Pageviews

Sabtu, 25 Mei 2013

25 Mei.. Pesan yang berulang kali...


25 MEI 2013...

504,401 hari lalu.. 25 MEI tahun 632 itu.. HARI TERAKHIR DALAM HAYAT BAGINDA RASULULLAH.

Anas bin Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di hari Isnin itu dikejut oleh kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang.

Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang.

Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terpesona dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah namun Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam.

Itu 'intai' Baginda yang terakhir..

Ia solat TERAKHIR yang disaksikan Baginda...Itu SUBUH TERAKHIR dalam hayat Baginda...Selepas itu Rasulullah tidak berkesempatan lagi untuk bersolat lima waktu yang lain.

Semasa siang semakin cerah.. Rasulullah memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu. Fatimah menangis dan berlalu pergi.

Kemudiannya Baginda memanggil semula Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu. Fatimah tersenyum! Suatu masa selepas wafat Rasul, Aisyah bertanya apa ceritanya?.

Jawab Fatimah: “Baginda membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum”.

Selain dari itu Rasulullah (s.a.w) juga memberi khabar gembira (tabsyir) kepada Fatimah bahawa beliau adalah Syayyidah Nisa’ al-’Alamin (Penghulu Wanita Dunia).

------------------------------------

Uzur baginda kian sulit. Fatimah melihat beban kesakitan terlalu berat dialami oleh Rasulullah. Fatimah berkata:

“Alangkah berat siksa bapa”.

Jawab sang ayah yang penyayang @ Baginda Rasulullah:

“Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini”.

Di saat ini Rasulullah memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium kedua-duanya sambil berwasiat kepada mereka berdua dengan kebaikan, kemudian Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan memperingatkan mereka.

PESAN demi PESAN....DETIK AKHIR kian tiba... Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat, menyebabkan Rasulullah berkata:

“Wahai Aisyah kini aku masih terasa sakit kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu”.

Rasulullah mewasiatkan orang ramai dengan sabdanya:

“SOLAT, SOLAT dan BERBUAT BAIK kepada hamba sahaya milikmu”.

Baginda mengulangi ungkapan ini..“SOLAT, SOLAT dan BERBUAT BAIK kepada hamba sahaya milikmu”. Baginda ulangi lagi...

“SOLAT, SOLAT dan BERBUAT BAIK kepada hamba sahaya milikmu”. berkali-kali...

-----------------------------------------------------

25 MEI itu menyimpan kisah AKBAR.. (besar)..

25 MEI ini.. kisah itu berlalu tanpa kabar...

-sumber FB Mir Hazil Azran Ramli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan