Pageviews

Jumaat, 20 Oktober 2017

RAHSIA HAJI.....

29 Muharam 1439H
20 Oktober 2017M

RAHSIA NAK POTONG QUE PERGI HAJI YANG JARANG ORANG KONGSI!

Hah! Tahun 2081 baru dapat pergi haji? Umur saya sekarang (tahun 2016) sudah 30 tahun. Maksudnya saya dapat pergi haji ketika berumur 95 tahun?

Nampak gaya macam peluang tipis nak pergi haji kalau tunggu giliran. Persoalannya, benarkah mustahil untuk kita pergi haji sebelum giliran yang diberikan?

Seorang pengguna FB telah menulis dalam akaun FBnya tips bagaimana dapat pergi haji lebih awal daripada tahun giliran yang sebenarnya.

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;

1) Buka akaun Tabung Haji.

2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).

4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.

Nota cara menabung secara ringkas:

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.

P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi.  Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.

[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. –> Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.

Sumber: https://www.facebook.com/norsajidahzulkafli/posts/987407738038465



BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:



Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.



Isi kandungan surat rayuan:



Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad

Tujuan rayuan
Tandatangan


Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.



Rogayah binti Mokhtar

Lot 1234, Jalan Sinar

Kampung Harapan

84000 Muar

Johor

18 Disember 2017



Kepada,

Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.



Tuan/Puan,



RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1439H/2018M

NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR

KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678

___________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1439H atau 2018 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.



Yang Mengharap,



(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)

No K/P: 450101-01-0400

Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:



e-mel – th-info@lth.gov.my,
faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.



Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

TULISAN Fatimah Abdul Ghani

Khamis, 19 Oktober 2017

SOLAT lah...!!!

28 Muharam 1439H
19 Oktober 2017M

Jahat @ Baik kita....
Solat jgn pernah tinggal...
Solat Bukan sebab kita baik...
Solat sebab perintah Allah...
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...
Ada orang x dpt Nikmat pun dlm solat...tenung sejenak,apa kah solat kita sekadar perlakuan solat?
Yg tidak Ada Allah lgsg dlm solat....
Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat,kebahagiaan,kberkatan hidup & rezeki...
Berapa Ramai yg tkejar2 Mencari duit,harta kekayaan Tanpa solat...?
Rezeki sentiasa di rasa x pernah cukup.....
Kerana  kita merasa duit adalah segala2nya...jadilah kita hamba kepada duit....
Nabi tidak Kagum dgn kekayaan...nabi tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia...klu tidak,gunung2 ,Bukit yg hendak di tukarkan kpd emas permata,di tolak baginda...
Syukur Tanpa hilang Allah....itu lah perjuangan hidup....
Yakinlah dgn solat ....solat Akan merubah seluruh Kehidupan kita...

Orang bekerja seronok klu dapat bonus...
Itu masa hidup....
Klu dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yg pandai al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yg di kongsi itu bonus...

Sehebat apapun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina manapun kita...kita tetap Akan mati...
Takut mcm manapun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani mcm manapun ...tetap Akan mati ....
Sayang Macam manapun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...
Leburlah sifat2 langit yg tak layak pada diri....
Renungkan Saat sendirian setelah mati...
Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapapun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati
Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada
Kita hanya mengharap Rahmat Allah tuhan sekelian alam....

Ahad, 15 Oktober 2017

HIKMAHnya....

24 Muharam 1439H
15 Oktober 2017M

Lebih 1439 tahun lalu, apabila seorang bayi dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w menjadikan amalan dengan mengambil secubit kurma dan meletakkannya ke dalam mulut bayi. Baginda mengunyahnya sehingga lembut, lalu menyapu di lelangit bayi yang baru lahir.

Ini dipanggil TAHNIK dlm Islam. Hari ini BBC News telah melaporkan bahawa "pakar" mengatakan - "Sedikit gula yang lembut yang disapukan di bahagian dalam pipi adalah kaedah yang murah dan efektif untuk menghalang bayi yang pramatang dari brain damage. Itulah sebab orang Islam mengikut sunnah Rasulullah tanpa mempertikaikannya. Hanya baru sekarang sains mendorong tahu tentang adat yang telah diperkenalkan 1439  tahun lalu ini, kerana Islam adalah agama yang terkehadapan dalam bidang kemajuan.


Biar semua orang tahu, terutamanya orang Islam bahawa Islam. Bukan agama primitif. SubhanAllah.... Maha Suci Allah.

********
"Jika sakit kepala di bahagian depan kepala. Rawatannya adalah tidur. Jika sakit betul-betul atas kepala, rawatannya adalah makan dan minum air. Jika sakit bahagian belakang kepala, rawatannya adalah lepaskan tekanan (stress).

Rawatan utk meningkatkan kemampuan penglihatan anda.
Berita ini sangat penting bagi orang yang lemah penglihatannya. Otot-otot mata akan melemah dari masa ke masa, yang akan menyebabkan mata kita tidak boleh berhubung dengan cara yang sepatutnya. Bagi mengembalikan kekuatan  penglihatan kita dan mengekalkan kekuatannya, kita perlu mengikut sunnah ketika solat. Kita hendaklah membuka mata ketika sujud dan melihat ke tempat sujud ketika bangkit dari sujud dan fokus pada tempat sujud sepanjang solat. Hikmah disebalik melihat tempat sujud ketika rukuk, otot-otot mata akan memberi tekanan kepada kanta mata untuk meningkatkan penglihatan (kanta mata menebal) dan ketika bangun otot-otot mata akan longgar (kanta mata menipis). Ketika sujud pula, kanta mata akan mengecut. Kerana jarak yang dekat antara mata dengan tanah. Apabila kita bangun semula, ia akan melonggarkan kembali otot-otot mata. Amalan yang kita lakukan setiap hari ini adalah latihan otot-otot mata. 

Kita boleh lakukan 17 kali setiap hari atau berapa banyak yang kita suka.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menyuruh kita membuka mata ketika sujud dan sekarang saintis telah membuktikan dan telah mengesahkan tindakan seperti ini boleh meningkatkan kekuatan penglihatan mata. Maha Suci Allah atas hikmah yang besar ini.

Seorang saintis non muslim telah menemui bahawa orang Islam adalah lebih kuat pengecasan elektriknya, sejak dulu hingga sekarang hasil dari kesan radiasi elektro magnatik yang dihasilkan oleh hp, tv, mikrowave, serta alatan elektronik yang lain. Jika kita tidak mahu variasi ini membahayakan kita, kita hendaklah meletakkan dahi kita atas lantai lebih dari sekali sehari, kerana bumi akan menyerap radiasi. Kita orang Islam telah diberi solat 5 kali sehari untuk meletakkan dahi kita ke bumi. Ertinya kita sujud sebanyak 92 x sehari (termasuk solat sunat). MAHA SUCI ALLAH.

Setiap perintah Allah ada hikmah.

Sabtu, 14 Oktober 2017

AL-KiSAH...

Kisah Abu bin Hasyim sang ahli ibadah

Alkisah ada ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yg kuat sekali tahajudnya. Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah uzur dalam melakukan solat tahajjud. 

Pada suatu ketika saat hendak mengambil wudhu utk tahajud, Abu terkejut oleh keberadaan seorang makhluk yg duduk di bibir kolahnya. Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau ?”. Sambil tersenyum, sosok itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah”.

Abu bin Hazim terkejut sekaligus bangga kerana didatangi oleh malaikat yang mulia. Dia lalu bertanya, “Apa yg sedang kamu lakukan di sini ?” Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah”.

Melihat Malaikat itu memegang kitab tebal, Abu lalu bertanya; “Wahai Malaikat, buku apakah yg kau bawa ?” Malaikat menjawab; “Ini adalah kumpulan nama hamba2 pencinta Allah.” Mendengar jawaban Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati namanya ada disitu. 

Maka ditanyalah Malaikat itu. “Wahai Malaikat, adakah namaku disitu ?” Abu merasakan bahwa namanya pasti ada didalam buku tersebut, mengingat amalan ibadahnya yg tidak kenal putusnya. Selalu mengerjakan solat tahajjjud setiap malam, berdo’a dan bermunajat pada Allâh SWT di sepertiga malam.

“Baiklah, aku buka,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan ternyata Malaikat itu tidak menemukan nama Abu di dalamnya. Abu bin Hazim tidak percaya dan meminta Malaikat mencarinya sekali lagi. “Betul … namamu tdk ada di dalam buku ini !” kata Malaikat. Abu bin Hazim pun gemeatar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat. 

Dia menangis semahu-mahunya. “Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam bertahajud dan bermunajat … tetapi namaku tidak masuk dlm golongan para hamba pecinta Allah,” ratapnya. Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim ! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yg lain tidur … mengambil air wudhu dan kedinginan pada saat orang lain terlelap dlm buaian malam. Tapi tanganku dilarang Allâh menulis namamu.” 

“Apakah gerangan yg menjadi penyebabnya ?” tanya Abu bin Hasyim. “Engkau memang bermunajat kepada Allâh, tetapi engkau pamerkan dengan rasa bangga kemana-mana dan asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Di kanan kirimu ada orang yang telantar sakit atau lapar, tidak engkau ziarah dan beri makan. Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pecinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yg diciptakan Allâh ?” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim seperti disambar petir di siang hari. Dia tersedar bahawa hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allâh semata-mata (hablumminAllâh), tetapi juga ke sesama manusia (hablumminannâs) dan alam semesta.

BANGGA kah kita....??

23 Muharam 1439H
14 Oktober 2017M

Kitab Mukasyafatul Qulub, karya Imam Al-Ghazali.

Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.

Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?

Nabi Musa AS, "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?"

Allah SWT, "Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar."

"Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirumu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."

"Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri."

Nabi Musa AS, "Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?"

Allah SWT, "Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda." Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.

Apabila kamu sibuk dgn ibadah yg lazim dan berbangga dgnnya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.

Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban utk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya.

Buatlah perkara yg Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.


Jumaat, 13 Oktober 2017

TIPS MEMBAIKI SOLAT...

22 Muharam 1439H
13 Oktober 2017M

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,  kita mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1). Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dansudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud  ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i.  Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar
ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tangan kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa. Seterusnya sebelum selesai   diingatkan bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

semoga bermanfaat*

Khamis, 12 Oktober 2017

LIANG LAHAD....

Sedikit perkongsian daripada slot Mau'izzati @radio IKIM ber sama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Tajuk: Saat Kita Diturunkan ke Liang Lahad

.. Himpitan kubur
Semua orang akan merasai himpitan kubur kecuali nabi. Rasulullah bersabda, "Jika ada yang terselamat daripada himpitan kubur, dia ialah Saad bin Muaz." Namun diriwayatkan Saad bin Muaz turut tidak terlepas daripada mendapat siksaan kubur.

Allahuakbar..

..Apa itu himpitan kubur?
Keadaan pertama yang dirasai semua orang apabila memasuki liang lahad.

..Bagaimana keadaan himpitan kubur itu?
Seperti himpitan seorang ibu kepada anaknya. Himpitan ini berbeza berdasarkan amalan. Siapa yang taat pada Allah, himpitan kubur berlaku dalam kelembutan. Jika mati dalam maksiat kepada Allah, himpitan kubur keras kerana bencinya Allah kepadanya.

..Bagi orang kafir, himpitan kubur itu sampai bila². Bagi orang mukmin himpitan itu pada mula² dia dimasukkan ke dalam kubur.

..Antara sebab mendapat himpitan kubur:
..Cuai ketika membuang air kecil. Di dalam ilmu fiqh ini dinamakan sebagai istibra'. Istibra' ini ialah kaedah menghabiskan sisa-sisa najis yang ada seperti air kencing agar hilang rasa was-was ia masih ada.
..Akibat kita pernah melakukan kesalahan tetapi kita biarkan kesalahan itu berlaku.
..Kurangnya rasa syukur dalam hidup. Betapa ramai orang yang bangun dari tidur mengucapkan alhamdulillah?

Allahuakbar..

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: "Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya".
(Riwayat Muslim)

..Himpitan kubur berbeza dengan siksaan kubur. Himpitan kubur berlaku di mana sebelum kubur ditutup manakala siksaan kubur selepas kubur ditutup.

.. Keadaan kedua
Hal yang dirasakan oleh mayat ketika diturunkan ke liang lahad ialah gerakan 2 kaki. Itu ialah amalan kita yang pernah kita lakukan di dunia. Amalan itu dapat berbicara, "Duhai manusia, ketika ini sudah terpisah kamu dengan keluarga dan teman kamu. Hanya aku amal kamu yang ada menemani kamu."

.. Keadaan ketiga
Amal itu akan memukul paha kiri kita. Kata mayat, "Kalau aku tahu hanya kamu yang akan mengikuti aku, akan aku utamakan kamu melebihi segalanya."

.. Keadaan keempat
Perasaan takut yang amat sangat iaitu apabila berdirinya 2 malaikat Munkar dan Nakir. Apabila hidup kita di dunia tidak punya rasa takut kepada Allah, perasaan takut apabila berhadapan dengan 2 malaikat Allah ini sangat luar biasa, teramat takut.

Allahuakbar..

..Menjawab soalan pendengar.

Apakah roh kita akan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia sebelum kita?
Jawapan: Sekiranya kita mampu menjawab soalan² Munkar dan Nakir, malam pertama di alam barzakh roh kita akan berjumpa dengan roh orang yang telah meninggal dunia sebelum kita.

Antara amalan yang dapat mengelakkan kita mendapat himpitan kubur ialah membaca Surah Al-Ikhlas.

Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas dan mati, dia akan diamankan dari himpitan kubur."

..Pesan Ustaz.. Sentiasalah baca Al-Qur’an. Al-Qur’an ialah makanan roh kita. Kalau tak boleh sangat baca Al-Qur’an, riba Al-Qur’an. Gerakan jari² di atas ayat² suci Al-Qur’an.

Kenapa susahnya manusia nak minta keampunan dengan Allah? sedangkan Allah menegaskan..,
Berlarilah kamu dalam meminta ampun dengan Allah.

Setiap malam sebelum tidur bacalah Surah Al-Mulk. Surah Al-Mulk boleh menyebabkan seseorang itu terlepas siksa kubur. Kata Ustaz, kalau lagu boleh hafal takkanlah Surah Al-Mulk tak boleh hafal.

Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
(An-Nasa’i).

Akhirul kalam Ustaz berpesan, beramallah semasa kita masih hidup ini sblm malaikatul maut menjemput kita..

Renungkan sebuah kubur,dahulunya penghuni kubur juga pernah hidup seperti kita.
Musahabah diri

ALZEIMER

INFO KESIHATAN

Apa itu Alzeimer?
 
Kisah Nyata

"CERITA DARI TEMAN"

Aku adalah seorang yg sudah tua ,di usia seperti aku ini, pasti banyak menanggung sakit/penyakit, tapi yang paling menguatirkan aku adalah terkena penyakit Alzeimer (kehilangan ingatan),

Bukan saja tidak boleh mengatur/merawat diri, bahkan menyusahkan sanak keluarga. Suatu hari, anakku pulang kerumah, memberitahu aku bahwa teman dia

Seorang doktor, mengajarinya satu cara gerakan SENAMAN LIDAH, konon tidak cuma bisa mencegah Alzeimer, juga bisa menurunkan:

Berat badan, hypertansi, penyumbatan pembuluh barah otak, asthma, rabun jauh, telinga mendengung, infeksi tenggorokan, infeksi bahu, insomia (sulit tidur), dan lain2.

Anakku bilang bahwa gerakannya sangat mudah, cukup dengan setiap pagi setelah membasuh muka didepan cermin, JULURKAN LIDAH dan MENARIK KEMBALI sebanyak 10X,

Selanjutnya JULURKAN LIDAH, lalu digerakan ke kanan dan kiri sebanyak 10X,

Cukup. Sejak itu aku melakukan Senaman Lidah setiap hari, menurut yg diberitahu oleh anakku. Kami melakukannya terus menerus,

Juga memperbaiki cara gerakan Senaman Lidah dari pengalaman kami, latihan bertahan lebih dari setahun, dan membuahkan hasil, tidak hanya Otak menjadi lebih jernih dan segar, rabun jauh, kepala pusing, masalah penghazaman,

Mudah penat dan lain2 yang selama ini ku derita, semuanya menjadi lebih ringan penderitaannya, badan menjadi lebih rajin dan lincah.

catatan redaksi :

Senaman Lidah mencegah penyakit Alzeimer ada dasarnya,

Dari penelitian Ilmu Kedoktoran, saraf lidah berhubungan dengan Otak Besar, saat badan kita menjadi tua dan lemah, tanda2 yg muncul terlebih dahulu adalah lidah menjadi kaku dan kadang2 lidah suka tergigit sendiri.

Maka, sering lah kita menggerakkan lidah dengan Senaman Lidah, akan menstimulasikan (memberi kejutan positive) Otak Besar kita, mencegah Otak kita mengecil, dan mencapai tujuan kita menyehatkan tubuh kita.

Kami harapkan kepada semua teman2 kami yg sudah usia lanjut sudi kiranya dengan amalan yg mudah pd setiap hari melakukannya.

Senam Lidah  ketepatan hasilnya 95% - 100%

Alangkah bahagianya kita dapat berkongsi dgn banyak kenalan kita.

"Mungkin Ada Yg Memerlukannya"

SEMOGA BERMANFAAT     Selamat mencuba!

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

Ustaz Hazri Hashim Albindany:

🌿Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini.

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendpt redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dgn dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jgn takut apa org cakap.

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur utk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

↔Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, ALlah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg ALlah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yg tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd ALlah Ta'ala, kita akan dpt pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap org !
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh drpd kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami

dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdpt byk perbahasan ulama dlm kes isteri yg kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi, kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan, atau anak2nya tiada yg menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yg menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu'alam bissawab.
Semoga bermanfaat.

Rabu, 11 Oktober 2017

RAHSIA AIR SEJUK DAN AIS


Oleh: Fadilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah.

Air sejuk dan ais mempunyai rahsia yang sangat menakjubkan dan dikira juga sebagai I'jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dapat membunuh dan mengusir syaitan, sihir yang telah sebati dalam tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar daripada badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendapat kesihatan yang baik(insya Allah). Ada satu benda tetapi banyak penyakit dalaman dan luaran dapat disembuhkan, iaitu air sejuk bersama ais.

Air bersama ais adalah ubat (dengan izin Allah) bagi penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan fizikal manusia seperti:
1. Was- was
2. Ketakutan
3. Perasaan bimbang
4. Kesedihan
5. Kegusaran
6. Kemurungan
7. Kejahatan diri
8. Panas baran
Iaitu dengan mandi air ais dan minum air ais.

Bahkan ianya merupakan ubat yang berkesan bagi penyakit yang berkaitan dengan Rheumatology, sakit sendi(saraf), iaitu dengan meminum air bersama ais walaupun di musim sejuk dan walaupun ketika dijangkiti dengan influenza, selsema dan batuk yang sangat teruk.

Untuk penyakit rheumatology, sakit kepala, pening yang teruk adalah caranya dengan kita minum air bersama ais dan mandi dengan air ais.

Sekiranya ada sebahagian anggota badan yang sakit, perkara yang kita perlu buat adalah dengan ambil seketul ais dan meletakkan ais dikawasan anggota yang kita sakit dengan mengurut anggota itu dengan ais.

Amalkanlah amalan ini setiap hari dan mandi dengan air ais, terutama ketika kita marah dan kecewa, ketika musim panas atau musim sejuk.

Ini adalah kerana syaitan berjalan didalam saluran darah manusia dan akan menyebabkan juga kesakitan dan kita tak mampu memadam syaitan melainkan dengan air ais, kerana syaitan dan jin adalah dua makhluk yang diciptakan dari api(moga- moga Allah melindungi kita dari mereka). Air sejuk dapat menyakitkan dan menghalau syaitan dari tubuh manusia.

Dan ada sekelompok wanita yang menghadiri ceramah Prof. Syeikh Abd Majid Azzindani HafizohULLAH ketika itu, menyatakan kami bersumpah dengan nama Allah!, bahawa kami telah mengamalkan perkara ini kerana mengikuti nasihat kamu pada tahun lepas wahai Syeikh dan hari ini, kami dapat lihat perbezaan yang sangat besar dan mendapat kesembuhan daripada banyak penyakit.

Firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ (41) ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (41)

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).

Dan sebagaimana doa Rasulullah SAW:

اللهم اغسلني عن الذنوب والخطايا بالماء والثلج والبرد

Ya Allah bersihkanlah diri aku daripada dosa, kesalahan dengan air, salji dan (air) sejuk.

Maha Suci Allah!!!

Kebaikan- kebaikan mandi dengan air sejuk terlalu banyak sehinggakan Allah Azza Wa Jalla telah berfirman kepada hambanya yang soleh iaitu Nabi Ayub A.S, ketika Allah mengkhendaki kesembuhan bagi hambaNya daripada penyakit,

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).

Kebaikan- kebaikan air sejuk sangat banyak yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan tidak ramai yang mengamalkannya. Bagi kami, cukuplah kisah Nabi Ayub A.S yang sembuh menggunakan air sejuk.

Kesan dan kebaikan air sejuk keatas tubuh manusia adalah:
1. Mengurangkan pembengkakan anggota
2. Menegangkan kulit dan mencegah kedutan kulit
3. Membaik pulih sistem pernafasan manusia
4. Mencergaskan

n badan dan tekanan otot jantung
5. Menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit
6. Mencergaskan kelenjar tiroid dan melambatkan keletihan badan.
7. Meningkatkan sistem nervosum, yang membantu kecepatan tindak balas manusia
8. Mencergaskan otot jantung manusia dan meningkatkan daya tahan manusia untuk menerima berita- berita yang tidak baik.
9. Mengaktifkan kelenjar pankreas dan ianya akan menghasilkan hormon insulin yang akan mempercepatkan pemprosesan gula dalam darah. Oleh sebab itu kita melihat ramai orang- orang tua yang sihat di negara besar seperti china kerana mereka sentiasa mandi secara beramai- ramai di tasik- tasik yang sejuk, yang suhunya mencapai kepada tahap sejuk beku. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan antibodi badan dan membaiki sistem organ dalaman manusia. Oleh kerana itu, janganlah kita mengabaikan penggunaan air sejuk ketika kita mandi.
10. Bagi mereka yang ada masalah was- was juga dinasihatkan untuk menggunakan air sejuk kerana ianya dapat memusnahkan sihir dan gangguan. Sebagaimana firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".

Maka ketika itu, Allah menyembuhkan nabi Ayub dengan memerintahkan hambaNya mandi dengan air sejuk.

Adapun mandi dengan air panas, Ibnu Sina menyebut:
"Air panas dapat menghasilkan kecerdasan fizikal dan tenaga manusia".
Ini adalah bagi mereka yang takut untuk mandi menggunakan air sejuk. Tetapi pada hakikatnya ketika kita sudah mandi, kita akan merasakan kesegaran badan dan saraf.

RUU 164...

20 Muharam 1439H
11 Oktober 2017M

RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI
(10 Ogos 2017)

1. Parlimen Malaysia mencatat sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang semalam. 9 Ogos 2017 akan tertulis dalam memori mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah dibahaskan selama beberapa jam di Parlimen.

2. Di pihak PAS, 13 orang Ahli Parlimennya telah mengambil bahagian dengan memberi peranan sepenuhnya membahaskan RUU 164 ini. Mereka ibarat benteng terakhir umat Islam yang mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mereka telah laksanakan amanah mereka dengan baik, dan Parlimen telah membuat keputusannya, dan yang pasti kesemua mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

3. Tidak timbul PAS hanya bersikap pilih kasih dan hanya menjadi ‘penyokong’ kerajaan UMNO-BN. Ianya jelas dan bersuluh untuk dilihat. Bagi PAS, jika sesuatu perkara itu baik untuk Islam dan negara ini, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, PAS akan menyokongnya. Sebaliknya, jika ia bertentangan dengan Islam dan rakyat di negara ini, tidak kira siapa yang mencadangkan usul ini, PAS tetap akan menentangnya. Kami ada prinsip, dan prinsip kami mudah difahami, iaitu Islam adalah matlamat tertinggi perjuangan PAS.

4. Dalam usul semalam, PAS menentang usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. PAS berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, dalam keadaan pihak pembangkang lain tidak bersatu dan bersepakat dalam menyatakan pendirian. Bahkan, ahli parlimen pembangkang sanggup pula bersekongkol dengan Ahli Parlimen BN dalam meranapkan hak umat Islam di negara ini.

5. Apa yang menyedihkan, daripada sejumlah 141 Ahli Parlimen bergama Islam, baik pihak kerajaan (UMN-BN) mahupun pembangkang, tidak ada suara yang membangkang usul ini. Lebih pelik apabila Ahli Parlimen beragama Islam dari parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaku berjuang Islam tidak turut sama mengambil bahagian dalam membantah usul ini.  Speaker Parlimen dengan mudah menolak bantahan MP PAS yang berjumlah 13 orang tanpa perlu mengundi kerana tidak cukup korum untuk membuat belah bahagi.

6. PAS ada sebab yang  kukuh untuk menentangnya, dan bukan bangkit menentang secara semberono atau untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas dan kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 dan juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan.

7. Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

8. Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

9. Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak umat Islam terlucut, ditarik, ditukar dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjgaan hak terhadap anak-anak.

10. Semoga tragedi di Parlimen pada 9 Ogos 2017 membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak boleh diharap untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah umat Islam akan terus tergadai dan terabai.  Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukan pembela Islam sejati, sebaliknya hanya menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika sempit, Islam dijulang dan ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan kalau mereka memerintah kelak, apa akan jadi kepada nasib umat Islam di negara ini?

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Selasa, 10 Oktober 2017

BELAJAR BAHASA ARAB

19 Muharam 1439H
10 Oktober 2017M

(JENIS-JENIS PEKERJAAN)

 أَنْوَاعُ الْمِهَنِ

Tentera Udara ( قُوَّاتٌ جَوِّيَّةٌ )

Tentera Laut ( قُوّأتٌ بَحْرِيَّةٌ )

Polis ( شُرْطَةٌ )

Kastam ( جُمْرُكٌ )

Pengawal Keselamatan ( حَارِسٌ )

Juruhebah ( مُذِيْعٌ )

Penari ( رَاقِصَةٌ )

Angkasawan ( رَائِدُ فَضَاءٍ )

Guru ( مُدَرِّسٌ \ مُدَرِّسَةٌ )

Ahli Sains ( الْعَالِمُ فِيْ الْعُلُوْمِ )

Jurutera ( الْمُهَنْدِسُ )

Jurutaip ( كَاتِبٌ \ كَاتِبَةٌ )

Tukang Paip ( حَنَفِيٌّ )

Pelukis ( رَسَّامٌ )

Tukang Kasut ( سَكَّافٌ )

Atendan ( مُشْرِفٌ )

Ahli Bomba ( رِجَالُ الْمُطَافِئِ )

Jurujual ( بَائِعٌ )

Tukang Jahit ( خَيَّاطٌ )

Penoreh Getah ( مَطَّاطٌ )

Tukang Jam ( سَاعَتِيٌّ )

Doktor ( طَبِيْبٌ )

Hakim ( حَاكِمٌ )

Peguam ( مُحَامٍ )

Wartawan ( صَحَفِيٌّ \ صَحَفِيَّةٌ )

Jurugambar ( مُصَوِّرٌ )

Petani ( مُزَارِعَةٌ )

Pelawak ( مُهَرِّجٌ )

Pelayan ( نَادِلٌ )

Operator Telefon ( عَامِلُ التِّلِفُوْنِ )

Jururawat ( مُمَرِّضَةٌ )

Tukang Kayu ( نَجَّارٌ )

Posmen ( مُوَزِّعُ الْبَرِيْدِ )

Penyanyi ( مُطْرِبٌ \ مُطْرِبَةٌ )

Tukang Gunting ( حَلاَّقٌ )

Pensyarah ( مُحَاضِرَةٌ )

Mekanik ( مِيْكَانِيْكِيٌّ )

Nelayan ( صّيَّادُ الْأَسْمَاكِ )

Drebar ( سَائِقٌ )

Askar ( جَيْشٌ )

Arkitek ( مُهَنْدِسُ الْعِمَارَةِ )

MAHU BEREHAT DI MANA?

19 Muharam 1439H
10 Oktober 2017


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِيٍّ الأَنْصَارِيِّ، أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ، فَقَالَ: «مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا المُسْتَرِيحُ وَالمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: «العَبْدُ المُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ، وَالعَبْدُ الفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ العِبَادُ وَالبِلاَدُ، وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ»
Daripada Abi Qatadah bin Rib’I al Ansori bahawa dia menceritakan bahawa nabi SAW dibawa pergi di hadapan baginda SAW satu jenazah, lalu baginda SAW bersabda ada maya  yang berehat dan ada mayat  yang penat. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah, apa maksud mayat  yang berehat  dan mayat yang penat?

Bagainda SAW bersabda hamba mukmin ( apabila mati ) berehat daripada kepenatan dunia dan kesukaran yang dihadapinya ketika mencari rahmah Allah. Manakala hamba yang jahat pula apabila dia mati, orangramai, negeri, pokok dan binatang berehat dari kejahatannya ( dia pula penat di dalam kubur).(HR: Bukhari)

Hadis di atas secara jelas memberitahu bahawa ada mayat yang berehat dan mayat yang penat.

Mereka yang  penat di sini dan berehat di dalam kubur dia bahagia, manakala mereka yang penat di alam kubur , dia sengsara.

Kita bagaimana?

Di antara doa baginda SAW sebagaimana riwayat Muslim:

وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Jadikanlah kehidupan ini tempat menambah kebaikan dan kematian sebagai kerehatan dari segala kejahatan.

Isnin, 9 Oktober 2017

BENTENG DIRI...

18 Muharam 1439H
09 Oktober 2017M

Membentengi Diri Daripada Gangguan Syaitan / Jin Sesuai Al-Quran dan As-Sunnah Yang Sahih.

Pencegahan Umum

1) Bersihkan diri daripada segala keyakinan dan amalan yang boleh merosakkan akidah seperti syirik, khurafat dan tahyul. Contoh amalan-amalan syirik yang masyhur dalam masyarakat kita:

a) Memakai tangkal / azimat. Ini termasuklah azimat yang menggunakan ayat-ayat al-Qur’an.

b) Meminta dan berdoa kepada selain Allah seperti jin, orang yang telah mati, kuburan dan seumpama.

c) Berjumpa dengan bomoh, dukun dan seumpama.

d) Meyakini adanya selain Allah yang berkuasa mendatangkan mudarat dan manfaat, menentukan sial dan nasib baik, menghubungkan jodoh, memberi rezeki dan sebagainya.

2. Mengerjakan ibadah-ibadah wajib seperti solat lima waktu, puasa di bulan ramadan dan seumpama.

3. Banyakkan berzikir kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa harian yang diajarkan oleh Rasulullah menerusi sunnah-sunnahnya yang sahih seperti doa sebelum dan selepas memasuki tandas, doa sebelum tidur, doa sebelum makan dan sebagainya.

4. Sentiasalah menjaga kebersihan diri, pakaian dan makanan. Ingatlah Allah dan para malaikat amat suka kepada kebersihan sementara Syaitan amat suka kepada kekotoran.

Zikir-Zikir Harian

1. Lazimkan membaca surah al-Baqarah di rumah kerana Syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan surah al-Baqarah. Sabda Nabi: "Janganlah jadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah." [Shahih Muslim, no. 780]

2. Setiap kali hendak membuka atau menutup pintu rumah, bacalah ‘bismillah’ kerana Syaitan tidak akan dapat membuka pintu-pintu yang telah dikunci dengan menyebut nama Allah." [Shahih Muslim, no. 2012]

3. Sebelum hendak tidur, ambillah air wudhuk dengan sempurna dan bacalah ayat al-Kursi. Sesiapa yang melakukannya, maka dia akan sentiasa berada dalam jagaan Allah dan Syaitan tidak akan mampu mendekatinya sehinggalah waktu pagi. [Shahih Al-Bukhari, no. 2311]

4. Amalkanlah zikir di bawah ini setiap pagi dan petang, masing-masing sebanyak tiga kali (3x). Insha Allah tidak ada sesuatu pun yang berupaya mendatangkan merbahaya kepada pengamalnya." [Shahih Ibnu Majah, no. 3120]

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهَوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.

Bismillaa-hil ladzii laa yadhurru ma’as mihi syai-un fil ‘ardhi walaa fis samaa-e wahuwas samii-‘ul ‘aliim

(Dengan nama Allah yang bersama-Nya tidak ada sesuatu jua yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui).

5. Apabila memasuki sesuatu kawasan seperti bangunan, rumah yang ditinggalkan kosong, hutan atau apa sahaja tempat yang menyeramkan, bacalah doa di bawah ini sebanyak 3 kali. Orang yang mengamalkannya akan sentiasa berada dalam jagaan Allah sehinggalah dia keluar dari kawasan tersebut. [Shahih Muslim, no. 2708]

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.

A-‘uudzu bikalimaa tillaa hit taam-maa-ti min syarri maa kholaq.

(Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya).

6. Bacalah zikir berikut sebanyak 10 kali setelah menunaikan solat Subuh dan Maghrib.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Laa ilaaha illallooh wahdahu laa syarii kalahu, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyii wayumii-tu, wahuwa ‘alaa kulli syai-in qodiir.

(Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu).

Orang yang mengamalkan zikir di atas akan dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan 10 kejahatan, diangkat 10 darjat dan dilindungi Allah dari setiap keburukan dan godaan Syaitan. [Shahih At-Targhib wa At-Tarhib, no. 474]

Syarat Mujarab Zikir dan Doa

1. Ikhlaskan niat dalam melaksanakan apa jua urusan ibadah kepada Allah. Lawan kepada ikhlas ialah riya’, iaitu melakukan ibadah atau amal kebaikan hanya kerana inginkan pujian dan sanjungan daripada orang lain. Syaitan menjelaskan bahawa dia tidak akan mampu menyesatkan hamba-hamba Allah yang ikhlas dalam beribadah kepada-Nya.[Surah Al-Hijr, ayat 40]

2. Amalkanlah doa dan zikir di atas dengan penuh tumpuan, yakin dan tawakkal kepada Allah. Dengan memenuhi syarat ini, insya Allah kita akan sentiasa berada dalam jagaan Allah dan Syaitan tidak memiliki sebarang kekuasaan ke atas diri kita. [Surah An-Nahl, ayat 99]

3.  Elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang menjadi kesukaan Syaitan seperti melakukan amalan-amalan Syirik,  meninggalkan ibadah-ibadah wajib, mendedahkan aurat dan sebagainya.[Surah An-Nahl, ayat 100]

4. Yakinlah bahawa Syaitan itu adalah makhluk yang lemah dan ia tidak mampu memudaratkan manusia tanpa izin Allah semata-mata.[Surah An-Nisa’, ayat 76]

LIMA MACAM PAHALA BERSEDEKAH

18 Muharam 1439H
09 Oktober 2017M
_____________

ذكر السيوطي في خماسيه
أن ثواب الصدقة خمسة أنواع : واحدة بعشرة وهي على صحيح الجسم ، وواحدة بتسعين وهي على الأعمى والمبتلي ، وواحدة بتسعمائة وهي على ذي قرابة محتاج ، وواحدة بمائة ألف وهي على الأبوين ، وواحدة بتسعمائة ألف وهي على عالم أو فقيه اهـ

(كتب بغية المسترشدين)


Al-Imam Suyuti menuturkan perihal pahala sedekah di dalam salah satu kitabnya,
bahwasanya pahala bersedekah ada lima kategori :

(1) Satu di balas sepuluh (1 : 10) yaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.

(2) Satu di balas sembilan puluh (1 : 90) yaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.

(3) Satu di balas sembilan ratus (1 : 900) yaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat memerlukan.

(4) Satu di balas seratus ribu (1 : 100.000) yaitu sedekah kepada kedua orang tua dan.

(5) Satu di balas sembilan ratus ribu (1 : 900.000) yaitu bersedekah kepada orang yg alim atau ahli fiqih.

(Kitab Bughyatul-Musytarsyidin)

Ahad, 8 Oktober 2017

Secebis SYIAH..Kenalilah...

17 Muharam 1439H
08 Oktober 2017M

Jangan kamu disesatkan oleh Syiah..Sesat lagi menyesatkan
Kenapakah Syiah memuji dan menyucikan Saidina Al Husin sahaja, tidak pula kepada anak-anak Saidina Ali yg lain?
Adakah kamu pernah bertanya kepada dirimu tentang perkara ini?
Adakah kamu pernah berasa hairan dgn perkara ini sebelum ini?
Inilah satu maklumat yg akan mengejutkan kamu, mengejutkan kebanyakan orang Islam di alam ini dan mengejutkan syiah arab khususnya.

Sebelum saya menjawab soalan ini, sila ambil maklumat tentang anak-anak Saidina Ali Bin Abi Tholib RA:

Anak-anaknya ialah :
1- Al Hasan Bin Ali  Bin Abi Tholib
2- Al Husain Bin Ali
3- Al Muhsin Bin Ali
4- Al Abbas Bin Ali
5- Hilal Bin Ali
6- Abdullah Bin Ali
7- Jaafar Bin Ali
8- Uthman Bin Ali
9- Ubaidillah Bin Ali
10-Abu Bakar Bin Ali
11- Umar Bin Ali

Adakah kamu pernah lihat bendera syiah ditulis ke atasnya WAHAI HASAN contohnya? atau ditulis WAHAI MUHSIN atau WAHAI ABBAS? Pastinya kamu tidak pernah lihat.
Baiklah, kenapa diseru dengan kalimah YA HUSIN sahaja? Kenapakah berlaku tawasul hanya dengan Al Husin? sedangkan diketahui bahawa Al Hasan saudara seibu dan sebapa Al Husin. Bapa mereka ialah Saidina Ali dan ibu mereka Saidina Fatimah dan kedua-dua mereka adalah Ahli Bait ???
Adakah kamu pernah bertanya diri kamu tentang perkara ini wahai orang arab dan wahai syiah arab???
Sebelum saya menjawab soalan ini, sila ambil maklumat ini.
Adakah kamu tahu bahawa imam-imam 12 di sisi Rofidhoh semuanya keturunan Al Husain sedangkan syiah mengagungkan  Al Husin tidak Al Hasan???

Semua ini berlaku kerana Al Husin berkahwin dengan seorang perempuan Parsi Iran iaitu anak kepada Raja Kisro Yazdajurd . Puterinya bernama Syahiznah yg menjadi tawanan orang Islam ketika kekalahan empayar Parsi dan Kisro mereka yg bernama Yazdajird dibunuh.

Khalifah Umar telah menghadiahkan kepadanya salah seorang daripada puteri kisro yg bernama Syahiznah kepada Al Husin dan beliau telah mengahwininya selepas puteri itu memeluk Islam. Dengan sebab inilah syiah amat mengagungkan  Al Husin dan semua imam mereka kerana semua imam mereka drp cucu cicit Syahiznah keturunan Parsi. Sebenarnya mereka bukan mengasihi Ahli Bait Nabi yg berketurunan Arab.

Sebenarnya mereka mengasihi Ahli Bait Kisro Parsi datuk kepada semua imam syiah 12 mereka. Mereka amat mengasihi anak cucu Al Husin yg berdarah Parsi dan raja Parsi, bukan mereka mengasihi datuk Saidina Al Husin iaitu Nabi SAW.

Imam Ibnu Kathir pernah menyebutkan di dalam kitabnya Al Bidayah Wal Nihayah Juz 9, peristiwa tahun 61 hijrah di dalam menterjemahkan diri Saidina Al Husin Bin Saidina Ali RA.
Ibnu Khulkan berkata: Ummu Salamah Binti Yazdajard iaitu raja terakhir parsi.
Al Zamakhsyari menyebutnya di dalam kitab Rabie Al Abrar bahawa Yazdijard memiliki 3 orang anak yg ditawan pada zaman pemerintahan Saidina Umar Bin Al Khattab. Salah seorang daripadanya telah berkahwin dengan Abdullah Bin Umar dan melahirkan Salim. Anak yg kedua berkahwin dgn Muhammad bin Abu Bakar Al Siddiq dan melahirkan Al Qosim. Anak yg terakhir berkahwin dgn Al Husin bin Ali dan melahirkan Ali Zainul Abidin.

Semua imam yang disucikan oleh Syiah dan diangkat mereka itu kpd peringkat nabi yg maksum adalah anak cucu Al Husin  sahaja melalui perkahwinannya dengan isterinya berketurunan Parsi. Keseluruhan imam 12 adalah berketurunan Parsi.

Mereka mencintai Al Husin dan semua imam syiah kerana mereka katakan: Terdapat pada mereka urat dan darah Parsi dan mereka zuriat Raja Parsi.

Serulah semua manusia agar mereka mengetahui bahawa Syiah mencintai Ahli Bait Kisra Yazdajird Kisro Parsi dan bukan Ahli Bait Nabi SA

REZEKI... TAWAKKAL lah...

17 Muharam 1439H
08 Oktober 2017M

Kata Syeikhuna Al Alim Allamah TG Syeikh Dr. Khaleel Ismael Elias Hfzh:

الرزق أشد طلبا للعبد من أجله

Rezeki yang memburu seseorang hamba itu mengatasi ajalnya sendiri yang memburunya.

Kata Syeikhuna lagi :

Binatang liar ketika mana mereka keluar rumah dalam keadaan perut kosong, tetapi apabila mereka pulang masing2 mendapat rezeki dalam keadaan perut kenyang.

Manusia itu kadang2 mereka keluar mencari rezeki, tetapi pulang dgn tangan kosong, tanpa mendapat rezeki yg diharapkan.

Mengapa begitu? Tanya Syeikhuna.

Syeikhuna menjelaskan bahawa Guru beliau Hadratus Syeikh  menjelaskan bahawa binatang2 itu lebih bertawakkal kepada Allah berbanding manusia. Org yg bertawakkal kpd Allah, rezekinya dijamin oleh Allah swt.

Lalu Syeikhuna ditanya, bagaimana menghasilkan tawakkal dalam diri?

Jawab Syeikhuna : dengan mendampingi ahli tawakkal yg zahirnya berusaha dgn mengambil segala asbab akan tetapi hati dan harapnya diletakkan pada Allah.


# ilmu dan kesihatan tidak dapat dinilai dgn harta seisi dunia sekalipun ( Syeikhuna Dr. Khaleel Ismael Elias Hfzh menaqalkan kata Syeikhnya)

Sabtu, 7 Oktober 2017

Hang mai LOQSTAQ kepala hang aku putaq...

16 Muharam 1439H
07 Oktober 2017M

Ronda-ronda Aloq Staq...Cari tempat makan hat POWER...

1. Restoren Pumpong ( next to KMC)

2. Restoren Pokok Pisang ( Jln Suka Menanti JPJ)

3. Restoren 7-Kawah ( sekolah Gunong)

4. Warung Itik (trafic light Jln Gangsa..OCBC)

5. Sham Roti Dol (petronas gunung)...b/fast

6. Restoren Gulai Kpg (next to Sham above)

7. Nasi Kandar Ali (opposite Mosque Pantai Johor)

8. Mee Kamal (anak bukit)

9. Apom Balik, Pulut Sambal, Pulut Inti .... Pasar Opposite Flat Simpang Kola

10. Mee Sup (Opposite hotel sentosa Jln Putra)

11. Mee sup & ABC ( behind Balai Polis Spg 4)

12. Cucoq Udang ( holiday villa hotel)

13. Ikan Bakar (Mona KOMA...Kuala Perlis)

14. Nasi Lemak 3000 bungkus......ada cop Mak Ngah (-Pagi Petronas Tg Bendahara - Malam Opposite Bgn UMNO Lama)

15. Gulai ikan Temenung Kuala Kedah

16. Laksa teluk kecai...

17. Restoran Anjong Kola...panorama cantik

18. Gulai temenung panas..seberang kota

19. Kelasi Cafe...sebelah masjid abd rahman putra jln kola kedah

20. Bang Li ikan bakar...jln batas paip.

21. Laksa special...depan marina harbour

22. Ed Cafe - Jalan Sultanah

23. Restoran tepi Menara Zakat (air free)

24. Restoran masakan Kg. Tok Jamat

25.  Gemilang Cafe - Jalan Hutan Kampung

26. Mee Udang Berasap - Jalan Bukit Pinang

27. Koteow Iman - Jalan Sultanah Sambungan (Mergong)

28. Cendoi buah dpn pacific star prade

29. Mat cucuq udang medan selera pknk dan pasar mlm jln putra..

30. Warung klasik peknga alor janggus

31. Mee Abbas...simpang batas paip. Kuala Kedah

32. Nasi Kandar Cahaya..simpang batas paip

33. Mak Jah Gulai Temenung.....masakan betoi2 kg....simpang batas paip

34. DBoat Jerot....jln batas paip.

35.Rojak Hong Kong, Sg Petani..hadapan Parkson Taman Sejati Indah.

Jumaat, 6 Oktober 2017

PESANAN buat MUSLIMAH....

15 Muharam 1439H
06 Oktober 2017M

Pesan Dr. sheikh Khaleel Ismael Elias utk para isteri dan suami

Nilai suami di hadapan isteri

Secara ringkasnya, syeikhuna mnyatakan tentang kepentingan dan martabat seorang suami di hadapan isterinya.

Tabiat perempuan kebiasaannya, apabila sudah berkeluarga dan mempunyai anak, mereka akan lebih memberikan tumpuan kepada anaknya daripada suaminya, secara tidak sedar yang dia kurang perhatian terhadap suaminya. Dan perkara ini akan disedari oleh isteri apabila anak2 sibuk dengan keluarga mereka sendiri, dan apabila suami telah meninggal. Dari situlah si isteri sedar bahawa suaminya itu yg paling bernilai dalam hidupnya. Oleh itu, syeikhuna menasihati para2 suami supaya mengajarkan perkara ini kepada isteri mereka dengan lemah lmbut, dgn melebihkan suami drpd anak2... Tidak salah mnumpukn perhatian kepada anak, namun jgn disisihkan suami disebabkan anak2, kerana anak2 akan meninggalkan kita, dan yg hanya tinggal adalah si suami yg sanggup menemani isterinya dlm hidup...

Wallahu A'alam

Khamis, 5 Oktober 2017

CELAKA KAN SAHABAT RASULULLAH...maka CELAKA lah dirimu

14 Muharam 1439H
05 Oktober 2017M

قال النووي -رحمه الله- في شرح صحيح مسلم:
واعلم أن سب الصحابة رضي الله عنهم حرام من فواحش المحرمات ، سواء من لابس الفتن منهم وغيره ، لأنهم مجتهدون في تلك الحروب ، متأولون كما أوضحناه في أول فضائل الصحابة من هذا الشرح .

Kata Imam Nawawi ketika mensyarahkan Sohih Muslim : Ketahuilah bahawa perbuatan mencela sahabat merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang haram.
سئل الامام أحمد عمَّن شتم أصحاب النبي - صلى الله عليه وسلم -؟ قال: "القتل أَجْبُنُ عنه، ولكن أضربه ضربًا نكالاً".
افتى الامام احمد بضرب من يشتم الصحابة ضربا قويا

وقال : ما لهم ولمعاوية إذا رأيت أحدًا يذكر أصحاب رسول الله - صلى الله عليه وسلم – بسوء، فاتَّهِمْهُ على الإسلام".

Imam Ahmad telah ditanya tentang perihal orang yang mencela para sahabat Nabi saw, beliau menjawab:
Dia tidak berhak untuk dibunuh, tetapi aku memukulnya sebagai pukulan yang memberi pengajaran kepadanya.

Imam Ahmad mengeluarkan fatwa dengan memukul orang yang mencela sahabat Nabi saw dengan pukulan yang kuat, seraya berkata:
Siapa mereka dengan Muawiyah, jika aku nampak orang yang memburuk-burukkan para sahabat Nabi saw, maka tuduhlah dia atas Islam.

قال مالك: "من شتم النبي - صلى الله عليه وسلم - قُتل، ومن شتم أصحابه أُدِّب".
هذا قول الامام مالك والامام احمد
كيف يتجرأ الناس على اصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم...
اللهم قنا شر الفتن ما ظهر منها وما بطن

Kata Imam Malik: Sesiapa yang mencela Nabi saw, hendaklah dia dibunuh, dan sesiapa yang mencela sahabatnya saw, maka berikan pengajaran padanya.

Ini adalah kata-kata Imam Malik dan Imam Ahmad. Bagaimana manusia berani berbuat begitu terhadap sahabat Rasulullah saw?
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada keburukan fitnah-fitnah itu, apa yang zahir daripadanya ataupun yang tersembunyi di dalamnya.

قال القاضي أبو يعلى الموصلي: "الذي عليه الفقهاء في سب الصحابة: إن كان مُسْتَحِلاًّ لذلك كفر، وإن لم يكن مستحلاًّ فسق ولم يكفر، سواء كفَّرهم أو طعن في دينهم مع إسلامهم".

Al Qadhi Abu Ya'ala Al Mousili telah berkata:
Antara hukum yang telah ditetapkan oleh ulamak-ulamak feqah dalam masalah mencela sahabat Nabi saw: Jika seseorang itu menghalalkan perbuatan tersebut, maka dia menjadi kafir, dan jika dia melakukannya tetapi dia tidak bermaksud menghalalkan perbuatan tersebut, maka dia menjadi fasiq, dan tidak menjadi kafir, samada dia mengkafirkan kesemua sahabat Nabi, ataupun dia mencemarkan agama mereka dengan Islam mereka.

روى الامام الخلال ان الامام احمد بن حنبل رحمه الله سئل عن رجل انتقص معاوية وعمرو بن العاص أيقال له رافضي؟ فقال: إنه لم يجترئ عليهما إلا وله خبيئة سوء، ما انتقص أحد أحدا من أصحاب رسول الله إلا له داخلة سوء، قال رسول الله: خير الناس قرني.

Diceritakan oleh Al Imam Al Khilal, bahawa Imam Ahmad Bin Hanbal rhm ditanya tentang orang yang memperlekehkan Muawiyah dan Amru bin Al Ash, adakah dia dipanggil puak rafidhah? Lalu Imam Ahmad menjawab: Dia tidak akan berani terhadap mereka berdua melainkan dia mempunyai niat jahat yang tersembunyi, tiada seorang pun yang memperlekehkan walau seorang sahabat Nabi pun melainkan dia mempunyai niat jahat, Sabda Rasulullah saw: Sebaik-baik manusia ialah kurunku.

الامام احمد يبين لنا انه ما من احد انتقص من اصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم الا وفي قلبه ظلمة وسوء نية

Imam Ahmad menerangkan kepada kita bahawa tiada seorang pun yang memperlekehkan sahabat Nabi melainkan di dalam hatinya ada kegelapan dan niat yang jahat.

اللهم احفظ قلوبنا من النفاق والسنتنا من سوء الادب

Ya Allah peliharalah hati kami daripada kemunafikan dan juga lidah kami daripada adab yang buruk.


روى ابن عساكر في « تاريخ دمشق » والآجري في « كتاب الشريعة »
بنحوه من طريق قتادة عن الحسن قال : قلت يا أبا سعيد :
إنا ناساً يشهدون على معاوية وذويهم أنهم في النار .
فقال : لعنهم الله وما يدريهم أنهم في النار .
وجاء عند ابن عساكر بنحوه من طريق آخر ورجاله ثقات بلفظ :
« قيل للحسن : يا أبا سعيد , إن ههنا قوماً يشتمون أو يلعنون معاوية وابن الزبير . فقال : على أولئك الذين يلعنون لعنة الله » .

Diceritakan oleh Ibnu Asakir di dalam kitab (Tarikh Dimasyq), dan juga diceritakan oleh Al Ajiri di dalam kitabnya (Kitab As Syariah) sepertinya, daripada Qatadah, daripada Al Hasan (Al Hasan Al Basri), dia berkata: Aku berkata: Wahai Abu Said, Sesungguhnya ada segolongan manusia yang mengaku terhadap Muawiyah dan kaum kerabatnya bahawa mereka semua masuk neraka. Maka Abu Said berkata: Laknat Allah ke atas mereka, mereka tidak tahu bahawa mereka masuk neraka.

Dan diberitakan oleh Ibnu Asakir dan yang seumpama dengannya melalui riwayat yang lain, dan rijalnya semuanya siqah, dengan lafaz:
Dikatakan kepada Al Hasan: Wahai Abu Said, sesungguhnya disini ada satu kaum yang mencela atau melaknat Muawiyah dan Ibnu Zubir. Maka Al Hasan pun berkata: Laknat Allah ke atas orang yang melaknat mereka.

وروى الخطيب البغدادي في « تاريخه » وابن عساكر في « تاريخ دمشق »
عن الربيع بن نافع الحلبي رحمه الله قال : معاوية ستر لأصحاب محمد صلى الله عليه وسلم ، فإذا كشف الرجل الستر اجترأ على ما وراءه

Dan Al Khatib Al Baghdadi menceritakan di dalam kitab (Tarikh), dan juga Ibnu Asakir dalam (Tarikh Dimasyq), daripada Ar Rabi'e bin Nafi'e Al Halabi rhm, dia berkata: Muawiyah adalah penutup bagi para sahabat Muhammad saw, jika ada seseorang yang membuka penutup itu, maka dia berani untuk melihat apa yang disebaliknya.

المقصود انهم يبدؤون بطعن سيدنا معاوية رضي الله عنه من اجل ان يفتحوا بعد ذلك باب الطعن على باقي الصحابة رضي الله عنهم اجمعين

Maksudnya mereka memulakan dengan memburukkan Sayidina Muawiyah ra untuk membuka pintu untuk memburuk-burukkan sahabat Nabi saw yang lain selepas itu.

وروى ابن عساكر في « تاريخ دمشق » من طريق محمد بن مسلم عن إبراهيم بن ميسرة قال : ما رأيت عمر بن عبدالعزيز ضرب إنساناً قط إلا إنساناً شتم معاوية فإنه ضربه أسواطاً .

Dan diceritakan oleh Ibnu Asakir dalam kitabnya (Tarikh Dimasyq), daripada Muhammad bin Muslim bin Ibrahim bin Maisarah, dia berkata:
Aku tidak pernah melihat Umar bin Abdul Aziz memukul orang walaupun sekali, melainkan orang yang mencela Muawiyah, maka dia memukulnya dengan cemeti.

ما ضرب سيدنا عمر بن  عبدالعزيز احدا الا رجلا واحدا بسبب انه شتم سيدنا معاوية .. فلو عاش سيدنا عمر بن عبدالعزيز في زماننا لكان ضرب كثيرا ممن يسمون انفسهم العلماء

Sayidina Umar bin Abdul Aziz tidak pernah memukul sesiapa melainkan seorang lelaki sahaja, disebabkan dia mencemuh Sayidina Muawiyah. Kalaulah Sayidina Umar bin Abdul Aziz masih hidup dalam zaman kita, pasti beliau akan memukul ramai orang yang menggelarkan diri mereka ulamak.

قال القاضي عياض رحمه الله في كتابه « الشفاء في حقوق المصطفى صلى الله عليه وسلم » قال مالك رحمه الله :
« من شتم النبي صلى الله عليه وسلم قتل ، ومن شتم أصحابه أُدِّب » .

Qadhi Iyadh berkata dalam kitabnya (As Syifa Fi Takrifi Huquq Al Mustofa):
Kata Imam Malik: Sesiapa yang mencela Nabi Saw, maka bunuhlah dia, dan sesiapa yang mencela sahabat, berikanlah dia pengajaran.

وقال أيضاً : « من شتم أحداً من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم :
أبا بكر أو عمر أو عثمان أو علي أو معاوية أو عمرو بن العاص فإن قال : كانوا على ضلال وكفر قتل ، وإن شتمهم بغير هذا من مشاتمة الناس نكل نكالاً شديداً » .

Dan katanya lagi: Sesiapa yang mencemuh seorang daripada sahabat Nabi saw: Abu Bakar, Umar, Osman, Ali, Muawiyah, ataupun Amru bin Al Ash, jika dia kata: mereka semua sesat dan kafir, maka bunuhlah dia. Jika celaannya selain daripada itu, maka berikanlah hukuman yang tegas.

قال الامام الخلال في كتاب « السنة » : أخبرني محمد بن أبي هارون ومحمد بن جعفر أن أبا الحارث حدثهم قال : وجهنا رقعة إلى أبي عبدالله ما تقول رحمك الله فيمن قال : لا أقول : عن معاوية كاتب الوحي ، ولا أقول إنه خال المؤمنين ، فإنه أخذها بالسيف غصباً ؟ قال أبو عبدالله : هذا قول سوء رديء ، يجانبون هؤلاء القوم ولا يجالسون ، ونبين أمرهم للناس . وسنده صحيح .

Kata Imam Al Khilal dalam kitab (As Sunnah):
Aku diberitahu oleh Muhammad Bin Abi Harun, dan Muhammad bin Ja'afar, bahawa Abu Al Harith berbual dengan mereka, katanya: Kami mengirimkan surat kepada Abu Abdullah, kamu tidak mengatakan Semoga Allah merahmati kamu bagi orang yang mengatakan: aku tidak mengatakan tentang Muawiyah penulis wahyu, dan aku tak katakan bahawa dia adalah bapa saudara bagi orang mukmin, jadi dia mengambil gelaran tersebut dengan pedang secara merompak?
Kata Abu Abdillah: Ini adalah kata yang keji lagi buruk, hendaklah mereka menjauhi kaum itu, dan jangan duduk bersama mereka, dan kami akan terangkan tentang mereka kepada manusia.

يعني امثال هولاء لا يجالسون ولا نستمع اليهم ولا يجوز ان نأخذ العلم عنهم

Yakni orang-orang seperti mereka, janganlah kita duduk dengam mereka, jangan dengar apa-apa daripada mereka, dan tidak boleh mengambil ilmu daripadanya.
Sanadnya adalah soheh.

وروى ايضا قال : كنت أو حضرت أو سمعت أبا عبدالله وسأله رجل : يا أبا عبدالله لي خال ذكر أنه ينتقص معاوية وربما أكلت معه فقال أبو عبدالله مبادراً : لا تأكل معه . وسنده صحيح .

Dan diceritakan olehnya juga, dia berkata: Aku berada, atau aku hadir, atau aku mendengar Abu Abdillah, ada seorang lelaki bertanya kepadanya: Wahai Abu Abdullah, aku mempunyai seorang ayah saudara yang menyebut  bahawa dia memperlekehka Muawiyah, dan kadang-kadang aku makan bersamanya. Maka kata Abu Abdullah: Jangan kamu makan bersamanya.
Dan sanadnya soheh.

وفي مسائل ابن هانيء النيسابوري قال سمعت أبا عبدالله يسأل عن الذي يشتم معاوية أيصلي خلفه ؟ قال : لا , لا يصلى خلفه ولا كرامة .

Dan dalam perihal Ibnu Hani An Naisaburi, dia berkata:
Aku mendengar Abu Abdullah ditanya tentang orang yang mencela Muawiyah, adakah boleh solat di belakangnya? Kata Abu Abdullah: Tidak boleh, tidak boleh solat di belakangnya dan tiada kemuliaan baginya.

بَوَّب البخاري - رحمه الله- في صحيحه: باب ذكر معاوية -رضي الله عنه- (كتاب فضائل الصحابة) ، وفيه:

- عن ابن أبي مليكة قال: أوتر معاوية بعد العشاء بركعة وعنده مولى لابن عباس، فأتى ابن عباس، فقال:
(دعه فإنه قد صحب رسول الله - صلى الله عليه وسلم-) البخاري (3553)

Imam Al Bukhari membuat satu bab di dalam Sohehnya: Bab yang menyebut perihal Muawiyah ra (Kitab Fadhailus Sahabah), di dalamnya:
Daripada Ibnu Abi Malikah, dia berkata: Muawiyah melakukan solat witir selepas solat Isyak sebanyak satu rakaat, dan di sebelahnya adalah hamba bagi Ibnu Abbas. Maka Ibnu Abbas pun datang dan berkata:
Biarkan dia, sesungguhnya dia bersahabat dengan Nabi saw. Al Bukhari (3553)

- عن ابن أبي مليكة قيل لابن عباس: هل لك في أمير المؤمنين معاوية فإنه ما أوتر إلا بواحدة. قال:
( أصاب إنه فقيه ) البخاري (3554)

Daripada Ibnu Abi Malikah, dikatakan kepada Ibnu Abbas: Adakah bagi kamu pandangan terhadap perbuatan Amirul Mukminin Muawiyah, kerana dia tidak melakukan solat witir melainkan satu rakaat sahaja. Kata Ibnu Abbas: Dia betul, sesungguhnya dia adalah seorang faqih.
Al Bukhari (3554)
قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-:( لا تسبوا أصحابي، لا تسبوا أصحابي، فوالذي نفسي بيده لو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا ما أدرك مُد أحدهم ولا نصيفه) صحيح مسلم (2540)- باب تحريم سب الصحابة رضي الله عنهم

Sabda rasulullah : jangan kalian cela para sahabatku, jangan kalian cela para sahabatku. Maka sesungguhnya demi diriku yang berada dalam kekuasaan tuhanku, sekiranya salah seorang daripada kamu bersedekah dengan emas sebesar gunung uhud sekali pun, tidak dapat menyamai secupak harta yang mereka sedekahkan dan tidak pula setengahnya. Sohih Muslim (2540) - Bab Larangan Mencela Sahabat R.A.
قوله صلى الله عليه وسلم : ( لا تسبوا أصحابي فوالذي نفسي بيده لو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا ما أدرك مد أحدهم ولا نصيفه ) ...ومعناه لو أنفق أحدكم مثل أحد ذهبا ما بلغ ثوابه في ذلك ثواب نفقة أحد أصحابي مُدّا ، ولا نصف مد

Sabda Rasulullah : Jangan kalian mencela para sahabatku, maka sesungguhnya demi diriku yang berada dalam kekuasaan tuhanku, sekiranya salah seorang daripada kamu bersedekah dengan emas sebesar gunung uhud sekalipun,tidak dapat menyamai secupak harta yang mereka sedekahkan dan tidak pula setengahnya. Dan maksudnya ialah sekiranya salah seorang dari kalian menyedekahkan emas sebesar gunung uhud sekalipun, maka tidak akan menyamai pahala kalian dengan pahala secupak harta yang disedekahkan sahabatku, dan tidak pula setengahnya.
 ... وسبب تفضيل نفقتهم:
- أنها كانت في وقت الضرورة وضيق الحال ، بخلاف غيرهم
- ولأن إنفاقهم كان في نصرته -صلى الله عليه- وسلم وحمايته ، وذلك معدوم بعده ، وكذا جهادهم وسائر طاعتهم ، وقد قال الله تعالى : ( لا يستوي منكم من أنفق من قبل الفتح وقاتل أولئك أعظم درجة) الآية
- هذا كله مع ما كان في أنفسهم من الشفقة والتودد والخشوع والتواضع والإيثار والجهاد في الله حق جهاده ، وفضيلة الصحبة - ولو لحظة- لا يوازيها عمل ، ولا تنال درجتها بشيء ، والفضائل لا تؤخذ بقياس ، ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء .

Dan sebab dilebihkan sedekah sahabat: Sesungguhnya sedekah mereka itu ketika waktu darurat dan sempit keadaannya, tidak seperti mereka yang terkemudian. Dan sesungguhnya sedekah mereka itu adalah demi menolong Rasulullah dan melindungi baginda, dan hal ini sudah tiada selepas kewafatan baginda. Dan demikian jua jihad mereka dan sekalian amal ketaatan mereka. Allah berfirman : Tidak sama di antara kamu, orang yang menginfakkan hartanya di jalan allah dan berperang sebelum penaklukan (makkah). Mereka lebih tinggi darjatnya  daripada orang-orang yang menginfakkan hartanya dan berperang setelah itu.
 الذين يسبون الصحابة رضي الله عنهم سيغضب عليهم رسول الله صلى الله عليه وسلم وسيكون خصمهم يوم القيامة  لانه صلى الله عليه وسلم يحب اصحابه الذين اختارهم الله له

Dan baginda sangat marah kepada mereka yang mencela sahaba baginda. Dan baginda akan menjadi lawan bagi mereka pada hari akhirat, kerana baginda amat mencintai para sahabat yang Allah telah khususkan mereka buat baginda.
 قال القاضي : وسب أحدهم من المعاصي الكبائر .
ومذهبنا ومذهب الجمهور أنه يعزر ، ولا يقتل .
وقال بعض المالكية : يقتل .

Kata Al-Qadhi : Mencela salah seorang daripada sahabat adalah daripada dosa-dosa besar. Mazhab kita dan mazhab jumhur menetapkan si pencela dihukum dan tidak dibunuh. Dan berpendapat sebahagian ulamak mazhab maliki bahawa si pencela dibunuh.

Rabu, 4 Oktober 2017

AMALAN...

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

◆5. Tunaikanlah Haji sekali, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

◆ 4x  membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.

◆ 3x membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.

◆ 3x membaca Sholawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.

◆ 10x kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆ 4x membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan sekali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi...

★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya 😊....
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....

🌻Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah

🌻 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.

🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.

🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.

🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.

🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.

🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.

🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.

🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.

SELAMAT BERAMAL...