2. BIKERS SELFIE - Jenis bikers ni suka berselfie. Asalkan turun je dari moto msti nak berselfie. Dan paling pantang jika kwn2 nk bergambar dia lah yg paling hadapan skali. Sebenarnya yang lain2 tu nak jugak berselfie.. tapi malu
Pageviews
Rabu, 19 Julai 2017
KATEGORI-KATEGORI BIKERS DI MALAYSIA
1. BIKERS KENTAL
- Rider bikers kental ini jenis suka ride xkire mase. Asal ada yang petik dalam Wassap terus on xkire dimane tmpt tujuan dan xkire panas atau hujan. Sanggup berhabis duit asalkan dpt berjalan.
2. BIKERS SELFIE - Jenis bikers ni suka berselfie. Asalkan turun je dari moto msti nak berselfie. Dan paling pantang jika kwn2 nk bergambar dia lah yg paling hadapan skali. Sebenarnya yang lain2 tu nak jugak berselfie.. tapi malu
3. BIKERS KENDURI
- Bikers jenis ni paling suka diajak pegi kenduri... Asalkan ada jemputan kenduri mesti dia turun. Tetapi bikers jenis ni kurang gemar jika diajak berkonvoi atau lepak2 yg tak mendatangkan faedah.
4. BIKERS AKSESORI
- Bikers jenis ni setiap kali perjumpaan mesti ada jer pasang benda baru. Kadang2 sebulan sekali tukar decal atau colour. Setiap kali keluar rumah mesti complete dgn jaket, glove, riding boots walaupun tempat nk dituju hanye 7E nak beli topup RM5. Apa2pun SAFETY FIRST.
5. BIKERS DUA SEJOLI
- Bikers jenis ni selalu keluar berteman. Asalkan ade ride mesti keluar bersama.Tetapi awas, bikers ni paling pantang jika ada yg cucuk ekor moto sebab nak cuci mata.. pastikan rider ni tak pakai sidemirror.. boleh ler curi2 follow dan cuci mata
6. BIKERS KAKI PECUT
- Berhati2 dengan bikers jenis ini. Amat pantang jika ada moto2 lain yang berani potong. Jika ada yg potong pasti dikejarnya. Bikers jenis ni juga tidak sabar jika org dihadapan terlalu perlahan. Kadang2 bila tengok dah macam "Menggelabah Dayak Plak"
7. BIKERS KAKI SEMBANG
- Bikers jenis ni paling digeruni. Jika bersembang dgn rakan2 dialah paling hebat. Ape saja topik perbualan masa konvoi semua dia tahu. Dari A sampai lah Z ape yg dibicarakan semua nya tipu belaka.
8. BIKERS RARE
- Yang jenis ini sgt mementingkan brg2 rare dan original. Jika bole dgn skru2 moto beliau semua adalah original kilang. Bikers jenis ini gemar menyimpan moto di dlm rumah daripada keluar menghabiskan masa.
9. BIKERS JIMAT
- Kategori ni paling disegani rakan2. Bikers ini bijak merancang sesuatu. Apabila minum bersama rakan2 selalu memberi alasan tertinggal beg duit atau time mamak kira.. dia pergi bilik air..
10. BIKERS SLOW
- Bikers jenis ni yg paling slow dlm kumpulan. Bikers ini tak gemar ride laju dan amatlah berhati2. Biasanye setiap kali konvoi rakan2 terpaksa menunggu dia sebab slow. "Biar Perlahan asalkan Selamat"
11) BIKER KAKI KARAOKE
- Asal ada team jer ajak karok.. lepas dia..dia.. lepas dia..dia.. dia jer yang melalak
12) BIKERS CHINGGEH
- Setiap kali konvoi bertukar ganti aweq dia.. nak show off pada kawan2. Kalau ada geng mcm ni.. cepat2 minta dia belanja bayar makan.. mesti dapat punyer
13) BIKERS TAKUT BINI
- Dalam group wassap.. sembang mesti kencang punyer.. tapi bila konvoi.. tak pernah nampak batang hidung.. Biasanya rider mcm ni masuk tahun ke2 atau ke3 akan letgo motor dalam MUDAH.. tak tahan bini bising
..apa2 pun.. Family First.. sebab kalau kita jatuh motor.. patah kaki.. bini lah yang jaga yer.. kawan2 dtg melawat jer..
14) BIKERS KAKI KUTUK
- Selain bincang hal ehwal motor dalam group wassap.. suka plak kutuk2 perihal yang berlaku pada group lain.. pastu racun dan kecam admin yang bagus.. kalau yang tak bagus.. tak kecam plak
15) BIKERS MENUNJUK2
- Biasanya selalu sangat buat2 salah post dalam group wassap.. macam2 dipostnyer dengan tujuan nak menunjuk2 apa yang dia ada.. kadang2 bukan dia punyer 
16) BIKERS CCTV
- Dalam group wassap silent jer.. Salam pun tak jawap.. tapi bila motor rosak.. tahu plak bersuara dalam group
17) BIKERS KAKI ENJOY
- Pantang cuti terus naik thailand... sampai sana enjoy kaw kaw... layan tom yam sambil layan thai girl show....kapkunkappp...
Sekadar coretan fenomena bikers2 di Malaysia..
Biarlah kita dikategori yang mana pun.. yang penting kita jangan menipu dan menyusahkan orang lain..
Sama2lah kita menjaga ukhwah demi siratulrahim..
2. BIKERS SELFIE - Jenis bikers ni suka berselfie. Asalkan turun je dari moto msti nak berselfie. Dan paling pantang jika kwn2 nk bergambar dia lah yg paling hadapan skali. Sebenarnya yang lain2 tu nak jugak berselfie.. tapi malu
Label:
Layankanjer
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 18 Julai 2017
HARTA BERTAMBAH KEINGINAN AKAN MENINGKAT...
Percaya atau tidak, acap kali apabila harta bertambah, sesetengah orang seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat lebihan wang seperti bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain yang baru. Keinginan kita menjadi semakin besar dan bertambah.
Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sesungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan ,Itulah akibatnya apabila BUKAN IMAN yang mengendalikan hidup kita.
Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta… burulah. Namun ingatlah , itu cuma alat, bukan matlamat.
MATLAMAT KITA YANG UTAMA ialah AKHIRAT SANA...YANG KEKAL SELAMANYA.
TEPUK DADA TANYALAH IMAN... Semoga bermanfaat... (C&P)
TEPUK DADA TANYALAH IMAN... Semoga bermanfaat... (C&P)
Label:
Bicara Diri,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
PERINTAH ALLAH SWT DALAM AL-QURAN UNTUK PANDUAN KEHIDUPAN MANUSIA
01 Dzulqaedah 1438H
25 Julai 2017M
Dalam kehidupan kita sebagai hamba, Allah telah menghantarkan kita sebuah manual kehidupan yakni Al-Quran untuk kita menempuhi pancaroba didalam dunia ini. Kita sebagai Muslim yakin bahawa dunia ini hanyalah sebagai persinggahan sahaja dan AKHIRAT itu adalah tempat / rumah kita yang kekal abadi.
Jadi Allah telah mengingatkan kita didalam Al-Quran beberapa perkara untuk kita muhasabah & mengikutnya sebagai panduan perjalanan hidup kita menuju ke Negeri Yg Kekal Abadi.
>> Jangan berkata kasar (QS 3 – Ali Imran : 159)
>> Tahanlah amarah (QS 3 – Ali Imran : 134)
>> Berbaiklah kepada manusia (QS 4 – An Nisaa’ : 36)
>> Jangan bersikap sombong (QS 7 – Al A’raaf : 13)
>> Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199)
>> Berbicaralah dengan nada halus (QS 20 – Thaahaa : 44)
>> Rendahkanlah suaramu (QS 31 - Luqman : 19)
>> Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11)
>> Berbaktilah pada kedua orang tua (QS 17 – Al Israa’ : 23)
>> Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua (QS 17 – Al Israa’ : 23)
>> Jangan memasuki kamar peribadi orang tua tanpa izin (QS 24 – An Nuur : 58)
>> Catatlah hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282)
>> Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170)
>> Berikanlah waktu yang lebih jika orang yang berhutang kepadamu dalam kesulitan (QS 2 – Al Baqarah : 280)
>> Jangan makan riba’ (QS 2 – Al Baqarah : l)
>> Jangan melakukan rasuah baik memberi atau menerima (QS 2 – Al Baqarah : 188)
>> Jangan ingkar atau melanggar janji (QS 2 – Al Baqarah : 177)
>> Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)
>> Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)
>> Berlakulah adil terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)
>> Tegakkanlah keadilan dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)
>> Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga - dengan kaedah Faraid (QS 4 – An Nisaa’ : 7)
>> Wanita memiliki hak waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)
>> Jangan memakan harta para anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)
>> Lindungi anak yatim (QS 2 – Al Baqarah : 220)
>> Jangan memboroskan harta tanpa keperluan (QS 4 – An Nisaa’ : 29)
>> Damaikanlah orang yang berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)
>> Hindari berprasangka buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)
>> Jangan memfitnah orang (QS 2 – Al Baqarah : 283 & QS 49 – Al Hujuraat : 12)
>> Gunakan harta untuk kegiatan sosial (QS 57 – Al Hadid : 7)
>> Biasakan memberi makan orang miskin (QS 107 – Al Maa’uun : 3)
>> Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah (QS 2 – Al Baqarah : 273)
>> Jangan berbelanja untuk bermegah-megah (QS 17 – Al Israa’ : 29)
>> Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu (QS 2 – Al Baqarah : 264)
>> Hormatilah tetamu anda (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)
>> Menyuruh melakukan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri (QS 2 – Al Baqarah : 44)
>> Jangan berbuat kerosakan di muka bumi (QS 2 – Al Baqarah : 60)
>> Jangan menghalangi orang datang ke masjid (QS 2 – Al Baqarah : 114)
>> Perangilah mereka yang memerangi mu (QS 2 – Al Baqarah : 190)
>> Jagalah etika perang (QS 2 – Al Baqarah : 191)
>> Jangan lari dari peperangan (QS 8 – Al Anfaal : 15)
>> Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam) (QS 2 – Al Baqarah : 256)
>> Berimanlah kepada para Nabi (QS 2 – Al Baqarah : 285)
>> Jangan melakukan hubungan badan saat haid (QS 2 – Al Baqarah : 222)
>> Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh (QS 2 – Al Baqarah : 233)
>> Jauhilah hubungan badan diluar nikah (QS 17 – Al Israa’ : 32)
>> Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya (QS 2 – Al Baqarah : 247)
>> Jangan membebani orang di luar kesanggupannya (QS 2 – Al Baqarah : 286)
>> Jangan memecah belahkan keadaan (QS 3 – Ali Imran : 103)
>> Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini (QS 3 – Ali Imran 3 :191)
>> Lelaki maupun wanita mendapat imbalan yang sama sesuai perbuatannya (QS 3 – Ali Imran : 195)
>> Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu (QS 4 – An Nisaa’ : 23)
>> Keluarga harus di-imami oleh seorang laki-laki (QS 4 – An Nisaa’ : 34)
>> Jangan kedekut / bakhil (QS 4 – An Nisaa’ : 37)
>> Jangan iri hati (QS 4 – An Nisaa’ : 54)
>> Jangan saling berbunuhan (QS 4 – An Nisaa’ : 92)
>> Jangan membela ketidak jujuran atau kebohongan (QS 4 – An Nisaa’ : 105)
>> Jangan bekerjasama dalam dosa dan kekerasan (QS 5 – Al Maa-idah : 2)
>> Bekerja samalah dalam kebenaran (QS 5 – Al Maa-idah : 2)
>> Jangan mengikut kebanyakan manusia yang kebanyakkan mereka menyesatkan (QS 6 – Al An’aam : 116)
>> Berlaku adil (QS 5 – Al Maa-idah:8)
>> Berikan hukuman untuk setiap kejahatan (QS 5 – Al Maa-idah : 38)
>> Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum (QS 5 – Al Maa-idah : 63)
>> Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi (QS 5 – Al Maa-idah : 3)
>> Hindari minum racun dan alkohol (QS 5 – Al Maa-idah : 90)
>> Jangan berjudi (QS 5 – Al Maa-idah : 90)
>> Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain (QS 6 – Al An’aam : 108)
>> Jangan mengurangi timbangan untuk menipu (QS 6 – Al An’aam : 152)
>> Makan dan minumlah secukupnya (QS 7 – Al A’raaf : 31)
>> Kenakanlah pakaian yang bagus saat shalat (QS 7 – Al A’raaf : 31)
>> Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan (QS 9 – At Taubah:6)
>> Jagalah kemurnian (QS 9 – At Taubah : 108)
>> Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah (QS 12 – Yusuf : 87)
>> Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kebodohannya (QS 16 – An Nahl : 119)
>> Berseru kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana (QS 16 – An Nahl : 125)
>> Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain (QS 17 – Al Israa’ : 15)
>> Jangan membunuh anak-anakmu karena takut akan kemiskinan (QS 17 – Al Israa’ : 31)
>> Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya (QS 17 – Al Israa’ : 36)
>> Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)
>> Jangan memasuki rumah orang lain tanpa meminta izin pemilik rumah (QS 24 – An Nuur : 27)
>> Allah menjamin imbalan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah (QS 24 – An Nuur : 55)
>> Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati (QS 25 – Al Furqaan : 63)
>> Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan (QS 28 – Al Qashash : 77)
>> Jangan menyembah Tuhan selain Allah (QS 28 – Al Qashash:88)
>> Jangan terlibat dalam homoseks (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)
>> Berbuat baik dan cegahlah perbuatan mungkar (QS 31 - Luqman : 17)
>> Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong (QS 31 - Luqman : 18)
>> Wanita dilarang memamerkan diri (QS 33 – Al Ahzab : 33)
>> Allah mengampuni semua dosa-dosa kita (QS 39 – Az Zumar : 53)
>> Jangan berputus asa akan keampunan Allah (QS 39 – Az Zumar : 53)
>> Balaslah kejahatan dengan kebaikan (QS 41 – Fushshilat : 34)
>> Selesaikan pesoalan dengan bermusyawarah (QS 42 – Asy Syuura : 38)
>> Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa (QS 49 – Al Hujuraat : 13)
>> Allah akan meninggikan derajat mereka yang berilmu (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)
>> Perlakukan dengan yg bukan Islam dengan baik dan adil (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)
>> Hindari diri dari kekikiran (QS 64 – At Taghaabun : 16)
>> Mohon ampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS 73 – Al Muzzammil : 20)
>> Jangan mengherdik orang yang meminta-minta (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)
Shadaqallahul adzim, Maha Benar ALLAH SWT dengan segala FirmanNya...
ALLAHU AKBAR...
Label:
Bicara Diri,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 17 Julai 2017
PERKONGSIAN - SUNNAH ADAB-ADAB MAKAN & MINUM
23 Syawal 1438H
17 Julai 2017M
Kuliah Subuh : Ustaz Azzahari Murad
BismillahirRahmannirRahim
--> Bab : Adab-adab makan
Adab sebelum makan :
- Basuh dua tangan sebelum makan.
- Meletakan makanan atas safrah / lapik dan diletakkan atas bumi (mkn kat bawah), ia lebih mendekati perbuatan Nabi SAW. Nabi SAW bersabda : 'Sesungguhnya aku adalah hamba, dan aku makan dgn cara seorang hamba mkn.
- Angkat / dirikan kaki (lutut) kanan dan duduk atas kaki kiri.
- Niat makan utk bg kekuatan utk beribadah pd Allah
Antara tanda sahihnya niat itu adalah, dia makan xsampai kenyang.
Hadis : 'Tidak memenuhkan oleh anak adam sesuatu bekas yg paling buruk melainkan perut. Cukuplah bg anak adam beberapa suapan yg boleh membetulkan tulang belakang. Kalau terpaksa makan, 1/3 utk makanan, 1/3 utk minuman, 1/3 utk bernafas'.
- Tidak menyentuh makanan melainkan ketika lapar.
- Berhenti makan sebelum kenyang.
Siapa yg berbuat begitu, maka dia tidak akan berhajat kpd doktor, InshaAllah.
Antara sahihnya niat makan tadi
- Dia redha dgn rezeki yg ada, walaupun lauk simple, dan tidak menghina makanan. Tidak menghina makanan.
- Makan berjemaah. Ajak anak2 yatim mkn sekali (kalau ada kenduri)
Adab waktu makan :
- Baca bismillah sebelum mkn.
Xperlu kita memanjangkan doa mkn. Yg terbaik baca bismillah shj, itu petunjuk yg terbaik.
- Puji Allah bila selesai makan. Paling kurang mengucapkan Alhamdulillah .
- Makan dan minum dgn tangan kanan
Dlm satu majlis makan, ada seorang budak nak ambik makanan dgn tangan kiri, Nabi SAW tangkap tangan budak itu. Begitu juga dgn sorang arab badwi yg nak ambik makanan dgn tangan kiri. Nabi SAW pesan suruh baca Bismillah dan ambik dgn tangan kanan.
- Kecilkan suapan.
- Kunyah perlahan-lahan, sekurang-kurangnya 40x kunyahan.
- Jgn ambik suapan yg seterusnya sehingga habis suapan dlm mulut.
- Ambil makanan yg dekat dhulu. Melainkan jika tiada hidangan lain atau terlalu banyak.
- Jgn mencela makanan.
- Makan dgn 3 jari - melihat pada kesesuaian makanan.
- Jika ada makanan yg jatuh, ambil & bersihkan dan makan.
- Jgn ditiup makanan atau minuman yg panas yg bersup, kerana boleh memudaratkan kesihatan.
- Jika makan kurma / tamar, jgn campur biji dgn buah. Asingkan.
- Makan dulu baru minum. Elakkan makan & minum berselang seli. Utk menjaga kesihatan.
- Ambil bekas minuman dgn tangan kanan, tgk dulu dlm air (pastikan tiada bendasing)
- Minum air perlahan-lahan, sedut sikit-sikit, jangan terus telan.
- Jgn minum sambil berdiri.
- Minum 3 kali (utk 1 cawan), bukan habis sekaligus. Tidak bernafas dlm bekas.
Adab selepas makan :
- Menahan diri sebelum kenyang. Berhenti sebelum kenyang.
- Menjilat sisa makanan yang terlekat pada jari.
- Menggunakan jari utk menyapu bekas makanan.
- Memuji Allah - sekurang-kurangnya mengucapkan Alhamdulillah.
- Membasuh tangan selepas makan.
Adab makan berjemaah :
- Makan berjemaah, jgn dimulakan dengan makan melainkan dimulakan oleh yg senior / tua dulu. Atau org yg berkepentingan / berpengaruh - seperti Tok Guru, Ustaz, Org yang dihormati.
- Bersembang perkara yg baik-baik ketika makan. Jgn mendiamkan diri sahaja.
- Mengutamakan kawan kita. Kalau ada lauk sikit, bahagi sama rata atau berikan kpd kawan terlebih dulu.
- Tidak menyempitkan kawasan kawan.
- Tolong sendukkan untuk kawan.
- Jgn perhatikan kawan ketika makan, ianya membuatkan kawan tidak selesa.
- Jgn buat benda yg menjijikkan ketika makan - buang hingus, kahak atau yg kotor.
- Jgn menundukkan kepala sampai mcm nak masuk dlm talam / bekas makan.
- Jika ada sesuatu dlm makanan contohnya batu, tulang, palingkan wajah dari kawan dan keluarkan ianya dari mulut.
- Jgn meluahkan semula makanan kedlm talam / bekas makanan.
Wallahu a'lam... Moga ianya memberikan kita semua manfaat dalam menjaga adab ketika makan & minum.
17 Julai 2017M
Kuliah Subuh : Ustaz Azzahari Murad
BismillahirRahmannirRahim
--> Bab : Adab-adab makan
Adab sebelum makan :
- Basuh dua tangan sebelum makan.
- Meletakan makanan atas safrah / lapik dan diletakkan atas bumi (mkn kat bawah), ia lebih mendekati perbuatan Nabi SAW. Nabi SAW bersabda : 'Sesungguhnya aku adalah hamba, dan aku makan dgn cara seorang hamba mkn.
- Angkat / dirikan kaki (lutut) kanan dan duduk atas kaki kiri.
- Niat makan utk bg kekuatan utk beribadah pd Allah
Antara tanda sahihnya niat itu adalah, dia makan xsampai kenyang.
Hadis : 'Tidak memenuhkan oleh anak adam sesuatu bekas yg paling buruk melainkan perut. Cukuplah bg anak adam beberapa suapan yg boleh membetulkan tulang belakang. Kalau terpaksa makan, 1/3 utk makanan, 1/3 utk minuman, 1/3 utk bernafas'.
- Tidak menyentuh makanan melainkan ketika lapar.
- Berhenti makan sebelum kenyang.
Siapa yg berbuat begitu, maka dia tidak akan berhajat kpd doktor, InshaAllah.
Antara sahihnya niat makan tadi
- Dia redha dgn rezeki yg ada, walaupun lauk simple, dan tidak menghina makanan. Tidak menghina makanan.
- Makan berjemaah. Ajak anak2 yatim mkn sekali (kalau ada kenduri)
Adab waktu makan :
- Baca bismillah sebelum mkn.
Xperlu kita memanjangkan doa mkn. Yg terbaik baca bismillah shj, itu petunjuk yg terbaik.
- Puji Allah bila selesai makan. Paling kurang mengucapkan Alhamdulillah .
- Makan dan minum dgn tangan kanan
Dlm satu majlis makan, ada seorang budak nak ambik makanan dgn tangan kiri, Nabi SAW tangkap tangan budak itu. Begitu juga dgn sorang arab badwi yg nak ambik makanan dgn tangan kiri. Nabi SAW pesan suruh baca Bismillah dan ambik dgn tangan kanan.
- Kecilkan suapan.
- Kunyah perlahan-lahan, sekurang-kurangnya 40x kunyahan.
- Jgn ambik suapan yg seterusnya sehingga habis suapan dlm mulut.
- Ambil makanan yg dekat dhulu. Melainkan jika tiada hidangan lain atau terlalu banyak.
- Jgn mencela makanan.
- Makan dgn 3 jari - melihat pada kesesuaian makanan.
- Jika ada makanan yg jatuh, ambil & bersihkan dan makan.
- Jgn ditiup makanan atau minuman yg panas yg bersup, kerana boleh memudaratkan kesihatan.
- Jika makan kurma / tamar, jgn campur biji dgn buah. Asingkan.
- Makan dulu baru minum. Elakkan makan & minum berselang seli. Utk menjaga kesihatan.
- Ambil bekas minuman dgn tangan kanan, tgk dulu dlm air (pastikan tiada bendasing)
- Minum air perlahan-lahan, sedut sikit-sikit, jangan terus telan.
- Jgn minum sambil berdiri.
- Minum 3 kali (utk 1 cawan), bukan habis sekaligus. Tidak bernafas dlm bekas.
Adab selepas makan :
- Menahan diri sebelum kenyang. Berhenti sebelum kenyang.
- Menjilat sisa makanan yang terlekat pada jari.
- Menggunakan jari utk menyapu bekas makanan.
- Memuji Allah - sekurang-kurangnya mengucapkan Alhamdulillah.
- Membasuh tangan selepas makan.
Adab makan berjemaah :
- Makan berjemaah, jgn dimulakan dengan makan melainkan dimulakan oleh yg senior / tua dulu. Atau org yg berkepentingan / berpengaruh - seperti Tok Guru, Ustaz, Org yang dihormati.- Bersembang perkara yg baik-baik ketika makan. Jgn mendiamkan diri sahaja.
- Mengutamakan kawan kita. Kalau ada lauk sikit, bahagi sama rata atau berikan kpd kawan terlebih dulu.
- Tidak menyempitkan kawasan kawan.
- Tolong sendukkan untuk kawan.
- Jgn perhatikan kawan ketika makan, ianya membuatkan kawan tidak selesa.
- Jgn buat benda yg menjijikkan ketika makan - buang hingus, kahak atau yg kotor.
- Jgn menundukkan kepala sampai mcm nak masuk dlm talam / bekas makan.
- Jika ada sesuatu dlm makanan contohnya batu, tulang, palingkan wajah dari kawan dan keluarkan ianya dari mulut.
- Jgn meluahkan semula makanan kedlm talam / bekas makanan.
Wallahu a'lam... Moga ianya memberikan kita semua manfaat dalam menjaga adab ketika makan & minum.
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Khamis, 11 Mei 2017
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN....
14 Sya'ban 1438
11 Mei 2017
Ramadhan semakin hampir...sedar tak sedar tinggal 15 hari lagi kita bakal menyambut bulan yang penuh BARAKAH & mulia...Mg persiapan kita untuk menuju RAMADHAN 1438H ini lebih utuh dan Ramadhan yang kita lalui nanti akan membersihkan kita dari dosa-dosa yang kita pernah lakukan...
Sedikit perkongsian bagi yang belum sempat untuk menggantikan puasa dan untuk membayar fidyah. Semoga perkongsian mengenai hukum, cara mengira Fidyah ini dan sebab-sebab di kenakan fidyah ini memberi manfaat pada semua sahabat2ku..
FIDYAH
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan
Prosedur Membayar Fidyah
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.
Sebab-sebab dikenakan fidyah
- Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
- Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
- Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah
- Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
- Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Taksiran fidyah
Fidyah = (Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak)*
Kadar bayaran fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad)
Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80
Contoh
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah seperti berikut:
RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20
Untuk makluman anda, jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.
Di tanahair ku.. Kadar fidyah adalah mengikut negeri masing-masing
# 15 Hari Lagi#
11 Mei 2017
Ramadhan semakin hampir...sedar tak sedar tinggal 15 hari lagi kita bakal menyambut bulan yang penuh BARAKAH & mulia...Mg persiapan kita untuk menuju RAMADHAN 1438H ini lebih utuh dan Ramadhan yang kita lalui nanti akan membersihkan kita dari dosa-dosa yang kita pernah lakukan...
Sedikit perkongsian bagi yang belum sempat untuk menggantikan puasa dan untuk membayar fidyah. Semoga perkongsian mengenai hukum, cara mengira Fidyah ini dan sebab-sebab di kenakan fidyah ini memberi manfaat pada semua sahabat2ku..
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jumaat, 7 April 2017
IKHLAS kah Doa kita...
Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.
Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.
Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.
Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.
Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.
Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi.
Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.
Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."
Allahu Akbar!!
Sahabat/Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.
Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas KEIKHLASAN DOA ORANG LAIN.
Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus.
Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas.
Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.
Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.
Allahu Allah!!
Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulama' di dunia ini.
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Khamis, 6 April 2017
AKHIR ZAMAN.....
09 REJAB 1438H
6 April 2017M
6 April 2017M
DAJJAL AKAN MATI DI SYRIA???
KEUTAMAAN NEGERI SYAM DALAM HADITS SHAHIH
1. SYAM ADALAH NEGERI PARA RASUL DAN PARA NABI
Syam adalah negara besar dizaman Rasulullah yang meliputi beberapa negeri sekarang, iaitu Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria telah tersirat dan tersurat di dalam Quran dan Hadits Nabawi.
Salah seorang ulama Syam, Imam Izz bin Abdussalam dalam kitabnya Targibu Ahlil Islam Fi Sukna Biladisy-Syam menafsirkan kalimat bumi yang kami telah berkahi dalam surah Al-Anbiya ayat 71 dan kalimat kami berkati sekitarnya dalam surah Al-Isra Ayat 1 dengan negeri Syam, yang termasuk di dalamnya Syria.
Imam Hasan Basri dan Qotadah Sadusi menafsirkan kata bumi dalam surah Al-A'raf ayat 137 dengan bahagian timur dan bahagian barat bumi adalah Syam.
Sebahagian ulama menafsirkan keberkahan yang terdapat di negeri ini disebabkan para rasul dan para nabi. Sebahagian lain menyatakan bahwa keberkahan negeri ini dengan keberkahan buah-buahan dan sumber-sumber air yang ada.
2. PENDUDUK SYAM SENANTIASA BERADA DIATAS HAQQ YANG DOMINAN HINGGA DATANG HARI QIAMAT.
Dalam sebuah hadits di sebutkan:
لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق، لا يضرهم من خالفهم ولا من خذلهم حتى تقوم الساعة
قال معاذ: هم أهل الشام.)
“Sebahagian umatku ada yang selalu melaksanakan perintah Allah, tak terpengaruh orang yang menggembosi dan tidak pula orang yang berseberangan hingga datang keputusan Allah, dan mereka senantiasa dalam keadaan demikian. Mu’adz berkata: dan mereka adalah penduduk Syam.“
(Shahih, HR.Bukhari)
Dalam riwayat lain:
إذا فسد أهل الشام فلا خير فيكم لا تزال طائفة من أمتي منصورين لا يضرهم من خذلهم حتى تقوم الساعة
“Jika penduduk Syam rosak agamanya maka tak tersisa kebaikan di tengah kalian. Akan selalu ada satu kelompok dari umatku yang dimenangkan oleh Allah, tak terpengaruh orang yang menggembosi dan tidak pula orang yang berseberangan hingga datang hari Kiamat."
(Shahih, HR Tirmidzi (2192), beliau berkata: Hadits Hasan Shahih, di shahihkan oleh Syeikh Al-Albani)
3. DOA NABI SAW MEMINTA BAROKAH UNTUK NEGERI SYAM, DAN HARAPAN NABI SAW AGAR PENDUDUKNYA DIHINDARKAN DARI KEBURUKAN DAN MUSIBAH.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
اللهم بارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا قالوا وفي نجدنا قال اللهم بارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا قالوا وفي نجدنا قال هناك الزلازل والفتن وبها أو قال منها يخرج قرن الشيطان
Ya Allah, berilah kami barokah pada negeri Syam, ya Allah berilah kami barokah pada negeri Yaman. Para sahabat bertanya: termasuk Nejed ? Rasulullah berdoa: Ya Allah berilah kami barokah pada negeri Syam, ya Allah berilah kami barokah pada negeri Yaman.
Para sahabat masih bertanya: termasuk Nejed ? Rasulullah saw menjawab: Di sana (nejed) terjadi gempa dan huru-hara, dan di sana muncul dua tanduk syaitan.
(Shahih, HR. Bukhari no. 1037, 7094, Tirmidzi (3953), Ahmad (2/90, 118), As-Shahihah (5246))
Catatan: yang dimaksud dengan Nejed dalam hadits ini adalah Iraq.
4. PENDUDUK SYAM DIUJI OLEH ALLAH DENGAN PENYAKIT THO'UN (PENYAKIT WABAK) AGAR MENDAPAT SYAHADAH DAN RAHMAT.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
" أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ بِالْحُمَّى وَالطَّاعُونِ ، فَأَمْسَكْتُ الْحُمَّى بِالْمَدِينَةِ ، وَأَرْسَلْتُ الطَّاعُونَ إِلَى الشَّامِ ، فَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ زَادَ أَحْمَدُ لِأُمَّتِي ، وَقالا : رَحْمَةٌ لَهُمْ ، وَرِجْسٌ عَلَى الْكَافِرِ "
“Jibril datang kepadaku dengan membawa demam dan Tho'un, aku menahan demam di Madinah dan aku lepaskan Tho'un untuk negeri Syam, kerana orang yang meninggal kerana Tho'un merupakan mati syahid bagi umatku, rahmat bagi mereka, sekaligus kehinaan bagi kaum kafir.”
(Shahih, HR. Imam Ahmad, Thabrani, di shahihkan oleh imam Al-Haitsami dalam Majma' Zawa'id (3853))
5. NEGERI SYAM DINAUNGI SAYAP MALAIKAT RAHMAT.
Diriwayatkan oleh Shahabat mulia Zaid bin Tsabit radhiallahu’anhu, dia berkata: ’Kami bersama Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam sedang menulis Al-Qur’an dari pelepah kayu, kemudian Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:
طُوبَى لِلشَّامِ. فَقُلْنَا : لأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا
“Kebaikan pada negeri Syam.' Kami bertanya, 'Mengapa wahai Rasulullah?' Beliau bersabda: 'Kerana Malaikat rahmah (pembawa kebaikan) mengembangkan sayap di atasnya.”
(Shahih, HR. Tirmizi, no. 3954, Ahmad, 35/483. Dishahihkan oleh imam Al-Arna'ut, Al-Albany, dll. (As-Silsilah As-Shahihah no. 503)
6. SYAM ADALAH NEGERI IMAN DAN ISLAM SAAT TERJADI HURU-HARA DAN PEPERANGAN YANG DAHSYAT.
Dalam hadits shahih di sebutkan:
(إني رأيت كأن عمود الكتاب انتزع من تحت وسادتي فأتبعته بصري فإذا هو نور ساطع عمد به إلى الشام ألا وإن الإيمان إذا وقعت الفتن بالشام )
رواه الطبراني في الكبير والأوسط والحاكم وقال صحيح على شرطهما
ورواه أحمد من حديث عمرو بن العاص (صحيح / صحيح الترغيب والترهيب
“Aku bermimpi melihat tiang kitab (Islam) ditarik dari bawah bantalku, aku ikuti pandanganku, ternyata ia adalah cahaya sangat terang hingga aku mengira akan mencabut penglihatanku, lalu diarahkan tiang cahaya itu ke Syam, dan aku lihat bahwa bila fitnah (konflik) terjadi maka iman terletak di negeri Syam.”
(Shahih, Al-Hakim (4/509), Abu Nu'aim dalam Hilyah (5/252), di shahihkan oleh imam Al-Hakim, Al-Haitsami dan Al-Albani (Majma' Zawa'id (10/59))
7. SYAM MERUPAKAN PUSAT NEGERI ISLAM DI AKHIR ZAMAN.
Dalam hadits di sebutkan:
كنت جالسا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال رجل : يا رسول الله ! أذال الناس الخيل ، ووضعوا السلاح ، وقالوا : لا جهاد ! قد وضعت الحرب أوزارها ! قأقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم بوجهه ، وقال : كذبوا الآن ، الآن جاء القتال ، ولا يزال من أمتي أمة ، يقاتلون على الحق ، ويزيغ الله لهم ، قلوب أقوام ، ويرزقهم منهم ، حتى تقوم الساعة ، وحتى يأتي وعد الله ، والخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة ، وهو يوحي إلي أني مقبوض غير ملبث ، وأنتم تتبعوني أفنادا ، يضرب بعضكم رقاب بعض ، وعقر دار المؤمنين الشام
“Salamah bin Nufail berkata: aku duduk bersama Rasulullah, Maka saat itu ada seseorang yang berkata kepada Nabi: Wahai Rasulullah, aku bosan merawat kuda perang, aku meletakkan senjataku dan perang telah ditinggalkan para pengusungnya, tak ada lagi perang. Nabi saw menjawab:
Sekarang telah tiba saat berperang, akan selalu ada satu kelompok di tengah umatku yang unggul melawan musuh-musuhnya, Allah sesatkan hati-hati banyak kalangan untuk kemudian kelompok tersebut memerangi mereka, dan Allah akan memberi rezeki dari mereka (berupa ghanimah) hingga datang keputusan Allah (Kiamat) dan mereka akan selalu demikian adanya. Ketahuilah, pusat negeri Islam adalah Syam. Kuda perang terpasang tali kekang di kepalanya (siap perang), dan itu membawa kebaikan hingga datangnya Kiamat.”
(Shahih, HR. imam An-Nasa'i, di shahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahih Sunan An-Nasa'i (3563))
8. SYAM MERUPAKAN BENTENG UMAT ISLAM SAAT TERJADINYA MALHAMAH KUBRO ( PERANG DAHSYAT AKHIR ZAMAN).
Dalam sebuah hadits:
عن عوف بن مالك رضي الله عنه قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو في بناء له ، فسلمت عليه . فقال: عوف قلت: نعم يا رسول الله! قال: ( ادخل ) فقلت: كلي أو بعضي ؟ قال: ( بل كلك ) قال: فقال لي: ( اعدد عوف! ستا بين يدي الساعة ؛ أولهن موتي ) ، قال: فاستبكيت حتى جعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يسكتني . قال: ( قل: إحدى . والثانية فتح بيت المقدس ، قل اثنين . والثالثة فتنة تكون في أمتي وعظمها . والرابعة موتان يقع في أمتي يأخذهم كقعاص الغنم . والخامسة يفيض المال فيكم فيضاً حتى إن الرجل ليعطي المائة دينار فيظل يسخطها ، قل خمساً . والسادسة هدنة تكون بينكم وبين بني الأصفر يسيرون إليكم على ثمانين راية ، تحت كل راية اثنا عشر ألفا ، فسطاط المسلمين يومئذ في أرض يقال لها: الغوطة ، فيها مدينة و يقال لها: دمشق
صحيح / فضائل الشام ودمشق
“Auf bin Malik al-Asyja’iy berkata: Aku menemui Nabi saw lalu aku ucapkan salam. Nabi saw: Auf ?
Aku: Ya, benar.
Nabi saw: Masuklah.
Aku: Semua atau aku sendiri?
Nabi saw: Masuklah semua. Nabi saw: Wahai Auf, hitung ada enam tanda Kiamat.
Pertama, kematianku.
Aku: Kalimat Nabi saw ini membuatku menangis sehingga Nabi saw memujukku untuk diam.
Aku lalu menghitung: satu.
Nabi saw: Penaklukan Baitul Maqdis.
Aku: Dua.
Nabi saw: Kematian yang akan meragut umatku dengan cepat seperti wabah kematian kambing (wabak Tho'un).
Aku: Tiga.
Nabi saw: Konflik dahsyat yang menimpa umatku.
Aku: Empat.
Nabi saw: Harta membumbung tinggi nilainya hingga seseorang diberi 100 dinar masih belum puas.
Aku: Lima.
Nabi saw: 'Terjadi perang antara kalian dengan Bani Ashfar (bangsa pirang), lalu mereka mendukung kalian dengan 80 tujuan.
Aku: Apa maksud tujuan? Nabi saw: Maksudnya 'panji'. Pada tiap panji terdiri dari 12,000 prajurit. Benteng umat Islam saat itu di wilayah yang disebut Ghouthoh, daerah sekitar kota Damaskus (Damsyik).”
(Shahih, HR. Imam Ahmad, di shahihkan oleh Ahmad Syakir dan Al-Arna'ut)
Catatan: Daerah bernama Ghouthoh masih ada hingga kini, tidak berubah namanya, dan letaknya memang dekat Damaskus (Damsyik).
9. PASUKAN TERBAIK DIAKHIR ZAMAN ADA DI SYAM DAN ALLAH MENJAMIN KEMENANGAN MEREKA.
Dalam Hadits Shahih:
"" سيصير الأمر إلى أن تكونوا جنودا مجندة ، جند بالشام وجند باليمن وجند بالعراق "" قال ابن حوالة: خر لي يارسول الله إن أدركت ذلك ، فقال: "" عليك بالشام فإنها خيرة الله من أرضه ، يجتبى إليها خيرته من عباده ، فأما إن أبيتم فعليكم بيمنكم ، واسقوا من غُدُركم ( الغدر: بضم الغين وضم الدال جمع غدير ) ، فإن الله توكل لي بالشام وأهله "
“Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya. Nabi saw: Hendaklah kalian memilih Syam, kerana ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tidak, hendaklah kalian memilih Yaman dan berilah minum (haiwan kalian) dari kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.”
(Shahih, HR. Abu Dawud (2483) Imam Ahmad (4/110) Al-Hakim, dan Ibnu Hibban, di shahihkan oleh Al-Hakim dan Al-Albani).
10. SYAM MENJADI TEMPAT TURUNNYA NABI ISA AS DIAKHIR ZAMAN.
Tepatnya di Kota Damaskus (Damsyik), Wilayah Syam, Nabi Isa akan turun disana, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam:
وإن عيسى نازل فإذا رأيتموه فاعرفوه رجل مربوع على الحمرة والبياض ينزل بين ممصرتين كأن رأسه يقطر وإن لم يصبه بلل))
“Nabi Isa as akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”
(Shahih, HR Muslim)
11. KEMATIAN DAJJAL TERJADI DI BUMI SYAM.
ٍSabda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam:
يأتي المسيح الدجال من قبل المشرق وهمته المدينة حتى ينزل دائر أحد - يعني: قريباً من جبل أحد - ثم تصرف الملائكة وجهه قبل الشام }
“Al-Masih Dajjal akan datang dari arah timur, ia menuju Madinah, hingga berada di balik Uhud, ia disambut oleh malaikat, maka malaikat membelokkan arahnya ke Syam, di sana ia dibinasakan, di sana dibinasakan.”
(Shahih, HR. Imam Ahmad, di shahihkan oleh Ahmad Syakir, Al-Arna'ut, dll)
Dalam hadits Shahih:
العرب هم يومئذ قليل وأكثرهم ببيت المقدس وإمامهم رجل صالح فبينما إمامهم قد تقدم يصلي بهم الصبح إذ نزل عليهم عيسى بن مريم فيرجع ذلك الإمام ينكص ليتقدم عيسى يصلي بالناس فيضع عيسى يده بين كتفيه ثم يقول له : (تقدم فصل فإنها لك أقيمت) فيصلي بهم إمامهم وبعدها يقول عيسى : (افتحوا الباب) فيفتح ووراءه الدجال، وليقوم بتتبع الدجال الذي يفر منه ويذوب مثل الملح ما أن يراه، ويقول عيسى : (إن لي فيك ضربة لن تسبقني بها) فيدركه عند (باب اللد الشرقي) فيقتله
“Jumlah orang arab (kaum muslimin) pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis (Palestin, wilayah Syam) menjumpai Imam mereka, seorang lelaki yang sholeh Imam Mahdi.
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami sholat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa as. Imam mereka itu berundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa as untuk mengimami sholat Subuh itu tetapi Isa as sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqomat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.
“Selesai sholat, Isa as berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. ”Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu,
Dajjal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal itu lari lintang-pukang kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajjal itu. (Shahih, HR Ahmad, di shahihkan oleh Syeikh Syu'aib Al-Arna'ut, dll)
12. SYAM ADALAH NEGERI TITIK TEMU DAN TITIK TOLAK.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
( إنكم تحشرون رجالا و ركبانا و تجرون على وجوهكم هاهنا - و أومأ بيده نحو الشام ) رواه أحمد والترمذي والحاكم صحيح / صحيح الجامع الصغير
“Kalian akan dikumpulkan di sana, tangannya menunjuk ke Syam. jalan kaki atau naik kenderaan maupun berjalan terbalik (kepala di bawah) “(Shahih, HR. Ahmad, Tirmidzi, Al-Hakim, di shahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam "Al-Jami' As-Shaghir)
Dalam riwayat yang lain:
ستخرج نار قبل يوم القيامة من بحر حضر موت ، تحشر الناس ، قالوا: يا رسول الله ! فما تأمرنا ؟ قال: عليكم بالشام . ) رواه الترمذي
Artinya:
"Akan keluar api besar pada akhir zaman dari arah Hadhramaut, api tersebut akan menggiring manusia) lalu kami bertanya: apa yang engkau perintahkan jika kami ada saat itu wahai Rasulullah?,
Maka beliau bersabda: "Hendaklah kalian berada di Syam."
(Shahih, HR Tirmidzi, di shahihkan oleh Al-Albani)
Maraji' : "Fadha'ilus Syam Wa Ahlihi" Karya Abu Hamzah Al-Gharib, dll.
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)




