Ayah & ibu adalah guru yang terbaik buat diri ini. Dibekalkan dengan sahabat, keluarga IQBC, kawan-kawan dan insan yang ISTIMEWA adalah isteri tersayang. Mereka sentiasa memberikan arah panduan serta penyuluh diri ini dikala arah kian tersasar jauh dari landasan syariat.
Terima kasih kepada para guru yang telah membentuk diriku, yang telah membawa ku dari kegelapan kepada cahaya, daripada jahil kepada ilmu. Bagi mereka yang telah pergi, doaku moga roh mereka didalam rahmat Allah. Terima kasih semua.
Kata Imam al-Ghazali : "Ayah (Guru) yang mengajarkan ilmu lebih baik dari ayah/ibu yang melahirkan. Jadilah seorang ayah/ibu dan guru kepada anak bukan hanya sekadar memberi makan dan minum tetapi dapat membimbing mereka ke Syurga". Katanya lagi : "Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya kerana kesilapan guru lebih bemanfaat dari apa yang mungkin benarnya yang datang dari dirinya (penuntut)."
(sumber: FB Mir Hazil Azran Ramli - Sifu ku)
GURU itu CIKGU..
namun cikgu belum tentu GURU..
Secara etimologi (asal-usul kata atau sejarahnya) kata ‘guru’ berasal
dari bahasa sanskerta, merupakan sebuah kata nama yang membawa maksud
cikgu, lebih tepatnya adalah seorang pembimbing kerohanian atau pembimbing ilmu pengetahuan.
Secara kata sifat (adjektif), ‘guru’ bermaksud ‘berat’ atau ‘hebat’ ,
dimana dalam kontek bahasanya sifat ‘berat’ atau ‘hebat’ ini merujuk
kepada sifat seseorang yang ‘berat (penuh / banyak / luas) dengan
pengetahuan’ atau ‘hebat dengan ilmu kerohaniannya’ atau ‘hebat dengan
pelbagai ilmu pengetahuannya’.
Perkataan ‘guru’ berakar
dari kata “gri” yang dalam bahasa sanskerta bermaksud ‘untuk bangkitkan
(menyedarkan)’ atau ‘untuk memuji (tuhan)’. Ia juga berkait rapat dengan
kata “gur” yang bermaksud ‘untuk bangun (sedar)’ atau ‘untuk
menghasilkan usaha’.
Secara sukukata pula ‘gu’ bermaksud
‘kegelapan’ dan sukukata ‘ru’ bermaksud ‘cahaya’ atau ‘diterangi’. Maka
‘gu’ & ‘ru’ bolehlah diertikan sebagai ‘insan yang membimbing
seseorang keluar dari kegelapan (tak berilmu) untuk diterangi cahaya
ilmu’.
Pendapat lain mengatakan ‘gu’ & ‘ru’ ini
adalah ‘seseorang yang melenyapkan kejahilan kerohanian seseorang dengan
membawa sinar pertunjuk (cahaya ilmu) kerohanian kealam spiritualnya’.
Jika ‘gu’ itu umpama ‘sihir yang menyebabkan jiwa seseorang menjadi
gelap dan menyesatkannya’ maka ‘ru’ itu adalah ‘kuasa yang memecahkan
belenggu sihir’ tersebut.
Dari sedikit perbahasan di
atas, jelas martabat insan yang bernama ‘guru’ ini amat tinggi duduk
letaknya. Guru tak sama dengan cikgu (teacher).. ‘guru’ adalah ‘master’.
Semua ‘guru’ adalah cikgu namun bukan semua cikgu adalah ‘guru’.
Martabat ‘guru’ ini tinggi dari sudut istilah asal atau sejarah asal
kata bahasanya. Sayangnya, pemahaman dan penggayaan kata ini dalam
bahasa kita di zaman ini telah sedikit ‘memurahkan’ martabatnya. Kata
‘guru’ bagi zaman nenek-moyang kita dulu masih tak tersasar dari makna
asalnya. Kata ‘guru’ untuk zaman sekarang.. ‘nilai’nya diletak sama
dengan erti cikgu. Dimana silapnya?? Silap anak muridnyakah.. atau silap
cikgunya?? Entahlah…
Pada saya, kita akan bertemu
ramai mereka yang menjadi cikgu akan sesuatu kepada kita … namun untuk
bertemu seorang ‘guru’ tidaklah semudah yang disangka. ‘Guru’ perlu
dicari.. dicari… dan dicari… mungkin dari 100 cikgu ada terselit 1
‘guru’.
Siapalah saya untuk menilai yang mana cikgu
atau yang mana guru… namun, sang ‘murid’ akan tahu siapakah cikgunya dan
siapakan ‘guru’nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan