17 Muharam 1439H
08 Oktober 2017M
Kata Syeikhuna Al Alim Allamah TG Syeikh Dr. Khaleel Ismael Elias Hfzh:
الرزق أشد طلبا للعبد من أجله
Rezeki yang memburu seseorang hamba itu mengatasi ajalnya sendiri yang memburunya.
Kata Syeikhuna lagi :
Binatang liar ketika mana mereka keluar rumah dalam keadaan perut kosong, tetapi apabila mereka pulang masing2 mendapat rezeki dalam keadaan perut kenyang.
Manusia itu kadang2 mereka keluar mencari rezeki, tetapi pulang dgn tangan kosong, tanpa mendapat rezeki yg diharapkan.
Mengapa begitu? Tanya Syeikhuna.
Syeikhuna menjelaskan bahawa Guru beliau Hadratus Syeikh menjelaskan bahawa binatang2 itu lebih bertawakkal kepada Allah berbanding manusia. Org yg bertawakkal kpd Allah, rezekinya dijamin oleh Allah swt.
Lalu Syeikhuna ditanya, bagaimana menghasilkan tawakkal dalam diri?
Jawab Syeikhuna : dengan mendampingi ahli tawakkal yg zahirnya berusaha dgn mengambil segala asbab akan tetapi hati dan harapnya diletakkan pada Allah.
# ilmu dan kesihatan tidak dapat dinilai dgn harta seisi dunia sekalipun ( Syeikhuna Dr. Khaleel Ismael Elias Hfzh menaqalkan kata Syeikhnya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan