Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas
lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air.
Apabila memandikan bayi, jangan terus
masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan
belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya
apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan
kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas
sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama
Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh
Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian
adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga
40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting
dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut
fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan
ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke
kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan
gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini
akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman
disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4.
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala
dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam
lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian
hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh
melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya
mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir,
dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan
menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang
air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya
melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai
mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap
dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh
menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah
paru-paru lemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan