Pageviews

Isnin, 7 Januari 2013

Kisah Wanita...






24 Safar 1434.

Alkisah tentang wanita. Wanita itu cukup unik. Cukup istimewa. Allah berikan keistimewaan pada wanita yang tidak ada pada lelaki. Didiklah diri..didiklah hati agar sentiasa dekat dengan Allah. Bayangkanlah Allah sentiasa melihat kita, Dia sentiasa mengintai kita, Dia sentiasa menilai kita. Jaga auratmu, jaga setiap kejadianmu, jagalah segalanya, kelak dikau menjadi tetamu di syurga.

AURAT WANITA..

1. Bulu kening (Alis atas mata).    

– Menurut Bukhari ra, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. – (Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki).

– Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31).

Keterangan : Menampakkan kaki dan mengayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikat kakinya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangi-wangian.

– Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berkumpul itu. – (Petikan dari Hadits Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada.

– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian depan dada-dada mereka – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi.

– Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir (meratakan) gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadits Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik kerana ianya merubah ciptaan Allah – (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Leher.

– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu - (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Membayangkan Anggota Tubuh.

– Asma binti Abu Bakar ra telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah datang haid tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali dua telapak tangan dan wajahnya sahaja" – (Petikan dari Hadits Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Berjabat Tangan.

– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal (bukan mahram) baginya – (Petikan dari Hadits Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Pemandangan.

– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31).

Keterangan sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan kerana hukumnya haram – (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara).

– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan serong, bernafsu dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

11. Kemaluan.

– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31).

– Apabila seorang perempuan itu menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam mana-mana Syurga dari pintu-pintu yang dia kehendakinya – (Petikan dari Hadits Riwayat Riwayat Al Bazzar).

– Tiada seorang perempuan pun yang dibolehkan membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – (Petikan dari Hadits Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian.

– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata & yang mendedahkan auratnya, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasa’i dan Ibn Majah).

Keterangan : Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju berjilbab dan longgar, yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Dan karena itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59).

– Sesungguhnya sebagian ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan : Wanita yang berpakaian nipis,jarang,ketat, sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya dan kain @ baju yang berbelah,terbuka pada bahagian-bahagian yang tertentu.

13. Rambut.

– "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya dari pandangan & dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).



Jadilah wanita yang menjaga auratnya ketika diluar rumah @ dimana-mana sahaja. Kerana wanita mudah masuk syurga tetapi majoritinya ke neraka. Jagalah dirimu agar tidak menjeremuskan dirimu ke kancah kebinasaan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Renunglah, muhasabahlah dirimu wahai wanita agar kelak dikau menjadi Muslimah yg menjaga agamamu..

Moga kita sentiasa istiqomah dengan setiap amalan yang kita pelajari. Agar rahmat Allah sentiasa bersama kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan