Pageviews

Rabu, 30 Januari 2013

IBU vs ISTERI

Anda dan family.

1- Seorang anak lelaki hendaklah taat dan patuh kepada ibunya secara total. Walau telah berkahwin, waima berbini 4 isteri besar ahli gusti, anak lelaki tetap kena taat dan patuh pada IBUnya.

2- Seorang isteri, kena taat dan patuh kepada suaminya, selagi tidak bercanggah dengan syarak. Dia kena patuh dalam apa jua keadaan sekalipun, selagi tidak bercanggah dengan syarak.

Syurga anak lelaki ada pada ibu, syurga isteri ada pada suami.

Kita semua amat maklum akan ketetapan yang telah Allah perintahkan terhadap kita. Iaitu, anak mesti taat pada ibu, dan isteri mesti taat pada suami.

Sketsa kehidupan..

1- Aiman, anak lelaki mesti kena taat pada ibu ! Jangan lawan cakap ibu. Berdosa seorang anak derhaka dan tak dengar kata ibu. Faham !?

Marah Puan Ain terhadap anak remajanya, Aiman kerana suka keluar rumah tak bagitau, selalu keluar petang balik malam...

2- "Ayang, kalau nak keluar pergi mana-mana, bagitau la kat abang. Okey ? " kata Shah kepada isterinya.

"Alah, dah abang takder kat rumah. Nak minta kat sapa lagi ? Bukannya jauh pun, Tesco depan tu aje pun. " balas Ain.

"Sms boleh kan ? Abang nak tahu, sebab kalau jadi apa-apa, abang tahu ayang ada kat mana.' tambah Shah.

"Abang ni, tolong la faham, Ain bukan pergi jauh pun, lagipun Ain bukan budak-budak kecil lagi laa. Keluar kejap aje." Ain menambah.

*********************

Pesanan untuk anda, yang telah ada title ibu / isteri,

  1- Jika kita mengharapkan agar suami memahami keadaan kita, memahami perasaan kita, supaya jangan mengada-ngada minta itu ini, minta layan itu ini.
Mengapa kita bertegas ke atas anak lelaki kita, supaya mematuhi kata-kata kita pula ?

Mengapa kita tak mahu mendengar alasan dia(anak lelaki), atau sekonyong-konyong beri dia apa yang kita mahu dari suami.

Adakah kita telah dewasa, kita mahu perasaan kita dituruti, manakala perasaan anak kita tak peduli ?

*Setiap ibu pasti sayang akan anak. Anak belum tentu akan sayang pada ibunya suatu hari nanti.
   
Pesanan untuk anda yg telah ada title suami / anak lelaki.

1- Antara ibu dan isterimu, utamakan ibumu terlebih dahulu. Ibu lebih berhak terhadap anak lelakinya. Jaga perasaan ibu kita, kalau mereka telah tua, kerana perasaan orang tua ni cepat sensitif.

Kita tak jaga perasaan isteri kita, ok lagi. Selamat lagi dari neraka. Kalau kita tak jaga perasaan ibu kita ?

*Pernah dengar kisah sahabat yg terseksa, kerana roh tak lepas nak keluar, hanya kerana ibu dia tersinggung sebab menjamah makanan isteri terlebih dahulu..

Biarlah isteri dok kata ANAK EMAK pun, dah memang kita anak emak. Ingat, syurga kita ada pada ibu, dan kita yg bertanggungjawab untuk bawa bersama-sama isteri kita terlepas dari api neraka.

*Setiap suami pasti syg akan isteri, cuma banyak dengan sikit sahaja.

********************
  Muhasabah semula, kadang-kadang kita ambil mudah benda yang berat.

Wallahualam.

(Credit by Guruh Petir.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan