Pageviews

Sabtu, 10 Oktober 2020

Al-kisah - POLIGAMI

22 SAFAR 1442H
10 Oktober 2020M

Nasihat buat para isteri kedua & bakal isteri kedua. 

1. Jangan peduli apa yang org kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami kita kata kerana hanya mereka ini yang berjasa dan berkepentingan dengan kita. Masyarakat hanya tahu mengutuk tapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tiada berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri ke-2, 3 atau sebagainya dengan syarat suami kita mestilah seorang suami bukan seorang laki.

2. Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah-marah, kita perlu sentiasa mengalah, kuat hati dengan matlamat perkahwinan kita, mencari keredhaaan Allah swt melalui keredhaan suami, jika niat kita jelas dan ikhlas, lama kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya. Lama-lama boleh menjadi kawan baik kita pula. Tenangnya hati apabila madu kita menelefon bertanya khabar kita di kala suami bersamanya. Lakukan perkara yang sama padanya apabila suami bersama kita.

3. Senangkan hati suami, maka dia akan senangkan hati kita. Bukankah semua isteri mahu disayangi oleh suaminya. Kita perlu sentiasa memainkan peranan yang aktif supaya hati suami senang. Apabila hati suami senang, madu kita juga senang hatinya. Secara langsungnya, kebaikan itu datang pada kita juga, hati kita turut senang.

4. Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya dari suami.

5. Sewajarnya isteri ke-2 berdikari, agar masa santai itu dipenuhi sebaiknya. Jadi akan kurang masa untuk berfikir yang bukan-bukan. Jangan benarkan syaitan menguasai diri. Mana ada perempuan yang tak cemburu, mesti ada juga rasa cemburu sikit, tapi berpada-padalah. Tunjukkanlah juga rasa cemburu tu sikit-sikit pada suami agar dia tahu kita sayang padanya.

6. Ambil hati mertua sewajarnya, agar dia juga kasihkan kita dan anak-anak seperti dia kasihkan keluarga suami kita yang satu lagi.

7. Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting ketenangan dalam perhubungan itu.

8. Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti kita, jadi kita tak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.

Konsep poligami itu adalah berkongsi, bukan merampas. Tetapi bagi yang nak menjadi isteri ke-2, berhati-hati juga ketika menerima lamaran :

Tanya dan lihat :

1. Adakah dia lelaki bertanggungjawab pada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggunjawab juga pada kita.

2. Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa kita?
Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.

3. Adakah bakal madu kita terdidik akhlaknya? Jika ya mudah untuk kita berbaik dengannya.

4. Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian, tahu maksud hidup.

5. Adakah dia faham tentang perkahwinan sama seperti yang kita faham? Jika ya, mudahlah bagi kita dan dia bertolak ansur.

Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tak semua perempuan kental, tak semua lelaki kuat. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini. Hanya mereka yang berwibawa saja mampu merealisasikannya.

Kredit : kisahhikmah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan