Pageviews

Selasa, 8 Julai 2014

Ramadhan Kareem

11 Ramadhan 1435.
08 Julai 2014.

Fasa Rahmah sudah lepas. Masuk pula fasa Maghfirah. Moga Ramadhan kali ini dapat merubahkan diri kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa.


Isnin, 19 Mei 2014

Zaujah SOLEHAH...



BEBERAPA PEDOMAN BUAT ISTERI SOLEHAH

Perkahwinan itu adalah satu perkongsian, segala yang haram antara lelaki dan wanita menjadi halal dengannya. Antaranya adalah persetubuhan yang menjadi salah satu penzahiran kemuncak rasa kasih sayang dan rindu suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Kerana itu dalam bahasa inggeris, kerjabuat itu dipanggil 'make love'.

Suami yang beriman sentiasa memikirkan beban tanggungjawab dalam memikul amanah kepimpinan hidup keluarganya. 9 bahagian waktu digembeling dengan akal buat menyediakan ilmu, mencari nafkah, keselamatan, perlindungan dan pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga. Hanya 1 bahagian sahaja berbaki untuk melayani nafsunya, terutama apabila sudah lanjut usianya.

Kemuncak rasa kasih dan rindu seorang suami yang menyebabkan ia ingin bersama dengan isteri tercinta itu boleh datang 'tidak semena-mena'. Suami beriman tidak akan melampias nafsunya kepada wanita lain atau secara mungkar. Sesungguhnya keinginan itu adalah satu bentuk penghargaan dan merupakan 'hadiah besar' yang didambakan oleh para isteri juga. Oleh itu, amatlah tidak wajar ia dibiarkan membazir begitu sahaja.. Isteri yang menolak ajakan suami adalah munafik, menipu diri sendiri sebenarnya. Munafik itu adalah bahan bakar, atau kerak api neraka.

Kerana itu, isteri harus sensitif dengan keinginan suami itu dan sentiasa mempersiapkan diri untuk ‘memikat’ selera sang suami biar apapun rupa dan usianya. Gunakanlah anugerah 1 akal pada wanita untuk mengatur 9 nafsu yang ada padanya bagi memikat dan sentiasa menyediakan diri untuk suaminya.

Usaha itu akan menampakkan keredhaan isteri terhadap suami dan tanda keinginannya untuk bersama suaminya. Senyuman redha dari wajah isteri adalah keindahan yang sebenarnya. Keredhaan itu juga yang akan membuatkan wajah isteri jadi indah berseri dan ceria menawan, biarpun usia sudah tua, biarpun tubuh sudah kerepot dan banyak spare tyre. Itulah sebahagian dari rahsia ciri isteri solehah, perhiasan terindah bagi seorang suami dari awal perkahwinan membawa ke jannah.

Ramai artis dan ratu cantik yang ayu jelita bercerai tidak berapa ketika selepas bernikah. Padahal umur masih muda dan wajah masih bergetah. Buruknya wajah mereka ialah kerana tidak mendapat redha suami, apabila sentiasa dalam keadaan marah berkerut dan memberontak. Ini kerana tiada manusia yang kelihatan cantik dan indah ketika 'marah'.

***

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
“Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Hadis Riwayat Ahmad).

"Wanita itu dinikahi karena empat perkara yaitu karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)

"Janganlah kalian menikahi wanita karena kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu merusak mereka. Janganlah menikahi mereka karena harta-harta mereka, boleh jadi harta-harta mereka itu membuat mereka sesat. Akan tetapi nikahilah mereka berdasarkan agamanya. Seorang budak wanita berkulit hitam yang telinganya sobek tetapi memiliki agama adalah lebih utama." (HR. Muslim)

“Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin selepas bertaqwa kepada Allah SWT selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah (berazam), ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadis riwayat Maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

”Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta, tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya sehingga ia kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” - (Hadis riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

Sabda baginda lagi, "seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah SWT sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.”
"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni surga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." - (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah, no. 287)

"Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, karena SUAMIMU ADALAH SURGA DAN NERAKAMU." - (HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat Ash-Shahihah no. 2612)

"… Dan aku melihat NERAKA maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum WANITA. Mereka kufur (durhaka) terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikan suaminya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada mereka selama waktu yang panjang, kemudian dia melihat sesuatu kekurangan pada dirimu, niscaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu." - (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)

>>> SODAQO RASULULLAH S.A.W.<<<


Syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami, syurga anak pula di bawah tapak kaki ibunya. Tapak kaki itu merujuk kepada 'langkah' suami dan ibu yang beriman. Langkah itu yang perlu diikuti untuk menggiring isteri dan anak ke syurga. Biar apapun alasannya HARAM seorang isteri berkata 'AH' dan bermasam muka dengan suaminya. Demikian juga seorang anak terhadap ibubapanya.

(Kredit by Warga Prihatin)

IZIN kan Sayang...


RAHMAT DARI AMALAN MEMINTA IZIN

Islam menyarankan budaya syuro dalam cara hidup umatnya. Ada satu surah khusus dinukilkan sebagai ketatapan manual kehidupan berkaitan syuro. Islam juga menetapkan adab terhadap pemimpin dan ketua (murobbi, ulil amri) umatnya. Salah satu dari disiplin itu ialah berkaitan izin.

Jika kita perhati betul betul antara punca kecelaruan dalam masyarakat kita hari ini ialah kerana tiada keberkesanan dalam amalan syuro. Ia telah berganti debat yang penuh dengan ketegangan. Dari peringkat parlimen, pejabat, sampailah ke peringkat parti dan NGO, mesyuarat sering menjadi sangat bercelaru. Nasib tidak baik malah dilihat macam pasar dan gelanggang tinju jadinya.

Islam melarang kita bercakap meninggi suara lebih dari ketua dan tanpa terlebih dahulu meninta izin semasa syuro. Apa yang berlaku dalam mesyuarat kita hari ini adalah sebaliknya, ramai yang suka meninggi suara lebih dari pengerusi dan sembrono bercakap tanpa meminta izin dari pengerusi. Adab dalam majlis sudah lama hilang. Padahal manual hidup selaku orang Islam ada di tangan dan kita mengaku beriman dengannya. Pengerusi maupun Yang dipertua Dewan Rakyat sekalipun sering pening kepala dan situasi selalu sahaja jadi kelamkabut.

Dalam keluarga moden sekarang ini, anak boleh sahaja keluar masuk rumah, lalu lalang depan ibu bapa tanpa tunduk hormat maupun sepatah izin dan salam, apatah lagi jika dalam keadaan krisis. Tanpa sedar, sebenarnya tabiat ini dipelajari dari sikap dan tabiat isteri/ibu yang juga keluar masuk bilik tanpa izin suami.

AMALAN IZIN MERAPATKAN PERHUBUNGAN, KASIH SAYANG & SALING MENGHORMATI

Suka kami kongsikan tips mudah yang sangat murni jika kita boleh laksanakan dalam organisasi dan keluarga kita dengan istiqomah. Semua Warga Prihatin, dari sekecil-kecil anak, ibu-ibu dan bapa-bapa tidak akan sekali-kali tinggalkan syuro, atau bercakap sesuka hati tanpa terlebih dahulu mendapat izin dari pengerusi atau muhadhir majlis.

Anak-anak diajar agar sentiasa meminta izin dari abang atau kakak yang lebih besar, atau penjaga mereka di mana sahaja mereka berada dan dalam keadaan apa sekalipun. Jika perginya meminta izin, kembalinya pula harus memberi salam. Amalan ini turut dikemaskan dengan adab melintasi orang tua dan bersalaman.

Para isteri juga diminta mengamalkan konsep izin ini untuk mengeratkan kasih sayang. Isteri yang menghormati suami tidak akan sekali-kali meninggalkan perbicaraan, atau meninggalkan suami di kamar tidur tanpa terlebih dahulu meminta izin. Ini diamalkan dengan istiqomah, biarpun sekadar untuk ke dapur atau keluar menjemur kain, apatah lagi untuk keluar rumah, jemput anak sekolah, ke kedai atau sebagainya. Dalam izin diselitkan pula pelbagai doa, seruan dan pesan-pesan.

Amalan menghormati murobbi dan pemimpin seperti ini adalah cara hidup Islam yang sangat halus dan murni. Jika kita berjaya menjadikan ia satu budaya dalam keluarga dan masyarakat, nescaya hubungan sesama kita akan menjadi semakin erat dan berkasih sayang. Rasa hormat terhadap pemimpin, ketua keluarga atau ketua organisasi kita akan bertambah. Ahli keluarga dan organisasi pula akan merasa lebih terpelihara dan dikasihi.
Ada banyak firman dan hadis yang berkaitan. Kami sertakan 2 firman berikut sekadar gambaran sahaja.

Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-samanya dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkannya sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. - QS:24/62.

Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur balig, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. - QS:24/59

“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”- QS:58/11

***

Amalan mudah ini adalah salah satu dari hidayah yang harus kita istiqomahkan untuk mengecapi nikmatnya. Lama-kelamaan ia jadi cara hidup yang apabila tidak dilakukan, kita akan rasa janggal dan marah.
Inilah falsafah di sebalik ulangan FATIHAH yang kita baca 17 kali sehari. Itulah hidayah yang kita pohon dari Allah untuk menambahkan nikmat kehidupan kita apabila diistiqomahkan. IHDINA AS-SIROOT ALMUSTAQIIM. SIROOT ALLAZINA AN’AMTA ALAIHIM.. GHOIRIL MAGHDHUBIALAIHIM (Hidayahkan kami jalan/carahidup yang harus diistiqomahkan, Jalan orang yang telah Dikau beri nikmat atas mereka. Bukan jalan orang yang dimurkai.)

Cuba bayangkan anda suami isteri sedang berbual di bilik tidur. Kemudian isteri minta izin keluar untuk ke dapur, tambah lagi dengan habit bersalaman, menggenggam erat tangan suami sebelum pergi.
Mahu indah lagi, isteri cium pula tangan suami dan kucup pipi. Kalau cumbu mulut, jauh lebih indah lagi. Ini boleh dimeriahkan lagi dengan pelukan erat dan suami pula macam berat-berat nak lepaskan tangan atau dakapan isteri yang mahu ke dapur… sempat pula pesan kopi panas dan biskut.. dan begitulah seterusnya… nikmat dan indah bukan?

Bila nanti ada sedikit krisis kecil yang biasanya boleh disembunyikan, lalu amalan mudah itu tidak berjalan, anda sudah tahu masing masing ada masalah, lalu masing-masing boleh cepat-cepat cari penyelesaiannya. Jika ini tidak di amalkan, kita sering tidak perasan, atau sering dengan sengaja menyembunyikan masalah. Tiba-tiba saja ia sudah jadi peperangan bahkan sampai ke peringkat MAHKAMAH SYARIAH.
Tidakkah itu langkah ke neraka namanya?

Selamat beramal.

(Kredit Kudap hujung minggu
WARGA PRIHATIN)

Selasa, 13 Mei 2014

Di kala 40an....


13 Rejab 1435.
13052014.


Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

"Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?" (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun. Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2. Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. 

Bahkan Rasulullah SAW, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas: “Dibangkitkan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun” (HR: Al-Bukhari).


Nabi Muhammad SAW diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as. Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun. Mengapa umur 40 tahun begitu penting.



Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )


Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah swt akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah swt akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah swt akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah swt juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah swt akan mencatatnya sebagai tawanan Allah swt di bumi." (HR: Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam As-Shafie tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah swt.”


Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.


Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad SAW, "Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

Rabu, 7 Mei 2014

Terapi RUQYAH..

08 Rejab 1435.
07 Mei 2014.

Sesi KONSULTASI AURA & TERAPI AURA.
Bagi mengembalikan kestabilan diri anda.
Rawatan ALTERNATIF yang berlandaskan ilmu Tradisional & Islam.
TERAPI RUQYAH bagi yang mahu...

- Jika diri anda merasa kurang bersemangat.
- Jika diri sentiasa tidak sihat.
- Jika ingin mengetahui kekuatan & kelemahan diri.
- Apajua persoalan tentang masalah kesihatan, luaran & dalaman.

Dapatkan SATU sesi Konsultasi dan SATU sesi Terapi dalam tempoh sepanjang bulan Mei atau Jun ini bersama PAKAR AURA iaitu "Dr. Mir Hazil Azran Ramli" dengan kadar istimewa RM 99 sahaja!

Dr. Mir Hazil Azran Ramli merupakan PAKAR AURA & HUMAN BIO-ENERGY yang amat berpengalaman sejak tahun 1999. Ramai yang telah mendapatkan khidmat konsultasi dan terapi dari beliau. Ramai yang telah SUKSES & SIHAT setelah berjumpa dengan beliau.

Ini bukan sembang kosong. Tempah temujanji anda segera.
>> Hari Rabu untuk KONSULTASI AURA
>> Hari Khamis untuk TERAPI AURA

Kepada yang berminat boleh smskan NAMA PENUH & HARI pilihan anda ke nombor 017-333 2349 / 017-300 2349 sekarang juga!

Isnin, 5 Mei 2014

REJAB 1435 - Kisah NYA bersama hamba NYA

05 Rejab 1435.
05 Mei 2014.

(Kredit FB Mir Hazil Azran Ramli)



REJAB bulan ke 7 taqwim Islam ini KEMBALI!!
Ia BULAN PENUH IBRAH! Penuh HIKMAH!!
REJAB bulan KISAH ISRA' MIKRAJ!!

Maha SUCI ALLAH yang menceritakannya kepada kita di dalam KITAB AGUNG AL QURAN. Ia bukan kisah biasa.. ia KISAH YANG ALLAH CERITA!
Kisah ISRA' - Allah rakamkan kisahnya pada Surah Isra' - surah ke 17
manakala
Kisah MIKRAJ - Allah rakamkan kisahnya pada Surah An Najm - surah ke 53.
-----------------------
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Israa' 17 ayat 1

Sebuah PERENUNGAN:



Nota 1:
Perkataan "ABDIHI" bermaksud "hambaNya". Dalam konteks cerita pada ayat di atas; kata "Abd" (hamba) ini merujuk kepada Rasulullah dan kata "Hi" (Nya) merujuk kepada Allah.

Kata "Abd" terbina dari huruf AIN (huruf ke 18), BA (huruf ke 2) dan DAL (huruf ke 8). Jika kedudukan huruf hijaiyyah ini dicampurkan : 18+2+8 = 28. APAKAH MAKNA 28?

Kembali menyemak Al-Quran.. surah ke 28 adalah surah "al-Qashash" yang bererti "CERITA-CERITA".
Bukankah Peristiwa ISRA' MIKRAJ itu seumpama CERITA-CERITA. Kisah CERITA ISRA' dan CERITA MIKRAJ. Kisah cerita JIBRIL & BURAQ, Kisah Masjidil Haram & Aqsha (yang belum ada pada masa itu), kisah 'gambaran' penghuni SYURGA & NERAKA, kisah Rasulullah SAW & Rasul-rasul sebelumnya.. serta KISAH RASUL (abd) & ALLAH (Hi)?!


Nota 2:
Surah ke 28 - Surah Al-Qashash - memiliki 88 ayat.

Perhatikan BETUL-BETUL.. surah >> DUA LAPAN >> ayat LAPAN LAPAN.
Sekilas pandang ia seumpama ada 'SIGNAL TERSEMBUNYI' - seolah katanya :
'DUA LAPAN' itu ditulis sebagai 88.


Nota 3:
Sebelumnya kita tahu.. KISAH ISRA' MIKRAJ menemukan kita kepada 2 surah yang menyebut akan kisah tersebut iaitu kisah Isra' pada SURAH ISRA' (surah ke 17) ayat 1 dan kisah Mikraj pada SURAH AN-NAJM (surah ke 53) ayat 6-18.

Jika diperhatikan ANGKA KEDUDUKAN (NAMA) SURAH-SURAH INI - surah 17 & 53.. keduanya memiliki nilai Gt 8 !!!
Iaitu surah 17 >> 1+7 = 8
dan
surah 53 >> 5+3 = 8.
Bukankah ADA DUA LAPAN yang jika ditulis bersama menjadi : 88
kebetulan?


Nota 4:
Surah Al-Israa’ - kata Al-Israa' ini dieja dengan huruf-huruf:


ALIF, 
LAM-ALIF, 
SIN, 
RO, 
ALIF & 
HAMZAH

Diambil pada ayat 1 yang ada menyebut PERKATAAN ISRAA’ (maksud kata: ‘memperjalankan’).
APABILA DIPERHATIKAN >> di dalam al-Quran, perkataan ISRAA’ pada ayat 1 ini ditulis dengan susunan HURUF:

ALIF… (1), 
SIN (12), 
RO (10), 
YA (30). 
(alif maqsurah iaitu ‘ى’ – huruf ya tanpa titik).

Jika dilihat pada JENIS HURUF YANG MUNCUL dan KEDUDUKAN HURUF TERSEBUT dalam susunan huruf hijaiyah:
Kata ISRAA’ memilki nilai 1+12+10+30 = 53
(saya tetap campurkan huruf YA (30) miskipun secara nahu sebutan ia disenyapkan bunyi bacaannya).

Hasil yang diperolehi adalah 53..!! 
Tatkala menyemak surah ke 53 di dalam al-Quran.. kita akan bertemu SURAH AN NAJM!!

Bukankah tadinya kita sedang bicarakan kisah ISRAA' & MIKRAJ? Dan bukankah kisah itu ALLAH ceritakan kepada kita melalui 2 surah yang menyebut akan kisah tersebut iaitu kisah Isra' pada SURAH ISRA' (surah ke 17) ayat 1 dan kisah Mikraj pada SURAH AN-NAJM (surah ke 53) ayat 6-18.
Tadi dari surah 17, kemudiannya membawa kita ke surah 53!!


Nota 5:
Kata ISRAA’ memiliki nilai 53. Kata Israa’ ini diambil pada ayat 1 dalam surah Al-Israa yang merujuk kepada “MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI”. Tatkala menyemak surah ke 53 di dalam al-Quran.. kita akan bertemu SURAH AN NAJM!!

Kata “NAJM” membawa bermaksud “BINTANG”!!!
Tentulah PERJALANAN MALAM HARI itu dihiasi BINTANG!
kebetulan?


Nota 6:
Sebentarnya tadi kita tiba ke surah ke 53 - an Najm. Kata NAJM yang bermaksud BINTANG dieja dengan HURUF:


NUN (25), 
JIM (5) & 
MIM (24).

Nilai ini jika dimampatkan iaitu 25+5+24 = 54.
Sekali lagi, seperti KAEDAH TADI.. kata ISRAA dengan nilai 53 menemukan kita dengan SURAH ke 53 iaitu surah NAJM yang bermaksud BINTANG.. , kali ini kata NAJM dengan nilai 54 membawa kita ke SURAH KE 54 iaitu SURAH AL-QAMAR!!!
QAMAR bermaksud BULAN!!
Tentulah BULAN & BINTANG & MALAM amat SINONIM!! Tentunyalah PERJALANAN ISRAA’ (diwaktu malam) baginda RASUL itu di HIASI BINTANG & BULAN!!
…apakah ini semua kebetulan…


Nota 7:
Seterusnya, jika KATA NAJM (54) menemukan kita SURAH 54 – AL-QAMAR. Perkataan QAMAR iaitu :


QAF (21), 
MIM (24) & 
RO (10)

memiliki jumlah: 21+24+10 = 55!!
Lalu ia membawa ‘KEMBARA’ kita ke Surah seterusnya iaitu SURAH KE 55 yakni Surah AR-RAHMAN.
dari 17 ke 53 kemudian ke 54, dan kini ke 55!
KEMBALI KE PERBINCANGAN TENTANG PERKATAAN "ABDIHI" pada ayat 1 surah Al-Isra' di atas (nota 1). Huruf 'HA' adalah huruf ke 27 dalam susunan huruf hijaiyyah. Lalu kehadiran huruf 'HA' (sebagai "HI" yang merujuk kepada 'NYA' @ Allah, tadi) pada KATA "ABDIHI" menjadikan JUMLAH PERKATAAN 'ABDIHI' sebagai: 18+2+8+27= 55.
55?!
Dan tatkala menggunakan kaedah yang sama seperti sebelumnya.. angka 55 MEMBAWA KITA BERTEMU KE SURAH AR-RAHMAN!!
kebetulan??


Nota 8:
Bukankah ISRA' & MIKRAJ itu adalah SEUMPAMA sebuah CERITA-CERITA yang MENGHIBURKAN RASULULLAH. Seumpama TERAPI BUAT RASULULLAH S.A.W. setelah CERITA KESEDIHAN kerana kematian Isteri & Bapa saudara baginda. Tak kurang juga akan KISAH-KISAH SUKAR berdakwah hampir 10 TAHUN PENUH RINTANGAN di Mekah!!

Bukankah CERITA-CERITA (dalam Isra' Mikraj) itu HADIR DARI KEKASIHI HAMBA-NYA iaitu ALLAH yang Maha PEMURAH (Ar-Rahman) - BUKTI KASIH ALLAH dan MAHU MENGHIBURKAN KEKASIHNYA - MUHAMMAD.
Allah lalu menjemput RasulNya ini untuk NAIK ke RABBUL-ARBAB bagi PERTEMUAN "MATA KE MATA" @ "HATI KE HATI" bertemu AR-RAHMAN.
Itulah KASIH yang MAHA KASIH.. menjadikan CERITA-CERITA ISTIMEWA untuk KEKASIHNYA.


Nota 9:
Seperkara yang MENARIK pada SURAH AR-RAHMAN yang membezakannya dengan SELURUH 113 SURAH YANG LAIN di dalam AL-QURAN adalah: KEHADIRAN AYAT YANG DIULANG-ULANG!!

Seumpama NOMBOR SURAH ini iaitu 55 (LIMA-LIMA) - angka sama yang diulang-ulang!!
Pada surah ini - ayat ke 13 -
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
ayat ini DIULANG-ULANG SEPANJANG SURAH INI SEBANYAK 31 KALI!!!
[KEBETULAN?? ayat 13 diulang sebanyak 31 kali]
Seolah ALLAH MENYOAL dan MENYOAL berulang-ulang kali UNTUK KITA ULANG-ULANG LIHAT dan PERHATIKAN akan kenyataan & hakikat PERIHAL "NIKMAT" TUHAN yang sering kita lupa SYUKURI dan SERING KITA DUSTAKAN (akibat BUTA HATI @ HIJAB tidak melihat 'nikmat' yang diberiNya)
SEOLAH BERCAKAP DENGAN ORANG "PEKAK & BUTA".. MAHA SUCI ALLAH.. ULANG dan ULANG dan ULANG dan ULANG.. kata “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” berkali-kali sebanyak 31 KALI!! bukan 3 kali!!! bukan 4, bukan 5.. bukan 10 tapi 31 KALI!!!!


Nota 10:
MENARIK untuk diperhatikan, JUMLAH "ULANGAN AYAT" 31 kali pada surah Ar Rahman ini membawa KEMBARA kita kepada SATU-SATUNYA SURAH SEPANJANG AL QURAN YANG MEMILIKI 31 AYAT iaitu Surah Al-Insaan (MANUSIA) - surah ke 76.

Kata INSAAN digunakan dalam Al-Quran bagi merujuk kepada MANUSIA secara TOTAL meliputi JASMANI & RUHANI. Bukan satu bahagian sahaja seperti sekadar tubuh atau sekadar ruh.. INSAN @ MANUSIA itu adalah GABUNGAN UNSUR FIZIK & JIWA (ROH).

Lalu, 
APA MAKLUMAT INI untuk kita....??!!
apa kena mengenanya dengan TOPIK ini?


MAHA SUCI ALLAH.. 
Seawalnya KITA BICARA SOAL ISRA' MIKRAJ yang membawa kita ke ayat 1 surah Al-Isra' yang ada kata "ABDIHI" yakni HAMBA-NYA. Hamba tersebut adalah Baginda Rasul - Muhammad SAW dan kata "NYA" tersebut adalah ALLAH SWT.

Selanjutnya KITA DIFAHAMKAN dengan "CERITA-CERITA" (Al-Qashash) yang seterusnya membawa kita ke Surah AR-RAHMAN yang seterusnya pula menemukan kita dengan ayat 13 diulang 31 kali, yang akhirnya menemukan kita pada SURAH AL-INSAAN..
tidakkah IANYA SEUMPAMA SEBUAH PENERANGAN - BAHAWA 'ABD' (Muhammad SAW) itu PERGI MENGADAP AR-RAHMAN (ALLAH) dalam peristiwa ISRA' MIKRAJ dalam FORMASI SEORANG "INSAN" (manusia)!!

Ianya BUKAN 'mimpi".. bukan FANTASI (MINDA).. bukan IMIGINASI (minda).. bukan KHAYALAN perasaan (emosi).. 
BUKAN REKAAN RASUL seperti yang difitnahkan!!

Perjalanan itu BUKAN MAINAN ALAM ROH TANPA KEHADIRAN JASAD pada SESI "ISRA' & MIKRAJ' tersebut...!!!
Lalu, bukankah AL-QURAN telah menjawab PERSOALAN-PERSOALAN (CERITA-CERITA) KONTROVESI, SENSASIONAL, MISTIK akan peristiwa agung ini??!!
Ramai yang INGAT, Rasul DIBERIKAN pengalaman METAFIZIK semata.. BUKAN PENGALAMAN REALISTIK!!
HAKIKATNYA.. Rasul melalui PERISTIWA ISRA' MIKRAJ itu sebagai satu SET INSAAN PENUH yakni FIZIK & ROH.
[Wallahualam....]


Nota 11:
PERISTIWA ISRA' disebut kisahnya di dalam AL-QURAN pada SURAH 17 ayat 1. Manakala kisah MIKRAJ pada SURAH 53 ayat 6-18. Kemuncak KISAH MIKRAJ terdapat pada ayat 14 PADA KATA 'SIDRATIL MUNTAHA' yang merupakan DESTINASI akhir peristiwa Mikraj.

Dari kedua fakta KOORDINAT ANGKA ini kita mendapat PERTUNJUK ANGKA untuk diselidiki @ kaji; yakni angka 1 (dari ayat 1 Surah 17 - Al Isra') dan angka 14 (dari ayat 14 surah 53 - An Najm).
Kita MAKLUM bahawa ISRA' & MIKRAJ itu adalah DUA ACARA dalam SATU MALAM iaitu PERJALANAN MALAM dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha & perjalanan NAIK dari Masjidil Aqsha KE SIDRATUL MUNTAHA, semuanya DALAM SATU MALAM.
Dari petunjuk angka tadi: ISRA' - pada ayat no 1 dan MIKRAJ - pada ayat no 14, maka TATKALA menyusun angka ini SEBARIS (seumpama perjalanan bermula dari Isra' kemudiannya Mikraj) :
1 & 14..
tersusun SEBARIS sebagai >> 114.
Bukankah 114 itu merujuki JUMLAH SURAH AL-QURAN!
kebetulan??


Nota 12:
Angka 114 ini mengingatkan kita KEPADA JUMLAH SURAH DALAM AL-QURAN yakni SEBUAH AL-QURAN!!

Dalam konteks perbincangan ini, seolah MESEJNYA - PENJELASAN KISAH ISRA' MIKRAJ itu ada di dalam AL-QURAN!!
Bukan BUKU INSAN! Bukan cerita dari Rasul melalui kata-kata baginda (hadis).
MALAH, Rasulullah disebut juga sebagai "AL-QURAN HIDUP @ BERGERAK"...
lalu 114 = AL QURAN = MUHAMMAD.
Susunan ayat 1 & 14 dari koordinat kata ISRAA' & MIKRAJ tadinya yang kita susun sebaris menjadi 114 ini seolah merujuki "MUHAMMAD"! Bagindalah 'ABDIHI' yang melalui kisah ISRAA' MIKRAJ tersebut!
kebetulan?


Nota 13:
Angka 114 membawa kita ke surah 114 iaitu Suraj An-Naas yang bermaksud MANUSIA.

SURAH MANUSIA!!
Adakah KEBETULAN.. sebelumnya kita bicarakan SOAL INSAAN (dari surah ke 76) dan selanjutnya diskusi ini menemukan kita kepada surah MANUSIA; yang kedua kata itu (INSAN & MANUSIA) adalah SINONIM.
Dalam konteks perbincangan kita ini, ianya merujuk kepada kata "ABD" @ HAMBA iaitu MUHAMMAD SAW sebagai WATAK UTAMA kisah Isra' Mikraj ini.

KEBETULANKAH??!! 
Cuba kita bayangkan.. jika kata SIDRATUL MUNTAHA - sebagai KEMUNCAK @ DISTINASI Mikraj - bukan berada di ayat 14 ; petunjuk atau kembara kita tentunya membawa kepada sesuatu yang lain yang kelak tidak nampak "KESINAMBUNGANNYA" sebagai KESEIMBANGAN & KESEMPURNAAN penyusunan AL-QURAN 114 SURAH INI.

maka.. adakah ini semua kebetulan??


Nota 14:
Selanjutnya, saya ingin membawa PERHATIAN pembaca budiman yang masih TEKUN meneliti kajian ini terhadap JUMLAH SISIHAN & CAMPURAN angka 1 & 14 tersebut tadi.

Tatkala kita CAMPURKAN kedua angka 1 & 14 ini iaitu:
1+14 = 15
angka 15 membawa kita ke Surah Al-Hijr yang memiliki 99 ayat.

PERHATIKAN SATU LAGI KEBETULAN INI.. 
Surah 15: 99 ayat >> 15 + 99 = 114 !!!

Dan tadinya kita maklum Surah 114 adalah Surah AN-NAAS (MANUSIA)
masih kebetulan?


Nota 15:
Tatkala kita SISIHKAN pula kedua angka ini iaitu:

14 - 1 = 13
angka 13 membawa kita ke Surah Ar-Ra'ad (GURUH/PETIR).
Kata Ar-Ra'ad mempunyai erti yang hampir sama dengan kata "BARQUN" yang kata dasarnya adalah "BURAQ".
Dalam perbincangan perihal ISRA' & MIKRAJ ini, kita maklum bahawa KEMBARA RASUL adalah bersama Jibril dan menaiki BURAQ yang kepantasannya seumpama PETIR (ar-Ra'ad)..
suatu lagi kebetulankah??!!

Perhatikan kembali.. 
AN-NAAS (MANUSIA) &
AR-RA'AD (GURUH/PETIR)..

SEKALI LAGI.. fakta ini seolah menceritakan HAKIKAT BAHAWA - Muhammad SAW PERGI MENGADAP AR-RAHMAN (ALLAH) dalam peristiwa ISRA' MIKRAJ dalam FORMASI SEORANG INSAN @ MANUSIA melalui PERJALANAN SEPANTAS KILAT!!
ianya BUKAN MIMPI baginda.. bukan juga FANTASI.. bukan IMIGINASI.. bukan KHAYALAN perasaan.. BUKAN MAINAN ATAU REKAAN.. BUKAN KEMBARA ALAM ROH TANPA JASAD...!!!


Nota 16:
ASAS DISKUSI ini adalah untuk MEMPERLIHATKAN KEHEBATAN ATURAN & SUSUNAN serta KESEIMBANGAN dalam KEMUKJIZATAN AL-QURAN. Manakala dalam konteks ISRA' MIKRAJ pula.. diskusi ini MAHU MEMARTABATKAN SYARIAT SOLAT dengan meneliti sirah yang berkaitan PERINTAH SOLAT kepada kita.

Nota diskusi ini dimulai dengan mengambil PETIKAN AYAT 1 Surah Al-Isra' seperti di atas. Awal diskusi ini memberi tumpuan kepada kata "ABDIHI" pada ayat tersebut. Hanya melalui satu perkataan ini sahaja.. kembara kita telah membongkar beberapa FAKTA (yang kepada sesetengah SKEPTIK adalah KEBETULAN) menarik dan membuktikan KEMUKJIZATAN AL-QURAN dan Peristiwa ISRA' MIKRAJ itu sendiri.

Kini, saya ingin membawa perhatian kita kepada KATA AL-HARAM dan AL-AQSHA sebagai DUA LOKASI UTAMA perjalanan ISRA' yang disebut dalam surah ini.

Kata Al-Haram di EJA dengan: ٱلۡحَرَامِ . 
Sepertimana sebelumnya, nilai-nilai huruf hijaiyyah bagi huruf-hurufnya dicampurkan iaitu:


ٱلۡ - huruf ke 31
حَ - huruf ke 6
رَ - huruf ke 10
ا - huruf ke 1
مِ - huruf ke 24

Total >> 31+6+10+1+24 = 72.

Manakala Kata Al-Aqsha di EJA dengan: ٱلۡأَقۡصَا . 
Sepertimana di atas, nilai huruf-huruf adalah:


ا - huruf ke 1
لۡأَ - huruf ke 28 (lam aliff)
قۡ - huruf ke 21
صَ - huruf ke 14
ا - huruf ke 1

Total >> 1+28+21+14+1= 65
DARI FAKTA DI ATAS... AL-HARAM @ NILAI 72 manakala AL-AQSHA @ Nilai 65. Kita sebelumnya MAKLUM bahawa kita membicarakan LOKASI ISRA' antara DUA MASJID iaitu AL-HARAM (72) ke AL-AQSHA (65).

laksana sebuah PERJALANAN.. 
susunan 72 ke 65 (susunan menurun) akan terlihat sebegini:


MULA [72] > 71 > 70 > 69 > 68 > 67 > 66 > [65] AKHIR. 
(ada 8 tapak angka)

SEKIRANYA DICAMPURKAN ANGKA-ANGKA DI ANTARA TITIK MULA & AKHIR (6 tapak angka) iaitu:
71+70+69+68+67+66 = 411.
BUKANKAH ANGKA 411 itu umpama CERMIN KEPADA angka 114 (seperti yang telah disebutkan tadi)??!!

Bukankah surah 114 adalah surah An-Naas yang bererti MANUSIA, yang pada konteks diskusi ini seolah menceritakan 'MANUSIA' itu (Rasulullah saw) telah ISRAA' dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha.
DARI FAKTA DI ATAS.. jarak antara kedua masjid tersebut secara kiraan nilai huruf melalui namanya adalah 72 & 65. Dan bila direntangkan urutan menurun - jaraknya adalah berjumlah 411 yang jika diterbalikkan angkanya menjadi 114!!!
KEBETULAN ??!!


NOTA KE 17 (akhir):
Hari ini 01 REJAB 1435H. Rejab sudah bermula. Rejab adalah BULAN HARAAM (yang dihormati) ke 2 dalam Kalendar Hijrah (ada 4 semuanya - Muharram, Rejab, Dzul Qaedah & DzulHijjah). Rejab bulan yang ISTIMEWA!


Nama ReJaB terbina dari 3 huruf arab:
‘ro’ (R),
‘jim’ (J) &
‘ba’ (B).

Rejab mengimbau kembali akan kisah Isra’ Mikraj – kisah:

R: RASUL &
J : JIBRIL naik
B : BURAQ… (R-J-B)

REJAB BULAN ISRA’ & MIKRAJ. Peristiwa ISRA’ mengingatkan kita akan KISAH ISRAA’ iaitu PERJALANAN MALAM HARI RASUL bersama JIBRIL menaiki BURAQ dari MASJIDIL HARAM ke MASJID AQSA .
Manakala Peristiwa MIKRAJ mengingatkan kita akan kisah RASUL NAIK KE LANGIT LAPISAN DEMI LAPISAN SEHINGGA KE SIDRATUL MUNTAHA serta cerita IJAZAH SOLAT. Allah sebut kisah-kisah ini di SURAH AL-ISRA’ ayat 1 serta di SURAH AN NAJM ayat 6-18.
REJAB.. Pada susunan HURUF HIJAIYAH,

Huruf RO adalah huruf ke 10,
huruf JIM adalah huruf ke 5 dan
huruf BA adalah huruf ke 2..

Digabungkan; 10+5+2 = 17!!
Solat sehari-semalam 5 waktu terbina dengan 17 rakaatnya dan surah al-Isra’ ADALAH SURAH KE 17, malah peristiwa ini dikatakan berlaku pada bulan REJAB yang juga memiliki nilai eja 17!!!
Kebetulan…?

Tidak!! 
Ia adalah kesempurnaan SUSUNAN dari Yang maha Pengatur.

Wallahualam!
[Disclaimer: Saya FAKIR bukan mahu memandai-mandai menafsir - namun, termanggu melihat KEBESARAN ILLAHI melalui INDAHNYA SUSUNAN atas SEGALA SESUATU.
Yang terang dan yang tersembunyi
Firman Allah:

"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
(A-li'Imraan 3:7)

Allahuakbar!!!

* "Allahu Rabbi....
  Ampunilah dosaku ini. Perbaikilah amalanku ini. Berkatilah diriku di dalam bulan Rejab & bulan Sya'ban dan sampaikanlah ku di bulan Ramadhan."

Ahad, 20 April 2014

Tahun GAJAH.... Dulunya...

20 Jamadil Akhir 1435.
20 April 2014.

Dia insan MULIA. Hadirnya Dia menjadi rahmat buat kita semua. Dia akan memberi syafaat kepada kita kelak ketika kita semua dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti.

Kita selalu menyambut ulangtahun kelahiran kita di saat bulan masihi tiba. Tetapi kita sering lupa untuk menyambut ulangtahun kelahiran insan yang amat DIKASIHI oleh RABB. Kita sering diperdaya dengan dakyah-dakyah dari luar hingga kita alpa akan APRIL ini juga bulan MAWLID.


Isnin, 7 April 2014

Maafkanlah kerna tidak SEMPURNA

07 Jamadil Akhir 1435
07 April 2014.

Iman sentiasa turun naik. Iman kita bak kulit bawang. Nipisnya ya amat. Kadang-kadang kita lalai, leka & alpa dengan urusan dunia. Kadang-kadang kita beribadah seperti akan mati keesokannya.

Termasuklah diri ini, terlalu lemah dalam iman...Moga diberikan kekuatan dariNYA untuk kita sentiasa kuat dalam meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNYA.


Selasa, 1 April 2014

ISTIMEWA - Bulan Mawlidur Rasul

01 Jamadil Akhir 1435.
01 April 2014.

Bulan Rasul kembali lagi. Penuh acara gilang gemilang. Ianya cukup ISTIMEWA bagi yang peka, bagi yang ambil tahu, bagi yang kesah.. Ia bulan RASUL. Ia bulan BARAKAH.. Masih ingatkah kita akan alunan nasyid "20 April Tahun Gajah, lahirlah zuriat yang Sa'adah".

Ia bulan BARAKAH.. Ia bulan ENERGY.. Bagi yang kelapangan untuk menimba ilmu, ayuh kita penuhi workshop-workshop tersebut:


Sabtu, 29 Mac 2014

Berilah keBAHAGIAan...


~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di dalam sebuah taman. 

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. 

Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat zahir. 
Inilah keistimewaan seorang Murabbi yang ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusulkan cadangan:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang dan pasti terkejut. Ayuh kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he he”

Murabbi yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, kan tidak elok untuk kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamu kan seorang yang senang dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan supaya kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya dan kemudian kita saksikan bagaimana respon tukang kebun tersebut?"

Anak murid itu terpegun dengan usulan gurunya itu, lalu bersetuju dan segera berjalan dan memasukkan sejumlah wang ke dalam kasut tersebut. 

Kemudian mereka pun bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping di dalamnya!! 

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya. 

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. Mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya keseorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis.

Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki) 

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun makanan hari ini. Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteriku dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. 

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihatnya. Dengan tidak semena-mena air matanya berlinang dipipinya tanpa dapat dibendung lagi.

Guru yang bijak terus bersuara: 

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Murid itu segera menjawab:

“Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang baru ku faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. 

Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku! Semoga bermanfa'at.

(kredit FB Pj Pahang)

Khamis, 13 Mac 2014

Akhlak insan MULIA

11 Jamadil Awal 1435.

Allahu Rabbi. Semalam tidak berkesempatan mendengar kuliah Maghrib dari Murobbi Al Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.

Kuliahnya telah bermula semalam dan akan berterusan setiap Selasa minggu ke2 dan ke4. Moga Allah dapat memberikan keizinan kepada kita semua untuk menghadiri majlis beliau kelak. Mohon doa mendoakan.


(Credit by FB Putra Shah)
Sedikit catatan Kuliah Maghrib Al Habib Ali Zaenal Abidin malam tadi bertajuk Akhlak RASULULLAH SAW.


1- Jika kita ingin ikut seperti akhlak RASULULLAH SAW, kita kena biasakan diri kita berbuat baik dan selalu meminta maaf supaya amalan itu terbiasa didalam diri kita walaupun dipaksa.

2- Bagaimana nak ikut akhlak RASULULLAH SAW, kita kenalah mendalami sifat dan akhlak Baginda SAW.

3- Kita memuliakan dan mengagungkan RASULULLAH SAW dan ada sesetengah orang mengatakan kita terlalu mendewa-dewakan Baginda SAW. Kalau mereka berada di zaman sahabat tak tahulah apa yang akan mereka katakan kepada para sahabat.

4- Sahabat cukup segan dan hormat kepada RASULULLAH SAW. Jika mereka hendak berjumpa Baginda SAW, mereka akan bersedekah dahulu dan meminta izin untuk bertemu Baginda SAW.

5- RASULULLAH SAW sentiasa senyum bila berada di rumah, tidak nampak garang dan selalunya tegas.
 
6- Jika RASULULLAH SAW gelak hanya menampakkan gigi gerahamnya sahaja dan Baginda SAW lebih banyak tersenyum dari gelak.

7- RASULULLAH SAW suka membantu membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, menjahit pakaian,  kasut dan selipar. Baginda SAW memang amat mahir dalam bidang jahit menjahit.

8- Ketika azan dilaungkan, RASULULLAH SAW seperti tidak kenal isteri-isteri dan sahabat-sahabat Baginda SAW. Baginda SAW akan terus bergegas untuk menunaikan solat.

9- RASULULLAH SAW tidak sombong dan tidak menunjuk dirinya hebat. Contohnya bila ada orang memanggil Ya RASULULLAH, Baginda SAW akan berpaling dengan bahunya sekali tanda Baginda SAW menghormati kepada semua orang.

10- Walaupun pada zaman RASULULLAH SAW sudah berlalu tetapi akhlak Baginda SAW tidak sesekali akan hilang.

11- Anas Ibni Malik telah berkhidmat dengan RASULULLAH SAW lebih kurang 10 tahun beliau tidak pernah di marahi oleh Baginda SAW.

12- Jika kita tidak mampu untuk mengikuti semua akhlak RASULULLAH SAW, janganlah kita tinggalkan semua pula. Buatlah sekadar kemampuan kita dan azam untuk mengikut akhlak Baginda SAW.

13- Apa yang telah berlaku hari ini seperti kehilangan MH370, sepatutnya kita mengambil iktibar. Sesungguhnya kita semua tidak dapat lari dari ketentuan dan rancangan Allah.

Soalan     : Bagaimana reaksi kita terhadap orang yang menghina RASULULLAH SAW?

Jawapan  : Tunjukkanlah akhlak RASULULLAH SAW kepada orang yang telah menghina Baginda SAW. Hindarkanlah diri kita daripada memaki orang yang telah menghina Baginda SAW. Balaslah dengan akhlak yg terpuji dan terbaik. Sesungguhnya mereka tidak tahu dan hidayah itu hanyalah milik Allah. Mungkin dengan akhlak kita itu membuatkan mereka tertarik dengan ISLAM.

p/s : Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak kita supaya menjadi lebih baik dan yang penting dapat mengikuti akhlak yang telah dibawa oleh RASULULLAH SAW. Moga kita menjadi hamba yang soleh, yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah SAW.

Isnin, 10 Mac 2014

SABAR lah...


09 Jamadil Awal 1435.

Kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. 

Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: ‘Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku."

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya."

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."

-"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada si isteri. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik.." ~ Imam Al Ghazali

berDOAlah...


HasbunAllah wa ni'mal wakil.... ni'mal maula wa ni'man nasir..

Rabu, 5 Mac 2014

Cukuplah ALLAH sebagai Pelindung & Penolong kita.

03 Jamadil Awal 1435.





Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir

Ku coba renungi semua
Detik waktu yang tlah berlalu
Mengisahkan pedih di hati
Menyinar keangkuhan diri

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir

Ku coba sandarkan jiwa
Hanya pada Allah semata
Hingga rasa bebanpun sirna
Seluruh hati serahkan pada-Nya

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir

Oooooo..... Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung
Oooooo..... Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'man nasir

Selasa, 4 Mac 2014

Bakal ZAUJAH / Sang SUAMI...


02 Jamadil Awal 1435.

Buat peringatan diriku juga. Moga dilindungi dari sifat-sifat yang mazmumah.

6 GOLONGAN WANITA YANG KURANG LAYAK DIJADIKAN ISTERI :

1) Al-Anaanah.
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberikan semuanya tidak mencukupi. Diberikan makan tak cukup, diberi duit tak cukup, diberi kereta tak cukup dan lain-lain. Selalu ingin memenuhi kehendak nafsu sendiri, tanpa memikirkan perasaan suami, tidak menghormati kepada suami apatah lagi berterima kasih pada suami. Apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup. 

2) Al-Manaanah.
Suka ungkit-mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang dia tidak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat senang mengatakan suami, tak kenang budi, tak bertanggung jawab, tak sayang, dan lain-lain. Padahal suami sudah memberi perlindungan dan bermacam-macam padanya. 

3) Al-Hunaana.
Inginkan suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami atau lelaki lain selain Rasulullah SAW. Tak redha dengan suami yang ada. (Naudzubillah) 

4) Al-Hudaaqah.
Suka memaksa. Bila ingin sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang, siang, malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu pada suami dan lain-lain. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5) Al-Hulaaqa.
Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai dan lain-lain hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak dan lain-lain. 

6) As-Salaaqah.
Banyak berbicara, menggosip dan mengumpat. Siang, malam, pagi petang asyik bercerita yang tidak berfaedah. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. (Zaman sekarang bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tetapi dengan telefon, SMS, internet (facebook), BBM dan macam-macam cara yang lain).

Semoga kepada mereka yang sebagai perempuan isteri, bonda, ummi termasuk juga lelaki terhindar dari golongan-golongan tersebut. Agar kita mengambil iktibar dan berusaha untuk menjadi hamba yang paling bertaqwa dan beriman.

Isnin, 3 Mac 2014

Peringatan buat diri..

02 Jamadil Awal 1435 03 Mac 2014. Program : Rakaman Al-Kuliyyah. Bertempat : Masjid Tabung Haji Kelana Jaya. Masa : Selepas solat Maghrib. Alhamdulillah.. Diizinkan oleh Allah swt untuk mencedok sedikit ilmu di taman-taman syurga. Moga ilmu yang diberikan menjadi sebahagian dalam perjalanan hidup untuk beramal dengannya. InshaAllah.

Rabu, 26 Februari 2014

SUNNAH dalam SOLAT RASULULLAH SAW

26 Rabiul Akhir 1435.

Sekadar perkongsian, agar solat kita mengikut cara Rasulullah SAW. Seperti hadis yang mahsyur: "Solatlah sepertimana kamu melihat aku solat". Moga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan ilmu & dapat memperbaiki solat kita sebelum ini. InshaAllah.

 

Isnin, 24 Februari 2014

Niatnya...


24 Rabiul Akhir 1435.

-> Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya dan bukan kerana takut tangan isterinya menjadi kasar, tetapi kerana RASULULLAH SAW melakukannya.

-> Suami tidak bersuara keras pada isterinya bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tetapi kerana RASULULLAH SAW melakukannya.

-> Suami sabar dan diam ketika isterinya menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan isterinya, tetapi kerana RASULULLAH SAW melakukannya.

-> Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tetapi kerana RASULULLAH SAW melakukannya.

-> Suami memakan makanan yang dimasak oleh isterinya masin atau pun tawar bukan kerana menjadi romantis di depan isterinya, tetapi kerana RASULULLAH SAW menghargai masakan isterinya.

-> Suami yang mengumpulkan dana untuk disimpan isterinya bukannya kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tetapi kerana RASULULLAH SAW melakukannya.

-> Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka ingin menjadi perawat peribadi, tetapi kerana RASULULLAH SAW melakukannya.

Jadi intipatinya..

Berhentilah melakukan sesuatu kerana merasakan yang isteri kita adalah nafas kita, jantung hati kita, kehidupan kita, itu sesuatu hal yang aneh yang cuba dikaitkan dengan sesuatu yang romantis. Lelaki yang romantis bukan yang selalu menurut semua kemahuan isterinya.

LAKUKANLAH!!! Jika RASULULLAH SAW melakukannya. Tuntunannya kerana RASULULLAH SAW.

Maka hal itu akan menjadi ibadah. Namun bila tujuannya hanya kerana isteri kita, ianya hanya mendapatkan redha isteri bukannya REDHA dari Allah SWT.

Maka berhatilah-hatilah, kerana ibadah itu yang dinilainya adalah NIATNYA…!!
"Innamal 'amalu binniat"

Selasa, 18 Februari 2014

Fakta @ Auta...


Berilah KeBAHAGIAN ini....

18 Rabiul Akhir 1435
18 Februari 2014.

Perjalanan 4 tahun bersama banyak mengajar erti kehidupan. Diri ini masih lagi belajar untuk lebih mengenali hatinya. Walaupun terasa lamanya masa, tetapi perjalanan ini baru bermula.

Diri ini masih banyak kekurangannya. Dirinya telah menambah kekurangan tersebut. Dirinya mempunyai kelebihan dan kehebatan yang kadang-kadang tidak terfikir oleh akal. Benarlah, jika kita didalam kekurangan, pasangan kita ada kelebihan diatas kekurangan kita.

Terima kasih sayang atas kehadiran ini. Terima kasih kerana sudi menjadi permaisuri dalam kehidupan ini dan hingga ke syurga, biiznillah... InshaAllah.

Terima kasih kerana menjadi ummi buat anak-anak kita. Moga mereka menjadi anak-anak yang solehah dan mendoakan kedua ibubapanya.

Moga ikatan yang terbina pada 4 tahun dahulu terus utuh hingga ke syurga. Menjadi keluarga yang sakinah dunia dan akhirat. Sentiasa didalam rahmat dan redha Allah. Sentiasa mendapat hidayah Allah agar terus istiqomah dalam beribadah kepadanya.

Agar diri ini menjadi suami dan abi yang soleh. Yang dapat membawa keluarga ke syurga Allah. Membimbing dengan iman dan Islam. Mohon doa mendoakan dari kalian semua yang mengenali diri kami dan yang membaca blog ini. Jazakallahu khairan kathira.

Moga kita semua sentiasa dalam REDHA Allah. Aamiin...

Berpagi-pagilah kita


Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.


(Kredit: FB Islam Itu Indah)

Isnin, 17 Februari 2014

Jika kamu SAYANGkan Dia.. maka ikutlah

MATI...

17 Rabiul Akhir 1435.

Ajal maut itu PASTI. Setiap orang akan merasainya samada dia muslim atau kafir, beriman atau tidak beriman. Maut itu pasti akan menjemput kita. Cuma kita tidak diberitakan bila tika dan saatnya tiba akan ajalnya.

Cuma tanda-tandanya sahaja yang dibentangkan kepada kita agar kita sentiasa bersedia untuk ke alam kematian. Banyak tanda-tanda yang telah dibentangkan kepada kita, samada kita ambil mudah ataupun buat tak tahu sahaja.

Antara tandanya lagi ialah, cuba kita lihat purata kematian bagi ahli keluarga kita. Rata-ratanya mati dalam lingkungan berapa tahun. Kemudian lihat pula diri kita, adakah sudah hampir atau masih jauh lagi. Tapi tidak mustahil jika ianya jauh, mati itu tidak kira masa, tempat & tikanya. Jika tiba ajalnya, tidak akan dilambatkan sesaat mahupun dicepatkan.

Sentiasalah kita menambah amalan bekalan kita buat bekal kesana. Kelak bila kita dijemput pulang, bimbang-bimbang bekalan kita tidak mencukupi untuk kehidupan yang abadi di akhirat kelak. Sentiasalah mengingati mati, kerana dengan mengingati mati akan menghilangkan rasa kelazatan kita pada dunia.

Moga hati kita tidak berbolak balik dan dijaga oleh Allah agar sentiasa beriman kepada NYA.