Pageviews

Selasa, 18 Julai 2017

HARTA BERTAMBAH KEINGINAN AKAN MENINGKAT...

Percaya atau tidak, acap kali apabila harta bertambah, sesetengah orang seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat lebihan wang seperti bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain yang baru. Keinginan kita menjadi semakin besar dan bertambah. Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sesungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan ,Itulah akibatnya apabila BUKAN IMAN yang mengendalikan hidup kita. Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta… burulah. Namun ingatlah , itu cuma alat, bukan matlamat. MATLAMAT KITA YANG UTAMA ialah AKHIRAT SANA...YANG KEKAL SELAMANYA.
TEPUK DADA TANYALAH IMAN... Semoga bermanfaat... (C&P)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan