29 SAFAR 1442H
17 Oktober 2020M
untuk hari ini.. DEMIMU TUHAN..
Ku padamkan resah kerisauan
=============================
Pembersihan jiwa daripada sifat risau
=============================
Satu lagi penyakit jiwa adalah kerisauan. Rasa risau adalah sensor gerak hati atau daya intuisi (gerak rasa). Ia adalah anugerah dan merupakan sifat jiwa. Namun, rasa risau yang berlebihan dan berlarutan boleh merosakkan jiwa.
Risau terhadap perkara yang belum berlaku menjauhkan seseorang daripada hakikat menerima takdir dan beriman pada qada qadar (ketentuan Ilahi). Risau yang berlebihan dan berlarutan juga merupakan mainan jin dan syaitan yang sifatnya mahu merosakkan minda dan jiwa Muslim.
Rasa risau yang tidak bertempat mengganggu getaran kardio pada otot jantung yang bekerja tanpa henti. Akibatnya, arus letrik tinggi mengalir kuat hingga menjadikan jantung bergetar atau berdenyut laju.
Situasi risau mengakibatkan dada turun naik dengan kuat yang seterusnya memenatkan. Darah dipam laju lalu mewujudkan daya tekanan tinggi pada darah. Pembuluh darah menjadi panas dan mengakibatkan lecuran atau kerosakan pada salurannya. Oksigen tubuh akan berkurangan dengan cepat yang seterusnya mengakibatkan tubuh mengalami keletihan dengan cepat.
Keadaan menjadi lebih buruk sekiranya seseorang yang kerap risau secara berlebihan itu juga memiliki penyakit lemah jantung ataupun asma. Rasa risau itu mengakibatkan jantung dan paru-paru bekerja secara berlebihan ataupun boleh terkejut. Ini meninggalkan kesan buruk kepada penghidapnya kerana keadaan luar jangka boleh berlaku secara tiba-tiba seperti serangan jantung, semput, sukar bernafas dan sebagainya.
RISAU - untuk hari ini, ku terus berusaha menawanmu agar zona TENANG terus menebal menjadi perisai diriku.
SALAM HIJRAH DIRI!
Jadilah diri sendiri.. berhenti jadi atau curi hak orang lain..
Amin..
Kredit : Guru ku / Master G / DMHAR / Dr Hazil Azran Ramli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan