09 Dzulqaedah 1433.
Setiap hari diri kita telah melakukan terapi. Disedari atau pun tidak, diri sentiasa auto mode dalam melakukan terapi.
Reiki adalah salah satu teknik terapi yang cukup santai untuk diaplikasikan dalam kehidupan kerana ianya mudah & boleh digunakan dalam apajua keadaan. Reiki adalah dalam bahasa Jepun yang bermaksud 'Tenaga Kehidupan Semesta' atau bahasa mudahnya 'Tenaga dari Alam'.
Dengan Reiki, ianya membantu kita untuk membaik pulih sistem dalaman kita yang setiap hari sentiasa terdedah dengan radiasi-radiasi serta gelombang-gelombang tenaga yang negatif & tinggi. Kita mudah terdedah dengan segal bentuk tenaga yang negatif dari waktu pagi hingga ke petang. Samada kita sedar atau pun tidak, ianya sentiasa berada disekeliling kita.
Jadi, bila kita ada ilmu mengenai tenaga & cara bagaimana untuk mengawal tenaga-tenaga tersebut, maka secara langsung diri kita dapat mengurangkan tenaga-tenaga yang negatif disekeliling kita.

Reiki adalah penyembuhan secara menyeluruh (holistik). Ianya dapat menyembuhkan dari emosi, minda, fizikal & ke peringkat yang paling dalam iaitu spritual (kerohanian).
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RawatanIslamdiiktiraf/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan