Pageviews

Rabu, 14 April 2021

2 PUASA

2 RAMADHAN 1442H
14 April 2021M

Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.

Niat baik mendapat ganjaran yang baik.

Tersalah niat seperti berbuat amal tetapi untuk berbangga bangga dapat memusnahkan pahala amal tersebut.

Amal tetapi riak, takkabur dan ujub tidak akan diterima Allah.

Amalan ahli syurga...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, ceritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Usah diperkecilkan amalan yang kelihatan kecil di pandangan manusia.

ربما تنام وعشرات الدعوات تُرفع لك ، من فقير أعنته أو جائع أطعمته ، أو حزين أسعدته أو مكروب نفست عنه ، فلا تستهن بفعل الخير. 
( ابن قيم الجوزية، مفتاح دار السعادة )

"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang kesusahan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali kali meremehkan sebuah kebaikan..." 
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Miftah Dar As Sa’adah)

Amalan yang istiqamah lebih dikasihi walaupun sedikit...

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيرًا بِاللَّيْلِ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَثُوبُونَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ حَتَّى كَثُرُوا فَأَقْبَلَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ

Dari Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Laksanakanlah amalan soleh walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan melayakkan rahmat Allah dan seterusnya membawa kita ke syurga. 

Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas kerana tiada diendah oleh manusia.

Kadang-kadang kerana mengelak daripada dosa kecil, kita terjebak pula dengan dosa besar. Dan kerana melakukan amalan sunat kita terlepas amalan wajib.

Oleh itu, berhati-hatilah.

Tiga amalan penerus pahala...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solih yang mendoakannya."
(Hadith Riwayat Muslim)

Justeru, beramallah dengan hati yang ikhlas kerana mencari cinta dan keredhaan Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan