08 MUHARRAM 1435H
2 hari lagi - "ASYURA"..
ia hari ke 10.
Begitu pantas peredaran masa, kini 10 Muharram 1435H kian tiba.
Buat yang menunggu kehadiran Asyura.. hadir Asyura penuh makna...
Asyura singgah lagi mengisi kerinduan perpisahan yang panjang. Sang
perindu bakal menempiaskan dendam rindunya. Lagunya penuh kesyukuran
kerana terus diberi peluang. Melodinya penuh keasyikan.. rentaknya penuh
kecanduan spiritual!
“Wahai jiwa-jiwa yang tenang… bergumbiralah…”
tempik dan ronta jiwa sang perindu asyura. Hari ini kekasihnya pulang ke pangkuan.
Menjelang MALAM-MALAM menuju TIBANYA 10 MUHARRAM ditahun 1435H - pasrah untuk tahu ANDAI kita ini adalah Sang Perindu itu..?
Pasrah untuk tahu dan menerima hakikat bahawa apakah kita masih punya rindu itu?
PASRAH UNTUK TAHU.. apakah kita masih punya PEKA itu..??
KERINDUAN & KEASYIKAN SPIRITUAL yang ROH & JIWA-nya bukan
diprovokasikan oleh keinginan zahiriah.. apatah lagi tercetus dari
status COPY-PASTE teman di FB yang SHARE perihal ASYURA - lalu,
tiba-tiba kita pun jadi 'perindu' asyura.
RINDU ASYURA hadir
kerana meniti perjalanan hari demi hari dari satu titik ke satu titik
yang tiap satunya punya DESTINASI yang tiba atau berulang tiba.
JUMAAT ke JUMAAT
Ramadhan ke Ramadhan..
Eidfitri ke Eidfitri..
Wukuf ke Wukuf..dan sebagainya..
ia rasa BATINIAH yang mencari DAMAI; mencari TUHAN-NYA.
Hari ini, pasrah untuk TAHU ANDAI KITA MASIH BERADA PADA KOORDINAT-NYA
dan KIBLAT-NYA dan meniti PERJALANAN itu agar kita hayati detik TIBA ke
satu TITIK DESTINASI ke satu titik DESTINASI sepanjang kembara tahunan
kita ini.
Kata sang GURU di blognya; “jujurlah kepada diri
sendiri. Ia bukan untuk Dia, Allah tidak memerlukan apa-apa daripada
kita. Jujurlah kepada diri kita, apakah yang kita kehendaki?”.
GEMA rindu Asyura ini SUNYI sambutannya...
10 Muharram @ ASYURA tidak lagi MAKMUR & MABRUR seperti suatu masa
dahulu KERANA kita TIDAK LAGI PEKA AKAN “RASA” KEHADIRANNYA.
ROH-nya kian pudar dan hilang.. USAHA menghidupkannya biarpun giat, pun
responnya tidak sesubur MAHARAJALAWAK MEGA musim baru yang BAKAL BERMULA
saat detik HARI ASYURA tahun ini.
[tahun lalu pun begitu... saat 01 MUHARRAM (maal hijrah).. dan saat ASYURA - acara mega lawak giler ni 'DITAWARKAN' ke minda]
MUNGKIN BERBETULAN - detik HARI ASYURA kelak dipilih sebagai HARI KEPUTUSAN UPSR dimaklumkan.
Mungkin nak AMBIL BERKAT!!
[bersangka baik]
atau MUNGKIN.. HANTAM SAJALAH...
sekali lagi..!!
sama macam.. detik MAAL HIJRAH - 04hb NOVEMBER 2013 lalu - buat PILIHANRAYA KECIL Sg Limau..
[hentam sahajalah.. sapa nak marah... sapa nak kesah!!]
hari ini.. yang kita lebih KESAH adalah KISAH SYIAH!
sedangkan hakikatnya.. ramai yang tak fasih hal akidah!
kita makin jauh…
MENANGKAH KITA??
SUKSESKAH KITA???!!!
saat ini MAAL HIJRAH masih membara.. ditambah PERISA dengan MUKJIZAT
ASYURA yang penuh HIKMAH... sewajarnya inilah SAATNYA KITA BERPESTA..
MAJLIS ILMU..
MAJLIS IBADAH..
MAJLIS SEDEKAH JARIAH..
MAJLIS WALIMATUL URUS..
dan sebagainya..
kata Abu Qatadah al-Ansari r.a.; Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang puasa 'Asyura` lalu jawab Baginda:
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan
yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa)
setahun yang lepas"
(Hadis diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi)
Ibnu `Abbas r.a. menyatakan :
"Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa pada suatu hari
kerana ingin mengejar keutamaannya selain hari ini (Asyura') dan tidak
pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan)."
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Malah Sabda Rasulullah s.a.w. :
“ Puasa yang paling afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa di
bulan ALLAH yang diharamkan (Muharram). Solat yang paling afdhal selepas
solat fardu ialah solat malam ”.
(Hadis riwayat Muslim)
سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ
الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى
جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ
رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ
"Telah ditanya Rasulullah s.a.w.. Apakah solat yang paling utama
selepas solat wajib? Baginda s.a.w. bersabda: Solat di jauh malam.
Baginda s.a.w ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa
Ramadan? Baginda s.a.w. bersabda: Puasa di bulan ALLAH yang kamu panggil
Muharram".
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa :
"Ia adalah hari dimana kapal Nuh `alaihis salam mendarat di atas gunung
“Judi” lalu Nuh `alaihis salam berpuasa pada hari itu sebagai tanda
kesyukuran"
(Hadis ini diriwayatkan Imam Ahmad - [hadis dhaif])
ASYURO..
10..
9
8
7
6
5
4
3
2
1
demi MASA... manusia masih dalam kealpaan..
(kredit : FB Mir Hazil Azran Ramli)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan