Alkisah kehilangan kad kredit
Farid yang baru bekerja kehilangan kad kredit yang baru dipohonnya…
Rakan-rakan sekerja simpati pada nasib malangnya.
Farid hanya mampu tersenyum, “Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!”
Seminggu selepas itu, ada pihak menelefon berkata kad kredit Farid
telah digunakan di satu stesen minyak dan kad kredit itu telah dicabut
untuk memenangi hadiah bernilai RM2,000.
Semua rakan sekerja Farid berkata dia amat bernasib baik, kad kredit yang hilang pun dapat hadiah.
“Nasib baik? Nasib buruk? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.
Setelah menerima wang RM2,000 tersebut, Farid telah membeli sebuah
motor. Tidak lama kemudian, Farid terjatuh motor dan tercedera parah.
Rakan sekerja Farid berasa dia amat bernasib malang kerana motor yang
baru rosak bertambah dia terpaksa dirawat di hospital kerana kakinya
patah.
“Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.
Di sana, Farid berkenal dengan seorang jururawat yang jelita yang
sering merawatnya. Akhirnya, jodoh Farid tiba dan sejurus keluar
hospital, Farid mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin…
Wahai anakku,
Janganlah kamu suka mendahului Allah dengan melabel sesuatu situasi
dengan perkataan nasib baik atau pun sebaliknya. Terimalah dengan hati
terbuka apa yang berlaku, kerana ia berlaku dengan keizinan Allah.
Yang menyedapkan hati, kamu jangan lupa bersyukur, yang kurang menyedapkan hati, pohonlah kemaafan dari Allah.
Ingatlah anak kesayanganku, sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang
di luar batas kemampuannnya. Kamu mungkin tidak memahami potensi sebenar
kamu, tapi Allah tahu.
Senyum
(Kredit: FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan