Pageviews

Jumaat, 24 Mei 2013

Sejarah 25 Mei


Salam AURA Kedamaian…

SAAT ini MEI..

Ini bukan KISAH HARI IBU, HARI GURU, HARI PEKERJA, HARI JURURAWAT, HARI BELIA atau sebagainya yang MEMENUHI TAQWIM setiap kali BULAN MEI muncul.

Ia KISAH AKHBAR.. kisah BESAR.. kisah KEHILANGAN seorang KHALIFAH… kisah PEMERGIAN seorang RASUL ALLAH YANG TERAKHIR!! 

KISAH BESAR....  yang kini kecil…

Kerana saban tahun MEI lebih MAKMUR kisah hari IBU dan GURU…

Kerana saban tahun 25 MEI hadir tanpa ada ‘bekas’ apa-apa pada jiwa kita…

......................................................

Mahu MENEMUI ALLAH

Rasul PILIH untuk PERGI bertemu ALLAH.

Setelah Dakwah Islamiah sempurna dan Islam menguasai suasana maka tanda-tanda dan bahasa-bahasa pengucapan selamat tinggal kepada dunia dan manusia mula tertera di dalam ungkapan-ungkapan dan ucapan-ucapan Rasulullah melalui perbualan dan perbuatan Baginda.

MESEJ untuk PERGI itu bermula…

RAMADHAN tahun 10H – Rasul beriktikaf 20 HARI di masjidnya. Dalam tempoh itu, JIBRIL ada datang ziarah untuk membuat ulangan dan tadarus al-Quran sebanyak dua kali.

SAAT HAJI al-Wada’ Baginda telah menyebut:

“Sebenarnya berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu lag! selepas pertemuan kita di tahun ini”.

Semasa di Jamrah al-Aqabah Baginda berkata :

“Ambillah peribadatan haji ini dariku, boleh jadi aku tidak akan mengerjakan haji lagi selepas tahun ini”.

Surah al-Nasr turun di pertengahan hari-hari tasyrik, darinya Baginda mengetahui bahawa itu adalah ucapan SELAMAT TINGGAL dan pemberitahuan tentang KEMATIANNYA.

TUGASNYA sebagai RASUL yang menerima WAHYU & PERINTAH ALLAH sudah tamat.. maka, ia BAKAL ‘MELEPASKAN’ jawatannya itu. Dan seperti Rasul-rasul sebelumnya.. ia bermakna wafatnya kian tiba.

biarpun UMUR baginda baru mencecah 61 tahun (kiraan taqwim masihi)…

-------------------------------------------------------

ZIARAH AKHIR ke UHUD

Bulan SAFAR tahun ke 11 HIJRAH bersamaan hujung bulan APRIL dan awal MEI tahun 632 MASIHI – Baginda Rasulullah telah keluar ke Uhud. Baginda menziarahi para syuhada’ UHUD dipusara mereka. Ia sebagai UCAPAN SELAMAT TINGGAL. Kemudiannya Rasul bersolat di Masjid Uhud, sesudah solat Baginda Rasulullah menaiki mimbar dan berucap dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku telah berkeras dengan kamu, sesungguhnya daku adalah penyaksi ke atas kamu semua, demi Allah di masa ini daku sedang menyaksikan kolam airku (kurniaan kepada Rasulullah di hari perkiraan), daku ini telah diberi kunci khazanah kekayaan bumi atau kunci-kunci bumi, dan sesungguhnya daku tidak takut kamu menyekutui Allah selepas kematian ku ini, tetapi yang ku takut ialah kamu lumba-lumba kerana dunia”.


IA PESAN..

“PESAN KERAMAT”

Rasul tahu saat Baginda perlu pergi… 
dan Rasul TAKUT sesudah kewafatan baginda kita - BERLUMBA-LUMBA untuk DUNIA!

KATA BAGINDA: 

“… tetapi yang ku TAKUT ialah kamu LUMBA-LUMBA kerana DUNIA”.

itu kisah di UHUD…

-----------------------------------------------------

ZIARAH AKHIR ke BAQI'

di suatu malam yang lain di bulan SAFAR bersamaan bulan MEI itu..

Rasulullah keluar ke kawasan perkuburan al-Baqi’. Di sana Rasulullah memohon keampunan untuk penghuni pusara al-BAQI’ yang terdiri dari saudara-saudaranya serta muslimin dan muslimat.

Rasul berbicara:

“Assalamulaikum wahai penghuni kubur, bermudahlah kamu ke atas apa yang berlaku pada kamu, dengan apa yang berlaku ke atas orang lain, kini FITNAH telah MULA TIBA, bak sebidang malam yang gelap pekat, hujungnnya terus menyusul selepas permulaannya, hujungnya lebih buruk dari permulaannya”.

Di sini Rasulullah menyampaikan berita gembira kepada mereka, dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami (aku) menyusul ‘DATANG’ selepas kamu”

---------------------------------------------------

PERMULAAN SAKIT.

SAFAR 11 HIJRAH, pada hari Isnin, Rasulullah berkesempatan menghadiri pengkebumian jenazah di al-Baqi’. Dipertengahan jalan sekembalinya Baginda dari al-Baqi’, Baginda terasa sakit kepala, panasnya terlalu menjadi-jadi, orang yang disekeliling Baginda turut merasai kepanasannya terutama di atas kain balutan di kepala Baginda.

SAKIT BANGINDA BERMULA…

Begitulah keadaannya.. hingga sekitar 2 MINGGU. Namun Baginda Rasulullah mengimamkan solat dengan sekalian kaum muslimin.

Sesekali Baginda Rasulullah pengsan kerana demam panas yang terlalu kuat. Seraya sedar, beliau meminta air 7 bekas dari perigi sekitar Madinah lalu minta dimandaikan untuk meringankan demam panasnya. Kerana kuatnya demam yang ditanggung.. baginda tak daya nak habiskan mandiannya. Namun, ikhtiar ini berjaya mengurangkan panas demam baginda.

Berkata sahabat Abu Said al-Khudri:

“aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai sedemikian rupa.”

Siti Aisyah bertanya kepada Muhammad:

“wahai pesuruh Allah, adakah kamu sakit seperti kami sakit?”

Muhammad berkata:

“kami para nabi, sakit kami umpama kesakitan dua orang biasa.”


SAKIT KIAN KUAT

Sakit semakin memberat. Rasulullah bertanya isteri-isterinya;

“Di mana giliran ku besok? Di mana giliranku besok?”.

Semua mereka memahami tujuan Rasulullah itu, justeru itu Baginda dibenarkan untuk duduk di mana-mana sahaja, dengan itu Baginda berpindah ke rumah Aisyah. Baginda berjalan di antara al-Fadlu bin al-Abbas dan Ali bin Abi Talib, sedang kepala Baginda berbungkus dengan kain, meletak kakinya selangkah demi selangkah hinggalah Baginda memasuki rumahnya.

ITU MINGGU AKHIR BAGINDA…

sakit kian LARUT… 25 MEI kian hampir…

Melihat keadaannya yang demikian keluarganya ikhtiari untuk merawat baginda. Saiyidatina Aisyah r.a terus membaca surah-surah al-Muawwizah, dan doa-doa yang lain yang beliau terima dari Rasulullah. Beliau meniup ke atas badan Rasulullah (s.a.w) dan menyapu dengan tangan Baginda untuk memperolehi keberkatan.

Asma’ , salah seorang kerabat Maimunah telah menyediakan semacam minuman, yang pernah dipelajari cara pembuatannya selama ia tinggal di Abisinia. Tatkala Nabi masih dalam keadaan pengsan kerana demam yang kuat, mereka mengambil kesempatan menegukkan minuman itu ke mulut Baginda.

Bila sedar, Rasul bertanya:

“Siapa yang membuatkan ini? Mengapa kamu melakukan itu?”

Jawab bapa saudaranya, Saidina Abbas r.a.:

“Kami kuatir engkau Ya Rasulullah menderita sakit radang selaput dada,”

Rasul membalas :

“Allah tidak akan menimpakan penyakit yang demikian itu kepadaku.”

Kemudian Baginda meminta semua yang ada untuk meminum ubat itu bersama.


SAKIT KIAN LARUT…

Saat itu, Rasullah Muhammad s.a.w. memiliki harta 7 dinar. Miskipun SAKIT kian LARUT.. Baginda suarakan kerisauannya akan HARTA iaitu WANG 7 DINAR itu. BAGINDA KUATIR kerana HARTA ITU MASIH DITANGANNYA!! Lalu, Baginda meminta supaya wangnya itu disedekahkan SEGERA!

Namun, kerana sibuk merawat dan mengurus Baginda selama sakitnya yang masih terus memberat, mereka lupa melaksanakan perintahnya itu.

Saat KIAN TIBA HARI-HARI AKHIR baginda, saat terjaga dari pengsannya, Baginda teringat lalu bertanya kepada mereka:

“Apa yang kamu lakukan dengan (dinar) itu?”

Aisyah menjawab, bahawa itu masih ada di tangannya.

Kemudian Baginda Rasul segera meminta wang tersebut.. Nabi berkata:

“Bagaimanakah jawab Muhammad kepada Tuhan, sekiranya ia menghadap Allah, sedang ini masih di tangannya.”

Wang itu segera disedekahkan kepada fakir miskin..

SAKIT KIAN TENAT… 25 MEI kian tiba…

---------------------------------------------

LIMA HARI SEBELUM KEWAFATAN

Hari itu RABU, lima hari sebelum kewafatan. DEMAM PANAS Rasulullah semakin meningkat, di mana Rasulullah (s.a.w) semakin bertambah sakit dan pening-pening menyebabkan Baginda menyuruh dengan sabdanya yang bermaksud:

“Curahkan ke atas ku tujuh uncang air dari berbagai telaga supaya dapat ku keluar menemui orang ramai dan aku boleh bertemu dengan mereka”.

Dengan itu maka yang hadir di situ membiarkan Rasuiullah duduk di atas tilam kemudian mereka mencucuri air ke atas seluruh badan Rasulullah, hingga Rasuiullah (s.a.w) berkata:

“cukup, cukup”.

Kerana usaha-usaha ini, sakit Rasul berkurangan. Baginda gagahi memasuki Masjid sedang kepalanya masih berbalut dengan kain. Baginda terus naik ke MIMBAR dan memberi ucapan kepada orang ramai:

“Laknat Allah ke atas kaum Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kubur-kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid”

Dalam riwayat yang lain

“Allah mengutuk bangsa Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur nabi-nabi mereka masjid”

dan sabdanya:

“Jangan sekali-kali kamu menjadikan kubur ku sebagai berhala yang disembah”.

Sesudah itu, Rasulullah bertanya kepada sekelian hadirin..

“Siapa di antara kamu yang telah ku sebat belakangnya? Nah ini dia belakang ku untuk beliau menyebatnya sebagai menuntut bela, dan sesiapa yang telah ku hamun maruahnya, nah ini dia maruahku untuk beliau menuntut bela”.

Kemudian Rasulullah turun dari minbar dan menunaikan solat Zohor dan kembali duduk di atas mimbar semula dengan mengulangi soal perbalahan dan yang lain-lain hingga salah seorang yang hadir berkata:

“Rasulullah (s.a.w) telah berhutang dari ku sebanyak tiga dirham yang belum jelas”

Maka kata Rasulullah (s.a.w):

“Fadhl! Jelaskan kepadanya”.

Kemudian Baginda mewasiatkan dan berpesan terhadap orang-orang Ansar dengan sabdanya yang bermaksud:

“Daku berpesan kepada kamu sekalian, bersikap baiklah terhadap al-Ansar, mereka itu perut dan bekalan bagiku, mereka telah pun melaksanakan kewajipan mereka yang belum terlaksana ialah hak mereka. Untuk itu terimalah kebaikan mereka dan beri maaflah kesalahan mereka”

Katanya pula:

“Sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah yang telah diberi pilihan untuk menerima kemewahan dunia secukupnya atau memilih kedudukan di sampingNya, di sini ku telah memilih kedudukan di sisiNya”

Ramai terpinga… namun, ABU BAKR FAHAMI maksud Baginda!! Kata Abu Said al-Khudri, di masa itulah Abu Bakr menangis dan berkata Abu Bakr:

“demi bapa kami dan ibu kami, kami korbankan”

TAWARAN itu untuk RASUL… dan ianya bukan untuk ditebus dengan sesuatu yang lain.

Kemudian Rasulullah pun berkata pula:

“Sesungguhnya orang yang paling selamat untuk ku bersahabat dan juga hartaku ialah Abu Bakr, seandainya harus ku mengambil teman selain dari Allah nescaya ku pilih Abu Bakr”

SAKIT KIAN TENAT… 25 MEI kian tiba…

dan 

kisah ini

kian dilupai.
-sumber FB Mir Hazil Azran-

Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan