Pageviews

Sabtu, 31 Oktober 2020

RASULULLAH saw - Kaedah menjaga kesihatan diri

14 RABIUL AWWAL 1442H
31 Oktober 2020M

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH.

Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN.

Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI.

Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH.

Nasihat Rasulullah SAW  ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah SAW.

TIDAK PERNAH IRI HATI.

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF.

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah SAW. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Maka dari itu, selain mengikuti beberapa cara pengubatan yang telah Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada kita selaku umatnya, hal yang terpenting sebelum kita sampai kepada tahap pengubatan ialah kita harus mampu menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya agar terbebas dari bermacam-macam jenis penyakit, Inilah cara pengubatan Rasulullah SAW yang harus kita teladani, cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan pun harus kita amalkan dalam keseharian kehidupan kita ini. Mari hidup sihat dengan mengikut amalan sunah Rasulullah SAW.

Jumaat, 30 Oktober 2020

PURNAMA

13 RABIUL AWWAL 1442H
30 Oktober 2020M

Disaat PURNAMA kian tiba.


APA NAK BUAT??
- BUATLAH TERAPI DIRI
- BUATLAH SOLAT HAJAT
- BACALAH DOA & NYATAKAN IMPIAN
- MUHASABAH DIRI & BANYAKNYA TAUBAT
- SEDEKAH

&

LAKUKAN TERAPI MANDIAN

.
.


BILA NAK BUAT??
- Di Saat PURNAMA setiap bulan


Sebaiknya, ptg tersebut petik bunga-bunga utk sesi mandian kelak. 

Tips bio-energi MANDIAN AURA PURNAMA :

[Cadangan semata-mata sebagai ikhtiar penyembuhan diri dan pemuliharaan energi aura tubuh serta meningkatkan aura sukses HD. Garapan ilmu tradisi dan petua para guru untuk meningkatkan energi tubuh.)

a. Sediakan ramuan (diluar bilik air) sebelum masuk mandi dalam berpakaian penuh:

i. baldi sederhana besar + air 3/4 penuh

ii. bunga - beberapa kuntum yang dipetik sendiri pada wktu dhuha. Bersihkan dengan melalukan air supaya bebas dari serangga atau kotoran. Masuk dan rendamkan bunga-bunga ke dalam air pada baldi yang disediakan tadi.

PatiAroma S7 - titiskan 3 hingga 7 titis S7 QAMARA  pada air. (Jika ada - boleh di beli di IQTC, Seksyen 9 Shah Alam) 

Boleh guna bunga sahaja.. atau boleh digabungkan.. bunga dan S7 Qamara.

iii. Basuh tangan atau sebaiknya berwudu'. Duduk bersila di hadapan baldi sambil tangan kanan di tekap pada dinding bahagian luar @ badan baldi.

iv. Mulakan acara programming dengan kalam TA'AWUDZ. Baca BASMALLAH. Pasang NIAT yang jelas tujuan atau hasrat anda.

Contoh: "Bismillahirrahmanirraheem. Dengan izinMU Ya Rahman.. aku programkan air ini untuk tujuan KESIHATAN AURA TUBUH dan AURA REZEKI ku untuk PURNAMA ini Ya,Allah. Bantu dan berkahilah ikhtiarku ini Ya Allah."

v. Serusnya bacalah Surah AlFatihah 1X atau 3X atau 5X atau 7X.

Fokus tangan mengalirkan energi untuk tujuan yang diharapkan. Boleh bayangkan cahaya warna pelangi atau cahaya EMAS.

vi. Akhiri sesi - Istighfar dan selawat.

SIAP. Boleh masuk bilik mandi untuk mandi.

b. Mandi dalam gelap.. tutup lampu. Kalau tak nampak apa-apa langsung.. boleh pasang lilin. Ingat!! LILIN.. bukan torchlight atau guna iphone.

c. Ratakan air biasa ke seluruh tubuh. Mandi macam biasa dahulu. Boleh sabun dan bilas.

d. Kini.. baru gunakan air bunga tadi. Ratakan air perlahan-lahan di bahagian KANAN tubuh dari bahu hingga ke kaki. Seterusnya di bahagian KIRI tubuh dan seterusnya dari KEPALA hingga kaki. Rata dan gosok-gosok sedikit air pada seluruh tubuh terutamanya pada MUKA.

e. Boleh gunakan bilasan air bersih untuk hilangkan bunga yang lekat di badan - jika perlu.

f. BIARKAN SEKETIKA.. baru lap dengan tuala.

g. Berwudu'

Sekian.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk yang berhajat!

.
Wallahualam.

Kredit : Guruku / Master G / DHMAR / Dr. Hazil Azran Ramli

Khamis, 29 Oktober 2020

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H

12 RABIUL AWWAL 1442H
29 Oktober 2020M


Salam Maulidur Rasul. Perbanyakan lah berselawat kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad saw.





KENALI RASULULLAH saw

12 RABIUL AWWAL 1442H
29 Oktober 2020M


🖌 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim. 

🖌 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

🎈 USIA 5 TAHUN

💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

🎈 USIA 6 TAHUN

💓 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

🎈 USIA 8 TAHUN

💓 Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

🎈 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

🎈 USIA 20 TAHUN

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

🎈 USIA 25 TAHUN

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

🎈 USIA 35 TAHUN

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

🎈 USIA 40 TAHUN

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

🎈 USIA 53 TAHUN

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

🎈 USIA 63 TAHUN

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *

* Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
💞  "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.  Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

🎯 KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.
💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.
💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
💞Rambutnya sedikit ikal.
💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
💞 Rambutnya terbelah di tengah.
💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
💞Seimbang antara kedua bahunya.
💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
💞Warna putihnya lebih banyak.
💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
💞Warna kulitnya putih tapi sihat.
💞Kulitnya putih lagi bercahaya.
💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
💞 Badannya tidak gemuk.
💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
💞 Perutnya tidak buncit.
💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

🎯 KESIMPULANNYA 🎯:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Rabu, 28 Oktober 2020

Antara Kelebihan berSELAWAT...

12 Rabiul Awwal 1442H
28 Oktober 2020M

Mg kita diberikan masa & kelancaran lidah untuk terus berselawat ke atas Rasulullah saw. Agar hati kita sentiasa mengingati Baginda & kelak Baginda memberikan syafaatnya buat kita di Mahsyar. 

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan selawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaAllah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang mengamalkan selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan selawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat ketika  mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, InsyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan selawat 1000 kali pada malam Jumaat, InsyaAllah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan mendapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, dia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sebanyak yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

26) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


اللهم صل وسلم على الني الأخيار واله الاطهار وصحابته الاكرم.


Kredit : ©️Muhammad Idris Bin Muharam

Amalan utk Menghafal

11 RABIUL AWWAL 1442H
28 Oktober 2020M

Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan. 

1) Sebaiknya berwuduk dahulu. 
2) Ambil segelas air kosong. 
3) Baca Surah Al A'la ini.
4) Sampai ayat ke-enam "Sanuk riu ka fala tannsa" ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air. 
5) Sambung bacaan hingga akhir ayat. 
6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan. 

Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga. 

Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan. 

Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala. 

Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa. 

Selasa, 27 Oktober 2020

MEMBAWA KELUARGA ke SYURGA

10 RABIUL AWWAL 1442H
27 Oktober 2020M

Terharu dan menangis saya, bila seorang lelaki bertanya soalan di depan semua orang yang buat saya rasa sebak menangis. Tak dapat tahan sebak.

"Ustaz, bagaimana saya nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke syurga. Saya nak bawa ibu saya ke syurga. Saya nak bawa isteri saya ke syurga. Saya nak bawa anak-anak perempuan saya ke syurga. Saya nak bawa adik beradik saya ke syurga..."

Itulah soalan terbaik seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling macho. Lelaki paling owsem. Saya rasa sedih sebab itu jugalah matlamat saya. Dalam kelemahan memerlukan pertolongan Allah. Pegang dan takkan lepaskan tangan oranng yang kita sayang sampai melangkah masuk syurga. 

Lelaki ketua keluarga mesti jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa keluarga jaga solat. Kejutkan keluarga bangun Tahajud. Menangis malam. Bangun awal sebelum Subuh. Rasulullah saw kejut isteri dan anaknya solat. Abu bakr ra ajar setiap ahli keluarganya solat paling khusuk dan hebat. Tegur anak bila tak solat berjemaah. Umar ra solat malam dan kejut semua ahli keluarga bangun malam menangis depan Allah. Aisyah ra berkata apabila azan dilaungkan Rasulullah saw seolah-olah tak kenal sesiapa. Allah no 1. Barulah hidup berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesarannya.

Lelaki ketua keluarga paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau berbual dan bermanja. 

Bantu kerja rumah bila di rumah. Rasulullah saw sangat rajin di rumah. Pakaian urus sendiri, bantu siapkan makanan, dan jahit baju dandan kasut sendiri. Tidak rasa geli bersihkan darah haid isteri. Lelaki macho rajin basuh berak anak. Khidmat isteri masa sakit. Ambil berat. Picit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit isteri. Tak geli tengok darah isteri. Rajin khidmat ibubapa. Dan isteri. Abu bakr ra biasa tolong perah susu kambing. Biasa khidmat walau kerja biasa sedangkan beliau khalifah besar. Umar ra pandai masak. Masak dengan kayu api. Janggut kena asap. Dia hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Dia bergurau dan seronok tengok anak-anak bermain-main. Dia pejuang hebat, pemikir ummah, paling tegas dan kuat menangis depan Allah. Tapi dia suka tengok anak-anak bermain. Itulah lelaki sebenarnya. 

Hidupkan rumahtangga dengan amalan Al-Quran dan  Nabi saw. Kenalkan keluarga kepada kebesaran Allah. Sunnah Nabi saw. Dan kenalkan kepada keluarga Nabi saw dan Para Sahabah rhum.

Ketua keluarga akan sentiasa membangunkan keluarga dengan dakwah dengan kasih sayang, bersama-sama buat dan bersabar. Bertenang dan istiqamah dalam mendidik. 

Akhirnya waktu malam setelah melakukan semua itu. Perlahan-lahan berdoa ya Allah betapa diriku sayang isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Hadis aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku. Ampunkan mereka dan sayangi mereka. Anak-anakku ampunkan dan sayangi mereka. Anak saudaraku semuanya. Adik beradik. Dan manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua

Kredit : Baca artikal lanjut Ziarah Aku Di Pusara : http://www.fatehteam.com/ziarah-ke-alam-barzakh/

Dapatkan CD Kompilasi Ziarah Alam Barzakh yang meghuraikan pelbagai hal seperti masalah kematian, keutamaan dan keadaan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaaan dan sebagainya.

@teamfatehteam

Isnin, 26 Oktober 2020

ISTIGHFAR

9 RABIUL AWWAL 1442H
26 Oktober 2020M

Perkongsian sedikit dalam memberi makna dalam kehidupan..

Sy nak kongsi ilmu pd sahabat.. tentang istigfar ni.. Arwah Tokguru Baba Aziz dr Kelantan semasa masih hidup.. 

Dia kalau dtg Kemaman..sy dn suami selalu jumpa dia.. Dia selalu ckp pd sy dn suami.. 

Kita kena bnykkn istigfar... Hari2 istigfar jgn tinggal.....Tp arwah Baba bgithu sy.. Hanya sebut Astagfirullahal'azim.. Tu je sebutannya.. Arwah suruh baca Hari2 sebnyk 300 kali.. Jgn tinggal..... Lepas je kita istigfar kita angkat tangan berdoa pd Allah mohon keampunan dulu.. Lepas tu barulah kita mohon hajat kita.. In shaa Allah.. 

Allah akan tlg kita dlm segala masaalah..dari kesempitan rezeki..dan segala masaalah kita yg x blh Kita selesaikn.. Allah akn selesaikn.. 

Ada seorang hamba Allah di Kemaman.. Ank dia hisap dadah.. Ayah dia dh puas berubat.. Mcm2,tp anak dia tetap hisap dadah.. Sehinggalh dia jumpa arwah Baba Aziz.. Baba hnya bgithu dia.. Kamu kena baca istigfar sebanyk 300 kali smpai 41hari..jgn tinggalkn biar cukup 41 hari........ kalau tertinggal.. Kena ulang semula smpai 41 kali.. 

Suami isteri kena baca.. Berkat dgn keyakinan tu.. Mak ayah dia baca istigfar.. Alhmdulillah.. Ank dia mnjadi pulih.. Sembuh dari mnghisap dadah.. 

Tokguru kata,
Kadang2 kita x sedar masa zaman muda kita.. Kita Ada buat slh..kita x minta keampuanan pd Allah.. Tu Allah beri pd ank2 kita atau anak cucu kita... Dugaan tu.. Atau sebaliknya..

Sy teringat pesannya.. Kalau ada masalaah apa2..istigfar hari2 sebanyak 300 ratus kali.. Inshaa Allah.. Allah akn permudahkn segala masaalh kita.. Bacaannya pendek je.. 👇 Astagfirullahal'azim tu je sebutannya.. amalkn setiap hari.. In shaa Allah segala masaalh besar atau kecil.. Allah akn tlg.. 

Tokguru kata..ibarat kita nk sesuatu pd Allah.. Tp kita x minta ampun dosa2 kita dgn Allah.. Mcm mana Allah nk kabulkn doa kita..sbb kita dinodai dgn dosa2..x kira dosa kecil atau besar.. 

Kalau kita x minta ampun drinya.. Mana boleh minta terus tanpa kita memohon keampunan pd Allah.. Sy harap perkongsian sy ni dpt diamalkn utk kebaikkan pd diri kita..Bukan utk org lain.. tpi kalau kita  buat ...kita yg dpt Bukan org lain Wasallam..

Ahad, 25 Oktober 2020

TG Syeikh Abdullah Fahim

8 RABIUL AWWAL 1442H
25 Oktober 2020M

Kenalilah Ulamak kita.

- Syeikh Abdullah Fahim , UMNO , PAS & Nahdhatul Ulama Malaya -

- Lahir di Tanah suci Mekah pada tahun 1870 di Kampung Sha’ab Ali .

- Belajar di Mekah & Madinah sehingga menjadi salah seorang Guru di Masjidil Haram Mekah .

- Pada Tahun 1916 Beliau Pulang dari Mekah di jemput mengajar di Pondok Tuan Guru Hj Wan Sulaiman Sidik dan di lantik menjadi Guru Agama Sultan Kedah .

- Pada Tahun 1931 beliau di lantik oleh Sultan Perak menjadi Mudir Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak , Namun berlaku fitnah oleh British terhadap beliau kononnya menghimpun Ulama Ulama untuk menggulingkan Kesultanan Perak , Padahal beliau menghimpun Ulama Pondok untuk membincangkan tentang Perlembagaan Tanah Melayu setelah merdeka , Peristiwa tersebut lebih di kenali Perbincangan “Perlembagaan 99“.

- Pada Tahun 1934 beliau mendirikan Pondok Daeratul Ma’arif Wathoniah , Pada asalnya Daeratul Ma’arif Othmaniyah , Namun Syeikh Abdullah Fahim tahu dengan firasatnya Khilafah Othmaniyah akan bubar , dari situ di letakkan nama Wathoniah agak tertanam semangat Kebangsaan di dalam jiwa orang Melayu Islam .

- Pada 29 Julai 1948 Hizbul Muslimin yang di dirikan Ustaz Abu Bakar Al Baqir Semanggol Perak pada mac 1948 di bubarkan oleh British kononnya di tuduh berhaluan kiri . Lalu murid murid Syeikh Abdullah Fahim yang berada di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/UMNO)mengalu alukan para Ulama Hizbul Muslimin masuk di dalam UMNO . ( Ustaz Abu Bakar Al Bakir ialah Murid Syeikh Abdullah Fahim memondok 7 Tahun di Daeratul Ma’arif Wathoniah)

- Pada 22 Februari 1950 , Dato’ Onn dan MKT UMNO membentuk Jawatankuasa Tetap Agama bagi mengadakan Persidangan Alim Ulama UMNO di Muar Johor . Syeikh Abdullah Fahim yang juga Ketua UMNO Seberang Perai & Kepala Batas ketika itu di lantik menjadi Pengerusinya . Tujuan Persidangan ini ialah untuk membincangkan Hal Ehwal pentadbiran Islam dan langkah langkah memajukan islam di Tanah Melayu & Dato’ Onn juga tidak ingin Alim Ulama ketika itu berada di luar UMNO .

- Persidangan kali Alim Ulama kali ke -2 di Kelab Sulaiman Kampung Baru KL pada 23 Ogos 1951 yang di anjurkan oleh Dato’ Onn penyebab berdirinya Persatuan Islam Se-Malaya ( PAS ) . sebelum sebulat suara bersetuju nama Persatuan Islam Se-Malaya terlebih dahulu ada 7 nama telah di kemukakan di dalam persidangan tersebut iaitu :

1. Persatuan Ulama Malaya (nama asal yg di cadangkan oleh Dato Onn - Warta Negara 17 November 1951)
2. Perikatan Ulama UMNO Malaya (Usulan Ketua Pemuda UMNO)
3. Persatuan Muslimin Tanah Air ( PERMATA )
4. Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA)
5. Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM)- Di cadangkan oleh Syeikh Abdullah Fahim dan kebanyakkan Ulama Pondok Kaum Tua.
6. Jabhah Ulama Malaya (JUM )
7. Persatuan Islam Se-Malaya (PAS)- Di cadangkan oleh Ustaz Othman Hamzah mewakili Persatuan Al Ehya As Syarif Gunung Semanggol Perak.

- Setalah PAS di keluarkan daripada UMNO apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO pada bulan Ogos 1951 , PAS di jadikan Parti Politik dengan Nama Parti Islam Se-Malaya (PAS) . Namun Ahli PAS masih di benarkan menjadi Dwi Ahli dengan UMNO . Tidak Hairanlah Syeikh Abdullah Fahim ketika itu di samping menjadi Ketua UMNO Seberang Perai & Kepala Batas , beliau juga Ketua Dewan Ulama PAS Pertama di tubuhkan di dalam PAS bagi membahaskan isu Loteri Kebajikan .

- Setelah PAS menjadi Parti Politik , ahli di buka kepada seluruh lapisan masyarakat ,Timbul isu Kaum Muda & Kaum Tua . Terjadi perbalahan serius di dalam PAS antara Ustaz Ibrahim Aqibi ( Tokoh & Ketua Kaum Muda di dalam PAS ) yang ketika menjadi ketua cawangan PAS di Pulau Pinang dengan Syeikh Abdullah Fahim (Ketua Kaum Tua , Ketua Dewan Ulama PAS & Syeikhul Islam Pertama Pulau Pinang ) . Terjadilah 1 Majlis Muzakarah Alim Ulama Se-Malaya anjuran PAS di Kepala Batas pada tanggal 4 Januari 1953 bagi membincangkan 16 perkara Khilafiyyah yang di cetuskan oleh Kaum Muda .Di dalam Majlis tersebutlah di tubuhkan Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM) satu badan Ulama Kaum Tua bagi mengimbangi penyebaran Dakyah Kaum Muda di Tanah Melayu . ( Saksi masih hidup antaranya Murid Syeikh Abdullah Fahim sendiri iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Ziyadi Bin Hassan - Rujuk Temubual NA’AM di Youtube )

- Sejarah menyatakan Syeikh Abdullah Fahim di lahirkan di Mekah dan menimba Ilmu di Mekah , Fakta menyatakan Beliau sempat berteman dengan Hadhratus Syeikh K.H Muhammad Hasyim Asy’ari pendiri Jam’iyyah Nahdhotul Ulama (NU) di Indonesia , Kejayan NU menghalang Kerajaan Saudi beridologi Wahabi meruntukan Maqam Nabi di Madinah menjadikan inspirasi kuat di dalam jiwa Syeikh Abdullah Fahim & Ulama kaum Tua ketika itu mendirikan Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM) . PAS menjadi penganjur Majlis Muzakarah tersebut lah berjasa besar melahirkan Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM) , bahkan hasil keputusan Muzakarah tersebut di izin cetak sebagai Kitab oleh yang di Pertua PAS Pertama Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Bin Hassan ( Murid Syeikh Abdullah Fahim ) dan di namakan Risalah tersebut sebagai Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah Ulama Se-Malaya di Kepala Batas .

- Beberapa Ulama Kaum Tua yang di kenal pasti terlibat di dalam mendirikan Nahdhatul Ulama Malaya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Husein Nasir Kedah Al Banjari , Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok , Syeikh Othman Jalaludin Penanti , Tuan Guru Haji Hussein Che Dol , Tuan Guru Haji Ahmad Al Badawi & lain lain lagi Ulama Kaum Tua / Tradisional Pondok .

- NA’AM hanya badan Ulama Kaum Tua yang mempertahankan Islam Tradisional iaitu Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah beraqidah dengan Mazhab Asya’irah Maturidiyah , Berfiqh dengan Mazhab Syafieyyah & Bertasawwuf dengan Imam Junaid Baghdadi Imam Ghazali ( Rujuk Amanat Syeikh Abdullah Fahim Tulisan tangan beliau ), tidaklah di gerakkan oleh orang yang berpengalaman dalam keorganisasian , Namun menjadi badan rujukan yang lebih di percayai oleh Yang di Pertua PAS Tuan Guru Hj Ahmad Fuad Hassan lebih dari Dewan Ulama PAS itu sendiri (kerana bercampur Kaum Muda & Kaum Tua) Namun setelah Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan keluar dari PAS , ketika itu PAS memutuskan tidak di benarkan lagi Ahli PAS menjadi Dwi Ahli dengan UMNO , akibatnya PAS kehilangan Tokoh Tokoh pendirinya yg memilih untuk kekal bersama UMNO termasuk Syeikh Abdullah Fahim , Tuan Guru Hj Hussin Che Dol , Tuan Guru Hj Abdul Rahman Merbok , Tuan Guru Hj Ahmad Maliki , Tuan Guru Hj Ahmad Badawi dan lain lain tetapi beberapa tokoh seperti Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin Nasir Kedah Al Banjari & lain lain memilih untuk kekal bersama PAS , Ini mengakibatkan NA’AM sebagai badan Ulama Kaum Tua terbubar dan Ketua Dewan Ulama Pusat di ganti oleh Tuan Guru Hj Yahya Junid .

- Pada 18 November 1956 satu perjumpaan Ulama di adakan di Perak bagi menubuhkan Parti Nahdhatul Ulama Malaya , Ustaz Abu Bakar Hamzah menjadi Yang Di Pertua & Tuan Guru Hj Ahmad Fuad Hassan menjadi Timbalan Yg Di Pertua . ( Rujuk Warta Negara 6 Oktober 1956,hal 4 )

- Tuan Guru Hj Fuad Hassan menemui Syeikh Abdullah Fahim bagi memujuk beliau meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Nahdhatul Ulama Malaya , Namun di tolak oleh Syeikh Abdullah Fahim dengab katanya “Cukup orang Melayu berpecah menyebabkan kita hilang kekuatan walaupun kita orang Melayu punya Kuasa” . Akhirnya Parti Nahdhatul Ulama Malaya terkubur begitu sahaja apabila Yang Di Pertuanya Ustaz Abu Bakar Hamzah berubah menjadi pengikut Kaum Muda .

- Syeikh Abdullah Fahim berjasa besar dalam memberi irsyad kepada Tunku Abdul Rahman tentang bagimana caranya Bangsa Melayu boleh merdeka dengan Aman tanpa tertumpah setitis darah di bumi berkat ini , antara pertunjuk beliau terhadap Tunku :

1-Pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan
2-Dana dengan kutip derma di dalam Ceramah Ceramah orang Melayu
3-Membawa wakil dari bangsa cina & india .
4-Pergi menaiki Kapal laut dan pulang dengan kapal terbang .
5-Lima perkara yang tidak boleh di ubah dengan 2/3 majoriti Ahli Parlimen .
6-Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957 .

Beliau juga telah memberitahu Tunku bahawa Persekutuan Tanah Melayu ini nanti akan berubah namanya dalam masa 7 tahun setelah merdeka menjadi Malaysia .

- Syeikh Abdullah Fahim boleh dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah Tanah Melayu & Tokoh Nasionalis Melayu .

- Syeikh Abdullah Fahim memegang beberapa jawatan penting dalam berkhidmat kepada Ummat :

- Pendiri Pondok Daeratul Ma’arif Wathoniah
- Mudir Madrasah Idrisiah Perak
- Syeikhul Islam (Mufti Pertama) Pulau Pinang
- Ketua UMNO Pertama Seberang Perai & Kepala Batas
- Pengerusi Jawatan Kuasa Agama UMNO
- Ketua Dewan Ulama PAS Pertama
- Ketua Pertama Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM)

Antara Kata Kata Syeikh Abdullah Fahim kepada Tunku Abdul Rahman dan orang Melayu tentang Perjuangan Bangsa & Kemerdekaan Tanah Air :

“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik , sentiasa dalam keredhaan Allah tetapi sesiapa yang lupakan niat,khianat dan tamak akan di Murkai oleh Allah akhirnya menjadi hina”

“Kalau orang Melayu beragama Islam mengkhianati bangsa,negara dan agama.Allah akan gantikan bangsa lain yang beragama Islam menjaga Tanah Air kita .”

“Kerjasama dan permuafakatan semua kaum di Negara ini akhirnya menghasilkan pencapaian kemerdekaan tanpa perlu menumpahkan setitik darah di atas bumi bertuan ini “

“ صل يا الله وسلم على أحمد # الأل وصحبه عام خير أتانا
Tahun yang baik seperti buah yang telah masak bagi ummat Melayu untuk merdeka ialah tanggal 31 Ogos 1957 , pada hari hari dan tahun tahun yang lainnya amatlah tidak elok bagi bangsa ummat Melayu mengisytiharkan kemerdekaan bangsa dan Tanah Airnya “

“ Nanti 7 tahun setelah Merdeka , Nama negara ini akan berubah , berlaku hal yang tidak baik dengan saudara serumpun , baca lah Syairku ini : ليحي الملايو والملايا # تستقل إندونيسيا والملايا توأم
Hidup Melayu & Tanah Malaya # Merdekalah Indonesia & Malaya ialah 2 saudara kembar .

“Orang Melayu mesti berjuang kerana Allah , berjuang memerdekakan tanah air kerana Allah ,Kita Bangsa Melayu mesti memperjuangkan nasib bangsa kita , Islam menerima kebangsaan tetapi kebangsaan tidak boleh tolak Islam Tetapi ingatlah Apabila kita sudah merdeka janganlah pula ada pemimpin pemimpin kita mengaut kekayaan di belakang rakyat .”

Amanat Syeikhul Islam Tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim @ Syeikh Abdullah Fahim agar Ummat Islam menjaga Mazhab Ahlis Sunnah Wal Jama’ah & menjaga kesatuan Bangsa Melayu :

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أما بعد

Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se-Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab Al-Imam As-Syafi`ie ijma`an (secara ijma') tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (يحرم خرق الإجماع / diharamkan menyalahi ijma`).

Ambil mereka itu hukum-hukum Fiqh Syafi`ie daripada kitab Tuhfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasoratnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatut Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.

Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.

Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.

Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath(yg di ambil/dikeluarkan hukum) daripada Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang terkemuka) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.

(NASIHAT) supaya jangan berpecah belah oleh Bangsa Melayu sendiri .Sekarang sudah ada timbul di Malaya MAZHAB KHAWARIJ yakni mazhab yang KELUAR dari mazhab 4 mazhab AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak MEROBOHKAN pakatan Bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakkan bangsa melayu.

Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim Al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlussunnah wal jama'ah.

Tuan-tuan bangsa melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seseorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia [Berhujjahlah dengan ilmiah] . "INTAHA(Tamat).

- Syeikh Abdullah Fahim meninggal dunia pada 27 April 1961 di maqamkan di samping Masjid Jami’ul Badawi Kepala Batas Pulau Pinang .

- Kini Nahdhatul Ulama Malaya di hidupkan kembali dengan namanya Nahdhatul Ulama Malaysia (NA’AM) نهضة العلماء مليسيا ن.ع.م Nahdlatul Ulama' Malaysia - Official dalam bentuk NGO bukan Parti Politik bertujuan menyambung kembali perjuangan beliau dan Ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah dahulu pada masa kini .


Sabtu, 24 Oktober 2020

SOLAT lah....

7 RABIUL AWWAL 1442H
24 Oktober 2020H

SOLAT lah... walo xtercapai kusyuk nya.
SOLAT lah... walo sejahat mana pun kita....
SOLAT lah... walo apajua keadaan kita... melainkan kita gila & nyanyuk..

Mg dengan SOLAT yg kita lakukan dapat memperbaiki diri kita menjadi hamba Allah yg bersyukur...

Dengan memahami erti dalam SOLAT dapat mendidik hati kita menjadi lebih kusyuk dalam SOLAT..


Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, 
Dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika Rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari Rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika Iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika Sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua Sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan 
Rahmatilah daku, 
Lindungilah daku, 
Angkatlah darjatku, 
Rezekikan daku, 
Berilah aku petunjuk, 
Selamatkanlah daku 
dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah 
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah 
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Saidina Ibrahim dan atas keluarga Saidina Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Saidina Muhammad dan atas keluarganya 
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Saidina Ibrahim dan atas keluarga Saidina Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanfaat utk kita bersama!!!  

Jumaat, 23 Oktober 2020

PANAHAN MATA

6 RABIUL AWWAL 1442H
23 Oktober 2020







 

Mereka juga perlu di JAGA...

6 RABIUL AWWAL 1442H
23 Oktober 2020M


1. PERUT akan cedera apabila anda tidak bersarapan pagi.

2. BUAH PINGGANG cedera apabila anda tidak minum 10 gelas air dalam 24 jam.

3. HEMPEDU cedera apabila anda biasakan tidak tidur sehingga pukul 11 ​​malam, dan tidak bangun menjelang matahari terbit.

4. USUS KECIL cedera apabila anda makan makanan sejuk dan basi.

5. USUS BESAR cedera apabila anda makan lebih / banyak makanan goreng dan pedas.

6. PARU-PARU cedera apabila anda menghirup asap dan tinggal di persekitaran yang udaranya tercemar.

7. HATI cedera apabila anda makan makanan goreng berat dan makanan segera.

8. JANTUNG cedera semasa anda makan dengan lebih / banyak garam dan kolesterol.

9. PANKREAS cedera apabila anda makan makanan manis kerana ia sedap dan disediakan secara percuma.

10. MATA cedera ketika anda bekerja dengan cahaya telefon bimbit dan skrin komputer dalam gelap.

11. OTAK cedera ketika anda mula berfikir fikiran negatif.

12. JIWA cedera apabila anda tidak mempunyai keluarga dan rakan untuk menjaga dan berkongsi dengan anda dalam hidup, cinta, kasih sayang, kebahagiaan, kesedihan dan kegembiraan mereka.

Semua bahagian ini TIDAK terdapat di pasaran.
Oleh itu, jaga dengan baik dan jaga kesihatan setiap bahagian tubuh kita.

Sihat- Sejahtera- Bahagia
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

Khamis, 22 Oktober 2020

EMPAT PROSES TAHAP DALAM MENCINTAI TAHAJUD

4 RABIUL AWWAL 1442H
22 Oktober 2020

#DIPAKSA
Paksakan diri untuk Tahajjud,suka atau tidak,ringan ataupun berat..paksakan diri untuk bangun tengah malam menjelang subuh.

#KEBIASAAN
Beberapa bentuk paksaan akan berubah menjadi 'kebiasaan'.
Kita akan merasa aneh jika tidak TAHAJUD, kita akan terbiasa bangun saat jam tahajud, walaupun tanpa alarm.
Teruskan.

#KEMESTIAN
Kebiasaan yang berterusan di lakukan akan berubah menjadi 'kemestian'.
Di tahap ini sudah mulai tumbuh benih-benih cinta TAHAJUD, Akan merasa rugi jika tidak tahajud...

#KENIKMATAN
Pada tahap ini TAHAJUD sudah menjadi kemestian.. sholat tahajud berlama lama adalah 'kenikmatan'.
Sedangkan ketika terlewat tidak tahajud akan membuat diri resah.
Yang perlu kita lakukan adalah 'istiqomah' dan mengajak sebanyak banyaknya orang untuk TAHAJJUD agar mereka pun dapat merasakan nikmatnya BERTAHAJUD..

ADA  DITAHAP MANAKAH KITA?

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﺇِﻥَّ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ ﻟَﺴَﺎﻋَـﺔً، ﻻَ ﻳُﻮَﺍﻓِﻘُﻬَﺎ ﺭَﺟُـﻞٌ ﻣُﺴْﻠِﻢٌ ﻳَﺴْﺄَﻝُ ﺍﻟﻠﻪَ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻭَﺍْﻵﺧِﺮَﺓِ ﺇِﻻَّ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ ﺇِﻳَّﺎﻩُ، ﻭَﺫَﻟِﻚَ ﻛُﻞَّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ .

“Sesungguhnya di malam hari terdapat waktu tertentu, yang bila seorang muslim memohon kepada Allah dari kebaikan dunia dan akhirat pada waktu itu, maka Allah pasti akan memberikan kepadanya, dan hal tersebut ada di setiap malam.” 
[HR. Muslim]

Pada waktu inilah hati seorang muslim lebih lembut dan lebih mudah kembali kepada Allah serta akan ditingkatkan keimanannya. Ibnu Taimiyyah berkata,

الناس في آخر اليل يكون في قلوبهم من التوجه و التقرب و الرقة ما لا يوجد في غير ذالك الوقت

“Manusia pada akhir malam, keadaan hatinya akan fokus dan dekat kepada Allah serta lembut, di mana tidak didapati keadaan ini kecuali pada waktu tersebut.” 
[Majmu’ Fatawa 5/130]

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah bertahajud.

Aamiin Yaa Robbal Aalamiin

Rabu, 21 Oktober 2020

Anugerah & Nikmat NYA

5 RABIUL AWWAL 1442H
21 Oktober 2020M

Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Alhamdulillah...
Syukur atas nikmat dari Allah atas segala apa yang telah dikurniakan kepada diri ini. Setelah 44 tahun (mengikut kiraan Hijrah - 5 Rabiul Awwal 1398) dihidupkan di muka bumi ini. Menempuh segala perjalanan hidup, baik yang manis, pahit, suka, duka, gembira, sedih.. Ianya hanyalah rencah dalam kehidupan yang sementara ini.

Nikmat yang sentiasa diberikan meskipun hambaNYA ini sering lalai & alpa. Sibuk akan keduniaan yang x membawa kemana pun.. Dunia hanyalah tempat utk mencari bekalan agar dapat membenihkan hasilnya di akhirat kelak. Mg Allah mengurniakan diri ini kekuatan agar terus ISTIQOMAH dalam berbuat kebaikan.

Alhamdulillah... Selama 11 tahun juga pengalaman dalam menempuh hidup berkeluarga. (5 Rabiul Awwal 1431H)  Dikurniakan isteri & anak-anak yang menjadi AMANAH yang besar pada diri agar dapat membimbing mereka menuju ke jalan yang di REDHAI. Moga diri terus dikurniakan sifat SABAR dalam membentuk diri ini yang seringkali tergelincir dalam terang. Ya Allah... bantulah hambaMu ini... Terima kasih segalanya.

Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Dalam perjalanan hidup yang sementara ini, dipertemukan juga dengan insan-insan hebat, yang istimewa, yang manis, yang hensem, yang cukup-cukup makan...hehehehe sebagai kawan, teman, sahabat. Kenalan yang lama mahupun yang baru. Ianya SURATAN yang telah Allah tetapkan di Lauh Mahfuz lagi. Jaga SILATURRAHIM ini. Jaga IKATAN PERKENALAN yang telah terjalin. Moga dengan asbab setiap perkenalan itu dapat membimbing diri untuk lebih ingat kepada Allah.

Moga setiap perjalanan hidup ini sentiasa dipandu oleh Allah. Tiada daya apapun melainkan dengan izinNYA. Tiada kekuatan pun pada diri ini melainkan dengan izinNYA... 
Moga selagi nyawa ini masih bersemadi dalam diri, selama itulah diri ini akan terus mengabdikan diri kepadaMU.... Bantulah hambaMu ini... Allahu Rabbi...


 

ANAK... Amanah dari ALLAH

4 RABIUL AWWAL 1442H
21 Oktober 2020

Sebabkan saya lebih sibuk berbanding orang rumah, anak saya memang banyak melekat dengan mama dia. 

Nak tidur, nak susu, nak makan, nak tanya tentang kerja mewarna, mengeja dan belajar, semua dengan mama dia. Semua. 

Saya hanya dapat momen ‘reward’ seperti ajak pergi kedai, pergi taman dan berjalan bersama. Itu pun jika beliau ada mood. 

Baru-baru ini saya terbaca tentang menukar panggilan nama anak-anak kepada perkataan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang. 

Jadi dalam sebulan ini saya cubalah tukar dari panggil ‘Ain kepada sayang. 

Setiap kali dia panggil “abah,” saya jawab “ya sayang.” 

Dan ianya berlarutan hingga ke hari ini. 

Kelmarin, hari lahir beliau. Saya sengaja cakap “‘Ain sayang, ciumlah pipi abah, kan hari ini birthday ‘Ain.”

Lalu dia cakap “‘Abah, ‘Ain baru tahu abah sayang ‘Ain.”

Saya pun pandang muka dia. Dia tersengih-sengih. Budak kecil yang baru masuk 6 tahun ini masih dengan lagak kanak-kanak yang comel.

“Aik, memang abah sayang ‘Ain, ‘Ain kan anak abah.” Saya jawab lagi.

“Itulah. Abah kan sibuk, selalu tak ada. Tapi abah selalu cakap sayang, sayang, ‘Ain jadi rindu dekat abah.”

Saya terdiam. Lalu dia datang ke pipi saya dan cium. Saya membalas dengan ciuman yang sama di pipinya. 

Sehingga hari ini saya terfikir hebatnya kuasa memanggil di hati seseorang. Patutlah dalam agama kita pun, memanggil (atau panggilan) mesti (atau wajib) datang dalam bentuk kebaikan atau kesenangan kepada yang dipanggil. Tak boleh sebarang. 

Kesannya mendalam. Memberi titik istimewa yang berbekas dalam sebuah hubungan. Lebih lagi ianya dalam bentuk keluarga. 

Saya habiskan membaca ‘Propethic Parenting For Girls’ dengan gembira. Sesungguhnya, nak melawan rasa bersalah terhadap ketidakmampuan kepada sesuatu adalah dengan ilmu. 

Kadang-kadang, sebab saya terlalu sibuk, saya pulang ke rumah kemudian meluahkan dengan melihat anak tidur. Esoknya beliau bangun, kami bersalam, itu sahaja. Hari ini saya bersyukur dapat belajar sesuatu tentang cara memanggil. 

Sungguh, pada zaman ibu ayah kita dahulu, panggilan manja dalam bentuk kasih sayang ini sudah terbiasa. Kita sahaja yang tidak mahu sambung-sambungkan kerana canggihnya nama anak-anak. 

Dan paling saya teruja ialah ada beza mendidik yang lelaki dengan perempuan. Supaya kasih sayang yang terluah kepada mereka itu menjadikan mereka ini jejaka dan juga wanita hebat di luar sana.  

Kawan-kawan, 

Keluarga ini anugerah. Tak dapat kita nak beli di mana-mana pasar atau kedai. Ianya pemberian dari Tuhan. 

Jaga, simpan, pelihara, didik dan asuh supaya ia kekal jadi hadiah yang diberi baik-baik kepada kita. 

Begitulah. 

Kredit : Khairul Hakimin Muhammad,

Selasa, 20 Oktober 2020

📕 PERINGATAN UNTUK KAUM LELAKI

3 RABIUL AWWAL 1442H
20 Oktober 2020M

🖤 Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya.
Jangankan Sehari Lima Waktu. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana.

💙 Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Kerana Orang Cerdik Dan Pandai pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya.
Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah. Ataupun  Amerika.
Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea. Dengan Semangat Yang Membara.
Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh...Walau Telah Bergelar PHD..

💜 Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.
Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Merekapun Bermacam².. Ada Yang Berkata, nanti2 lah..💚 

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.. Hatta
Ahli Sukan Yang Kuat
Terkenal Dengan Ketangkasan
Terkenal Dengan Kehebatan
belum pasti
Gagah Mendaki
Tangga Masjid

🔴 Maka Berbahagialah Dirimu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..
Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta Membanggakan.. Selain Perjalananmu Ke Masjid..

🔵 Biar Aku Beritahu Rahsia Kepadamu.. Hakikatnya Perjalananmu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..
Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabimu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakanmu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..

❤ Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Maka Lakukanlah Walau...Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh 
Demi Mengenal Rabb Mu..Nescaya kamulah
Insan2 yang BERUNTUNG...
AKHIRAT kelak...

💕💕 Pesanan utk diri ku sendiri, Ayah2, Suami2, Anak2 Lelaki, Adik & Abang Lelaki dan mereka2 bergelar Lelaki

2 SOLAT YANG PALING BERAT UNTUK MUNAFIQ

3 RABIUL AWWAL 1442H
20 Oktober 2020M

Mg kita tergolong dalam golongan ini.. InshaAllah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ 
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"‏ لَيْسَ صَلاَةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنَ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ، 
Tiada solat yang lebih berat daripada solat Subuh dan Isyak ke atas orang munafiq.

وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا،
Jika mereka tahu apa yang ada pada kedua solat itu, mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan merangkak.

 لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُقِيمَ، ثُمَّ آمُرَ رَجُلاً يَؤُمُّ النَّاسَ، 
Sesungguhnya aku rasa benar-benar mahu menyuruh muazzin untuk melaungkan iqamah, lalu menyuruh seorang lelaki mengimami orang ramai.

ثُمَّ آخُذَ شُعَلاً مِنْ نَارٍ فَأُحَرِّقَ عَلَى مَنْ لاَ يَخْرُجُ إِلَى الصَّلاَةِ بَعْدُ ‏"‏‏.
Kemudian aku menyalakan api lalu membakar rumah sesiapa yang tidak keluar pergi mendirikan solat.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Fadhl al-Isya' Fi al-Jama'ah, hadis no: 657]. 

HAMIL... 1 kaedah Komplementari

3 SAFAR 1442H
20 Oktober 2020

AURA WANITA - 
SIHAT & SUKSES saat KEHAMILAN

Kehamilan merupakan satu proses fisiologikal berperingkat yang mengambil masa lebih kurang sembilan bulan sebelum suatu nyawa baru dilahirkan, dan proses ini memerlukan kekuatan mental yang sihat untuk manghadapinya.

Kehamilan bermula dengan penemuan di antara satu sperma yang sihat dan kuat dengan satu ovum yang sihat dan subur.  Sperma ini akan menusuk masuk ke dalam ovum, dan tindak balas biokimia akan berlaku berikutannya.  Ini termasuk pengaturan semula DNA dan bermulanya proses pembahagian sel-sel.  Pembahagian sel-sel inilah yang akan membentuk fetus.  Tumbesaran fetus melibatkan pembentukan organ-organ tertentu secara berperingkat, misalnya otak, saraf tunjang, mata, pembentukan bahagian kaki dan tangan diikuti dengan pembentukan jari-jari, denyutan jantung dan seterusnya pergerakan fetus dalam kandungan ibu.

Memandangkan kehamilan merupakan satu proses fisiologikal berperingkat yang begitu rumit serta melibatkan banyak perubahan hormon-hormon, maka seseorang ibu itu akan juga mangalami tekanan daripada perubahan ini.  Perubahan-perubahan yang dialami ini termasuk penambahan berat badan, bengkak payudara, bengkak badan akibat pengumpulan air, bengkak saluran vena (varicose vein) akibat pengaliran darah yang kurang baik, muntah-munah dan loya (atau lebih dikenali sebagai morning sickness), penat, mengantuk, susah pernafasan, sakit belakang, kekerapan membuang air kencing, jerawat.  Selain itu, ibu juga megalami perubahan emosi yang ketara, ingin dimanjakan dan corak makan yang kerap dan tidak tentu masanya.  Ibu mengandung juga boleh mendapat tekanan darah tinggi dan kencing manis yang dicetuskan oleh kehamilan, dan mungkin akan terus mengidapinya walaupun setelah melahirkan bayi nanti.  Risiko untuk mendapat jangkitan saluran kencing dan jangkitan pada tempat kemaluan juga adalah tinggi.

Kehamilan tidak berakhir setakat bayi dilahirkan sahaja, maka kesan daripada kehamilan beterusan selama 6 minggu selepas kelahiran bayi.  Terdapat segolongan ibu yang mengidapi masalah psikiatri dalam tempoh ini.  Ini termasuk gemurung (depression), kecederungan untuk membunuh diri dan bayi mereka.

Oleh yang sedemikian, kesihatan yang optimum, kekuatan mental yang tinggi dan sokongan keluarga yang padu adalah amat penting untuk keseluruhan proses kehamilan yang sempurna.

-----------------------------------
TERAPI REIKI & KEHAMILAN
-----------------------------------
‘Reiki dan Kehamilan’, membawa maksud penggunaan Reiki pada ibu mengandung sebagai salah satu rawatan alternatif yang boleh meringankan simptom-simptom awal kehamilan yang tidak menyenangkan, mencapai kesihatan dan kesejahteraan fisikal dan mental sepanjang kehamilan, dan mengelakkan komplikasi-komplikasi daripada proses kehamilan yang tidak diingini.

Memandangkan kehamilan merupakan satu proses yang berkemungkinan besar boleh menelan pembelanjaan yang tinggi bagi menjamin kesihatan kedua-dua ibu dan anak, maka adalah diperlukan satu pilihan rawatan alternatif yang mudah dan selamat untuk mencapai tujuan tersebut dan juga mengurangkan bebanan ekonomi keluarga dan juga negara.

Kajian ini adalah untuk meninjau setakat mana kesesuaian Reiki boleh diapplikasikan semasa kehamilan di Malaysia, dan potensi Reiki dalam mengurangkan simptom-simptom dan komplikasi daripada kehamilan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kehamilan merupakan satu proses fisiologikal berperingkat yang rumit, dan setiap peringkat itu mempunyai pengaruhan yang berbeza ke atas kesihatan ibu.  Di sini, kita akan melihat bagaimana Reiki boleh diapplikasikan kepada ibu mengandung dalam peringkat kehamilan yang berbeza ini.  Secara keseluruhannya, kehamilan boleh dibahagikan kepada peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat kelahiran.


Peringkat awal kehamilan:  

Tujuan terapi Reiki pada peringkat ini adalah ditumpukan untuk menghasilkan suatu suasana yang harmoni dan berkasih sayang di antara suami isteri, serta menyediakan kedua-dua suami isteri keadaan fizikal dan spiritual yang stabil untuk penerimaan seorang anak pada masa akan datang.  Maka terapi Reiki sebaik-baiknya diberikan kepada kedua-dua suami dan isteri pada peringkat ini.  

Selain daripada cara rawatan dan posisi tangan biasa, terapi Reiki juga ditumpukan kepada Chakra bahagian Heart, Solar Plexus dan Navel.  Chakra bahagian Heart membantu memastikan pengaliran darah yang secukupnya ke setiap sel pada seluruh badan.  

Dalam Perubatan Tradisional Cina, Qi adalah disalurkan ke seluruh bahagian badan melalui darah; maka pengaliran darah yang lancar bermaksud juga pengaliran tenaga Reiki yang menyeluruh di dalam badan.  Juga, Heart Chakra menyemai rasa kasih sayang pada ibu mengandung terhadap suaminya, anak akan datangnya, serta ahli keluarga yang lain.  Sebagai pusat utama dalam sistem Chakra, Heart Chakra menghubungi ketiga-tiga Chakra fizikal dan emosional di bawah dengan ketiga-tiga Chakra mental dan spiritual di atas.  Oleh sedemikian, keharmonian pada Chakra Heart juga turut mengimbangi keenam-enam Chakra yang lain.

Kesan-kesan kehamilan seperti sembelit dan kembung perut boleh diperbaiki melalui pemberian Reiki pada Chakra bahagian Solar Plexus dan Navel.  Penjagaan sistem reproduktif amat penting sepanjang kehamilan, dan ini boleh dicapai dengan memberi terapi Reiki pada Chakra Navel.

Adalah digalakkan suami isteri di peringkat ini mengambil latihan Reiki bersama, agar mereka boleh saling memberikan rawatan kepada pasangan masing-masing.  Adalah baik jika dapat memberi rawatan Reiki setiap hari bagi mencapai faedah yang memuaskan.


Peringkat pertengahan kehamilan:  

Pada peringkat pertengahan kehamilan, rawatan boleh ditumpukan pada bahagian kandungan serta bahagian bawah tulang belakang ibu mengandung, iaitu kawasan yang perlu menampung berat badan yang semakin meningkat setiap hari, untuk meringankan simptom sakit tulang belakang.  Reiki akan membantu ibu mengandung sentiasa tenang dan rileks.  Selain itu, juga turut mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan pertumbuhan saiz bayi kandungan yang kian bertambah setiap hari.

Pernah dilaporkan oleh salah seorang pengamal Reiki dari Amerika Syarikat yang semasa kehamilannya, beliau telah memberi pengijazahan kepada bayi dalam kandunangnya.  Apabila dilahirkan, bayi itu begitu tenang sekali dan jarang menangis.


Peringkat akhir kehamilan:  

Pada peringkat kelahiran, berikan rawatan Reiki pada Chakra bahagian Crown, Third Eye (Brow) dan Root.  Pemberian Reiki pada Chakra bahagian Crown dan Third Eye (Brow) membantu mengimbangkan tenaga di persekitaran ibu dan membantu ibu lebih tenang serta mengelakkan masalah insomnia.  Ia juga mengurangkan kerisauan dan kegelisahan ibu mengandung pada saat-saat kelahiran.  Ketenangan adalah amat penting pada saat-saat kelahiran kerana ia boleh menolong ibu menolak keluar bayi secara serasi dengan pengecutan otot rahim.  

Manakala, pemberian Reiki pada Chakra bahagian Root pada peringkat ini dipercayai dapat membantu pengecutan otot rahim dan pada masa yang sama memberikan pengijazahan Reiki untuk bayi juga.


ISU KETIKA KEHAMILAN

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi yang diakibatkan kehamilan (pregnancy induced hypertension, PIH) biasanya berlaku selepas mingguan ke-20 kehamilan.  Diagnosa dibuat apabila nilai tekanan darah sistolik bersamaan 140mmHg atau lebih tinggi, dan/atau nilai tekanan diastolik bersamaan 90mmHg atau lebih tinggi.  Ukuran perlu dibuat sebanyak 2 kali dengan jarak masa sekurang-kurangnya 4 jam sebelum diagnosa ini dibuat.  PIH boleh memberi banyak komplikasi kepada kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan, salah satunya adalah eklampsia, iaitu sawan pada ibu.

Terapi Reiki:  Sesi Reiki adalah sesuai diikuti pada awal kehamilan, ataupun sebelum kehamilan bagi mencapai tujuan pencegahan masalah tekanan darah tinggi ini.  Selain daripada posisi tangan yang biasa, Chakra yang diberi tumpuan adalah Heart chakra yang berperanan dalam pengawalan pengaliran darah, serta Crown dan Third Eye (Brown) yang berperanan dalam penyelarasan hormon-hormon utama dalam badan.


Kencing Manis (Diabetes)

Kencing manis semasa kehamilan (Gestational Diabetes Melitus) merupakan satu keadaan di mana intoleransi kepada karbohidrat yang berlaku semasa kehamilan.  Mengikut definisi Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), ia didiagnosi apabila gula darah sebelum mengambil Ujian Toleransi Glukosa melebihi 7.0mmol/L atau paras glukosa darah setelah mengambil Ujian Toleransi Glukosa melebihi 11.0mmol/L.  Kencing manis semasa kehamilan membawa risiko ke atas kesihatan kedua-dua ibu dan anak kandungan.

Terapi Reiki:  Selain daripada posisi tangan biasa, rawatan Reiki perlu ditumpukan pada Chakra bahagian Solar Plexus.  Chakra Solar Plexus berhubung-kait dendan organ hati dan pankreas.  Maka keseimbangan pada Chakra ini adalah perlu bagi memastikan metabolisma karbohidrat yang sempurna serta perembesan insulin yang normal dalam pengawalan paras glukosa di dalam darah.


'Morning Sickness'

Muntah-muntah, ataupun lebih dikenali sebagai ‘morning sickness’ kerap berlaku pada peringkat awal kehamilan.  Ianya berlaku akibat perubahan hormon dalam badan.

Terapi Reiki:  Selain daripada posisi tangan Reiki yang biasa, juga perlu ditumpukan pada Chakra bahagian Throat dan Navel.  Kedua-dua bahagian Chakra ini membantu dalan penyelarasan dan pengeluaran secara normal untuk hormon-hormon berkenaan yang semakin meningkat pada masa kehamilan.


Kemurungan & Stres

Masalah kemurungan dan tekanan jiwa sering berlaku akibat perubahan fisiologikal serta penyediaan mental yang tidak cukup, dan juga tekanan daripada ahli keluarga dan tempat bekerja.  Reiki dipercayai dapat menolong menyesuaikan diri dengan perubahan dalam badan semasa kehamilan dan menolong mereka mempunyai satu minda dan sikap yang positif terhadap kehamilan sehingga ke saat-saat kelahiran.  Ia dilaporkan dapat membantu ibu dari segi menstabilkan emosi serta menyedarkan mereka akan sifat keibuan.  Ia juga menolong fetus bertumbuh dengan normal dan memudahkan proses kelahiran.  Reiki akan mengeratkan lagi ikatan kasih saying di antara ibu dan anak.

Terapi Reiki:  Chakra yang dipercayai dapat membantu termasuk Crown dan Third Eye (Brow).  Kedua-dua Chakra ini juga berhubung-kait dengan lapisan-lapisan Aura Celestial body dan Causal body yang penting dalam penjagaan keharmonian mental.


Allergi & Bengkak Badan

Masalah ini diakibatkan oleh perubahan hormon serta perubahan fisiologikal yang menyebabkan pengumpulan air dalam badan.

Terapi Reiki:  Selain daripada posisi tangan yang biasa, bahagian Chakra yang perlu diberi perhatian termasuk Third Eye (Brow) untuk penyelarasan hormon-hormon, Navel untuk kesihatan sistem reproduktif dan buah pinggang, serta Root yang juga berperanan dalam penjagaan kesihatan buah pinggang.  Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan semasa kehamilan.


Kelahiran melalui Pembedahan

Jika pembedahan diperlukan untuk kelahiran anak (untuk keadaan-keadaan yang tidak dapat dielakkan), terapi Reiki boleh membantu dalam menenangkan ibu.  Chakra yang diberi tumpuan termasuk Throat chakra dan Heart chakra.  

Reiki juga akan mempercepatkan proses penyembuhan daripada pembedahan, dan meningkatkan sistem pertahanan ibu untuk mengelakkan komplikasi pembedahan seperti jangkitan kuman.


RUMUSAN DAN PENUTUP

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan pengamal Reiki berkaitan dengan penggunaan dan pengijazahan (attunement) tenaga Reiki semasa kehamilan.  Ada pengamal yang berpendapat bahawa apabila seseorang ibu itu diberi pengijazahan maka secara automatiknya bayi dalam kandungan juga akan turut diijazahkan dengan tenaga Reiki.  Pada sebelah lain, ada pula pengamal Reiki yang tidak bersetuju berkaitan kenyataan ini.  Mereka berpendapat bahawa bayi dalam kandungan tidak akan terlibat dalam proses pengijazahan Reiki.  Ini adalah kerana bayi dalam kandungan adalah individu berasingan daripada ibunya dan bayi tersebut tidak memberi persetujuan untuk menerima tenaga Reiki.  Pada pendapat saya, bayi merupakan sebahagian dalam sistem tenaga ibunya semasa proses pengijazahan dikurniakan, maka bayi pun akan turut mendapat faedah daripada pengijazahan tersebut.

Reiki tidak akan memudaratkan kehamilan.  Perlu diingatkan bahawa aliran tenaga Reiki akan secara semulajadinya mengimbangi tenaga dan tempat yang memerlukannya.  Oleh sedemikian, kedua-dua ibu dan anak akan mendapat faedah daripada terapi Reiki ini.  Reiki membantu dalam setiap peringkat kehamilan, dari permulaan mengandung sehingga ke saat-saat kelahiran.  Para ibu tidak perlu risau yang mereka akan melahirkan bayi pra-matang selepas terapi Reiki.

Kesimpulannya, terapi Reiki ini merupakan satu teknik selamat yang sesuai digunakan oleh para ibu mengandung.  Reiki menenangkan kekhuatiran, ketakutan, dan kesakitan yang berkaitan dengan kehamilan, dan akan  memudahkan proses kelahiran.

------------------------
HAKCIPTA TERPELIHARA: Hak milik dituntut © Dr Mir Hazil Azran Ramli (PhD) & Dr Sim Sze Kiat (MD). 

[Kandungan kajian ini adalah untuk paparan serta rujukan semata-mata. Tidak dibenarkan menyalin semula dalam apa juga bentuk tanpa kebenaran bertulis . Boleh di 'share' untuk kebaikan bersama.]

Isnin, 19 Oktober 2020

SEMPENA Rabiul Awwal.. Ayuh kita perbanyakkan SELAWAT

2 RABIUL AWWAL 1442H
19 Oktober 2020

Perbanyakkan kita berselawat di bulan kelahiran Rasulullah saw. Mg dengan sedikit selawat kita dalam mengingati Baginda, Baginda akan mencari & memberikan kita syafaat di saat kita di Mahsyar kelak.. 




 

Cancer - Usaha & Ikhtiar

2 Rabiul Awwal 1442H
19 Oktober 2020M

Sekadar perkongsian kepada semua. Mg ianya dapat memberi manfaat..

Asslamualaikum wbt kpd semua dlm Grp Ini. Saya nak share amalan ex-staff saya seorang Cancer Survivor. Dia pernah kluar di WHI, TV 3 dulu. Di temuramah bersama2 dgn suami nya. Berkongsi  pengalaman mula2 di diagnosed, melalui Chemo, bedah, makanan sihat, follow-ups hingga di beritahu she is free fr cancer cells end last yr.    Now she is an active Volunteer kpd pesakit2 cancer/survivors.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 

1. Istighfar 10x. 
2. Selawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x. 

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). 

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Ahad, 18 Oktober 2020

Kelahirannya di nanti...

1 Rabiul Awwal 1442H
18 Oktober 2020M

Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w. - mengikut sumber-sumber yang masyhur mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 RABIUL AWWAL tahun Gajah.

ayuh.. SUBURKAN CINTA!!
----------------------------------------------------------------------------

[Menurut satu sumber An-ni'matul Kubraa'alal Aalam - hasil tulisan Imam Shihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami Asy-syafi'i Irhas]

Ini KISAH tentang RASUL.. kisah ini SUNYI, bukan kerana SUMBER CERITA - tapi akibat KURANG RASA CINTA. Biarpun begitu.. yang MAHU mencarinya bakal jumpa.

Kisah ini berlaku menjelang KELAHIRAN baginda RASUL. Saat RABI AL-AWWAL tahun GAJAH (peristiwa Abrahah menyerang KAABAH) - saat ALAM dalam KEGELAPAN yang panjang.

.....

detik hujung SAFAR menjelang hari-hari HILAL RABI AL-AWWAL..

Pada Malam Pertama - Allah swt melimpahkan segala kedamaian dan ketenteraman yang luar biasa sehingga Aminah merasakan dirinya amat tenang dan damai... tidak pernah dirasakan sebelumnya.

Pada malam ke 2 - Datang seruan berita gembira kepada Aminah yang menyatakan dirinya akan mendapati anugerah yang luar biasa dari Allah.

Pada malam ke 3 - Aminah terdengar dalam mimpinya:

"Wahai Aminah… sudah dekat saat engkau melahirkan Nabi yang agung dan mulia, Muhammad Rasulullah saw yang senantiasa memuji dan bersyukur kepada Allah swt."

Pada malam ke 4 - Aminah mendengar secara Jelas dan nyata tasbih yang diucapkan oleh para Malaikat. tidak pula diketahui samaada hal ini berlaku ketika Aminah dalam keadaan sedar atau tidak.

Pada malam ke 5 - Aminah bermimpi dengan Nabi Allah Ibrahim as.

Pada malam ke 6 - Aminah bermimpi melihat cahaya Nabi Muhammad s.a.w. memenuhi alam semesta.

Pada malam ke 7 - Siti Aminah melihat para malaikat silih berganti saling berdatangan mengunjungi kediamannya membawa kabar gembira sehingga kebahagiaan dan kedamaian semakin memuncak.

Pada malam ke 8 - Siti Aminah mendengar seruan Malaikat memanggil dan memberitahu, suara tersebut terdengar dengan jelas mengatakan:

"Bahagialah wahai seluruh penghuni alam semesta, telah dekat kelahiran Nabi agung, Kekasih Allah swt Pencipta Alam Semesta."

Pada malam ke 9 - Allah swt semakin mencurahkan rahmat belas kasih sayang kepada Siti Aminah sehingga tidak ada sedikitpun rasa sedih, susah, sakit, dalam jiwa Siti Aminah.

Pada malam ke 10 - Siti Aminah melihat tanah Tho’if dan Mina ikut bergembira menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw.

Pada malam ke 11 - Siti Aminah melihat seluruh penghuni langit dan bumi ikut bersuka cita menanti kelahiran Rasulullah s.a.w.

DETIK YANG DINANTI TIBA...

Pada Malam Kelahiran - Siti Aminah bersendirian di rumah tidak ditemani oleh sesiapa pun. Tiba-tiba Siti Aminah melihat tiang rumah Abdul Muttalib terbelah dan muncul 4 orang perempuan yang sangat jelita berpakain putih dan berbau sangat harum.

Wanita pertama datang berkata,
"Sungguh berbahagialah engkau wahai Aminah, sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi yang agung, junjungan semesta alam. Beliaulah Nabi Muhammad saw. Kenalilah aku, bahwa aku adalah isteri Nabi Allah Adam as, ibunda seluruh uamt manusia., aku diperintahakan Allah untuk menemanimu."

Kemudian datanglah wanita kedua yang menyampaiakan khabar gembira,

"Aku adalah isteri Nabi Allah Ibrahim as diperintahkan Allah swt untuk menemanimu."

Begitu pula menghampiri wanita yang ketiga,

"Aku adalah Asiyah binti Muzahim, diperintahkan Allah untuk menemanimu." (isteri Fir'aun)

Datanglah wanita ke empat,
"Aku adalah Maryam, ibunda Isa as menyambut kehadiran putramu Muhammad Rasulullah."

Ketika Siti Aminah semakin merasa tenang dalam dirinya, datang lah mahkluk yang bercahaya bersilih ganti mendoakan kesejahteraan kepada nya dan mengucapkan pujia-pujian kepada Allah swt.

Seterusnya Siti Aminah melihat atap rumah terbuka dan terlihat oleh beliau bermacam-macam bintang di angkasa yang sangat indah berkilau saling beterbangan.

Allah memerintahkan kepada Malaikat Ridhuan agar memberitahu seluruh bidadari syurga agar berdandan cantik dan rapi, memakai segala macam bentuk perhiasan kain sutera dengan bermahkota emas, intan permata yang bergemerlapan, dan menebarkan wangi-wangian syurga yang harum semerbak ke segala arah. sempena kelahiran Kekasih Allah swt.

Lalu Allah swt memanggil :

"Yaa Jibril… serukanlah kepada seluruh arwah para nabi, para rasul, para wali agar berkumpul, berbaris rapi, bahwa sesungguhnya Kekasihku cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka menyambut kedatangan Nabi Muhammad saw.

Yaa Jibril… perintahkanlah kepada Malaikat Malik agar menutup pintu-pintu neraka dan perintahakan kepada Malaikat Ridwan untuk membuka pintu-pintu syurga dan bersoleklah engkau dengan sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasihKu Nabi Muhammad saw.

Yaa Jibril… bawalah seluruh malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah KekasihKu Muhammad saw telah siap untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman."

Dan turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan malaikat. Lalu ibunda Rasulullah saw di bumi, beliau melihat malaikat itupun berdatangan membawa kayu-kayu gahru yang wangi dan memenuhi seluruh alam.

Pada saat itu pula mereka semua berzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada saat itu pula datanglah burung putih berkilau cahaya mendekati Siti Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Siti Aminah, maka pada saat itu pula lahirlah Muhammad Rasulullah saw dan tidaklah Sayyidah Aminah melihat kecuali cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad saw bersujud kepada Allah seraya mengucapkan,

"Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Walhamdulillahi katsiro, wasubhanallahibukrotan wa asiilaa."

Semakin memuncaklah kegembiraan seluruh alam dunia dan semesta dan terucaplah

"Yaa Nabi Salam Alaika… Yaa Rasul Salam Alaika… Yaa Habib Salam Alaika… Sholawatullah Alaika.. "

Matanya bagaikan telah dipakaikan sifat mata, senyum indah terpancar dari wajahnya dan hancurlah berhala-berhala dan bergembiralah semua alam semesta menyambut kelahiran Nabi yang mulia…

Selawat dan SALAM buat nabi Junjungan... 

Wallahualam..

Kredit : Guru ku / Master G/ DMHAR / Dr Hazil Azran Ramli

Sabtu, 17 Oktober 2020

Resah Kerisauan?

29 SAFAR 1442H
17 Oktober 2020M

untuk hari ini.. DEMIMU TUHAN..
Ku padamkan resah kerisauan 

=============================
Pembersihan jiwa daripada sifat risau 
=============================

Satu lagi penyakit jiwa adalah kerisauan. Rasa risau adalah sensor gerak hati atau daya intuisi (gerak rasa). Ia adalah anugerah dan merupakan sifat jiwa. Namun, rasa risau yang berlebihan dan berlarutan boleh merosakkan jiwa. 

Risau terhadap perkara yang belum berlaku menjauhkan seseorang daripada hakikat menerima takdir dan beriman pada qada qadar (ketentuan Ilahi). Risau yang berlebihan dan berlarutan juga merupakan mainan jin dan syaitan yang sifatnya mahu merosakkan minda dan jiwa Muslim. 

Rasa risau yang tidak bertempat mengganggu getaran kardio pada otot jantung yang bekerja tanpa henti. Akibatnya, arus letrik tinggi mengalir kuat hingga menjadikan jantung bergetar atau berdenyut laju. 

Situasi risau mengakibatkan dada turun naik dengan kuat yang seterusnya memenatkan. Darah dipam laju lalu mewujudkan daya tekanan tinggi pada darah. Pembuluh darah menjadi panas dan mengakibatkan lecuran atau kerosakan pada salurannya. Oksigen tubuh akan berkurangan dengan cepat yang seterusnya mengakibatkan tubuh mengalami keletihan dengan cepat. 

Keadaan menjadi lebih buruk sekiranya seseorang yang kerap risau secara berlebihan itu juga memiliki penyakit lemah jantung ataupun asma. Rasa risau itu mengakibatkan jantung dan paru-paru bekerja secara berlebihan ataupun boleh terkejut. Ini meninggalkan kesan buruk kepada penghidapnya kerana keadaan luar jangka boleh berlaku secara tiba-tiba seperti serangan jantung, semput, sukar bernafas dan sebagainya.

RISAU - untuk hari ini, ku terus berusaha menawanmu agar zona TENANG terus menebal menjadi perisai diriku.

SALAM HIJRAH DIRI!
Jadilah diri sendiri.. berhenti jadi atau curi hak orang lain..

Amin..

Kredit : Guru ku / Master G / DMHAR / Dr Hazil Azran Ramli 

Jumaat, 16 Oktober 2020

7 Mahkota.....

28 SAFAR 1442H
16 Oktober 2020M

TUJUH_MAHKOTA DUNIA_AKHIRAT

Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua #Tujuh Buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)

1). 👑 MAHKOTA ZIKIR

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير 

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir. 

2). 👑 MAHKOTA TASBIH

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته 

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3). 👑 MAHKOTA DOA

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar 

4). 👑 MAHKOTA ISTIGHFAR

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5). 👑 MAHKOTA PERLINDUNGAN

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6). 👑 MAHKOTA PELEPAS BENCANA

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين 

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7). 👑 MAHKOTA PENENANG_HATI

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم 

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin 

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.