Pageviews

Isnin, 12 April 2021

RAMADHAN KAREEM

30 SYA'BAN 1442H
12 April 2021M

Allah SWT berfirman:

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْکُمُ الصِّيَا مُ کَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِکُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ 
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Al-Baqarah: 183). 

1.Ramadhan akan datang lagi dalam tempoh tidak sampai beberapa jam. Syukur kepada Allah SWT jika dipanjangkan umur untuk menjalani ibadat ini dan Allah telah makbulkan doanya, 
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان
 و بلغنا رمضان.
Marhaban Ya Ranadhan! Justeru sambutlah kedatangannya dengan wajah ceria dan istiqamah dengan akhlak yang mulia. 

2.Ramadhan adalah kurnia Allah yang banyak hikmahnya.Justeru setiap orang beriman hendaklah merasa gembira dan berwajah ceria menyambutnya. Allah berfirman,

ﻗُﻞْ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﻭَﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻪِ ﻓَﺒِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﻠْﻴَﻔْﺮَﺣُﻮﺍْ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِّﻤَّﺎ ﻳَﺠْﻤَﻌُﻮﻥَ

“Katakanlah: ‘Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan” (Yunus : 58).

3.Cabaran pertama yang akan dihadapi oleh orang yang berpuasa adalah untuk mengawal emosinya ketika sedang lapar dahaga.Emosi marah cepat meletus jika tidak sabar. Allah suka orang yang dapat mengawal kemarahan dan suka memberi maaf. Ini merupakan contoh akhlak mulia. Firman Allah SWT, 

 وَالْكٰظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ 
عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ 

".. dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;"(Ali 'Imran :134). 

4.Orang berpuasa yang berakhlak mulia memiliki wajah yang sentiasa bersih dan ceria.Ini selaras dengan pesanan Nabi SAW, 
لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah berseri” (HR. Muslim). 

5.Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah.Di dalamnya ada rahmah dan orang yang berjaya menjalani ibadat berkaitan dengannya akan mendapat maghfirah"pengampunan" daripada Allah.Dengan jaminan itu, sewajarnya setiap mukmin akan gembira menyambut kedatangannya dengan ucapan "Marhaban Ya Ramadhan! ". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan