Pageviews

Jumaat, 20 Disember 2013

Misi IBLIS...

(kredit FB Mir Hazil Azran Ramli)

17 SAFAR 1435H

Kira-kira 1400 tahun dulu, suatu MALAM di BULAN SAFAR - Si IBLIS turun ke BUMI demi satu MISI:

BUNUH NABI!

Ia kisah BESAR!

namun

Muslim LUPA..
(mungkin IBLIS hantar tenteranya untuk lupakan kita).

hanya kerana.. saat ini - yang kita lebih KESAH adalah KISAH DISEMBER dengan XMAS dan NEW YEAR EVE nya.

SAFAR bukan bulan biasa..
Ia BULAN PENUH CERITA.. kisah MISI MEMBURU NABI untuk DIBUNUH! Demi menghapuskan ISLAM! Demi MENGHAPUSKAN MUSLIM!!

kini.. kisah ini terus SUNYI!
Lalu, kisah ini hanya kisah sia-sia... pengorbanan yang sia-sia.. perjuangan yang sia-sia..

bukan hanya IBRAH kisahnya telah jauh pergi.. malah KISAHNYA kian dilupai..

-----------------------

Saat itu kalendar HIJRAH belum bermula. SAFAR dalam tahun 622 MASIHI itu pihak Quraisy telah mengadakan sidang Parlimen - Darul Nadwah, seluruh perwakilan kabilah-kabilah Quraisy telah menghantar anggota-anggotanya, membuat perbincangan dan merencana satu pelan tindakan yang tegas untuk menghapus secepat mungkin pembawa obor-obor dakwah Islamiah agar dengan itu terputuslah arus cahayanya buat selama-lamanya.

Tokoh-tokoh perwakilan yang menonjol di dalam perjumpaan itu ialah:

1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili qabilah bani Makhzum.

2. Jubair bin Mutaam, Tai’mah bin Adi, dan al-Harith bin Amir mewakili Bani Naufal Ibn Abdul Manaf.

3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan Abu Sufian bin Harb, mewakili bani Abdul Syams bin Abdul Manaf.

4. al-Nadhr bin al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis sembelihan ke atas Rasulullah di Kaabah semasa baginda bersembahyang) mewakili Banu Abd al-Dar?

5. Abu al-Bukhturi bin Hisyam, Zama’h bin al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili banu Asad bin Abd al-Uzza.

6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki al-Hajjaj mewakili bani Sahm.

7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah.


DISKUSI mereka panjang.. tegang.. namun tetap buntu. Tiba-tiba sesi mereka terhenti! Mereka didatangi seorang lelaki tua berpakaian seperti seorang syeikh yang mulia iaitu pakaian ahli zuhud. Lelaki itu berdiri di pintu masuk lalu mereka semua bertanya:

“Siapakah kamu ya tuan syeikh?”

Jawab lelaki misteri:

“Aku seorang syeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan ini dan aku datang untuk mengikuti perbahasan kamu semoga aku boleh menyumbang sesuatu yang tidak merugikan kamu”.

Mereka mempersilakan lelaki itu masuk..

Perbincangan diteruskan.. berbagai cadangan dikeluarkan dan dihalusi.. hinggalah di suatu ketika, berkata kepala samseng dan jenayah Mekah - Abu Jahal bin Hisyam.

Kata Abu Jahal,

"Aku melihat di mana setiap kabilah haruslah dipilih seorang pemuda tangkas dan lincah kemudian kita serahkan kepada setiap mereka sebilah pedang yang tajam, untuk mereka gunakannya, dengan cara mereka menetak Muhammad serentak maka tamatlah riwayat Muhammad dan kita pun boleh berehat, kerana bila mereka lakukan cara ini bererti semua kabilah bertanggungjawab dan bani Abdul Manaf tidak terdaya untuk memerangi kesemua qabilah ini, sebagai gantiannya mereka akan berpuas hati dengan pembayaran diah (pampasan)."

Ulas sang Syeikh al-Najdi - lelaki misteri,

“Pendapat yang sebenar adalah sepertimana yang disebut oleh Abu al-Hakam, dan aku pun berpendapat sedemikian juga”.

Sidang Dar al-Nadwah pun sebulat suara menerima cadangan yang terkutuk itu.

MALAM itu mereka SEPAKAT!!

Mulalah MISI MEMBUNUH NABI!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan