Allahumma Solli'ala Muhammad Ya Rabbi Solli 'Alaih.
Sentiasalah kita berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW, tidak kira di mana kita berada, aajua situasi kita kerana sekali kita berselawat ke atas Baginda SAW, 10x Allah akan berselawat ke atasnya.
Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)
Jadikanlah ianya amalan seharian kita dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini. Kita cukup mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW itu kekasih Allah. Apa jua yang kita lakukan untuk mengingatinya, begitulah Allah akan membalasnya kepada kita. Bukannya melibatkan wang, masa, tenaga yang banyak pun untuk kita berselawat. Disamping kita melakukan apajua kerja kita boleh berselawat. Sambil memandu, membaca, menaip, update status di FB, main bola, berjogging & sebelum kita tidur pun kita masih boleh berselawat. Sedangkan Rasulullah SAW ketika hendak wafat pun Baginda SAW masih ingatkan umatnya. Maka berselawatlah....
Dikisahkan disaat Rasulullah SAW ketika menjelang kewafatan Baginda SAW disaat Baginda melakukan haji yang terakhir (haji wida'). Turunnya wahyu dari Allah surah al-Maidah ayat yang ketiga menyatakan :
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Sebaik sahaja sahabat-sahabat mendengar berita tersebut, bergembiralah mereka semua kecuali Saidina Abu Bakar as Siddiq. Beliau menangis teresak-esak bila mendengar khabar tersebut. Sahabat-sahabat yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Saidina Abu Bakar ra. "Ya Abu Bakar, kenapa kamu menangis dimana seluruh umat Islam gembira tentang lengkapnya agama kita ini?" Abu Bakar ra menjawab: "Wahai sahabatku, tidakkah kamu mengetahui tentang musibah yang akan menimpa kamu. Tidakkah kamu tahu bahawa apabila berlaku sesuatu perkara itu telah sempurna, maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunya ayat tersebut, menunjukkan bahawa perpisahan kita dengan Rasulullah SAW semakin dekat, Hassan & Hussin menjadi yatim & para isteri Nabi menjadi janda".
Mendengar akan penjelasan dari Abu Bakar ra, maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra, lalu menangislah mereka semahu-mahunya. Tangisan mereka telah didengar oleh sahabat-sahabat yang lain, maka mereka terus memberitahu Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bergegas menuju bertemu dengan Abu Bakar ra. Sebaik Baginda SAW sampai, Rasulullah melihat kesemua mereka sedang menangis lalu Baginda bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?". Kemudian Saidina Ali ra berkata: "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra menyatakan bahawa turunnya ayat tersebut membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah benar ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar itu benar belaka & sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir."
Sebaik mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka Abu Bakar ra menangis sekuat hati hingga jatuh pengsan beliau. Sementara Saidina Ali ra pula menggeletar tubuhnya & para sahabat yang lain turut menangis sehingga gunung ganang, batu-batu, para malaikat di langit, segala makhluk yang melata di muka bumi turut menangis.
Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat satu demi satu. Kisah Rasulullah SAW mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada riwayat yang menyatakan antara 81 hari, setengah riwayat yang lain 50 hari, 35 hari & 21 hari.
Disaat-saat Rasullah SAW menghadapi sakaratul maut, Baginda SAW mewasiatkan pada khutbah Jumaat yang terakhir.
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Saidatina Fatimah ra tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap wajah puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia, dialah malaikat maut,” kata Rasulullah, lalu Fatimah pun menghamburkan tangisannya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”
Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan risau wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah diragut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik perlahan, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya sakaratul maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, janganlah pada umatku.
“Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummati, ummati, ummati?” – “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti ya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kisah detik Rasullah SAW menghadapi sakaratul maut yang sangat mencintai hambanya. Mana mungkin seorang yang menghadapi sakaratul maut masih lagi untuk mengingati umatnya dengan menyebut “Ummatii, ummatiii, umamatiiii?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan