Pageviews

Khamis, 19 September 2013

Kenali TENAGA mu


Assalamualaikum

Salam Aura Kedamaian..

Tiga aspek insan:

1. Fizikal @ Jasmaniah @ Body

2. Minda @ akaliah @ Mind

3. Roh/Jiwa @ Rohaniah @ Soul

{pendapat ini mengatakan bahawa zona roh/jiwa juga meliputi emosi. Ada pandangan lain yang mengatakan insan terbahagi kepada 4 aspek iaitu: Fizikal, Minda, Emosi & Spiritual}

Setiap aspek memerlukan ‘VITAMIN’ atau set cara penjanaan energi yang berbeza-beza. Keperluan kepada set penjanaan ini dilihat sebagai KEPERLUAN PENTING dalam memastikan keharmonian operasi setiap satunya itu. 

Penjanaan energi meliputi beberapa aspek iaitu SENAMAN, MAKANAN (DIET), CARA@GAYA HIDUP (BIO RITMA) & PERSEKIRAN. 

Contohnya, ‘MAKANAN’ @ ‘VITAMIN’ untuk:

1. Fizikal – sumber makanan & minuman (air) dari alam haiwan & tumbuhan. 

Contohnya: bijirin, beras, tepung, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, jus buahan, air semulajadi (air kosong) dan sebagainya. Ada yang perlu dimasak (diproses) dan ada yang diambil secara semulajadi sifatnya. Fizikal juga memerlukan oksigen dan cahaya untuk hidup.

2. Minda – selain oksigen & zat makanan yang membantu pertumbuhan, penjanaan & aktiviti otak (sebagai organ fizikal), makanan minda terdiri dari ILMU yang menjanakan ‘aktiviti berfikir’. Ada ilmu yang bersifat langsung (pembacaan dari sumber kalam/penulisan) & ada ilmu yang bersifat tidak langsung (pemerhatian, pendengaran, dari deria bau, rasa dan sebagainya).

3. Roh/Jiwa – Oleh kerana jiwa bersifat ‘ghaib’ (metafizik) dan sukar dikaitkan dengan mana-mana organ tubuh (jika minda kita sering kaitkan dengan otak), maka makanan & vitaminnya juga bersifat ghaib (metafizik). Ramai berpendapat; ‘RASA’ adalah sifat fitrahnya (contohnya emosi sering dikaitkan dengan ‘perasaan’). Maka, makanan & vitaminnya adalah ‘RASA YANG HARMONI’. Minda banyak memainkan peranan untuk membantu pembentukan jiwa yang harmoni. Contohnya; melalui ‘aktiviti berfikir’ dari sumber ilmu – sebuah pemahaman akan terbentuk. Ini lalu membina ‘rasa’ untuk emosi yang seterusnya akan mencetuskan keharmoniannya.

Oleh kerana semua aspek ini berada di dalam satu tubuh, maka ia amat berhubung-kait. Jika tubuh rosak (sakit @ tidak harmoni) maka minda & jiwa tidak harmoni. Begitu juga sebaliknya. Malah, kebanyakan pakar kini mendapati bahawa banyak isu saikologi (minda & emosi/jiwa)-lah yang mengakibatkan isu keuzuran fizikal.

Oleh kerana ini berhubungkait – penjanaannya juga berkaitan. Jika sumber makanan baik, bersih & halal > ia menjanakan tubuh yang sihat, lalu menjanakan minda yang sihat seterusnya jiwa yang sihat. Begitu juga sebaliknya. Jika makanan jiwa tidak sihat (rasa yang negatif @ emosi yang negatif dll), ia menjanakan minda yang negatif lalu menghasilkan tindakan fizikal yang negatif.

Pada setiap tahap ini (fizikal, minda & roh/jiwa) HADIR ‘TENAGA HIDUP’ yang dikenali sebagai ENERGI. 

Ia juga dikenali sebagai ‘CHI’ oleh masyarakat Cina, ‘PRANA’ oleh masyarakat India, ‘KUDRAT’ oleh Melayu dan berbagai nama lain dalam kontek bahasa dan budaya lain. Banyak kajian tentang ‘TENAGA HIDUP’ ini telah dilakukan sejak ribuan tahun dahulu, hingga kini hanya sebahagiannya sahaja mampu difahami oleh ilmuan moden.

JENIS-JENIS ENERGI (KI)

Jika dikaji dari sudut KAREKTOR atau JENIS energi, ada beberapa jenis atau karektor tenaga yang dibahaskan oleh ilmuan energi ‘CHI’ @ KI klasik di negara Jepun iaitu:

Kekki – ‘Ki Of the blood’
Shioke – ‘Ki of the salt’
Mizuke – ‘Ki of the water’
Kuki – ‘ Ki of the gases’
Denki – Ki of the thunder’
Jiki – ‘Ki of the magnetic power/gathering force’
Reiki – ‘Ki of the soul force’

Aturan kedudukan jenis energi ini, pada pandangan mereka adalah ‘TINGKATAN-TINGKATAN’ energi. Pada kedudukan no 1 tenaganya kasar (berat) dan berkait rapat dengan kondisi fizikal. Bentuk atau karektor energi ini semakin menghalus pada tingkatan yang seterusnya (no 2, 3 hingga 7). Namun, kekuatan energi semakin meningkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan, di mana semakin halus (ringan) energi itu; dayanya semakin besar.

Jenis-jenis energi ini pula dikendalikan oleh SISTEM ORGAN BIO-ENERGI yang berbeza-beza dan adalah tidak lengkap pemahaman tentang jenis energi ini tanpa memahami juga SISTEM ORGAN nya. Antara yang umum dibicarakan perihal sistem organ bio-energi adalah CHAKRA, NADIS (MERIDIAN), KUNDALINI & AURA.
KAEDAH MENJANA ENERGI ‘BODY, MIND & SOUL’ melalui LATIHAN BIO-ENERGI

Secara ringkas, set penjanaan energi memerlukan 2 peringkat, iaitu:

1. PEMBERSIHAN – ‘CLEANSING’

2. PEMURNIAN (PENJERNIHAN) – ‘CHARGING’

Seperti yang telah saya tulis di dalam buku AURA PENYEMBUHAN REIKI, jika melewati dan memahami konsep pembelajaran ilmu tenaga di Jepun, terdapat beberapa kategori dalam membicarakan jenis atau teknik tenaga yang dilatih ataupun dilentur bagi dikuasai oleh pengamalnya. 

Secara umum ada tiga jenis pelatihan yang mengaplikasikan konsep tenaga yang sama tetapi melalui cara yang berbeza iaitu:

1. Kategori Taijutsu: 
pelatihan pengaliran tenaga pada tubuh fizikal. Ia menitikberatkan pelatihan otot-otot badan secara agresif sehingga membentuk kekuatan luar biasa. Ia juga menitikberatkan ketahanan stamina tubuh. Pengamalnya akan memiliki ketangkasan dan kekuatan fizikal. Mempunyai kemampuan untuk ber-tarung pada jangka masa yang lama dengan kekuatan tubuh badan dan staminanya. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah seni silat.

2. Kategori Ninjutsu: 
merupakan seni pelatihan tenaga yang menitikberatkan kekuatan ‘tenaga dalam’ (tumpuan MINDA) Ia melalui proses pelatihan pernafasan yang mantap dan disiplin meditasi yang tinggi. Hasilnya, pengamal Ninjutsu dapat memiliki kehebatan kuasa dalaman yang hebat. Tenaga yang terkumpul ini kelak akan dikeluarkan dari tubuh melalui jurus-jurus khas yang dikenali sebagai ‘rasengan’ atau pusaran tenaga dengan menggunakan tangan ataupun kaki. Ia umpama arus elektrik yang kuat dan menundukkan musuh. Namun begitu, kelemahannya adalah ia tidak mampu dialirkan lama dan berterusan. Ini kerana ia memerlukan sejumlah tenaga stamina yang besar bagi setiap kali penghasilannya. Penggunaan yang berterusan menyebabkan pengamalnya keletihan dan kehabisan stamina. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah Seni Ilmu Batin Tenaga Dalam.

3. Kategori Shinjutsu: 
seni penguasaan tenaga ini biasanya diamalkan oleh para tabib ataupun ilmuwan yang memiliki kerohanian yang tinggi. Ia umpama seni penyembuhan alam yang bersifat ketuhanan. Ia lebih bersifat universal. Ia memerlukan ilmu yang bertahap-tahap, latihan kejiwaan yang tinggi menuju penyucian diri dan jiwa daripada sifat yang merosakkan dan membinasakan. Seumpama pelatihan untuk menjadi sami dalam agama Buddha. Bezanya, pengamal Shinjutsu tidak melakukan ritual agama tetapi menahan nafsu dan dirinya secara fitrah, sufi, zen ataupun tao. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah ilmu laduni, ilmu makrifat ataupun seumpamanya.

{Ilmu Reiki tidak berada di mana-mana kategori di atas kerana ia adalah ilmu rawatan dan bukannya ilmu penguasaan tenaga semata-mata. Namun ia boleh dikatakan hampir kepada ilmu Shinjutsu. Terdapat sedikit elemen Ninjutsu dari sudut kemahiran tenaga minda yang dilatih bagi mengaktifkan pusaran tenaga semasa melakukan rawatan. Bagi memahami konsep ini, penjelasan semasa kuliah Reiki akan lebih mudah anda fahami.}

Dalam aktiviti seharian kita, ada aktiviti yang kita lakukan yang mampu menjanakan energi-energi ini. Malah ada yang menjanakan ketiga-tiganya secara serentak. Saya sering berikan contoh aktiviti SOLAT dalam menerangkan SET PENJANAAN 3 dalam 1 untuk ketiga kategori di atas. Iaitu:

1. PERGERAKAN DALAM SOLAT = Taijutsu

2. BACAAN DALAM SOLAT = Ninjutsu

3. PENGHAYATAN DALAM SOLAT = Shinjutsu

Semoga ada kebaikan.

TENAGA boleh berubah bentuk..

KENALI TENAGAMU..
Bongkar POTENSIMU...!!!

(Kredit - DMHAR)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan