BEBERAPA PEDOMAN BUAT ISTERI SOLEHAH
Perkahwinan itu adalah satu perkongsian, segala yang haram antara lelaki dan wanita menjadi halal dengannya. Antaranya adalah
persetubuhan yang menjadi salah satu penzahiran kemuncak rasa kasih
sayang dan rindu suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya.
Kerana itu dalam bahasa inggeris, kerjabuat itu dipanggil 'make love'.
Suami yang beriman sentiasa memikirkan beban tanggungjawab dalam
memikul amanah kepimpinan hidup keluarganya. 9 bahagian waktu
digembeling dengan akal buat menyediakan ilmu, mencari nafkah,
keselamatan, perlindungan dan pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga.
Hanya 1 bahagian sahaja berbaki untuk melayani nafsunya, terutama
apabila sudah lanjut usianya.
Kemuncak rasa kasih dan rindu
seorang suami yang menyebabkan ia ingin bersama dengan isteri tercinta
itu boleh datang 'tidak semena-mena'. Suami beriman tidak akan melampias
nafsunya kepada wanita lain atau secara mungkar. Sesungguhnya keinginan
itu adalah satu bentuk penghargaan dan merupakan 'hadiah besar' yang
didambakan oleh para isteri juga. Oleh itu, amatlah tidak wajar ia
dibiarkan membazir begitu sahaja.. Isteri yang menolak ajakan suami
adalah munafik, menipu diri sendiri sebenarnya. Munafik itu adalah bahan
bakar, atau kerak api neraka.
Kerana itu, isteri harus sensitif
dengan keinginan suami itu dan sentiasa mempersiapkan diri untuk
‘memikat’ selera sang suami biar apapun rupa dan usianya. Gunakanlah
anugerah 1 akal pada wanita untuk mengatur 9 nafsu yang ada padanya bagi
memikat dan sentiasa menyediakan diri untuk suaminya.
Usaha itu
akan menampakkan keredhaan isteri terhadap suami dan tanda keinginannya
untuk bersama suaminya. Senyuman redha dari wajah isteri adalah
keindahan yang sebenarnya. Keredhaan itu juga yang akan membuatkan wajah
isteri jadi indah berseri dan ceria menawan, biarpun usia sudah tua,
biarpun tubuh sudah kerepot dan banyak spare tyre. Itulah sebahagian
dari rahsia ciri isteri solehah, perhiasan terindah bagi seorang suami
dari awal perkahwinan membawa ke jannah.
Ramai artis dan ratu
cantik yang ayu jelita bercerai tidak berapa ketika selepas bernikah.
Padahal umur masih muda dan wajah masih bergetah. Buruknya wajah mereka
ialah kerana tidak mendapat redha suami, apabila sentiasa dalam keadaan
marah berkerut dan memberontak. Ini kerana tiada manusia yang kelihatan
cantik dan indah ketika 'marah'.
***
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
“Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat
utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah
kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung
kelak. (Hadis Riwayat Ahmad).
"Wanita itu dinikahi karena empat
perkara yaitu karena hartanya, karena keturunannya, karena
kecantikannya, dan karena agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang
punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim
no. 1466)
"Janganlah kalian menikahi wanita karena
kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu merusak mereka. Janganlah
menikahi mereka karena harta-harta mereka, boleh jadi harta-harta mereka
itu membuat mereka sesat. Akan tetapi nikahilah mereka berdasarkan
agamanya. Seorang budak wanita berkulit hitam yang telinganya sobek
tetapi memiliki agama adalah lebih utama." (HR. Muslim)
“Tiada
faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin selepas bertaqwa kepada
Allah SWT selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya.
Sekiranya suami bersumpah (berazam), ia memenuhi sumpah suaminya itu.
Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya
dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara
berjimat cermat membelanjakannya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya
membalas pandang (kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan
kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka
jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadis riwayat
Maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
”Hak suami terhadap
isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun
semasa berada di atas punggung unta, tidak berpuasa walaupun sehari
kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat
demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh
memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya
sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin
suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan
para malaikat memarahinya sehingga ia kembali dan bertaubat, sekalipun
suaminya itu adalah orang yang alim.” - (Hadis riwayat Abu Daud
Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)
Sabda baginda lagi,
"seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah SWT sehingga ia telah
menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya
sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.”
"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang
menjadi penghuni surga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak
anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia
mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya
berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." - (HR. An-Nasai
dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah,
Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah, no. 287)
"Lihatlah di mana
keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, karena SUAMIMU ADALAH
SURGA DAN NERAKAMU." - (HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat
Ash-Shahihah no. 2612)
"… Dan aku melihat NERAKA maka tidak
pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat
kebanyakan penduduknya adalah kaum WANITA. Mereka kufur (durhaka)
terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikan suaminya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada mereka selama waktu yang panjang,
kemudian dia melihat sesuatu kekurangan pada dirimu, niscaya dia akan
berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu." -
(HR. Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
>>> SODAQO RASULULLAH S.A.W.<<<
Syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami, syurga anak pula di
bawah tapak kaki ibunya. Tapak kaki itu merujuk kepada 'langkah' suami
dan ibu yang beriman. Langkah itu yang perlu diikuti untuk menggiring
isteri dan anak ke syurga. Biar apapun alasannya HARAM seorang isteri
berkata 'AH' dan bermasam muka dengan suaminya. Demikian juga seorang
anak terhadap ibubapanya.
(Kredit by Warga Prihatin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan