Pageviews

Khamis, 15 Oktober 2020

Ianya sebuah PERJALANAN - Hijrah Rasulullah saw

27 SAFAR 1442H
15 Oktober 2020M

Saat ini... Mungkin tika ini...                                            


Ianya arahan dari Allah... Ianya satu petunjuk....
Ayuh.... Demi Fitrah...
              Demi Sunnah.....
              Demi Amanah....

TAQWIM HIJRAH ADALAH 'PETA' PERJALANAN ISLAM. TAQWIM INI diasaskan bersandarkan KISAH HIJRAH RASUL pada 12 SEPTEMBER 622masihi bersamaan 27 SAFAR tahun 1 HIJRAH. 

Waktu itu BELUM ADA TAQWIM (kiraan tahun-tahun) ISLAM - namun, bangsa ARAB telah menggunakan NAMA-NAMA BULAN yang ada yakni dari Muharram hingga bulan haji @ Dzulhijjah. 

KISAH HIJRAH RASUL dari MEKAH ke MADINAH berlangsung 14 HARI. Ia kisah PENUH DRAMATIK, SUSPEN, SUKA-DUKA, PENGORBANAN, PERJUANGAN dan sebagainya..

3 HARI PERTAMA kisah ini - kisah BERSEMBUNYI di GUA THUR.. 

Rasulullah meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar. Malam itu, usai meyampaikan KHABAR HIJRAH kepada sahabat sejati baginda: Abu Bakr, mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang, untuk lari dari Mekah secepat mungkin dan sebelum fajar menyinsing. Abu Bakr sudah rapikan strategi untuk KEMBARA HIJRAH ini..

Kerana menyakiniQuraisy akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memburu mereka melalui JALAN BIASA, maka Abu Bakr menyusun langkah melalui JALAN LUAR BIASA!!

Ia bukan JALAN MUDAH..

TAPI ia LUAR BIASA!!

Ia bukan JALAN PINTAS..

TAPI ia JALAN SUKSES!!

Miskipun MADINAH nun di UTARA, mereka bergerak tenang ke sebelah selatan menghala ke negeri Yaman. Mereka menuju ke BUKIT THUR.

Terkadang Abu Bakr di hadapan, terkadang di belakang baginda. Bahkan ada kalanya, Abu Bakr ke sisi kiri, di masa lainnya berada di kanan. Lakunya PELIK, lagaknya CEMAS pun TETAP BERSEDIA. 

Kehairanan, Rasul bertanya:

"Apa maksudnya kamu melakukan hal yang tidak lazim ini, wahai Abu Bakr?"

Jawab Abu Bakr:

"Wahai Rasulullah, ketika terfiir ada musuh di hadapan, aku ke depan. Ketika lain, terfikir ada musuh dari belakang - pantas aku ke belakang. Bila terfikir akan ancaman musuh - aku gelisah mahu melindungimu dari segala arah. Terus terang, aku khawatir keselamatanmu ya Rasulullah"

mereka terus berjalan...  BERJALAN sejauh 5 KILOMETER!! 

YA BENAR!!

BERJALAN!!

YA BENAR!!

5 KILOMETER, BERJALAN KAKI...!!!

Jabal Thur, sebuah bukit yang tinggi, berbatu kasar, jalannya sukar dan memerihkan - MALAH MEREKA PERLU MENDAKI BUKIT. BATU-BATU itu tajam.. MALAM GELAB menyulitkan pergerakan hingga batu-batu itu melecet tapak kaki mereka.

Akibatnya, baginda terhincut-hincut menahan SAKIT KAKI yang melecet.

Kerana kasih sayang seorang SAHABAT yang menebal - Abu Bakr telah mendukung Rasulullah, untuk terus sampai ke Jabal Thur - lalu mendaki ke gua Thur.

Usai tiba dimuka gua, Abu Bakr berkata:

“Demi Allah, Rasulullah jangan engkau masuk, kecuali setelah aku masuk dahulu, sekiranya ada sesuatu yang berbahaya biar terkena diriku dahulu”. 


Abu Bakr masuk dan membersihkan laluan untuk baginda. Banyak lubang-lubang kecil yang mencurigakan.. mungkin ada haiwan berbisa. Risau ia melukakan Rasul,  maka Abu Bakr mengoyak kainnya dan disumbatkannya satu persatu hingga habis bajunya. Pun, masih ada satu lubang yang belum tertutup, lalu Abu Bakr menutupnya dengan tumit beliau.

“Sila masuk, Rasulullah”. 

Maka baginda pun masuklah. 

"Di mana pakaianmu, wahai Abu Bakar?", tanya baginda tatkala melihat Abu Bakr. Setelah diperjelaskan - baginda menadah tangan BERDOA: 

"Ya Allah, jadikanlah DARJAT ABU BAKR setara denganku nanti di hari kiamat."


Kepenatan, Rasul diminta baring berehat. Abu Bakr meletakkan kepala baginda ke ribanya hingga baginda terlena. Saat itu, ada KALA JENGKING menyengat TUMIT KAKI Abu Bakr yang sedari tadinya disumbatkan ke dalam lubang. SAKITNYA MENYINGA, pun dia DIAM kaku hatta tidakmahukan Rasulullah tersedar. 

Tetapi air mata menahan KESAKITAN Abu Bakr terjatuh ke muka Rasulullah. 

Kata Rasulullah: 

“Apa hal diri kau wahai Abu Bakr”. 

Jawab beliau: 

“Daku telah disengat, demi ibu bapaku korban untukmu, ya Rasulullah”. Oleh yang demikian, Rasulullah menawarkan bekas sengatan tadi dengan ludahan baginda, maka segera hilanglah kesakitannya itu.

Selama 3 MALAM mereka bersembunyi di gua itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.  

KISAH 3 MALAM PERTAMA ini bukan KISAH 'REKAAN atau DOGENGAN'.. ia KISAH untuk di TELADAN.

Kredit : Guru ku / Master G . Dr Hazil Azran Ramli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan