BAHALA-BAHALA jahiliah, lalu bersolat di dalamnya.

USAI mendengar PESAN JIBRIL - Rasul bergegas menyerahkan kunci kepada Saidina Ali r.a. dan meminta Ali segera mencari dan menyerahkannya semula kepada Uthman ibni Talhah serta meminta Ali MEMOHON MAAF atas kekasarannya tadi merentap kunci dari tangan Uthman.

Saidina Ali pun segera pergi.. saat bertemu Uthman, Saidina Ali berkata:

"Wahai Uthman, INI KUNCIMU dan maafkan sikap aku tadi kerana sikap itu SALAH"

Uthman terkejut...

"Wahai Ali, sebentar tadi kau begitu GARANG dan KASAR dengan ku, sebaliknya sekarang kau terlalu LEMBUT dengan ku.. MENGAPA?!"

Ali menjawab..

"Wahai Uthman.. WALLAHI, Allah telah menyebut perihal dirimu di dalam Al Quran!! Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),.... ". Allah telah menyuruh Muhammad untuk memulangkan AMANAH ini kepada yang empunya (pemegang amanah), lalu kerana itulah aku ke sini memulangkannya kepadamu "

mendengar itu..

UTHMAN IBNI TALHA terus menyebut..

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

sejak itu

Uthman ISLAM!

Hari ini..
18 Ramadhan 1434Hijrah... sudah lebih 504,600 HARI kisah sejarah FUTUH MEKAH.

amat sedikit mahu mengenangnya...
mungkin kerana kita sudah rasa selesa.


(sumber: FB Mir Hazil Azran Ramli)