Pageviews

Khamis, 9 Mei 2013

Acara Panas!!!

Disaat hilal Jamadil Akhir 1434 berlalu pergi, pelbagai acara sedang berlangsung. Sebelumnya dengan PRU13, kemudian BLACKOUT!!! Dan mungkin ramai yang kurang perasan akan hadirnya fenomena Gerhana Matahari (Annular) esok.

Hadirnya memberitahu kepada semua bahawa, hebatnya kekuasaan Yang Maha Kuasa. Hadirnya memberitahu bahawa, alam ini sedang berbicara. Hadirnya memberitahu bahawa, segalanya ada RAHSIA atau HIKMAH yang tersembunyi. Dan lebih POWER..hadirnya pada hari Jumaat, penghulu bagi segala hari dan di akhir hilal Jamadil Awal. Pasti ianya bukan sekadar gerhana yang biasa-biasa. Pasti ada yang SUPERB!!! 

Kita sering lalai & lupa (termasuk diri ini). Apakah tanda-tanda yang telah diberitakan kepada kita ini? Adakah ianya hanya sekadar ceritera dan akan berlalu begitu saja? Jadi untuk persiapannya nanti, sedikit tatacara atau acara yang boleh kita lakukan sempena peristiwa gerhana tersebut. Ini adalah sebahagian dari apa yang kita boleh lakukan dan yang dianjurkan dalam ISLAM. Antaranya ialah solat gerhana. Solat gerhana adalah sunat-sunat muakkad bagi seseorang Muslim itu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya : "Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah".

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksudnya : Dari Abu Mas'ud Al Ansari, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua di antara tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah. Kedua-duanya digunakan oleh Allah untuk menakutkan para hambaNYA. dan tidaklah dengan keduanya menyebabkan kematian seseorang manusia. Kerana itulah, apabila kalian melihat akan kejadian itu, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah hingga hilang akan hal yang menakutkan itu".

Khaifiatnya :

Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

                                    أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala".

Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan :

                                  أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala".

Solat gerhana boleh dilakukan dimana-mana. Di rumah atau musolla. Lebih afdhal adalah di tempat yang dilakukan sembahyang jumaat yakni masjid. Boleh ditunaikan secara berjemaah atau seorang diri. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2rakaat seperti sunat-sunat biasa. Cuma afdhalnya ia dilakukan dengan 2 kali ruku' dan 2 kali iktidal. 

Contoh: Selepas membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama (bacaan nyaring ketika gerhana bulan dan perlahan pada gerhana matahari). Rukuk dan membaca tasbih sebanyak 100 kali (jika mampu). Qiam semula kemudian membaca Fatihah dan surah. Rukuk dan membaca tasbih sebanyak 90 kali (jika mampu). Iktidal dan sujud. Dalam sujud juga disunatkan membaca tasbih (sama bilangan seperti ruku').
Rakaat kedua juga seperti rakaat yang pertama cuma bilangan tasbih padanya adalah 70 kali dan seberapa yang mampu.

Beramallah dengan istiqomah. Kerana dengan ilmu yang sedikit tetapi amalan yang berterusan lebih baik dan mulia dri ilmu yang banyak tapi amalannya tiada. Moga kita tergolong didalam golongan yang sentiasa mengamalkan ilmu yang bermanfaat. Agar bertambah iman dan ketaqwaan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan