[Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata] In shaa Allah.
Jika kita perasan, orang-orang tua dulu jika dengar azan jer, ada sesuatu yang dibuat olehnya. Amalan ini telah jarang-jarang sangat kita temui.
Di sini saya ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata
dan mengurangkan rabun mata. Semua orang boleh mengamalkannya terutama bagi
yang rabun, saya tengok kawan-kawan saya ramai jugak yang rabun dan tepaksa
menambah power 'spec mata'.. Jadi, tiba-tiba saya teringat ilmu yg ustaz saya ajar ni..
Jadi kawan-kawan, masa anda semua menjawab azan, apabila
terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan
kemudiannya membaca ayat ini:
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)
Kemudian hembus dekat belakang ibu jari, lepas tu,
gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan,
jari kiri=mata kiri)
In shaa Allah, amalkan selalu (istiqomah), anda akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.
In shaa Allah, ini adalah salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.
Selamat beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan