7 Ramadhan 1434 bersamaan 16 Julai 2014.
Ianya hadir lagi. Saat penyemakan semula arah qiblat agar solat yang kita dirikan sentiasa betul qiblatnya.
Penentuan arah qiblat yang tepat sangat
penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu
atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya
tepat mengadap Ka’bah.
Setiap tahun ada 2 waktu (yakni pada 28 Mei jam 1716 dan 16 Julai jam 1728) yang telah Allah telah tentukan fenomena ini iaitu kedudukan matahari akan betul-betul tepat berdiri di atas Ka'bah di Masjidil Haram. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Dengan anugerah serta rahmat dari ALLAH ini, membolehkan kita sebagai ummat ISLAM di seluruh dunia sejak dari dulu hingga sekarang dapat menyemak semula arah qibalat agar ianya sentiasa tepat dan selari dengan Ka'bah. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.
Mana qiblat kita??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan