18 Ramadhan 8 Hijrah
09 Januari 630masihi
Hari itu.. peristiwa FUTUH MAKKAH...
Hari itu.. KAABAH dibebaskan dari Quraisy Mekah
Hari itu.. KAABAH disucikan dari BAHALA-BAHALA
Hari itu..BILAL melaungkan AZAN PERTAMA di MASJID HARAAM
Hari itu.. PINTU RUMAH milik ALLAH - KAABAH dibuka
Hari itu.. RASUL masuk ke dalam KAABAH dan SOLAT di dalamnya
Hari itu.. RASUL dapat WAHYU di dalam KAABAH..
seusai Rasulullah s.a.w. masuk ke kawasan MASJIDIL HARAAM - Baginda bergegas menuju KAABAH!
Pada masa itu PINTU KAABAH ini terTUTUP RAPAT dan BERKUNCI. Kuncinya
dijaga oleh UTHMAN ibni TALHAH. ia AMANAT turun temurun dan saat itu -
ia tanggung-jawab UTHMAN ibni TALHAH.
Uthman ibni Talhah pun dicari.. dan akhirnya mereka bertemu beliau bersembunyi di atas bumbung Kaabah.
Saidina ALI r.a. berkata:
"Wahai Uthman, BERIKAN KAMI KUNCI tersebut - bukankah Rasullullah yang meminta kunci ini?"
Uthman ibni Talhah menjawab..
"Oh Muhammad, jika aku mengaku kau adalah rasul, sudah lama aku bukakan pintu ini untukmu"
Uthman ibni Talhah TIDAK MAHU MEMBUKAKAN KUNCI PINTU rumah Allah ini
kerana dia tidak menerima Islam dan kerasulan Muhammad s.a.w.!
Mendengar kedegilan Uthman, Saidina Ali r.a. merentap KUNCI tersebut
dari tangan Uthman. Saidina Ali lalu pergi membuka KUNCI PINTU KAABAH.
Baginda Rasulullah s.a.w. memasuki RUMAH ALLAH ini buat PERTAMA KALINYA
sesudah HIJRAH! Rasul mendirikan SOLAT 2 RAKAAT di dalamnya.
Ketika itu... JIBRIL TURUN!
JIBRIL HADIR menbawa PESAN dari EMPUNYA RUMAH!!
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),.... "
(An-Nisaa' 4:58)
IA SATU-SATUNYA AYAT YANG TURUN DI DALAM KAABAH!!
dan ianya SAAT PINTU INI DIBUKA dan RASUL masuk MEMBERSIHKAN BAHALA-BAHALA jahiliah, lalu bersolat di dalamnya.
USAI mendengar PESAN JIBRIL - Rasul bergegas menyerahkan kunci kepada
Saidina Ali r.a. dan meminta Ali segera mencari dan menyerahkannya
semula kepada Uthman ibni Talhah serta meminta Ali MEMOHON MAAF atas
kekasarannya tadi merentap kunci dari tangan Uthman.
Saidina Ali pun segera pergi.. saat bertemu Uthman, Saidina Ali berkata:
"Wahai Uthman, INI KUNCIMU dan maafkan sikap aku tadi kerana sikap itu SALAH"
Uthman terkejut...
"Wahai Ali, sebentar tadi kau begitu GARANG dan KASAR dengan ku, sebaliknya sekarang kau terlalu LEMBUT dengan ku.. MENGAPA?!"
Ali menjawab..
"Wahai Uthman.. WALLAHI, Allah telah menyebut perihal dirimu di dalam
Al Quran!! Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya),.... ". Allah telah menyuruh Muhammad untuk memulangkan
AMANAH ini kepada yang empunya (pemegang amanah), lalu kerana itulah aku
ke sini memulangkannya kepadamu "
mendengar itu..
UTHMAN IBNI TALHA terus menyebut..
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
sejak itu
Uthman ISLAM!
Hari ini..
18 Ramadhan 1434Hijrah... sudah lebih 504,600 HARI kisah sejarah FUTUH MEKAH.
amat sedikit mahu mengenangnya...
mungkin kerana kita sudah rasa selesa.
(sumber: FB Mir Hazil Azran Ramli)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan