11 Jamadil Awal 1435.
Allahu Rabbi. Semalam tidak berkesempatan mendengar kuliah Maghrib dari Murobbi Al Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.
Kuliahnya telah bermula semalam dan akan berterusan setiap Selasa minggu ke2 dan ke4. Moga Allah dapat memberikan keizinan kepada kita semua untuk menghadiri majlis beliau kelak. Mohon doa mendoakan.
(Credit by FB Putra Shah)
Sedikit catatan Kuliah Maghrib Al Habib Ali Zaenal Abidin malam tadi bertajuk Akhlak RASULULLAH SAW.
1- Jika kita ingin ikut seperti akhlak RASULULLAH SAW, kita kena biasakan diri kita berbuat baik dan selalu meminta maaf supaya amalan itu terbiasa didalam diri kita walaupun dipaksa.
2- Bagaimana nak ikut akhlak RASULULLAH SAW, kita kenalah mendalami sifat dan akhlak Baginda SAW.
3- Kita memuliakan dan mengagungkan RASULULLAH SAW dan ada sesetengah
orang mengatakan kita terlalu mendewa-dewakan Baginda SAW. Kalau mereka berada di
zaman sahabat tak tahulah apa yang akan mereka katakan kepada para sahabat.
4- Sahabat
cukup segan dan hormat kepada RASULULLAH SAW. Jika mereka hendak berjumpa Baginda SAW, mereka akan bersedekah dahulu dan meminta izin untuk
bertemu Baginda SAW.
5- RASULULLAH SAW sentiasa senyum bila berada di rumah, tidak nampak garang dan selalunya tegas.
6- Jika RASULULLAH SAW gelak hanya menampakkan gigi gerahamnya sahaja dan Baginda SAW lebih banyak tersenyum dari gelak.
7- RASULULLAH SAW suka membantu membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, menjahit pakaian, kasut dan selipar. Baginda SAW memang amat mahir dalam bidang jahit menjahit.
8- Ketika azan dilaungkan, RASULULLAH SAW seperti tidak kenal isteri-isteri dan sahabat-sahabat Baginda SAW. Baginda SAW akan terus bergegas untuk menunaikan solat.
9- RASULULLAH SAW tidak sombong
dan tidak menunjuk dirinya hebat. Contohnya bila ada orang memanggil Ya
RASULULLAH, Baginda SAW akan berpaling dengan bahunya sekali tanda Baginda SAW menghormati kepada semua orang.
10- Walaupun pada zaman RASULULLAH SAW sudah berlalu tetapi akhlak Baginda SAW tidak sesekali akan hilang.
11- Anas Ibni Malik telah berkhidmat dengan RASULULLAH SAW lebih kurang 10 tahun beliau tidak pernah di marahi oleh Baginda SAW.
12- Jika kita tidak mampu untuk mengikuti semua akhlak RASULULLAH SAW, janganlah kita tinggalkan semua pula. Buatlah sekadar kemampuan kita dan azam untuk mengikut akhlak Baginda SAW.
13- Apa yang telah berlaku hari ini seperti kehilangan MH370, sepatutnya kita mengambil iktibar. Sesungguhnya kita semua tidak dapat lari dari ketentuan dan rancangan Allah.
Soalan : Bagaimana reaksi kita terhadap orang yang menghina RASULULLAH SAW?
Jawapan : Tunjukkanlah akhlak RASULULLAH SAW kepada orang yang telah menghina Baginda SAW. Hindarkanlah diri kita daripada memaki orang yang telah menghina Baginda SAW. Balaslah dengan akhlak yg terpuji dan terbaik. Sesungguhnya mereka tidak tahu
dan hidayah itu hanyalah milik Allah. Mungkin dengan akhlak kita itu membuatkan mereka tertarik dengan ISLAM.
p/s : Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak kita supaya menjadi lebih baik dan yang penting dapat mengikuti akhlak yang telah dibawa oleh RASULULLAH SAW. Moga kita menjadi hamba yang soleh, yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan