Pageviews

Ahad, 23 September 2012

PASTI!!!! Akan tiba MATI itu..

07 Dzulqaedah 1433.

Mati itu PASTI. Neraka, Syurga itu PASTI. Titi Siratulmustaqim itu PASTI. Padang Mahsyar itu juga PASTI. Jadi!! "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (ar-Rahman)

Kita sebagai hamba yang hidup hanya sementara di bumi ini perlulah bersiap siaga untuk bertemu dengan 'TUAN' yang sentiasa menanti akan kehadiran kita. Pelayaran kita di bumi ini hanyalah sekadar untuk mencari bekalan untuk di bawa ke negeri AKHIRAT kelak. Negari yang PASTInya kekal abadi.

Cukupkah kita dengan bekalan kita ini? Bersediakah kita untuk kembali bertemu dengan 'TUAN' kita? Bagi yang sentiasa taat & patuh akan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah, sudah pasti telah bersedia dari awal. Bagi mereka yang benar-benar beriman pasti diberikan tanda-tanda awal kepada mereka untuk bertemu dengan Allah Rabbul Izati.

TANDA-TANDA KEMATIAN:-

Allah telah memberikan tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian. Bagi yang bertaqwa, beiman & taat patuh akan perintah Allah akan diberi kelebihan tanda-tanda kematian pada dirinya.

Tanda 100 hari menjelang ajal :
Selepas waktu Asar (kerana waktu tersebut penggantian antara terang ke gelap), kita akan merasakan dari hujung rambut hingga kaki akan menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari kebiasaannya, Bagi yang menyedarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyedari, tidak ada kesan pengaruh apa-apa pada dirinya.

Tanda 40 hari menjelang ajal :
Selepas Asar, jantung akan berdenyut-denyut laju (berdebar-debar). Daun yang bertuliskan nama kita di Lauh Mahfudz akan gugur. Malaikat Maut (Izrail) akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.

Tanda 7 hari menjelang ajal :
Mungkin akan diuji dengan sakit. Orang yang sakit biasanya tidak berselera untuk makan, tetapi dengan tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu. Bagi yang sihat pula, terasa diri ingin membuat sesuatu yang pelik dari kebiasaannya. (org kita panggil 'buang tebiat')

Tanda 3 hari menjelang ajal :
Terasa denyutan ditengah dahi (3rd eye atau mata ketiga). Jika tanda ini dirasakan, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan bagi orang yang memandikan kita nanti. Potonglah bulu-bulu, kuku jari & kaki agar sentiasa nampak kemas.
 
Tanda 1 hari sebelum ajal :
Di waktu Asar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak akan sempat bertemu Asar keesokannya. Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk pada bahagian pusat, kemudian ke pinggang lalu ke kerongkong, maka dalam kondisi ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadat.

SubhanAllah... Imam Al-Ghazali ra, mengetahui akan kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan berwudu', mengkafankan dirinya, kecuali pada bahagian wajahnya. Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya. Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang-orang yang terpilih. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih dan telah siap sedia menerima kehadiran Izrail untuk mengambil nyawa kita walau di mana pun kita berada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan