Pageviews
Rabu, 26 September 2012
Kau Yang Satu
Hanya kepadaNYA kita mengharap. Dari apajua keadaan sekalipun. Dari apajua sudut pun kita... Kepada DIA kita memohon. Jika DIA mengizinkan perkara itu berlaku, pasti ada hikmahnya buat kita agar terus mencari & muhasabah diri.
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 25 September 2012
Rawatan Alternatif - Terapi Ruqyah - Teknik REIKI
09 Dzulqaedah 1433.
Setiap hari diri kita telah melakukan terapi. Disedari atau pun tidak, diri sentiasa auto mode dalam melakukan terapi.
Reiki adalah salah satu teknik terapi yang cukup santai untuk diaplikasikan dalam kehidupan kerana ianya mudah & boleh digunakan dalam apajua keadaan. Reiki adalah dalam bahasa Jepun yang bermaksud 'Tenaga Kehidupan Semesta' atau bahasa mudahnya 'Tenaga dari Alam'.
Dengan Reiki, ianya membantu kita untuk membaik pulih sistem dalaman kita yang setiap hari sentiasa terdedah dengan radiasi-radiasi serta gelombang-gelombang tenaga yang negatif & tinggi. Kita mudah terdedah dengan segal bentuk tenaga yang negatif dari waktu pagi hingga ke petang. Samada kita sedar atau pun tidak, ianya sentiasa berada disekeliling kita.
Jadi, bila kita ada ilmu mengenai tenaga & cara bagaimana untuk mengawal tenaga-tenaga tersebut, maka secara langsung diri kita dapat mengurangkan tenaga-tenaga yang negatif disekeliling kita.
Reiki adalah satu bentuk penyembuhan yang hanya menggunakan telapak tangan untuk mengalirkan tenaga yang positif bagi meneutralkan tenaga yang negatif @ tidak stabil. Ianya akan mengharmonikan kembali sistem dalaman tubuh kita yang tidak stabil. Di Barat, kaedah ini lebih dikenali sebagai terapi yang dapat mengurangkan stress atau tekanan.
Reiki adalah penyembuhan secara menyeluruh (holistik). Ianya dapat menyembuhkan dari emosi, minda, fizikal & ke peringkat yang paling dalam iaitu spritual (kerohanian).
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RawatanIslamdiiktiraf/Article
Label:
Aura dan Chakra,
Bio-Energi,
Ilmu Warna,
Reiki
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 24 September 2012
Kisah Kekasih Allah.. Kekasih kita.. Muhammad SAW
08 Dzulqaedah 1433.
Allahumma Solli'ala Muhammad Ya Rabbi Solli 'Alaih.
Sentiasalah kita berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW, tidak kira di mana kita berada, aajua situasi kita kerana sekali kita berselawat ke atas Baginda SAW, 10x Allah akan berselawat ke atasnya.
Sebaik sahaja sahabat-sahabat mendengar berita tersebut, bergembiralah mereka semua kecuali Saidina Abu Bakar as Siddiq. Beliau menangis teresak-esak bila mendengar khabar tersebut. Sahabat-sahabat yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Saidina Abu Bakar ra. "Ya Abu Bakar, kenapa kamu menangis dimana seluruh umat Islam gembira tentang lengkapnya agama kita ini?" Abu Bakar ra menjawab: "Wahai sahabatku, tidakkah kamu mengetahui tentang musibah yang akan menimpa kamu. Tidakkah kamu tahu bahawa apabila berlaku sesuatu perkara itu telah sempurna, maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunya ayat tersebut, menunjukkan bahawa perpisahan kita dengan Rasulullah SAW semakin dekat, Hassan & Hussin menjadi yatim & para isteri Nabi menjadi janda".
Mendengar akan penjelasan dari Abu Bakar ra, maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra, lalu menangislah mereka semahu-mahunya. Tangisan mereka telah didengar oleh sahabat-sahabat yang lain, maka mereka terus memberitahu Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bergegas menuju bertemu dengan Abu Bakar ra. Sebaik Baginda SAW sampai, Rasulullah melihat kesemua mereka sedang menangis lalu Baginda bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?". Kemudian Saidina Ali ra berkata: "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra menyatakan bahawa turunnya ayat tersebut membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah benar ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar itu benar belaka & sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir."
Sebaik mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka Abu Bakar ra menangis sekuat hati hingga jatuh pengsan beliau. Sementara Saidina Ali ra pula menggeletar tubuhnya & para sahabat yang lain turut menangis sehingga gunung ganang, batu-batu, para malaikat di langit, segala makhluk yang melata di muka bumi turut menangis.
Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat satu demi satu. Kisah Rasulullah SAW mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada riwayat yang menyatakan antara 81 hari, setengah riwayat yang lain 50 hari, 35 hari & 21 hari.
Disaat-saat Rasullah SAW menghadapi sakaratul maut, Baginda SAW mewasiatkan pada khutbah Jumaat yang terakhir.
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Saidatina Fatimah ra tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap wajah puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia, dialah malaikat maut,” kata Rasulullah, lalu Fatimah pun menghamburkan tangisannya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”
Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan risau wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah diragut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik perlahan, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya sakaratul maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, janganlah pada umatku.
“Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummati, ummati, ummati?” – “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti ya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kisah detik Rasullah SAW menghadapi sakaratul maut yang sangat mencintai hambanya. Mana mungkin seorang yang menghadapi sakaratul maut masih lagi untuk mengingati umatnya dengan menyebut “Ummatii, ummatiii, umamatiiii?

Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)
Jadikanlah ianya amalan seharian kita dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini. Kita cukup mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW itu kekasih Allah. Apa jua yang kita lakukan untuk mengingatinya, begitulah Allah akan membalasnya kepada kita. Bukannya melibatkan wang, masa, tenaga yang banyak pun untuk kita berselawat. Disamping kita melakukan apajua kerja kita boleh berselawat. Sambil memandu, membaca, menaip, update status di FB, main bola, berjogging & sebelum kita tidur pun kita masih boleh berselawat. Sedangkan Rasulullah SAW ketika hendak wafat pun Baginda SAW masih ingatkan umatnya. Maka berselawatlah....
Dikisahkan disaat Rasulullah SAW ketika menjelang kewafatan Baginda SAW disaat Baginda melakukan haji yang terakhir (haji wida'). Turunnya wahyu dari Allah surah al-Maidah ayat yang ketiga menyatakan :
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Sebaik sahaja sahabat-sahabat mendengar berita tersebut, bergembiralah mereka semua kecuali Saidina Abu Bakar as Siddiq. Beliau menangis teresak-esak bila mendengar khabar tersebut. Sahabat-sahabat yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Saidina Abu Bakar ra. "Ya Abu Bakar, kenapa kamu menangis dimana seluruh umat Islam gembira tentang lengkapnya agama kita ini?" Abu Bakar ra menjawab: "Wahai sahabatku, tidakkah kamu mengetahui tentang musibah yang akan menimpa kamu. Tidakkah kamu tahu bahawa apabila berlaku sesuatu perkara itu telah sempurna, maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunya ayat tersebut, menunjukkan bahawa perpisahan kita dengan Rasulullah SAW semakin dekat, Hassan & Hussin menjadi yatim & para isteri Nabi menjadi janda".
Mendengar akan penjelasan dari Abu Bakar ra, maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra, lalu menangislah mereka semahu-mahunya. Tangisan mereka telah didengar oleh sahabat-sahabat yang lain, maka mereka terus memberitahu Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bergegas menuju bertemu dengan Abu Bakar ra. Sebaik Baginda SAW sampai, Rasulullah melihat kesemua mereka sedang menangis lalu Baginda bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?". Kemudian Saidina Ali ra berkata: "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra menyatakan bahawa turunnya ayat tersebut membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah benar ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar itu benar belaka & sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir."
Sebaik mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka Abu Bakar ra menangis sekuat hati hingga jatuh pengsan beliau. Sementara Saidina Ali ra pula menggeletar tubuhnya & para sahabat yang lain turut menangis sehingga gunung ganang, batu-batu, para malaikat di langit, segala makhluk yang melata di muka bumi turut menangis.
Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat satu demi satu. Kisah Rasulullah SAW mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada riwayat yang menyatakan antara 81 hari, setengah riwayat yang lain 50 hari, 35 hari & 21 hari.
Disaat-saat Rasullah SAW menghadapi sakaratul maut, Baginda SAW mewasiatkan pada khutbah Jumaat yang terakhir.
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Saidatina Fatimah ra tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap wajah puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia, dialah malaikat maut,” kata Rasulullah, lalu Fatimah pun menghamburkan tangisannya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”
Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan risau wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah diragut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik perlahan, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya sakaratul maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, janganlah pada umatku.
“Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummati, ummati, ummati?” – “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti ya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kisah detik Rasullah SAW menghadapi sakaratul maut yang sangat mencintai hambanya. Mana mungkin seorang yang menghadapi sakaratul maut masih lagi untuk mengingati umatnya dengan menyebut “Ummatii, ummatiii, umamatiiii?
Label:
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Ahad, 23 September 2012
Selimut Putih - Hijjaz
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
PASTI!!!! Akan tiba MATI itu..
07 Dzulqaedah 1433.
Mati itu PASTI. Neraka, Syurga itu PASTI. Titi Siratulmustaqim itu PASTI. Padang Mahsyar itu juga PASTI. Jadi!! "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (ar-Rahman)
Kita sebagai hamba yang hidup hanya sementara di bumi ini perlulah bersiap siaga untuk bertemu dengan 'TUAN' yang sentiasa menanti akan kehadiran kita. Pelayaran kita di bumi ini hanyalah sekadar untuk mencari bekalan untuk di bawa ke negeri AKHIRAT kelak. Negari yang PASTInya kekal abadi.
Cukupkah kita dengan bekalan kita ini? Bersediakah kita untuk kembali bertemu dengan 'TUAN' kita? Bagi yang sentiasa taat & patuh akan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah, sudah pasti telah bersedia dari awal. Bagi mereka yang benar-benar beriman pasti diberikan tanda-tanda awal kepada mereka untuk bertemu dengan Allah Rabbul Izati.
TANDA-TANDA KEMATIAN:-
Allah telah memberikan tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian. Bagi yang bertaqwa, beiman & taat patuh akan perintah Allah akan diberi kelebihan tanda-tanda kematian pada dirinya.
Tanda 100 hari menjelang ajal :

Selepas waktu Asar (kerana waktu tersebut penggantian antara terang ke
gelap), kita akan merasakan dari hujung rambut hingga kaki akan menggigil, getaran
yang sangat kuat, lain dari kebiasaannya, Bagi yang menyedarinya akan terasa
indah di hati, namun yang tidak menyedari, tidak ada kesan pengaruh apa-apa pada dirinya.
Tanda 40 hari menjelang ajal :
Selepas Asar, jantung akan berdenyut-denyut laju (berdebar-debar). Daun yang bertuliskan nama kita di Lauh Mahfudz akan gugur. Malaikat Maut (Izrail) akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.
Tanda 7 hari menjelang ajal :
Mungkin akan diuji dengan sakit. Orang yang sakit biasanya tidak berselera untuk makan, tetapi dengan tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu. Bagi yang sihat pula, terasa diri ingin membuat sesuatu yang pelik dari kebiasaannya. (org kita panggil 'buang tebiat')
Tanda 3 hari menjelang ajal :
Terasa denyutan ditengah dahi (3rd eye atau mata ketiga). Jika tanda ini dirasakan, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan bagi orang yang memandikan kita nanti. Potonglah bulu-bulu, kuku jari & kaki agar sentiasa nampak kemas.

Tanda 1 hari sebelum ajal :
Di waktu Asar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak akan sempat bertemu Asar keesokannya. Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk pada bahagian pusat, kemudian ke pinggang lalu ke kerongkong, maka dalam kondisi ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadat.
SubhanAllah... Imam Al-Ghazali ra, mengetahui akan kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan berwudu', mengkafankan dirinya, kecuali pada bahagian wajahnya. Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya. Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang-orang yang terpilih. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih dan telah siap sedia menerima kehadiran Izrail untuk mengambil nyawa kita walau di mana pun kita berada.

Bicara Diri,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sabtu, 22 September 2012
Kasih seorang ISTERI
Isteri solehah~
Seorang isteri menangis2 kerana hendak memandikan jenazah suaminya. Bapak mertua dgn polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. "Jika abang mati dulu sayang (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai sayang (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah sayang.
Dari luar bilik mayat hospital datang seorang ustaz masuk menanyakan apa yang berlakut, kemudian uztaz itu membenarkan jika isteri tersebut ingin memandikan jenazah suaminya. Ustaz itu & bersama beberapa org lagi menemankan si isteri mandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah
suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah
ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti."
Sambil membasuh tangan jenazah suaminya & berkata, "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku." Sambil membasuh tubuh jenazah suami & berkata, "Tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang kepadaku dan anak-anak, moga Allah memberikan pahala berganda untukmu wahai suamiku". Sambil membasuh kaki jenazah suami & berkata, "Dgn kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang, semoga Allah memberikan abang kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yg berlipat kali ganda".
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata, "Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha & pasrah akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu."
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.

Jumaat, 21 September 2012
Iman vs Hati
5 Dzulqaedah 1433.
Jumaat penghulu segala hari. Hadirnya jumaat pada awal bulan Dzulqaedah 1433 memberi nafas baru buat diri kita. Salah satu antara doa yang dimakbulkan oleh Allah adalah pada hari Jumaat.
Moga apa yang kita doakan memberi manfaatnya buat kita & masyarakat.
~BIAR IMAN MENJAWAB SETIAP KATA HATI KITA~
Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku hadapi.
Iman manjawab;
"Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya sendiri wahai insan."

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku ini.
Iman menjawab;
"Tidak. Jiwa adalah sempurna, jasad hanyalah sementara cuma."
Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Iman manjawab;
"Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari dari kehidupan."
Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Iman manjawab;
"Tidak. Allah akan memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung pada apa yang kamu buat."
Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Iman manjawab;
"Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu agar lebih dekat pada Allah Rabulizati."
Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Iman manjawab;
"Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."
Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Iman manjawab;
"Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

Khamis, 20 September 2012
Bagi Sang SUAMI..
04 Dzulqaedah 1433.
Diri ini masih lagi insan yang lemah. Serba kekurangan, penuh kehinaan. Dalam meneruskan perjalanan di dalam dunia ini sebagai hambaNya, sebagai jiran, teman, rakan sekerja & suami kepada isteri, masih memerlukan ilmu, kekuatan untuk istiqomah, memperbaiki akan segala kelemahan diri.
Ya Allah, berikanlah kekuatan untukku dalam menjadi insan yang 'kamil'.
"CATATAN UNTUK PARA SUAMI"
Wahai para suami!
Apakah terasa membebanimu wahai Hamba Allah, untuk sekedar tersenyum di hadapan istrimu ketika masuk ketemu isteri tercinta? Agar engkau meraih pahala dari Allah?
Apakah terasa membebanimu kalau hanya untuk menampakkan wajah yang berseri-seri ketika engkau melihat anak

dan isterimu?
Apakah menyulitkanmu wahai Hamba Allah, k...alau hanya untuk sekedar merangkul isterimu dan mengecup keningnya?
Apakah memberatkanmu kalau hanya untuk mengangkat sesuap nasi dan menyuapkannya di mulut sang isteri, agar engkau mendapat pahala?
Apakah merasa susah, ketika engkau masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap? Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh! Agar anda meraih 30 kebaikan?
Apa yang membebanimu, jika engkau menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu? Agar isterimu merasakan hal yang membahagiakan dan merasa tersanjung?
Apakah memberatkanmu, jika engkau menuturkan kata-kata mesra kepada isterimu di saat masuk rumah misalnya dengan ucapan : "Duhai isteriku, tahukah engkau semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa laksana setahun?"
Sesungguhnya, jika engkau benar-benar mengharapkan pahala dari Allah walaupun engkau merasa letih dan lelah, maka ketika engkau mendekati sang isetri tercinta dan mengajaknya memadu kemesraan, maka engkau akan mendapatkan pahala dari Allah? Bukankah setetes 'air kesenangan' yang engkau tanamkan dalam rahim isterimu adalah sedekah? Sesuai dengan Sunnah Rasul?
Apakah melelahkanmu wahai Hamba Allah, jika suatu waktu engkau menyempatkan untuk berdoa : "Ya Allah perbaikilah akhlak isteriku dan berkatilah keberadaanku pada dirinya. Agar kami menjadi pasangan yang diridhai-Mu."
Ketahuilah,
Ucapan yang baik adalah sedekah.
Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan istri adalah sedekah.
Mengucapkan salam mengandung banyak kebaikan dan keberkahan.
Berjabat tangannya suami isteri dapat mengugurkan dosa-dosa.
Subhanallah.

Rabu, 19 September 2012
Cipta Peluang Anda
Salam Dzulqaedah 1433 buat semua.
Hari ini, sudah 3 Dzulqaedah. Masa berlalu begitu pantas. Tinggal lagi 56 hari untuk kita meninggalkan 1433 & bertemu dgn 1434. Perjalanan kini kian jauh. Bagi yg telah melalui pelbagai rencah kehidupan, pahit, manis, suka & duka, jatuh bangun dalam bisnes @ apajua pengalaman yang telah tercipta & dicipta....semuanya itu adalah ketentuan dari NYA. Dia yang Maha Mengetahui akan setiap kejadian.
Apa yang telah berlaku kepada diri kita samada kita mahu @ tidak, sedar @ tidak, usaha & ikhtiar tetapi masih tidak seperti yang dirancang. Segalanya dalam pencaturan Nya. Dia yang mengIZINkan akan setiap yang berlaku itu. Dialah sebaik-baik PERANCANG. Sebijak manapun kita merancang, Dialah yang akan memberikan RESULT Nya. Pasti semua itu ada HIKMAHnya. Percayalah!!
Tiada sesuatu pun yang dicipta oleh Allah itu sia-sia. Tidak ada sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita menjadi sia-sia melainkan dalam penglihatanNya. Kita yang selalu mensia-siakan peluang yang diberikan. Kita yang selalu lalai & leka dalam hijab yang telah dibukakan kepada kita. Kita yang kadang-kadang tidak sedar apa yang telah kita lakukan itu sia-sia.
Muhasabahlah diri kembali. Mohon pencerahan kembali kepada Dia. Dia yang Maha Pengasih & Penyayang. Selagi kita memohon kepada Nya, Dia akan mendengar akan setiap permohonan kita. Usaha - Ikhtiar - Berdoa - Bertawakkal.
Ciptalah peluang anda... Kelak Dia akan mengabulkan doa anda
Buat RENUNGAN diri sendiri & teman2
Ada kah kita Termasuk Dalam 12 Rombongan Ngeri Ini Di Hari Kiamat Kelak?
Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."
Maka, dijelaskanlah oleh Rasulullah ke 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih

Rabu, 12 September 2012
Kenali POTENSI anda untuk meraih KEKAYAAN
Apakah
anda masih mempraktikkan cara pemasaran yang biasa-biasa, yang mana
buat flyers banyak-banyak kemudian beri pada orang ramai atau letak pada
kereta orang, atau gantung bunting dan banner dimerata tempat tanpa
punya hala tuju?
Sedarkah
anda bahawa cara itu merupakan satu PEMBAZIRAN WANG, MASA dan ENERGI
tanpa sedar? Ianya ibarat melepaskan 100 das tembakan dengan harapan 50
atau 80 sasaran mengena.. yang bakinya kira 'burn'. Apakah ini perkara
sihat dalam perniagaan?
Bukankah
lebih bagus jika 100 das tembakan itu mengenai 100 sasaran yang
disasarkan? Bukankah lebih bagus jika pembaziran wang, masa dan energi
itu dapat dikurangkan dan dielakkan?
Bagaikan
seorang Jeneral Perang, anda memerlukan peta untuk melihat wilayah yang
bakal ditawani. Begitu jugalah halnya dengan 'Jeneral Perniagaan', anda
harus memiliki peta dan harus memiliki ilmu strategi untuk menawan
wilayah baru dan bukan sekadar melihat peta dan main campak-campak
sahaja 'askar-askarnya' untuk berperang. Perlu ada strategi.
Perniagaan
merupakan ‘peperangan’, alam ini medannya. Ini merupakan hakikat yang
perlu kita sedari. Bila kata peperangan maka ianya memerlukan strategi,
bila kata strategi maka ianya memerlukan formula..
“Dan sesungguhnya kalau mereka berlaku lurus di atas jalan yang betul (teori dan formula). Niscaya kami turunkan mereka air hujan yang lebat.” Surat 72 Al jin : 16
Bila
kata formula maka ianya harus menggunakan NOMBOR. Alam perniagaan tidak
lari dari nombor dan anda akan sentiasa dikelilingi oleh nombor. Nombor
adalah simbolik yang menentukan nilai dan qadar.
Bengkel
ini bertujuan menjadikan anda seorang Jeneral Perniagaan yang
dilengkapi dengan pelan strategi serta teknik pemasaran secara harian,
mingguan dan tahunan yang lain dari yang lain lagi efektif. Kami berani
kata bahawa anda akan mempelajari perkara baru!!
Oleh
itu, jadilah sebahagian dari 50 peserta terawal dengan mendapatkan
baucher yuran sebanyak 50%. Datang terus ke premis kami di Sekyen 9 Shah
Alam atau hubungi 017-300 2349 atau 03-5880 4349
Langgan:
Catatan (Atom)