21 Rejab 1434 @ 31 Mei 2013.
Tanggal 18 Rejab 1434 @ 28 Mei 2013, pagi itu bersama zaujah tercinta ke DEMC Shah Alam, untuk persiapan kelahiran anak yang ke2. Diri telah bersedia untuk proses kelahiran tersebut. Memohon doa dari sekalian insan yang dikenali, moga segala urusan dipermudahkan olehNYA.
Syukur ke hadrat Ilahi... Petang 16.22 disaat berlaku peristiwa Istiwa' Azam di Makkah, setelah hampir 3jam, zaujah melalui pelbagai kesakitan & kesulitan, lahirnya seorang insan kecil yang telah dipilih dan menjadi amanah diri ini untuk mendidiknya agar menjadi 'Serikandi Islam' yang sejati.
Lahirnya dengan 2.95kg, berukur lilit kepala 33cm, telah keluar untuk melihat dunia yang menjadi bekalan kepada dirinya mencari dan menuju rahmat serta maghfirah Allah.
Terima kasih atas doa kalian semua yang menjadi nadi dan kekuatan untuk kami berdua. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas akan jasa kalian.
REJAB itu bulan haram. REJAB itu bulan ulangtahun SOLAT ( Isra' Mi'raj). REJAB ini berlakunya Istiwa' Azam. REJAB itu penuh dengan hikmahnya.
Moga REJAB ini menjadi kompas yang lurus untuk diri dan keluarga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan