15 April 2021M
Ketahuilah bahawa..syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh.
Melaksanakan ibadat peribadi setiap muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah..menghantar jenazah..memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan setiap muslim kepada masyarakat..Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.
Orang mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat..puasa..zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit..menolong orang susah..serta niat yg ikhlas akan mendapat balasan syurga.
Oleh itu..marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin..orang yang sakit juga anak² yatim.
Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kerabat..sahabat..teman..jiran..rakan kita yang kurang sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan