Pageviews

Rabu, 19 Julai 2017

KATEGORI-KATEGORI BIKERS DI MALAYSIA

1. BIKERS KENTAL - Rider bikers kental ini jenis suka ride xkire mase. Asal ada yang petik dalam Wassap terus on xkire dimane tmpt tujuan dan xkire panas atau hujan. Sanggup berhabis duit asalkan dpt berjalan.

2. BIKERS SELFIE - Jenis bikers ni suka berselfie. Asalkan turun je dari moto msti nak berselfie. Dan paling pantang jika kwn2 nk bergambar dia lah yg paling hadapan skali. Sebenarnya yang lain2 tu nak jugak berselfie.. tapi malu 😬 3. BIKERS KENDURI - Bikers jenis ni paling suka diajak pegi kenduri... Asalkan ada jemputan kenduri mesti dia turun. Tetapi bikers jenis ni kurang gemar jika diajak berkonvoi atau lepak2 yg tak mendatangkan faedah. 4. BIKERS AKSESORI - Bikers jenis ni setiap kali perjumpaan mesti ada jer pasang benda baru. Kadang2 sebulan sekali tukar decal atau colour. Setiap kali keluar rumah mesti complete dgn jaket, glove, riding boots walaupun tempat nk dituju hanye 7E nak beli topup RM5. Apa2pun SAFETY FIRST. 5. BIKERS DUA SEJOLI - Bikers jenis ni selalu keluar berteman. Asalkan ade ride mesti keluar bersama.Tetapi awas, bikers ni paling pantang jika ada yg cucuk ekor moto sebab nak cuci mata.. pastikan rider ni tak pakai sidemirror.. boleh ler curi2 follow dan cuci mata 6. BIKERS KAKI PECUT - Berhati2 dengan bikers jenis ini. Amat pantang jika ada moto2 lain yang berani potong. Jika ada yg potong pasti dikejarnya. Bikers jenis ni juga tidak sabar jika org dihadapan terlalu perlahan. Kadang2 bila tengok dah macam "Menggelabah Dayak Plak" 7. BIKERS KAKI SEMBANG - Bikers jenis ni paling digeruni. Jika bersembang dgn rakan2 dialah paling hebat. Ape saja topik perbualan masa konvoi semua dia tahu. Dari A sampai lah Z ape yg dibicarakan semua nya tipu belaka. 8. BIKERS RARE - Yang jenis ini sgt mementingkan brg2 rare dan original. Jika bole dgn skru2 moto beliau semua adalah original kilang. Bikers jenis ini gemar menyimpan moto di dlm rumah daripada keluar menghabiskan masa. 9. BIKERS JIMAT - Kategori ni paling disegani rakan2. Bikers ini bijak merancang sesuatu. Apabila minum bersama rakan2 selalu memberi alasan tertinggal beg duit atau time mamak kira.. dia pergi bilik air.. 10. BIKERS SLOW - Bikers jenis ni yg paling slow dlm kumpulan. Bikers ini tak gemar ride laju dan amatlah berhati2. Biasanye setiap kali konvoi rakan2 terpaksa menunggu dia sebab slow. "Biar Perlahan asalkan Selamat" 11) BIKER KAKI KARAOKE - Asal ada team jer ajak karok.. lepas dia..dia.. lepas dia..dia.. dia jer yang melalak 12) BIKERS CHINGGEH - Setiap kali konvoi bertukar ganti aweq dia.. nak show off pada kawan2. Kalau ada geng mcm ni.. cepat2 minta dia belanja bayar makan.. mesti dapat punyer 13) BIKERS TAKUT BINI - Dalam group wassap.. sembang mesti kencang punyer.. tapi bila konvoi.. tak pernah nampak batang hidung.. Biasanya rider mcm ni masuk tahun ke2 atau ke3 akan letgo motor dalam MUDAH.. tak tahan bini bising 😬..apa2 pun.. Family First.. sebab kalau kita jatuh motor.. patah kaki.. bini lah yang jaga yer.. kawan2 dtg melawat jer.. 14) BIKERS KAKI KUTUK - Selain bincang hal ehwal motor dalam group wassap.. suka plak kutuk2 perihal yang berlaku pada group lain.. pastu racun dan kecam admin yang bagus.. kalau yang tak bagus.. tak kecam plak 😬 15) BIKERS MENUNJUK2 - Biasanya selalu sangat buat2 salah post dalam group wassap.. macam2 dipostnyer dengan tujuan nak menunjuk2 apa yang dia ada.. kadang2 bukan dia punyer 😬😬 16) BIKERS CCTV - Dalam group wassap silent jer.. Salam pun tak jawap.. tapi bila motor rosak.. tahu plak bersuara dalam group 17) BIKERS KAKI ENJOY - Pantang cuti terus naik thailand... sampai sana enjoy kaw kaw... layan tom yam sambil layan thai girl show....kapkunkappp... Sekadar coretan fenomena bikers2 di Malaysia.. Biarlah kita dikategori yang mana pun.. yang penting kita jangan menipu dan menyusahkan orang lain.. Sama2lah kita menjaga ukhwah demi siratulrahim..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan