Pageviews

Selasa, 18 Julai 2017

PERINTAH ALLAH SWT DALAM AL-QURAN UNTUK PANDUAN KEHIDUPAN MANUSIA

01 Dzulqaedah 1438H
25 Julai 2017M

Dalam kehidupan kita sebagai hamba, Allah telah menghantarkan kita sebuah manual kehidupan yakni Al-Quran untuk kita menempuhi pancaroba didalam dunia ini. Kita sebagai Muslim yakin bahawa dunia ini hanyalah sebagai persinggahan sahaja dan AKHIRAT itu adalah tempat / rumah kita yang kekal abadi.
Jadi Allah telah mengingatkan kita didalam Al-Quran beberapa perkara untuk kita muhasabah & mengikutnya sebagai panduan perjalanan hidup kita menuju ke Negeri Yg Kekal Abadi.
 
>> Jangan berkata kasar (QS 3 – Ali Imran : 159)

>> Tahanlah amarah (QS 3 – Ali Imran : 134)

>> Berbaiklah kepada manusia (QS 4 – An Nisaa’ : 36)

>> Jangan bersikap sombong (QS 7 – Al A’raaf : 13)

>> Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199)

>> Berbicaralah dengan nada halus (QS 20 – Thaahaa : 44)

>> Rendahkanlah suaramu (QS 31 - Luqman : 19)

>> Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11)

>> Berbaktilah pada kedua orang tua (QS 17 – Al Israa’ : 23)

>> Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua (QS 17 – Al Israa’ : 23)

>> Jangan memasuki kamar peribadi orang tua tanpa izin (QS 24 – An Nuur : 58)

>> Catatlah hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282)

>> Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170)

>> Berikanlah waktu yang lebih jika orang yang berhutang kepadamu dalam kesulitan (QS 2 – Al Baqarah : 280)

>> Jangan makan riba’ (QS 2 – Al Baqarah : l)

>> Jangan melakukan rasuah baik memberi atau menerima (QS 2 – Al Baqarah : 188)

>> Jangan ingkar atau melanggar janji (QS 2 – Al Baqarah : 177)

>> Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)

>> Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)

>> Berlakulah adil terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)

>> Tegakkanlah keadilan dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)

>> Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga - dengan kaedah Faraid (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

>> Wanita memiliki hak waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

>> Jangan memakan harta para anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)

>> Lindungi anak yatim (QS 2 – Al Baqarah : 220)

>> Jangan memboroskan harta tanpa keperluan (QS 4 – An Nisaa’ : 29)

>> Damaikanlah orang yang berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)

>> Hindari berprasangka buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

>> Jangan memfitnah orang (QS 2 – Al Baqarah : 283 & QS 49 – Al Hujuraat : 12)

>> Gunakan harta untuk kegiatan sosial (QS 57 – Al Hadid : 7)

>> Biasakan memberi makan orang miskin (QS 107 – Al Maa’uun : 3)

>> Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah (QS 2 – Al Baqarah : 273)

>> Jangan berbelanja untuk bermegah-megah (QS 17 – Al Israa’ : 29)

>> Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu (QS 2 – Al Baqarah : 264)

>> Hormatilah tetamu anda (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)

>> Menyuruh melakukan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri (QS 2 – Al Baqarah : 44)

>> Jangan berbuat kerosakan di muka bumi (QS 2 – Al Baqarah : 60)

>> Jangan menghalangi orang datang ke masjid (QS 2 – Al Baqarah : 114)

>> Perangilah mereka yang memerangi mu (QS 2 – Al Baqarah : 190)

>> Jagalah etika perang (QS 2 – Al Baqarah : 191)

>> Jangan lari dari peperangan (QS 8 – Al Anfaal : 15)

>> Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam) (QS 2 – Al Baqarah : 256)

>> Berimanlah kepada para Nabi (QS 2 – Al Baqarah : 285)

>> Jangan melakukan hubungan badan saat haid (QS 2 – Al Baqarah : 222)

>> Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh (QS 2 – Al Baqarah : 233)

>> Jauhilah hubungan badan diluar nikah (QS 17 – Al Israa’ : 32)

>> Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya (QS 2 – Al Baqarah : 247)

>> Jangan membebani orang di luar kesanggupannya (QS 2 – Al Baqarah : 286)

>> Jangan memecah belahkan keadaan (QS 3 – Ali Imran : 103)

>> Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini (QS 3 – Ali Imran 3 :191)

>> Lelaki maupun wanita mendapat imbalan yang sama sesuai perbuatannya (QS 3 – Ali Imran : 195)

>> Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu (QS 4 – An Nisaa’ : 23)

>> Keluarga harus di-imami oleh seorang laki-laki (QS 4 – An Nisaa’ : 34)

>> Jangan kedekut / bakhil (QS 4 – An Nisaa’ : 37)

>> Jangan iri hati (QS 4 – An Nisaa’ : 54)

>> Jangan saling berbunuhan (QS 4 – An Nisaa’ : 92)

>> Jangan membela ketidak jujuran atau kebohongan (QS 4 – An Nisaa’ : 105)

>> Jangan bekerjasama dalam dosa dan kekerasan (QS 5 – Al Maa-idah : 2)

>> Bekerja samalah dalam kebenaran (QS 5 – Al Maa-idah : 2)

>> Jangan mengikut kebanyakan manusia yang kebanyakkan mereka menyesatkan (QS 6 – Al An’aam : 116)

>> Berlaku adil (QS 5 – Al Maa-idah:8)

>> Berikan hukuman untuk setiap kejahatan (QS 5 – Al Maa-idah : 38)

>> Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum (QS 5 – Al Maa-idah : 63)

>> Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi (QS 5 – Al Maa-idah : 3)

>> Hindari minum racun dan alkohol (QS 5 – Al Maa-idah : 90)

>> Jangan berjudi (QS 5 – Al Maa-idah : 90)

>> Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain (QS 6 – Al An’aam : 108)

>> Jangan mengurangi timbangan untuk menipu (QS 6 – Al An’aam : 152)

>> Makan dan minumlah secukupnya (QS 7 – Al A’raaf : 31)

>> Kenakanlah pakaian yang bagus saat shalat (QS 7 – Al A’raaf : 31)

>> Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan (QS 9 – At Taubah:6)

>> Jagalah kemurnian (QS 9 – At Taubah : 108)

>> Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah (QS 12 – Yusuf : 87)

>> Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kebodohannya (QS 16 – An Nahl : 119)

>> Berseru kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana (QS 16 – An Nahl : 125)

>> Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain (QS 17 – Al Israa’ : 15)

>> Jangan membunuh anak-anakmu karena takut akan kemiskinan (QS 17 – Al Israa’ : 31)

>> Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya (QS 17 – Al Israa’ : 36)

>> Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)

>> Jangan memasuki rumah orang lain tanpa meminta izin pemilik rumah (QS 24 – An Nuur : 27)

>> Allah menjamin imbalan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah (QS 24 – An Nuur : 55)

>> Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati (QS 25 – Al Furqaan : 63)

>> Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan (QS 28 – Al Qashash : 77)

>> Jangan menyembah Tuhan selain Allah (QS 28 – Al Qashash:88)

>> Jangan terlibat dalam homoseks (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)

>> Berbuat baik dan cegahlah perbuatan mungkar (QS 31 - Luqman : 17)

>> Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong (QS 31 - Luqman : 18)

>> Wanita dilarang memamerkan diri (QS 33 – Al Ahzab : 33)

>> Allah mengampuni semua dosa-dosa kita (QS 39 – Az Zumar : 53)

>> Jangan berputus asa akan keampunan Allah (QS 39 – Az Zumar : 53)

>> Balaslah kejahatan dengan kebaikan (QS 41 – Fushshilat : 34)

>> Selesaikan pesoalan dengan bermusyawarah (QS 42 – Asy Syuura : 38)

>> Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa (QS 49 – Al Hujuraat : 13)

>> Allah akan meninggikan derajat mereka yang berilmu (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)

>> Perlakukan  dengan yg bukan Islam dengan baik dan adil (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)

>> Hindari diri dari kekikiran (QS 64 – At Taghaabun : 16)

>> Mohon ampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS 73 – Al Muzzammil : 20)

>> Jangan mengherdik orang yang meminta-minta (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)

Shadaqallahul adzim, Maha Benar ALLAH SWT dengan segala FirmanNya... 
ALLAHU AKBAR...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan