Pageviews

Jumaat, 27 September 2013

ZAKAT dulu & ZAKAT sekarang

Suatu malam, Khalifah Umar Abdul Aziz berjalan seorang diri di Madinah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Dengan izin Allah, beliau terjumpa sebuah rumah yang masih terang. 

Kelihatan di dalamnya terdapat seorang ibu sedang merebus sesuatu. Manakala ada diantara anak-anaknya sedang menunggu makanan dimasak dan ada diantaranya yang sudah tertidur. Rupanya sang ibu sedang merebus batu untuk mengaburi anak-anaknya yang sedang lapar supaya tertidur kerana mereka telah habis bekalan makanan.


Khalifah Umar bertanya: "Kenapa Ibu tak berjumpa dengan Khalifah Umar akan & memberitahu akan hal ini? Khalifah Umar tidak mengetahui akan keadaan ini. "Sang Ibu menjawab, tanpa mengetahui bahawa pemuda tersebut adalah Khalifah Umar: "Ia sepatutnya tugas Khalifah Umar sebagai khalifah yang dilantik oleh rakyat untuk mencari orang miskin & yang tidak berdaya, bukan kami yang sepatutnya pergi mencari dia. Kamu lebih layak menjadi khalifah memandangkan kamu lebih mengambil berat permasalahan kami."


Khalifah Umar kembali semula ke rumah dan memikul sendiri gandum ke rumah sang ibu itu. Dan memasaknya dengan dapur kayu sehingga terbakar janggutnya. Selepas itu Khalifah Umar meminta sang ibu datang mencari Khalifah Umar esok pagi di masjid. Esoknya, betapa terkejutnya sang ibu apabila berjumpa dengan Khalifah Umar. Rupanya beliau adalah pemuda yang datang ke rumahnya malam tadi melalui pengecaman janggut Umar yang terbakar sedikit.

Tetapi akhirnya, bukanlah si ibu yang meminta maaf kepada Khalifah Umar kerana memakinya. Tetapi Khalifah Umar yang dengan bersungguh-sungguh, meminta maaf dari si ibu tersebut agar tidak membawa kes itu ke muka pengadilan Allah di akhirat kelak.

Begitulah hebatnya jiwa pemimpin yang bertaqwa. TETAPI hari ini, di negara kita yang kaya dengan nikmat Allah berikan, orang miskin diherdik kerana malas berusaha, dalam masa yang sama, bantuan sepatutnya diberi, dipayahkan urusannya dan pemimpin lahap makan duit rakyat tanpa rasa bersalah.
Inilah akibat dari perbuatan kita sendiri yang mengangkat orang yang zalim sebagai pemimpin.

-konan-
(kredit kpd yg sudi berkongsi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan