Malaikat berganti-ganti menjaga manusia pada siang dan malam. Malaikat yang menjaga manusia pada siang hari
akan datang pada manusia di waktu subuh dan akan pulang pada waktu
asar,manakala malaikat yang menjaga manusia pada malam hari akan datang
pada manusia di waktu asar dan akan pulang pada waktu subuh.
(Beganti-ganti)
Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim
sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawannya Rasulullah SAW bersabda :
"Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat
yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan
solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu
itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih
mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana
keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka ketika mereka
sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka
ketika mereka mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".
Sangat bertuah dan mendapat keuntungan yang sangat besar bagi mereka
yang dijumpai Malaikat dalam keadaan sembahyang, dan ditinggalkan
Malaikat dalam keadaan sembahyang pula, sehingga Malaikat melaporkan
keadaan hamba-hamba Allah ketika Malaikat menghadap kepada Allah dengan
laporan yang baik.
Oleh kerana itu agama sangat menganjurkan
pada ummatnya untuk menjaga solat di awal waktu dan dengan berjemaah di
mana azan diazankan, terutama sekali solat subuh dan solat asar yang
disebut oleh Allah dalam Al-Quran dengan solatulwusta, pada ketika
itulah pengantian Malaikat, antara Malaikat penjaga malan dan penjaga
siang. Berbahagia bagi mereka yang dapat menjaga solatnya di awal waktu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan