24 RAMADHAN 1442H
6 Mei 2021
#RENUNGAN DHUHA ❤️
*"السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
#صلواعلىالنبي💚
#اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ
𝙆𝘼𝙔𝘼 𝘼𝙏𝘼𝙐 𝙈𝙄𝙎𝙆𝙄𝙉 ???
Mana yang lebih baik?
1. Orang kaya atau orang miskin?
Kaya dan miskin bukan menjadi ukuran baik atau tidak, jadi tak boleh nak dikatakan orang miskin lebih baik daripada orang kaya atau sebaliknya. Kaya dan miskin dua-dua itu dugaan, ujian dari Allah SWT. Orang kaya diduga dengan kekayaannya, orang miskin diduga dengan kemiskinannya.
2. Orang kaya yang bersyukur atau orang miskin yang bersabar?
Kedua-duanya memang sudah baik sebab orang miskin sudah bersabar, orang kaya pun bersyukur. Namun dugaan bagi orang kaya untuk bersyukur itu berat berbanding orang miskin untuk bersabar. Yang susah mudah untuk bersabar. Yang senang yang sukar untuk bersyukur.
Namun ada orang yang lebih mulia daripada kedua-dua tadi, daripada orang kaya yang bersyukur dan orang miskin yang bersabar. Ada yang ke tiga. Siapa? Orang miskin yang bersyukur.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid 🌹
Tiada ulasan:
Catat Ulasan