Tajuk: Saat Kita Diturunkan ke Liang Lahad
.. Himpitan kubur
Semua orang akan merasai himpitan kubur kecuali nabi. Rasulullah bersabda, "Jika ada yang terselamat daripada himpitan kubur, dia ialah Saad bin Muaz." Namun diriwayatkan Saad bin Muaz turut tidak terlepas daripada mendapat siksaan kubur.
Allahuakbar..
..Apa itu himpitan kubur?
Keadaan pertama yang dirasai semua orang apabila memasuki liang lahad.
..Bagaimana keadaan himpitan kubur itu?
Seperti himpitan seorang ibu kepada anaknya. Himpitan ini berbeza berdasarkan amalan. Siapa yang taat pada Allah, himpitan kubur berlaku dalam kelembutan. Jika mati dalam maksiat kepada Allah, himpitan kubur keras kerana bencinya Allah kepadanya.
..Bagi orang kafir, himpitan kubur itu sampai bila². Bagi orang mukmin himpitan itu pada mula² dia dimasukkan ke dalam kubur.
..Antara sebab mendapat himpitan kubur:
..Cuai ketika membuang air kecil. Di dalam ilmu fiqh ini dinamakan sebagai istibra'. Istibra' ini ialah kaedah menghabiskan sisa-sisa najis yang ada seperti air kencing agar hilang rasa was-was ia masih ada.
..Akibat kita pernah melakukan kesalahan tetapi kita biarkan kesalahan itu berlaku.
..Kurangnya rasa syukur dalam hidup. Betapa ramai orang yang bangun dari tidur mengucapkan alhamdulillah?
Allahuakbar..
Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: "Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya".
(Riwayat Muslim)
..Himpitan kubur berbeza dengan siksaan kubur. Himpitan kubur berlaku di mana sebelum kubur ditutup manakala siksaan kubur selepas kubur ditutup.
.. Keadaan kedua
Hal yang dirasakan oleh mayat ketika diturunkan ke liang lahad ialah gerakan 2 kaki. Itu ialah amalan kita yang pernah kita lakukan di dunia. Amalan itu dapat berbicara, "Duhai manusia, ketika ini sudah terpisah kamu dengan keluarga dan teman kamu. Hanya aku amal kamu yang ada menemani kamu."
.. Keadaan ketiga
Amal itu akan memukul paha kiri kita. Kata mayat, "Kalau aku tahu hanya kamu yang akan mengikuti aku, akan aku utamakan kamu melebihi segalanya."
.. Keadaan keempat
Perasaan takut yang amat sangat iaitu apabila berdirinya 2 malaikat Munkar dan Nakir. Apabila hidup kita di dunia tidak punya rasa takut kepada Allah, perasaan takut apabila berhadapan dengan 2 malaikat Allah ini sangat luar biasa, teramat takut.
Allahuakbar..
..Menjawab soalan pendengar.
Apakah roh kita akan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia sebelum kita?
Jawapan: Sekiranya kita mampu menjawab soalan² Munkar dan Nakir, malam pertama di alam barzakh roh kita akan berjumpa dengan roh orang yang telah meninggal dunia sebelum kita.
Antara amalan yang dapat mengelakkan kita mendapat himpitan kubur ialah membaca Surah Al-Ikhlas.
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas dan mati, dia akan diamankan dari himpitan kubur."
..Pesan Ustaz.. Sentiasalah baca Al-Qur’an. Al-Qur’an ialah makanan roh kita. Kalau tak boleh sangat baca Al-Qur’an, riba Al-Qur’an. Gerakan jari² di atas ayat² suci Al-Qur’an.
Kenapa susahnya manusia nak minta keampunan dengan Allah? sedangkan Allah menegaskan..,
Berlarilah kamu dalam meminta ampun dengan Allah.
Setiap malam sebelum tidur bacalah Surah Al-Mulk. Surah Al-Mulk boleh menyebabkan seseorang itu terlepas siksa kubur. Kata Ustaz, kalau lagu boleh hafal takkanlah Surah Al-Mulk tak boleh hafal.
Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
(An-Nasa’i).
Akhirul kalam Ustaz berpesan, beramallah semasa kita masih hidup ini sblm malaikatul maut menjemput kita..
Renungkan sebuah kubur,dahulunya penghuni kubur juga pernah hidup seperti kita.
Musahabah diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan