Salam Dzulqaedah 1433 buat semua.
Hari ini, sudah 3 Dzulqaedah. Masa berlalu begitu pantas. Tinggal lagi 56 hari untuk kita meninggalkan 1433 & bertemu dgn 1434. Perjalanan kini kian jauh. Bagi yg telah melalui pelbagai rencah kehidupan, pahit, manis, suka & duka, jatuh bangun dalam bisnes @ apajua pengalaman yang telah tercipta & dicipta....semuanya itu adalah ketentuan dari NYA. Dia yang Maha Mengetahui akan setiap kejadian.
Apa yang telah berlaku kepada diri kita samada kita mahu @ tidak, sedar @ tidak, usaha & ikhtiar tetapi masih tidak seperti yang dirancang. Segalanya dalam pencaturan Nya. Dia yang mengIZINkan akan setiap yang berlaku itu. Dialah sebaik-baik PERANCANG. Sebijak manapun kita merancang, Dialah yang akan memberikan RESULT Nya. Pasti semua itu ada HIKMAHnya. Percayalah!!
Tiada sesuatu pun yang dicipta oleh Allah itu sia-sia. Tidak ada sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita menjadi sia-sia melainkan dalam penglihatanNya. Kita yang selalu mensia-siakan peluang yang diberikan. Kita yang selalu lalai & leka dalam hijab yang telah dibukakan kepada kita. Kita yang kadang-kadang tidak sedar apa yang telah kita lakukan itu sia-sia.
Muhasabahlah diri kembali. Mohon pencerahan kembali kepada Dia. Dia yang Maha Pengasih & Penyayang. Selagi kita memohon kepada Nya, Dia akan mendengar akan setiap permohonan kita. Usaha - Ikhtiar - Berdoa - Bertawakkal.
Ciptalah peluang anda... Kelak Dia akan mengabulkan doa anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan